Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 05, 2013

Anwar Ibrahim lancar buku karya tokoh Ikhwan Muslimin

anwara

SHAH ALAM 5 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan buku ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ di Hotel Quality di sini.

Karya Youseff Nada bersama Douglas Thompson ditulis bagi menyanggah pembohongan dan mitos mengenai pergolakan di beberapa negara Islam yang kini menjadi bualan hangat.

anwara1
Antaranya ialah berkaitan pengebom berani mati dan pertikaian mengenai Palestin dan Israel sebagai dua negeri.

Pelancaran itu dihadiri hampir 100 hadirin termasuk Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Youssef Nada adalah tokoh Ikhwan Muslimin yang berpengaruh besar dalam menentukan hala tuju di peringkat antarabangsa.

Douglas Thompson pula penulis berpengalaman dan menulis banyak buku termasuk beberapa biografi selebriti dan tokoh terkenal dunia.
- FZL
Selangorku
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...