Tepat jam 4.35 petang (waktu UK), Khamis, 6 Oktober 2016, delegasi Parti Amanah Negara (Amanah) dalam siri jelajah ke United Kingdom telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London. 12 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London yang dibiayai dengan duit poket sendiri sememangnya menggalas misi besar untuk berjumpa dan berdialog dengan seramai mungkin penduduk Malaysia di bumi Komanwel.
Sebaik mendarat, kami disambut penuh mesra oleh beberapa anak muda yang telah pun membantu dengan menyusun pertemuan bersama rakyat Malaysia di sini.
Sementelah menunggu program pertama, Perasmian Amanah UK-Eire yang dijadual pada 8 Oktober 2016, kami telah menginap di Hostel Wisma Berkah, berhampiran Jubilee Line Bermondsey. Penginapan sederhana yang berkongsi tempat dengan Warung Padang (makanan Indonesia) ini nyata membumikan sikap 'inclusiveness' pimpinan utama parti.
Tiada masalah untuk berkongsi ruang kecil untuk menginap, 'tutup mata' dengan beberapa faktor yang menghilangkan keselesaan, bahkan boleh tidur di lantai beralaskan tilam dengan cuaca sejuk mencengkam hingga ke tulang sum sum! Untuk berpindah dan menikmati keselesaan ke tempat lain jelas bukan pilihan kerana mungkin masing-masing berpendirian bahawa kepayahan fizikal itu teramat kecil ketimbang tugas dan peranan yang masih jauh perjalanannya, selain mahu mengawal perbelanjaan sepanjang tempoh jelajah.
Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober 2016. Lokasi bersejarah ini menjadi saksi apabila Amanah UK-Eire telah dirasmikan penubuhannya oleh Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, diiringi Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang. Kehadiran yang dilatari pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India dengan lapisan umur berbeza itu nyata menerima reaksi unik khalayak yang tidak hanya bersoal jawab tentang Amanah dan perubahan di Malaysia, bahkan memberikan sumbang saran bermakna untuk Amanah berkembang dan bernadi dalam menggerakkan perubahan.
Lebih menarik dalam ucaptama awal yang disampaikan Ustaz Ahmad Awang, beliau telah menekankan keutamaan Amanah untuk tidak hanya menjadi parti yang mengangkat martabat hidup rakyat, bahkan menjadi parti yang terkehadapan dalam menolak kebencian agama dan perkauman. Juga disentuh peranan AMANAH untuk berjuang terhadap kelestarian alam, satu perjuangan yang jarang mendapat tempat dalam konteks politik populis.
Untuk menggarap perubahan politik Islam, Tuan Haji Mohamad Sabu dengan penuh jujur mengakui bahawa politik Islam akan terus tertinggal jika hanya berjuang untuk menghukum orang semata-mata. Hujah beliau, politik Islam harus bersedia dengan keterangkuman akhlak dan aqidah, dua elemen penting dalam menyempurnakan syariah dan muamalah. Ketika kesemuanya bersebati menjadi adunan perjuangan, maka Amanah tidak hanya akan dipercayai rakyat bahkan dicontohi taulan,
sebagaimana Nahdhah Tunisia & AK Party Turki kini menjadi kompas politik Islam kontemporari. Usai program tersebut, masih berlangsung diskusi-diskusi kecil tidak rasmi di dalam dan luar dewan antara audien dan anggota delegasi. Sekitar 11 malam, barulah kesemuanya beransur pulang.
Keesokan harinya, 9 Oktober 2016, seluruh delegasi dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 bergerak ke Manchester, Liverpool dan Dublin yang diketuai oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden Amanah sementara Kumpulan 2 yang diketuai oleh Tuan Haji Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah akan menuju ke Birmingham dan Conventry. Kumpulan 1 yang dipimpin oleh Datuk Dr Mujahid Yusof telah dianggotai oleh saya sendiri, mewakili Pemuda Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi, Dr. Rohani Abd Muttalib, Ustazah Mariam Rashid dan Hidayah Ramlee mewakili Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan). Selesai makan tengah hari, kami - Kumpulan 1 - bergerak menaiki keretapi ke Manchester di Euston Station sekitar jam 2.17 petang.
Mengambil masa sekitar 2 jam lebih, kami tiba di Manchester Piccadilly Station tepat jam 4.51 petang. Kami disambut anggota kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Independent School of Thinkers (IST). Mereka merupakan kumpulan mahasiswa yang aktif menganjurkan dialog dan program-program kritikal di peringkat universiti. Kami juga difahamkan bahawa anak-anak muda ini berimpian besar untuk tampil sebagai intelektual rakyat yang mampu berperanan untuk membangunkan negara kelak.
Semasa makan malam, anak-anak muda ini berdiskusi panjang tentang keadaan politik negara, falsafah ke depan dalam membentuk wajah baru Malaysia serta kekangan-kekangan yang perlu mereka tempuh untuk membentuk dan melatih komuniti pemikir di kalangan mahasiswa di lembah Manchester. Usai di perbincangan tidak formal itu, kami pulang ke tempat penginapan dan bersedia untuk program keesokan harinya.
Pagi 10 Oktober 2016, kami punya ruang untuk meninjau-ninjau bandar yang sinonim dengan pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Manchester City. Bersua dengan masyarakat, melihat keragaman manusia pelbagai bangsa di petempatan Rusholme. Hajat di hati mahu berkunjung ke restoran kendalian Raja Petra Kamaruddin (RPK), aktivis kontroversi yang sering berubah-ubah pandangan politiknya, namun masa telah teramat lewat dan kami perlu bersedia untuk dialog yang berlangsung tepat jam 8 malam.
Bertempat di Universiti of Manchester, program malam tersebut berlangsung di Dewan 4 Students Union. Kehadiran yang ramai dan luar jangkaan pada malam tersebut menambah debar kami untuk berhadapan dengan kelompok anak-anak muda ini, apatah lagi setelah diberitahu sebelumnya bahawa gaya berfikir mahasiswa-mahasiswa di sini lebih ke depan dan sering menongkah arus. Permulaan dialog telah dibuka oleh YB Dr Mujahid dengan penerangan ringkas tentang Amanah dan peranan Amanah dalam konteks politik negara. Dijelaskan juga faktor-faktor besar untuk Amanah tampil menjadi sebahagian daripada pemain perubahan di kancah politik dan nilai-nilai utama sebagai sebuah parti politik Islam yang baharu.
Keadaan mula terasa bahangnya apabila kumpulan mahasiswa mula berbahas dan mempersoalkan mengapa Amanah perlu menjadi 'parti Islam' dalam keadaan dunia umumnya tahu bahawa mana-mana parti yang dijenamakan Islam sangat sedikit yang mencapai kejayaan dalam berpolitik. Lebih kritikal apabila ada yang mencadangkan agar Amanah mengambil contoh parti-parti lain yang lebih berpengaruh di Barat dan tidak berbasis Islam. Tidak kurang juga yang mempertikai mengapa Amanah perlu 'bersilat panjang' dengan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang semua pun maklum bahawa ianya langsung tidak bersangkut-paut dengan aqidah dan syahadah.
Saya, sebagai wakil Pemuda Amanah dalam forum berkenaan menjelaskan bahawa Amanah ditubuh untuk melunaskan tanggungjawab politik setelah Islamis berdepan kegagalan demi kegagalan dalam pembinaan negara sebagaimana yang pernah dikeluhkan oleh Muhammad Asad sewaktu berkomentar panjang tentang penubuhan Pakistan. Amanah bertanggungjawab untuk membawa politik Islam ke dalam dimensi baharu, iaitu politik yang tidak berasaskan hukuman semata-mata, tetapi nilai dan budaya yang boleh mencapai tujuan dan maksud syariah (Maqasid Syariah).
Ditambah pula oleh Datuk Dr Mujahid bahawa Amanah dalam konteks Perlembagaan berhak menubuhkan sebuah parti berasaskan Islam. Cuma, Amanah perlu memastikan bahawa asas penubuhannya tidak larut dalam politik perkauman dan kebencian agama, sebaliknya kekal menjadi rahmat untuk semua, sebagaimana yang difirmankan dalam Al-Anbiyaa' ayat 107. Datuk Raja Kamarul Bahrin pula menjelaskan bahawa Amanah perlu 'melayan' RUU 355 setelah ia diusulkan dalam kerangka Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Namun hujah Amanah konsisten bahawa RUU 355 mesti disertakan dengan tingkat hukuman beserta perincian dan tidak boleh dibiarkan terbuka (blank cheque).
Di akhir dialog, banyak saranan yang dilontarkan mahasiswa-mahasiswa terhadap kami. Hal paling menggusarkan kami - sejujurnya - adalah penerimaan aktivis-aktivis mahasiswa ini terhadap apa yang kami kongsikan dalam dialog tersebut. Khuatir kalau-kalau kami tidak menjawab semua soalan yang dilontar dan kepulangan mereka dengan tanggapan bahawa kami sama sahaja seperti makhluk-makhluk politik yang lain. Semasa perjalanan pulang ke tempat penginapan, penganjur memaklumkan bahawa dialog pada malam tersebut berjaya dan mendapat maklum balas yang baik daripada anak-anak muda yang hadir. Lega dengan pengakuan tersebut, kami beradu dengan penuh kepuasan sambil memikirkan hari esok, perjalanan menuju ke bumi Liverpool, seterusnya ke Dublin.
*Penulis merupakan Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional merangkap Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional.
mdl
IKLAN BERBAYAR
Panjang kan pedang mu hadi supaya lebih mudah memotong kek....kahkahkahkah
BalasPadamTak tau kata PAN hebat sampai tahap ni. Syabas
BalasPadamKita penuh yakin dg perjuangan AMANAH dlm kancah politik Malaysia yg berteraskan kpd Islam yg rahmatan lil alamin seperti mana yg dibawa oleh Rasul SAW. Bertepatan dg nama AMANAH itu sendiri sebagai wadah yg bertepatan dg keadaan masa kini. Syabas!
BalasPadamSyabas, kalian begitu bersemangat berjuang, sepatutnya kalian perlu fokus pada pengaruh dalam negara dulu sebelum cari pengaruh luar negara, pru 14 dah nak mai, dengar khabar nak tanding semua kerusi yang PAS tanding, kena la fokus pada jentera pilihanraya, nanti calunnya ada jenteranya entah kemana. Jangan jadi macam mat jenin.
BalasPadamSalam En. Tanpa Nama,
PadamPAS berlagak jentera kuat last-last kalah. DAP tak pernah pun cakap pasal jentera menang pulak!!!
Sebenarnya jentera PAS tak kuat dan lemah tenaga batin sebab tulah kalah sejak malam pertama lagi hahahha!!!
Ada hati nak menyokong syiah yang kahwin mutaah!!!
Dengan yang ada sekarang asyik kalah je kahkahkah!!!
Negeri tuang presideng parti jual agama sendiri pung tk boleh tawang asyik kalah setiap pru. Walaung tolol berfikir guna siku dan lutut.
PadamSetahu aku takde pulak pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang begitu teruja dengan Syiah tapi kalau dalam PAN ada pemimpin yang begitu taksub dengan Syiah. Baik berwaspada.
BalasPadamLagi satu, takde pulak kat Malaysia ni yang menunjukkan statistik pasal kahwin mutaah dan statistik anak hasil dari kahwin mutaah, statistik yang ada menunujukkan yang sepatutnya menjadi kebimbangan umat islam ketika ini adalah anak luar nikah hasil dari perbuatan zina yang amat tidak terkawal kerana kerosakan akhlak yang diamalkan oleh sekular dan tiada usaha dari pemimpin sekular untuk membanteras masalah luar nikah.
Apa yang mereka sibuk perjuangkan ialah LGBT, Jumaat tukar kepada Sabtu, duduk rumah berdua-duaan itu hak individu tak boleh diganggu, murtad, october fest, bersolidariti dengan pemimpin rasuah dan pilihanraya yang adil, tiada pun usaha untuk memperkasakan syariat Islam supaya akhlak umat islam terpelihara.
Fikir-fikirkanlah.
Guna politik utk kepwntingan Agama... Bukan guna Agama utk kepentingan politik.... Pandai Pk Najib bg puak2 ni klaut...
PadamSetuju sesangat dgn 8:13.. terimalah kenyataan wahai Adie..
PadamKenyataannya, Hadi dan lebai2 pemakan dedak, penjual agama Pas peralatkan Islam utk kepentingan peribadi dan politik sempit mrk.
PadamPasal kau mbutakn diri..8.13 aka wan rosli tanpa nma,,dh ularmak kau sndiri nk mnyatukn syiah n sunnah sdangkn syiah tu musuh islam sndiri..statistik ada tpi kau yg nk menipu diri n org ramai..aii hj hadi n nik abodoh ni nk brsatu dgn umngok zalim tu kau buta ke?gi minum susu dedak dulu ye baru komen
PadamWanrosli belum minum susu omega campur pil kuda.tu sbb biut otak udang mcm noh Omar.ahahahaa
PadamSalam En. Tanpa Nama,
PadamEncik cakap setahu Encik memanglah tak boleh pakai sebab Encik tak tahu hahahha!!!
Daripada dulu lagi Haji Hadi selalu menyokong perjuangan Ayatollah Khomeinei dan Iran. Haji Hadi pun kerap ke sana!!!
Sekarang ni ahli sunnah dah tahu banyak perkara tidak baik mengenai syiah yang sudah dibingkar!!!
Apa kata Haji Hadi??? Menggalakkan penyatuan sunni-syiah!!!
Menggalakkan penyatuan sunni-syiah kepala hotak dia!!!
Dr Yusuf Al-Qardhawi sudahpun menyanggah dan memperbetulkan kenyataan Haji Hadi dengan mengatakan masalah syiah adalah masalah akidah dan bukannya cabang. Tak ada penyatuan-penyatuan yang ada kembali kepada akidah yang sebenar!!!
Akidah yang sebenar tau!!! Bukan akidah kalau tak taat kepada PAS hilang akidah hahahahah!!!! Bodoh-bodoh!!!
En. Tanpa Nama,
PadamYang Encik kata LGBT, October Fest, Jumaat tukar hari Sabtu (apa yang mangkuk ni cakap, umaat, Jumaat la, Sabtu Sabtu la) dan sebagainya adalah kenyataan untuk memfitnah orang hahahah!!!
Blogger-blogger UMNO mengaku membuat fitnah macam ni dulu!!! Sekarang mereka dah lihat kegagalan negara akibat fitnah mereka sendiri dan menyesal!!!
Yang korang ni blogger UMNO pun dah menyesal korang tak menyesal-nyesal lagi!!!
Hati dah mati lah tu!!! Tak pun terebih minum air ketum barangkali. Bodoh sangat!!! HAHAHAHHAAH!!!
LGBT
BalasPadamL-lebai
G-guru hadi
B-bebal
T-tolol
Harap husang power of ten tak jual lagi nama tokoh PAS..
BalasPadamWan rosli mmg buta,nik abodoh tu jual nama bapak dia yg tak betul tu boleh lak ye..gi minum susu omega dulu ye..jgn lupa cmpur dedak
PadamSalam semua,
PadamSaya petik kata-kata yang saya jumpa seperti di bawah :-
KAH KAH KAH
ada seorang anak muda
di ketereh telah berkata
bahawa hadi ini
seorang yang bijak
seorang yang pandai
banyak ilmu pengetahun
rajin membaca
tidak bebal
tidak bodoh
apa dia cakap dia kota
cakap boleh dipakai
mesyuarat tak pernah tak datang
parlimen tak pernah tak datang
tak pernah mungkir janji
kalau cakap nak saman
pasti dia akan saman
tak pandai kelentong
cakap tak kluk klik
cakap tak kasar
penuh budi bahasa
apakah ini satu fitnah
saje tanya
takut bersubahat
menyebar fitnah
HAHAHHAHAH!!!
Hadi Awang kalo baca ni dia sendiri ketawa terbahak2..ini semua fitnah yg direka walaunta.kahkahkah
PadamHarap tiada lagi pimpinan PH yg suka jual nama org yg dah meninggal dunia.. kasihanilah keluarga si mati pabila org yg dikasihi dikaitkan dgn org yg bersekongkol dgn para pengkhianat..
PadamOkla jual agama drp merompak balak spt pas
Padam