Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, November 11, 2012

'Serlah sikap terbuka Presiden Pas' - Riduan Mohd Nor


Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat menyifatkan kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan, Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menonjolkan sikap sebenar pemimpin gerakan Islam.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, keputusan tersebut menyerlahkan sikap keterbukaan pemimpin tertinggi Pas yang sanggup bertanding di mana atau sesiapa sahaja, termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, Pas tidak mepunyai sebarang kepentingan peribadi terhadap sesiapa sahaja walaupun Presiden sendiri.

“Abdul Hadi disifatkan seorang yang merendah diri, ikhlas dan jujur sebagai pemimpin.

Beliau juga mendahulukan parti dalam semua perkara dan menganggap dirinya bukan berkuasa walaupun mempunyai mandat dalam menentukan dasar parti,” katanya dalam satu kenyataan,/SinarHarianOnline

 Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...