Khamis, November 01, 2012

Panas!! Serah memo pada Anwar, TEKSI mahu tuntutan permit direalisasi

KUALA LUMPUR 31 Oktober: Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud bersama kira-kira 15 anggota NGO itu yang diiringi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Ia turut diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad.

Sebelum ini , Anwar pernah menyatakan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menamatkan pemberian permit teksi secara besar-besaran kepada syarikat teksi yang kebanyakannya dimiliki kroni Umno.

Sebaliknya, permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu dan menegaskan masalah pemandu teksi akan segera diselesai sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Mohammad Ridzwan menjelaskan, pihaknya mewakili semua pemandu teksi di Malaysia meminta kerajaan memandang serius permasalahan mereka.

“Kita menuntut agar permit individu diberikan kepada semua pemandu teksi tanpa syarat, juga kadar cukai kenderaan untuk pembelian kenderaan teksi bagi kenderaan nasional dimansuhkan.
“Kami juga menuntut kebenaran diberikan bagi penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanan kurang memuaskan,” jelasnya mengenai kandungan memorandum itu kepada Mohamed Nazri.

Selain itu, TEKSI meminta kadar harga teksi dikaji semula termasuk juga kemudahan bas GO KL harus diteliti terutama memberi perkhidmatan percuma kepada pelancong atau pun bukan warganegara.
Tuntutan juga ditekankan kepada tidak menghadkan keluasan membawa atau mengambil penumpang seperti di lapangan terbang atau lain-lain tempat.

“Kita juga turut meminta kaunter teksi berkupon yang diletakkan di semua tempat yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan.
“Penubuhan satu badan di bawah kerajaan juga perlu bagi menjaga hak dan kebajikan pemandu teksi serta bertindak tegas terhadap ulat-ulat dan bukan warganegara yang memandu teksi secara bebas,” katanya dipetik Harakah Daily.

Antara tuntutan lain adalah menyeragamkan semula penggunaan pakaian kemeja untuk semua pemandu teksi dan juga perlu memberi
penerangan kepada pengguna dan hak-hak pengguna mengenai pengangkutan terutama teksi melalui media cetak dan elektronik.
Dalam pada itu, Zuraida menekankan agar kerajaan mengambil perhatian serius terhadap tuntutan ini bagi memastikan hak dan kebajikan pemandu teksi terus terbela./KeadilanDaily

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng