Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, November 29, 2012

Tekini!!! Berita dari Selatan, Sokongan kepada PAS Johor luar biasa..


Abd Shukur Harun, 28 Nov 2012

Semakin hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor, negeri Muhyiddin Yassin yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS habis-habisan.

Laporan terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri yang digahkan sebagai kubu kuat Umno selama ini.

Sabtu, 1 Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan membanjiri Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan negeri Johor.

Himpunan Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang kebangkitan rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia dijangka akan bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor, kemudian akan melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan negeri Melaka juga dijangka akan mengalami perubahan.

Perkembangan di negeri Johor ini sangat luar biasa, di mana sebuah negeri yang selama ini menjadi benteng pertahanan Umno kelihatan telah bertukar wajah dengan mood rakyat yang mahukan perubahan disebabkan pelbagai isu besar dan kecil.

Antaranya, pengambilan tanah rakyat, pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat tempatan, harga barangan yang melambung naik, yang tidak mampu ditanggung oleh rakyat tempatan, harga rumah yang tidak mampu dibeli oleh rakyat, sementara rumah sewa juga begitu mahal.

Bagi rakyat Johor, seperti yang saya tinjau beberapa kali di Muar, Batu Pahat, Segamat, Simpang Renggam, Labis, Gelang Patah Kota Tinggi, Endau, Mersing, dan sekitar Johor Bahru, keluh kesah mereka semakin meningkat, terutamanya harga barang keperluan harian yang melambung. Setiap hari mereka seolah-olah ‘bertanding’ daya beli dengan pembeli dari Singapura yang mempunyai dollar bernilai tinggi.
Ini bukan saja dirasai oleh penduduk sekitar Johor Bahru, bahkan sampai ke Gelang Patah, malah sampai ke Air Hitam dan daerah yang lebih jauh.

Penduduk tidak melihat ada sebarang usaha konkrit dari kerajaan Umno/BN negeri Johor untuk menyelesaikan masalah rakyat, dalam masa yang sama pemimpin politik yang berkuasa hidup bermewah-mewah.

Dalam suasana baru di negeri Johor, jika sesiapa yang datang ke negeri itu akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di mana-mana, malah hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui sebagai ‘lubuk Umno’. Dalam masa yang sama markas PAS besar dan kecil kelihatan begitu rancak dengan pelbagai kegitan parti siang dan malam.

Mereka benar-benar telah bersiap untuk menghadapi PRU akan datang, untuk menunjukkan PAS/Pakatan Rakyat negeri Johor mampu membuat perubahan.

Oleh itu tidak memeranjatkan apabila membaca analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Masduki, meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat Umno, beberapa penemuan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

Pola sokongan pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.

Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Menurut pendapat saya, apa yang penting sekarang ini bagi PAS/Pakatan Rakyat Johor ialah mengekalkan momentum sokongan rakyat yang ada sekarang, bahkan meningkatkannya dan jangan sekali-sekali membuat sebarang kesilapan. Over-confidence juga tidak baik.

Saya yakin pimpinan PAS/Pakatan Rakyat Johor mampu membuat kejutan dalam PRU akan datang ini.
    

4 ulasan:

  1. Adakah anda seorang lelaki atau wanita yang Memerlukan pinjaman pada 2016 untuk memulakan perniagaan atau membayar dept anda? Anda ditolak oleh bank dan anda ingin mendapatkan pinjaman untuk memenuhi keperluan anda? Tiada masalah. Apa jua keadaan kewangan anda. Saya menawarkan pinjaman gadai janji, pinjaman komersial, pinjaman antarabangsa, pinjaman peribadi dan pinjaman pinjaman pendidikan eksklusif. Saya menawarkan pinjaman disediakan untuk perkongsian, yang lain awam dan swasta, dan lain-lain. Saya sedia untuk memberi apa-apa pinjaman, hartanah, kewangan, dan banyak lagi. Saya menawarkan kedua-dua tempoh pinjaman panjang dan pendek dengan kadar faedah sebanyak 2%. Hubungi saya hari ini dan mendapat kelas pertama perkhidmatan kewangan pinjaman: hubungi saya. E-mel: carlosinvestment@hotmail.com

    - Pinjaman Kewangan
    - Pinjaman Pelaburan
    - Pinjaman Auto
    - Penyatuan Hutang
    - Pemerolehan kredit
    - Pinjaman Peribadi

    Anda terjebak Jika anda benar-benar memerlukan pinjaman untuk cuba untuk menghubungi saya. E-mel: carlosinvestment@hotmail.com

    BalasPadam
  2. Halo,
    Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.

    BalasPadam
  3. = Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum . Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
    Tel .... (+ 44) 7480 729811
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...