Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 08, 2018

Panas!! Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan

Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Satu kerusi parlimen bakal dikosongkan minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi merealisasikan matlamat Penasihat PKR itu diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan.
Perkara tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Tunjong, malam tadi.
Rafizi bagaimanapun tidak menjelaskan selanjutnya berhubung usaha itu sebaliknya meminta semua pihak bersabar untuk mengetahui kerusi mana yang dimaksudkan itu.
“Langkah pertama untuk menjadikan Anwar sebagai Presiden parti sudah selesai dan langkah kedua pula adalah untuk menjadikan Anwar sebagai ahli Parlimen.
“Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.
“Minggu depan Insya-ALLAH satu kerusi dikosongkan dan insya-ALLAH Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen,” katanya.
Sehingga kini, hanya tiga kerusi sahaja iaitu Sungai Petani, Selayang dan Sungai Siput yang bersedia menawarkan diri memberi laluan bagi pengosongan kerusi parlimen tersebut.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan ahli parlimen serta perdana menteri kelapan.
“Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum,”katanya dipetik Sinar Harian.
mdl

Picture

3 ulasan:

  1. Hrp anwar mampu memperbetulkan pak2 menteri haprak yg kian bangang dan bahlol sejak gagal menunaikan janji2 mrk.
    Begitu juga memperbetulkan kes rasuah menteri tokong yg semakin bangang sejak suka hentam keromo dlm mengeluarkan kenyataan.
    Ingatkan mrk semakin cerdik selepas berkempen pru14 ttp nampaknya semakin meroyan dgn kenyataan bangang seolah2 rakyat tak tahu keadaan semasa.
    Klu zaman BAPAK SEGALA TOLol jd peeM 22 tahun mgkinlah dpt dikelentong.Skrg maklumat semuanya dihujung jari....hehehehehe

    Kpd BAPAK SEGALA TOLol...udah2 ler mengata org lain.Ko sendiri pon bangang jugak bab ekonomi dan pentadbiran.Bahkan lebih buruk dgn cara kukubesi.Bukan sikit wang rakyat hangus krn salahguna kuasa dan rasuah ketika ko jd peeM 22tahun dulu.
    Skrg legasi tersebut msh lagi kelihatan dgn petron menguasai pembekalan minyak di airport dan jabatan2 kerajaan.
    Kenapa tak bagi kpd petronas klu ko pernah selamba mengatakan perlu ada semangat patriotik dan nasionalisme kpd brgn keluaran tempatan????
    Kenyataan2 yg bodoh dan bangang serta nyanyuk hanya utk berselindung di sebalik rasuah dan salahguna kuasa...hehehehehehehe

    BalasPadam
  2. Para pengundi PH.

    Insaflah, sampai bila kalian ingin bersama mereka yang tidak mengiktiraf prinsip Islam untuk di guna pakai oleh orang Islam? Apakah kalian tidak beriman kepada surah Al Kafirun. Surah pendek tetapi menggariskan perbezaan besar aqidah dan amalan seorang Islam dan kafir?

    Berhentilah mencari dalil dan di sebut sebagai maqasid, sekiranya menyentuh kepentingan prinsip Islam ianya tertolak juga. Kembalilah kalian ke perjuangan Islam. Islam tertegak dengan izin Allah dengan ikhtiar orang Islam bukan di bantu orang munafiq dan kafir yang bencikan Islam.

    Tidak malu dan penatkah kalian menjadi alat kepada musuh agama Allah?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...