Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 12, 2018

‘Jangan undi kati dan bulan, undi Pakatan Harapan’

‘Jangan undi kati dan bulan, undi Pakatan Harapan’
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyeru pengundi supaya tidak tersalah pilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang akan datang.
Beliau membuat seruan tersebut dihadapan ribuan hadirin yang membanjiri Padang Kota sempena sambutan 10 tahun pemerintahan kerajaan Pulau Pinang semalam.
“Undilah Pakatan Harapan dan jangan undi kati (dacing), jangan undi bulan.
“Jika 10 tahun lalu, kita berjaya ubah kerajaan Pulau Pinang.
“Kini kita ingin pula mengubah kerajaan Putrajaya dalam PRU yang akan datang, ” ujarnya lagi sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Ribuan hadirin yang hadir di Padang Kota malam tadi sempena sambutan 10 tahun pemerintahan Pakatan Harapan di Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP.
Malah ujarnya lagi, usaha untuk mengambil alih Putrajaya adalah bagi menukar kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh Najib.
“Sekiranya Indonesia dan dunia luar berani mengecam Perdana Menteri negara ini sebagai pemimpin yang korup.
“Agak menghairankan bagaimana tiada sebarang pertuduhan dan siasatan terhadap beliau dalam negara ini.
“Sedangkan tindakan telah pun diambil oleh negara luar termasuk merampas aset yang melibatkan 1MDB dan kecurian wang negara, ” tegasnya.
Beliau juga berkata PH mempunyai iltizam yang tinggi bagi memastikan perubahan negara menjadi realiti tidak lama lagi.
“PH adalah gabungan pertama yang berani untuk membawa perubahan yang tidak pernah dilakukan oleh parti lain termasuklah mengumumkan kepimpinan untuk menerajui negara.
“Pengumuman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri membuktikan PH berani untuk menyatakan pendirian.
“Lebih berani apabila PH mampu mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Prime Minister in Waiting’ , ” jelasnya.
Barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang hadir pada sambutan ke 10 pentadbiran kerajaan negeri.
Selain Mohamad Sabu turut menyampaikan ucapan ialah Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Turut hadir Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta kepimpinan kerajaan negeri.
Manakala pengumuman mengenai pengagihan kerusi Dun bagi AMANAH, PKR, DAP dan PPBM turut diumumkan oleh Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.
AMANAH diperuntukan tiga kerusi, PKR empat belas kerusi, PPBM empat kerusi dan DAP sebanyak 19 kerusi.
mdl

Picture

11 ulasan:

  1. JANGAN UNDI DAP DAN SEKUTUNYA!!

    BalasPadam
  2. Betul tu...terutama kalau dap tak bertanding di kawasan tuan....hahaha

    BalasPadam
  3. Kekal #1 Trending Hari Ke 2 (715,819 views)
    With New Players, Details Donald Trump Russia Probe Seems Far From Over | Rachel Maddow | MSNBC
    https://www.youtube.com/watch?v=xKxbZaWoLrk

    PRU14 Kempen Trending 1MDB Youtube. Kekeke.
    Jangan undi Jho Low macai. Kekeke.



    BalasPadam
  4. Cina tepuk tangan aje lah...bila dpt tengok melayu gaduh sesama sendiri...Sedarlah...kita semua seagama...sebangsa...

    BalasPadam
  5. Pakatan harapan tak masuk senarai dalam pengundi

    BalasPadam
  6. Kekeke. Najib kleptokrat Sial. Melayu lawan pencuri. Cina lawan pencuri. India lawan pencuri. Iban lawan pencuri. Kadazan lawan pencuri. Bidayuh lawan pencuri. Ulama lawan pencuri. Kekeke. Tapi hati-hati. Ada ularmak sanggup menjadi penasihat pencuri. Kekeke.




    BalasPadam
  7. Kekeke. Tahniah ada juga macai JASA berjaya meroyan speaking London dalam Youtube MSNBC bekap Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Kekeke. Walaupun omputeh mendahului macai dekat beratus sampai komen meroyan macai terperosok ke bawah sebab tak ada yang layan. Kekeke. Perlu lebih ramai lagi macai yang meroyan speaking London sebab bukti yang korang kopipes langsung tak ada yang layan. Ada yang tempek Tok Arab meroyan. Ada yang tempek PAC meroyan. Kekeke. Macam ini macai JASA dah masuk kategori gagal meroyan. Ini dah hari ke 3 trending #1. Dislikes baru dapat 700. Loikes dah nak masuk 5k. Berusaha macai meroyan tahap dewa. Kekeke. Macai sejati takkan bagi boss dimalukan dihina dan dimenhanjingkan oleh Rachel Maddow satu dunia wok. Kekeke. Ayuh Skuad Sayang Bini PM. Mana Pemuda Tahan Lasak? Pertahankan parti dinasour yang akan pupus. Kekeke.



    BalasPadam
  8. Tak boleh bagi undi pada PH, satu undi untuk PH bermakna satu senjata untuk melemahkan Islam, jangan ambil kafir sebagai pemimpin untuk memimpin umat Islam, pesanan dari Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. najib dan rosmah islam sgt ke brader.. setakat nama je islam bro. michael jackson pun islam apa...

      Padam
    2. Yang pasti Najib dan Rosmah bukan kafir, kalau Micheal Jackson jadi calun PAS aku sanggup bagi undi aku pada Micheal Jackson daripada bagi undi pada DAP yang terang dan jelas mereka itu adalah kafir harbi, undi PH sama macam undi DAP.

      Padam
  9. Jangan sekali kali undi Kuali, jangan undi bunga raya, jangan undi roket dan jangan undi bulan sabit berkembar biru, undilah bulan purnama.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...