Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 03, 2013

Cabar Najib & Menteri Kabinet bayar minyak Sendiri...

PETALING JAYA 3 SEPTEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengemukakan cabaran itu berikutan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi. Dengan kenaikan ini, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Rafizi“Oleh kerana Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.

“Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,” tegasnya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Najib dalam pengumuman itu semalam memberi alasan kenaikan itu kononnya langkah rasionalisasi subsidi dan proses pengukuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana oleh kerajaan bertujuan memberi kesan positif kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menolak alasan itu dengan mengemukakan fakta bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berganda kepada rakyat terutama golongan miskin.

Jelas beliau, berdasarkan Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Kaji Selidik Isirumah 2009/2010 menunjukkan kenaikan itu memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.

“Contohnya, golongan berpendapatan bawah RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus daripada pendapatan itu untuk petrol dan diesal sahaja.

“Manakala mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan mereka untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau turut menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan kenaikan itu tidak memudaratkan rakyat kampung kerana menurutnya yang berkereta kebanyakan orang kaya.

“Rakyat guna kereta termasuk golongan miskin bukan kerana pilihan, tetapi adalah keperluan,” bidas Rafizi menyarankan Bung Mokhtar supaya ringan tulang membaca laporan kajian itu.

Keadilandaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...