Isnin, November 05, 2012

Soi Lek sudah rasa tertekan - TGNA


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu hukum hudud kelmarin menunjukkan beliau sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

“Dia sebenarnya rasa tertekan... tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud Pas, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” kata beliau dipetik Harakahdaily semalam.

Nik Aziz berkata, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan Pas adalah ajaran Islam.

Dalam kenyataan terbaru, Soi Lek berkata, beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud Pas.

Selain itu beliau juga meminta Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai Pas, supaya memasukkan hukum hudud dalam manifesto mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan Pas./SinarHarianOnline

  JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng