Ketua Umum KEADILAN itu yang pernah mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Sasterawan Negara, berkata, menteri seharusnya memahami prosedur pemilihan seseorang sebelum diangkat menerima anugerah itu.
“Dia (Shabery) belum teliti proses yang diambil untuk membolehkan seseorang itu diangkat dan diberi anugerah Sasterawan Negara dan saya pernah memepengerusikan jawatankuasa itu.
“Menteri harus mengerti proses itu untuk memahami bahawa seseorang itu diangkat kerana hasil karyanya, baik puisi atau prosa tiada kena mengena dengan sikap dan pendirian politiknya,” katanya, lapor Media Selangorku.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran buku berjudul ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ tulisan Youseff Nada bersama Douglas Thompson.
A Samad Said yang mesra dipanggil Pak Samad dan terkenal dengan novel Salina, Sungai Mengalir Lesu dan banyak lagi, dianugerah gelaran itu pada 1985.
Anwar turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon maaf kepada Pak Samad berhubung layanan polis ketika membuat siasatan mengenai kontroversi sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
“Saya kesal dengan tindakan polis walaupun kita tidak pertikai soal undang-undang tapi ini kemanusiaan. (Polis) boleh pergi ke rumah dia pada waktu siang, waktu kelapangan dia.
“Saya minta KDN minta maaf dan polis jangan meneruskan kerja seperti itu.
“Undang-undang kita hormat, hak dan tanggungjawab polis kita faham tetapi ada kaedah yang harus kita patuhi,” katanya.
Keadilandaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...