Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 16, 2013

Mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera?

KUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan ke mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera sebagaimana diakui Perdana Menteri itu pada 24 Mac 2011.
“Berapa bilion wang rakyat lesap kerana rasuah dan salah tadbir kerana tiga tahun lalu, Najib mengakui daripada RM54 bilion nilai
saham diperuntukkan kepada Bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan masyarakat itu.

nik nazmi“Persoalannya ke mana hilang RM52 bilion saham itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Beliau merujuk pengumuman Najib sebelum itu yang mengunjurkan beberapa langkah kononnya untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.
Antara lain, Najib mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta, serta memperkenal Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb).

“Sudah tentu mengangkat martabat Bumiputera cabaran besar buat Malaysia, namun PM dan Timbalannya perlu menjawab mengapa Bumiputera kekal lemah di bawah Umno yang memerintah sejak lebih 50 tahun lalu,” tegas Nik Nazmi.

“Najib juga harus menjelaskan mengapa jurang sosioekonomi masyarakat semakin melebar,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau mendesak Najib tidak menyalahkan Bumiputera ekoran kegagalan golongan itu mencapai ekuiti 30 peratus dalam Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB).

Katanya, ini kerana Umno seringkali mendakwa hanya parti itu layak memerintah Malaysia, manakala bagi yang menolak dianggap
pengkhianat.

“Hakikatnya, Umno bertanggungjawab atas kelemahan Bumiputera. Rakyat sering menjadi mangsa kegagalan dasar Umno BN kerana parti itu mementingkan retorik.
“Pendekatan mereka hanya membelanjakan wang untuk semua masalah dengan harapan masalah itu kononnya selesai,” katanya.
Menurutnya, pengumuman Najib pada 14 September lalu sekadar menunjukkan kelemahan Bumiputera yang dimanipulasi Presiden Umno itu sebagai kempen menjelang pemilihan Umno Oktober ini.

Keadilandaily
    

1 ulasan:

  1. Nazmi..anda salah UMNO bukan parti yang mementingkan retorik...jika mereka mementingkan retorik maka tentunya MP2 UMNO berupaya berdebat atau mengeluarkan kenyataan yang bijak dan bernas...ini tidak..banyak kenyataan MP2 UMNO umpama orang sasau...hakikatnya UMNo hanya mementingkan kronisme dan nepotisme....bagi mereka Melayu hanya buah cator bagi pengekalan kuasa...menjelang PRU mereka mengembargembor cerita basi... Cina nak kuasai malaysia dsbnya...akhirnya Melayu yang tak cukup membaca pun terpengaruh...demikianlah terus UMNO berkuasa diatas kebodohan Melayu...inilah kenapa UMNO tidak mahu Melayu menjadi cerdik...sebab stok senjata kekuasaan politik mereka adalah kebodohan dan kebebalan Melayu...Melayu tak sedar rakan pemimpin UMNO adalah tokey2 Cina yang memeras dan menyamun duit negara dengan pertolongan pemimpin UMNO....tak caya tanya Mahathir....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...