Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 01, 2018

AMANAH beri sokongan padu Anwar bertanding di PD

AMANAH beri sokongan padu Anwar bertanding di PD
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sebagai komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sudah pasti sokongan padu harus diberikan kepada siapa sahaja calon yang mewakili PH.
Ini termasuklah pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang akan ditandingi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas beliau lagi, sokongan yang padu, bulat dan tidak berbelah bahagi perlu diberikan kepada Anwar bagi memenangi kerusi tersebut.Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir ketika ditemui semasa menemui penduduk berdekatan projek RTB Dun Bintong, Kangar, semalam.
“Tiada halangan bagi calon-calon yang lain untuk bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson kali ini.
“Namun begitu sokongan yang padu harus diberikan kepada Anwar sebagai calon yang mewakli PH.
“Walau bagaimanapun sekiranya ada mana-mana ahli AMANAH yang menentang calon PH maka mereka tidak akan dimaafkan,” ujarnya lagi.
Malah katanya lagi, Lembaga Majlis Disipilin parti tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik terhadap mana-mana ahli yang melanggar Perlembagaan parti dengan menyokong parti lawan.
“Mana-mana ahli AMANAH tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen selain untuk calon PH.
“Kita pernah mengambil tindakan memecat ahli yang terlibat menentang PH dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Oleh kerana itu amaran ini adalah untuk semua ahli agar tidak bersekongkol dengan mana-mana calon menentang calon PH,” tegasnya lagi.
Hadir sama ialah Pengerusi AMANAH Negeri Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim serta pimpinan AMANAH Negeri Perlis.
mdl

Picture

2 ulasan:

  1. PALU dilanda tsunami disebabkan LGBT, bertaubatlah LGBT kat Malaysia, kembalilah kepada fitrah asal manusia, bertaubatlah sebelum terlambat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tanya mahdey sama ada anwar benar2 puak lgbt....hehehehehe

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...