KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme bagi menentukan keberkesanan peruntukan yang dibelanjakan kepada rakyat.
Raja
Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, kerajaan
harus memberikan perhatian kepada peningkatan taraf hidup rakyat di luar
bandar dengan bantuan yang diberikan.
"Sepatutnya laporan bajet
diukur mengikut jumlah peruntukan dan juga jumlah yang dibelanjakan
iaitu laporan mesti mengukur keberkesanan untuk mengurangkan dan
menghapuskan kemiskinan.
"Oleh itu perlu satu mekanisme
diwujudkan supaya menyentuh bagaimana berkesannya peruntukan yang telah
dibelanjakan dan bukan hanya melibatkan statistik iaitu berapa ribu
kilometer jalan yang telah dibina tetapi berapa berkesankan jalan telah
dibina itu untuk manaikkan taraf hidup kemiskinan di kawasan luar
bandar," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal
jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga berkata, Majlis
Penasihat Petroleum Negara perlu dihidupkan semula seperti dikehendaki
oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Hal ini kerana katanya,
negeri-negeri pengeluar utama petroleum seperti Terengganu, Sabah dan
Sarawak masih menunjukkan kadar kemiskinan tertinggi.
"Dari segi
pengeluaran kekayaan hasil bumi iaitu negeri pengeluar minyak dan gas
terutama Terenganu, Sabah dan Sarawak walaupun selepas 35 tahun menerima
royalti tetapi masih di antara negeri yang mempunyai rakyat termiskin
selepas 35 tahun diberi royalti.
"Di sinilah perlu diukur sampaikah matlamat atau sumber pendapatan daripada peruntukan kepada rakyat yang dihajatkan.
"Mungkin
satu cara dengan mewujudkan majlis penasihat petroleum seperti yang
diperuntukkan dalam Akta Petroleum 1974 supaya negeri ini dapat
berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menaikkan taraf hidup rakyat,"
katanya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kasin dalam jawapannya berkata, soal keberkesanan bantuan yang diberikan
kerajaan kepada rakyat harus dibuat kajian.
"Antara kesannya
kesan langsung dan tidak langsung. Kesan langsungnya ialah orang
menghargai program yang dibuat kerajaan BN tapi secara tak langsung
pihak pembangkang di kawasan yang kita bantu dapat keuntungan.
"Banyak
di kalangan orang miskin lebih mudah menyokong pembangkang sebab
pembangkang ni pandai. Dia datang hari akhir (kempen), BN datang awal,"
katanya.
Beliau juga mendakwa, terdapat rakyat miskin yang juga
'miskin minda' kerana tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan
kerajaan.
"Kalau orang miskin mempunyai minda yang kuat dan diajar bersyukur sudah pasti dia menyokong BN," katanya.
Raja
Kamarul dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah
Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan
bajet-bajet tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta
menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.
HarakahDaily
Jumaat, September 27, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
BAGAIMANA JIKA ANWAR GUNA ALASAN YANG SAMA TERHADAP VIDEO HAZIQ - Ketua Penerangan PN, Azmin Ali melahirkan keyakinan rakaman audio yang bocor yang dikatakan perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan P...52 minit yang lalu
-
Elit PAS dah terpisah dari realiti akar umbi sendiri - Malaysiakini Bekas menteri dari Johor, Shahrir Samad berkata berkata ada elit PAS kini sudah terpisah daripada realiti sehingga tidak menyedari ahli mereka...Sejam yang lalu
-
APA KATA JIKA ANWAR PUN MENGGUNA HUJAH YANG SAMA TENTANG ‘VIDEO HAZIQ?’ - Ketua Penerangan PN, Azmin Ali melahirkan keyakinan rakaman audio yang bocor yang dikatakan perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Pre...4 jam yang lalu
-
COVID-19: Sebanyak 1,739 Kes Positif Baharu Dengan Lapan Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 1,739 kes baharu Covid-19 dan lapan kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,...11 jam yang lalu
-
UMNO 3.0 Akan Ganti UMNO Sedia Ada? - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Najib Razak dari p...15 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Ketiga* *PROLOG KEMATIAN* SEJAK kita mula mengenali hidup dan mengetahui perjalanan sebuah kehidupan akan berakhir dengan sebuah kematian, kita di...Sehari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...