Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 19, 2013

Berita Panas!! Anwar ke Sabah, dijangka bagi keterangan di RCI hari ini

















Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dijangka memberikan keterangan di hadapan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah hari ini.

Ketua Angkatan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata beliau bersama beberapa pemimpin PKR lain mengiringi Anwar ke Sabah hari ini.

Sebelum ini, pejabat Anwar memberitahu The Malaysian Insider, Anwar akan menjawab segala tuduhan Tun Dr Mahathir terhadapnya dalam sidang RCI.

"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" katanya.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah. – 19 September, 2013.

TheMalaysiaInsider
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...