Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 26, 2013

Amaram Keras!!!! Anwar kepada SPR dari New York


Amaran persempadanan semula Anwar dari New York

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahaskan di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil.

NONE"Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula.

Katanya, keputusan itu disimpulkannya setelah berbincang dengan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Anwar memberikan amaran itu di New York pada Ahad ketika menjawab soalan semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

NONE"Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," tegasnya.

Proses persempadanan semula dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.


Malaysiakini
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...