Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 29, 2016

KES BALAK KELANTAN : 30 SOALAN PANAS!! UNTUK KERAJAAN KELANTAN

Sidang Dun Kelantan dihangatkan dengan soalan berkaitan pembalakan.Sidang Dun Kelantan dihangatkan dengan soalan berkaitan pembalakan.
Selepas Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat menuduh Datuk Husam Musa mengambil maklumat ‘tepi jalan’ ketika perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2017 semalam, Adun Salor itu tampil dengan lebih 30 soalan berhubung isu pembalakan di negeri tersebut.
Zulkifli MamatZulkifli Mamat“Khususnya isu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan beliau (Zulkifli) memberitahu Dewan, beliau selaku bekas Pengerusi KPK akan menyangkal hujah-hujah saya pada hari ini, 27 Oktober 2016,” ujarnya.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui terdapat semakan ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) oleh Jabatan Audit Dalam Setiausaha Kerajaan Kelantan.
“Selaku bekas Pengerusi KPK, adakah YB sedar bahawa minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KPK sebanyak 11 kali hanya disahkan dalam satu mesyuarat ALP pada Bil 195 (5/2013) yang bersidang 11 Jun 2013?
“Saya merujuk kepada Kompartmen 42 HSK (Hutan Simpan Kekal) Balah, di mana saya difahamkan, berdasarkan hanya memo pengurusan KPK bertarikh 29.4.2014 telah melantik KPK SK Timber Sdn Bhd sebagai menjalankan kerja-kerja penerimaan dan jualan balak.
“Adakah YB sedar bahawa KPK SK Timber Sdn Bhd ini sekalipun menggunakan nama KPK, tetapi KPK langsung tidak mempunyai saham?” soal Husam yang telah menyertai Amanah, 30 Ogos lalu.
Selanjutnya, beliau bertanyakan Zulkifli tentang pegangan sebenar saham dalam KPK Timber Sdn Bhd selain kategori hutan yang diluluskan kepada syarikat terbabit.
“Adakah YB sedar, semakan dengan SSM sehingga Januari 2016 menunjukkan KPK Timber Sdn Bhd ini dimilik 70% sahamnya oleh milik Souncern Timber Sdn Bhd sementara 30% lagi bakinya dimiliki oleh Setiausaha Syarikat iaitu Tuan Tan Wei Chuan?
Kertas aturan mesyuarat Lembaga Pengarah KPK bil. 195Kertas aturan mesyuarat Lembaga Pengarah KPK bil. 195“Adakah 30 peratus pegangan itu sebenarnya mewakili mana-mana pihak ketiga? Adakah YB sedar Kompatmen 42 HSK Balah berdasarkan rekod, adalah hutan dara?” soal Husam.
Zulkifli yang juga Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan turut diajukan soalan berkaitan rekod kontrak.
“Adakah YB sedar bahawa tidak ada rekod perjanjian/kontrak antara KPK dan Souncern Timber atau KPK SK Timber bagi kerja-kerja di kompatmen 42 seluas 249 hektar itu?
“Adakah YB sedar bahawa pada 1 Disember 2014, satu surat tawaran jualan balak dari Kompatmen 42 ini telah dikeluarkan oleh KPK kepada Roshaimi Enterprise (KT02025518-D) dengan harga RM 1,107,500 iaitu dengan kadar RM1,800 seekar?
“Tawaran telah diterima oleh Roshaimi Ent. pada 2 Disember 2014 tetapi pembatalan tidak dibuat kepada KPK SK Timber iaitu syarikat asal yang mengusahakan Kompatmen ini. Mengapa ini berlaku?” soal Husam lagi.
Soalan di nombor tujuh dan seterusnya adalah seperti berikut:
7. Adakah YB sedar bahawa berdasarkan Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 18.3.2014, Kompatmen 42 adalah diputuskan untuk ditawarkan kepada Souncern Timber Sdn Bhd.
Adakah benar bahawa Kompatmen ini telah digugurkan dari senarai kompatmen yang ditawarkan pada waktu Sale Agreement antara KPK dan Souncern ditanda tangani pada 20 Mac 2015?
8. Adakah YB sedar, semakan Laporan Pemerhatian Audit Dalam SUK, seperti mana saya difahamkan, mendapati Roshaimi Ent belum membuat bayaran sejumlah RM896,507.45 walaupun Bahagian Operasi KPK mengesahkan semua kerja pengusaha hasilan telah selesai dijalankan?
9. Disebalik itu, adakah YB sedar bahawa bayaran tribute dan premium bagi Kompatmen ini sejumlah RM582,572.45 kepada Jabatan Perhutanan telah dibuat oleh KPK sendiri dan bukannya oleh Roshaimi Ent?
10. Adakah benar ada surat "sila urus" daripada Pejabat MB mngenai harga yang ditawarkan kepada Roshaimi Ent?
11. Adakah YB boleh maklumkan sama ada ada atau tidak ada satu perjanjian antara KPK dan Roshaimi Ent. bagi kerja-kerja berkenaan?
12. Adakah tindakan undang-undang telah diambil oleh KPK ke atas Roshaimi Ent. seperti mana kehendak ALP Pengarah? Jika tidak, kenapa?
Sebelas minit mesyuarat diluluskan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK Bil. 195Sebelas minit mesyuarat diluluskan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK Bil. 19513. Bukankah perlantikan Souncern Timber Sdn Bhd dibuat tanpa tender terbuka tetapi melalui rundingan? Apakah kriteria-kriteria pemilihan itu? Apakah kelebihan syarikat ini atau tawarannya yang lebih menguntungkan KPK?
14. Adakah benar bahawa Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 6 Jun 2014 telah menetapkan harga jualan kepada Souncern adalah seperti berikut:
- RM 1,800 se ekar bagi kawasan sudah kerja
- RM 4,000 se ekar bagi kawasan tebang habis untuk tujuan perladangan
Walau bagaimanapun, berdasarkan perjanjian, adakah benar KPK menawarkan harga hanya RM1,450 seekar bagi 6,000 ekar untuk tiga tahun pertama, tanpa melihat sama ada kawasan itu adalah hutan dara atau tebangan habis, seperti yang berlaku kepada Kompatmen 43 sekarang.
15. Adakah YB sedar bahawa KPK sendiri telah menilai kawasan-kawasan ini dengan harga RM2,400 se ekar (sepatutnya bagi kawasan tebang habis dan hutan dara, nilaiannya mesti lebih tinggi)?
Ini bermakna, kurangan sebanyak RM950 seekar.
Bagi 6,000 ekar berkenaan, kerugian dari anggaran KPK sendiri sahaja sudah berjumlah RM5,700,000 (RM5.7 juta).
Ini bukan kiraan saya, tetapi kiraan Laporan Audit Dalam SUK pada muka surat 29, saya difahamkan.
Jika harga RM4,000 seekar bagi kawasan tebang habis diambil kira, kerugian KPK berjumlah RM15,300,000 (RM15.3 juta) untuk tiga tahun pertama!
16. Kenapa KPK menawarkan harga yang lebih rendah dari harga yang diputuskan oleh ALP KPK sendiri?
17. Adakah pihak-pihak yang mendapat kick back dari susunan ini, setakat pengetahuan YB?
18. Siapakah yang lebih berkuasa dari Ahli Lembaga Pengarah sekarang?
19. Adakah ini bukan satu penyelewengan?
20. Adakah YB boleh mengesahkan bahawa antara kawasan yang terlibat dengan blokade Orang Asli sekarang adalah dalam kawasan KPK yang sedang dikerjakan?
21. Adakah YB sedar Kompatmen 43 KPK di HSK Balah diusahakan oleh Souncern? Adakah YB sedar Sourcern telah meminta kawasan ganti dari KPK hasil blockade tersebut? Adakah KPK bersetuju?
22. Selain Kompatmen 43, NO LESEN DB 01(P) 12 -2016 untuk tujuan TLC bagi Kompatmen 100, 101, 102, 112 dan 113 seluas 404 ha dan lesen DB 01 (P0 15-16) TLC melibatkan Kompatmen 143,144, 176, 178 dan sebahagian 179 seluas 391 HA melibatkan kawasan KPK?
23. Adakah pihak ALP KPK telah melawat kawasan-kawasan berkenaan di atas yang dikatakan telah mengakibatkan kemusnahan habitat Orang Asli sebagai tanda peri kemanusiaan dan berkebajikan? Jika tidak, mengapa?
24. Adakah mengambil berat kesan alam sekitar dalam aktiviti-aktivitinya? Adakah ini termasuk dalam piagam kewujudannya? Jika ya, apakah tindakan pemantauan dan pematuhan yang telah diambil, khususnya berbangkit dari bantahan dari Orang Asli sekarang yang melibatkan kawasan konsensi KPK?
25. Setakat pengetahuan YB, adakah syarikat induk KPK iaitu PKINK tahu apa yang berlaku dalam KPK sekarang?
26. Adakah YB sedar bahawa mesyuarat ALP KPK BIl 201(3/2014) pada 18.3.2014 telah meletakkan syarat usaha sama KPK dengan Souncern mestilah meliputi menyewa kilang KPK di Dabong dengan kadar RM 30,000 sebulan.
Pada 20.3.2015, perjanjian telah dibuat tetapi tidak dimatikan setem. Kenapa berlaku demikian? Sehingga Januari tahun ini, sejumlah RM300,000 tunggakan sewaan kilang belum dibayar oleh Souncern.
27. Adakah YB sedar Souncern tidak lagi berminat untuk menyewa kilang ini? Jika Souncern tidak jadi menyewa kilang ini, apa akan dilakukan ke atas kilang yang telah ditutup oleh KPK itu?
28. Adakah YB sedar KPK telah memberikan 5 kenderaannya kepada badan tertentu? Adakah boleh YB nyatakan badan-badan itu?
29. Mengenai rancangan Bandar Baru Dabong di atas tanah milik KPK seluas 45 hektar melalui usaha sama dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd, kenapa ia gagal dilaksanakan?
30. Adakah YB sedar bahawa Pengurus Besar KPK pernah menulis surat kepada Lapangan Desiran untuk menafikan pernah melantik mana-mana pihak mewakili KPK untuk menerima wang dari Lapangan Desiran dan KPK tidak pernah menerima apa-apa bayaran dari Lapangan Desiran? Kenapa surat seperti ini perlu dikeluarkan?
31. Adakah YB sedar bahawa dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kecil Tender KPK yang dipengerusikan oleh YB Kadok, telah diluluskan bayaran balik sejumlah wang termasuk RM50,000 yang telah diterima sebelumnya oleh salah seorang ALP KPK?
32. Boleh YB nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh KPK untuk tujuan pembangunan Bandar Baru Dabong, termasuk bayaran kepada Syarikat Interlocking System?
"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Audit Dalam SUK atas inisiatif menjalankan auditan ke atas KPK," ujar Husam.
mdl
IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

6 ulasan:

  1. Pembalakan haram org kerajaan haramjadah kelantan..membalak bersama olammak kelantan...

    BalasPadam
  2. Rakyat kelate akan menghukum puok2 haramjadah 90juta ni dlm pru14 nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul.Ambo dan seluruh keluarga ambo tak akan undi PAS pada pru14 nanti.

      Padam
    2. Cmne pembalakan blh dpt lesen smpi kwsn org asli...ni bukan pembalakan halal...terang2 pembalakan haram pun krjn kelantan masih nk kelentong sana sini.itu sbb pas xberani nk bantah umno sbb sprm pyn bwh telunjuk umno...senang je baca drama pas umno ni...yg paling best nt tgkla umno ambil alih kelantan...masa tu pas sgt lemah dan umno terajang pas lagi sekali mcm zaman tun razak dlu....pas kembali ke zaman dulu2

      Padam
  3. Salam semua,

    Tunggu juga puak-puak PAS ni. senyap je. Sambut happy deepavali kot hahahha???

    Apa masalah budak-budak PAS ni???

    Ada hadis-hadis Rasulullah yang menegur golongan agama yang melampau!!!

    Kenapa budak-budak PAs ni melampau, maki DAPigs, Lim Kit Sial dan sebagainya, fitnah lagi tetapi mereka kata Pakatan Harapan yang memaki hamun dan memfitnah. Dahsyat budak-budak ni punya bodoh!!!

    Cabar bukti UG dengan Umno. Dato' Husam Musa, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ustaz Ahmad Awang, ahli PAS sendiri, ahli UMNO yang bawa Haji HAdi jumpa Pak LAh, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Almarhum Nik Aziz sendiri yang mengatakan ahli PAS termasuk presiden perlu didisiplinkan berkenaan UG dengan UMNO, semuanya dah beri testimoni secara langsung atau tak langsung, dia kata tak bukti!!!

    Apa ke bangang penyokong PAS ni???

    Fitnah dan hina pula Lim Kit "Sial" nak bawa Anwar UG punya UMNO!!! Bukti tak ada. Dah memaki hamun dan memfitnah, kata PH pula maki hamun dan fitnah!!! Bodoh!!!

    Kenapa mereka jadi macam tu?

    1. Taasub. PAS sahaja yang betul. Dah terang-terang salah pun taknak terima!!!

    2. TAkabur. Hina orang macam apa je. Keldai, anjing gila last-last tergelar diri sendiri PIGS!!!

    3. Jahil. Yang tu confirm!!! Tengoklah hujah Ir Anonymous dan Tanpa Nama. Dah beri Al-Quran dan HAdis pun dituduhnya ikut separuh-separuh. Menuduh pandai. Siap cakap lagi tak payah pakai Al-Quran, ikut akal!!! Sejak bila logik akal mengatasi Al-Quran dan sunnah???

    Sebab ketiga-tiga sebab di atas lah korang ni jadi merosak bangsa dan negara macam ni. LEpas tu kena tipu lagi dengan UMNO/BN. Bila nak bentang RUU355 entah???

    Dah banyak dah kemungkaran yang dilakukan oleh PAS!!! Kalau sayang sangat dengan PAS, betulkan dari dalam!!! Jangan sampai semua benda-benda bodoh dalam dunia ni ulama kau cakap kau terima!!! Tak ke bodoh jadinya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kena tipu pun..tak dpat laluan utk bentang ruu krana tak ckup masa..kahkahkah kena tipu lagi.ape pun aji sotong n compny dh msyukk..yg msuk angin kluar asap wan rosli bodoh je yg brmati matian sokong aji sotong..kahkahkah padan muka..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...