Jumaat, November 16, 2012

SAMM mohon timbang tolak mobilisasi besar sebelum PRU

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Nov 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerhati dari dekat perjalanan muktamar Dewan Pemuda PAS di Kelantan yang ke 53 yang berlangsung di K.Bharu. Selaku sayap muda parti politik yang punya kekuatan jaringan logistik yang terkuat maka sewajarnya SAMM melihat perbincangan dan keputusan dalam muktamar tersebut penting dalam gerakan rakyat dalam negara Malaysia.

SAMM dengan ini memandang serius cadangan melalui perbahasan perwakilan Dewan Pemuda PAS yang menolak mobilisasi besar sebelum pilihanraya umum. Menghormati dan memahami hujah seharusnya sumber yang ada seharusnya difokuskan kepada aktiviti kempen pilihanraya namun harus diingatkan jika padang Pilihanraya Malaysia ini rata sudah lama regim Bn ini diturunkan dari tampuk kuasa. Masalahnya kini bukan kempen pilihanraya tetapi proses pilihanraya yang pincang dan penuh penipuan.

Seharusnya selaku pemain - pemain berpengalaman dalam arena politik Malaysia, SAMM yakin dewan pemuda PAS cukup matang menilai dan menyedari hakikat penipuan dalam proses pilihanraya yang diketengahkan. SAMM gusar kita menyedarkan rakyat mengenai penipuan pilihanraya kemudian kita mengajak rakyat terus memasuki proses pilihanraya yang jelas disedari menipu tanpa berbuat apa-apa dan selepas kita tewas kerana penipuan baru mengajak rakyat turun ke jalan maka ketika itu kita akan ditertawa.

SAMM yakin dewan pemuda PAS punya perbagai kepakaran, penipuan pilihanraya harus ditangani dengan perbagai cara. SAMM mengharapkan dewan pemuda pas tampil dengan proses perundangan membawa bukti - bukti penipuan pilihanraya ke mahkamah dan memohon penangguhan PRU selagi proses PRU tidak diperbetulkan dan penting daftar pengundi dibersihkan.Selain turun ke jalan banyak yang boleh dilakukan tetapi turun ke jalan bukan untuk bersuka ria, ia keputusan besar yang menuntut komitmen tinggi namun ketika tidak banyak pilihan maka itu satu yang wajar.

Satu fakta yang tidak harus dilupakan ialah jika PRU itu boleh menyebabkan regim ini hilang kuasa maka yakinlah PRU itu juga akan diharamkan. Ini telahpun berlaku dalam undi ke tiga rakyat Malaysia yang hilang begitu sahaja.

Bila negara rosak maka kembalilah kepada kuasa rakyat. BERSIH 2007 telah menghasilkan keputusan PRU 2008. Kita memerlukan momentum rakyat bangkit melawan penipuan dan penindasan.

Kepada semua rakyat Malaysia ayuh sedia untuk aksi terbesar dalam sejarah negara.


cheGuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE.. BERMINAT DAFTAR SEKARANG!!  

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng