Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 28, 2018

Saman fitnah Anwar selesai, Mazlan mohon maaf

Saman fitnah Anwar selesai, Mazlan mohon maaf
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Dr Mazlan Ismail, yang mengaitkan Anwar terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman, selesai selepas bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh itu memohon maaf kepada Ketua Umum PKR berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Mazlan, yang membacakan kenyataan maaf itu secara terbuka di kandang saksi berkata beliau memohon maaf kepada Anwar, selaku plaintif dalam kes saman itu dan memberi jaminan tidak akan menyiarkan laporan sama atau yang seumpamanya berkaitan plaintif.
Katanya, dalam sidang media itu, beliau telah merujuk kepada sekeping surat yang diterima bersama dengan beberapa salinan surat sama.Mazlan berkata beliau turut mengakui dan sedar bahawa kenyataannya yang ditayangkan oleh TV3 serta laporan diterbitkan Utusan Melayu, disebabkan sidang media yang diadakan di rumahnya pada 2 Ogos 2013.
“Surat berkenaan dikatakan mengandungi butiran yang mendakwa bahawa plaintif (Anwar) telah membuat pembayaran sebanyak RM50 juta kepada firma guaman Karpal Singh & Co dengan tujuan menyogok atau merasuah barisan hakim dan pihak pendakwaan sejak tahun 2008.
“Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah menjalankan sidang akhbar berkenaan laporan itu tanpa menjalankan sebarang verifikasi atau usul periksa. Saya juga mengesahkan bahawa saya telah menyebarkan laporan itu kepada pihak media yang hadir pada sidang media itu tanpa sebarang asas yang kukuh,” katanya yang tenang ketika membacakan teks permohonan maaf itu.
Mazlan juga berkata beliau sedar bahawa laporan itu telah ditayangkan dalam Buletin Utama jam 8 malam, yang tidak disemak olehnya dan telah mendapat liputan yang amat luas kalangan penonton Malaysia.
“Saya juga sedar bahawa sebarang tohmahan kegiatan rasuah terhadap badan kehakiman dan mana-mana pihak lain, adalah perkara serius yang mana sepatutnya disahkan terlebih dahulu oleh saya.
“Saya rasa dukacita dan amat kesal atas tindakan saya yang melulu. Saya juga akui bahawa laporan itu telah mendatangkan kesan negatif serta menjejaskan reputasi plaintif serta pihak-pihak lain yang disebutkan dalam laporan berkenaan,” katanya yang turut memaklumkan bahawa beliau menarik balik kenyataan itu terhadap plaintif tanpa sebarang syarat.
Sebaik sahaja Mazlan selesai membacakan kenyataan maaf itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak terlibat.
Terdahulu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Anwar memaklumkan kepada mahkamah bahawa defendan pertama iaitu Mazlan bersetuju untuk membacakan kenyataan maaf dan memohon supaya mahkamah merekodkan penyelesaian penghakiman persetujuan antara mereka.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mazlan berkata anak guamnya bersetuju untuk membacakan permohonan maaf itu dan meminta supaya kenyataan itu dibacakan di kandang saksi.
Sementara itu, penghakiman persetujuan membabitkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) dengan Anwar akan direkodkan oleh mahkamah pada 12 Oktober depan berikutan kedua-dua pihak masih mengemaskini terma-terma persetujuan bagi penyelesaian kes berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Utusan Melayu kepada pemberita yang hadir pada prosiding kes itu hari ini di dalam kamar pesuruhjaya kehakiman berkenaan. Turut hadir peguam Lim Qi Si, bertindak bagi pihak TV3.
Anwar memfailkan saman itu pada 15 Oktober 2015 selepas mendakwa ketiga-tiga defendan telah mengaitkan beliau dengan rasuah membabitkan hakim dan pendakwa raya.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Mazlan telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media dan menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah itu menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan menyebabkan perkataan fitnah tersebut diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.
Anwar mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.
Anwar, ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau berasa lega kerana hampir lima tahun akhirnya kes itu dapat diselesaikan.
“Kes ini akhirnya selesai dengan permohonan maaf oleh defendan (Mazlan) dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.
Terdahulu semasa di dalam mahkamah sebelum prosiding kes itu bermula, kelihatan Anwar menyapa Mazlan dan mereka bersalaman antara satu sama lain.- Bernama.

Picture

6 ulasan:

  1. Kat mana2 blog aku tgk.. bhg komen2
    Sejak umno dan pas hampir bernikah ni..tidak byk walaun2 bg komen. Kenapa ya.. atau sbb walaun2 malu2 alah.. dulu asyik ckp fitnah je pasal hubungan rambang tu.. skg hampir jadi kenyataan. Kalau aku jadi walaun.. tanam kepala dlm pasir lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas nak komen cai...
      Nak komen ttg janji 100hari...tua kutuk tu dh buat ulasan sampai bertepuk rakyat....hehehehehe

      Tua kutuk tu pernah kata anwar meliwat sambil melancap butuh pasangannya pon tiada reaksi menyaman dpd anwar.Sedihlah kpd para penyokong dia krn tak tahu setakat mana kesahihan 'fitnah' tua kutuk tu....hehehehe
      Maka rakyat dah bosan...
      Yg sokong dan undi haprak pon dah bosan kena kencing.
      Pilihan terbaik mrk...senyap dan tggu 5 tahun lagi....hehehehehehe

      Padam
  2. Ayuh Anwar cepat sikit kuburkan Tun biar hancur masa depan PH...tak payah tunggu Tun serah kuasa sebab semua tahu Tun adalah seorang penipu dan diktator...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tua kutuk tu dgn waris serta kroninya gerenti ketawa terbahak2 memanjang slps pru14 dgn kebodohan walaun dlm haprak yg pernah beriya2 nak memenjarakannya....hehehehe
      Siapa senang?????!!!!
      Anak..waris..proksi dan kroni...
      Siap ikut ke luar negara tandatangan mou...hehehehe
      Siapa sengsara????
      Rakyat yg percaya janji2 tua kutuk tu...hehehehe
      Hrp ada yg semak balik manipestol mrk...hehehe
      Dan betapa jatuhnya kemaluan2 peminjam ptptn yg terkena sindiran sinis tua kutuk tu...hehehehe
      Nak bagi tepukan gemuruh dgn kebolehan tua kutuk tu meramas tulur2 dapigs..pgayR dan PANxxx...hehehehehe

      Padam
    2. PH bergabung bukan atas dasar iman dan taqwa, mereka bergabung hanya untuk jawatan dan habuan dunia je, sanggup melukai hati sesama muslim demi menjaga hati kafir DAP.....yang bodoh dan bengap adalah penyokong dan pengikut PH.

      Padam
  3. Good Blog Post...
    Book online bus ticket from Redbus

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...