Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Oktober 16, 2016

PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI BUAT HAL LAGI, DENGAN ISU RUU355


Rang Undang Undang yang bakal dibawa MP MaarangRang Undang Undang yang bakal dibawa MP Maarang

Usul pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika dibenarkan adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang bagi menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata demikian ketika mengulas jangkaan Presiden Pas itu akan membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada masa terdekat.

Menurutnya, usul itu mesti mendapat kebenaran daripada kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan untuk dibentangkan.

"Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen yang sekarang ini dipegang Datuk Azalina Said Othman.

"Jika Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentang dan dibahaskan.
"Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahas maka berlaku pengundian," ujarnya sambil menekankan perlunya Peraturan Mesyuarat difahami.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, ramai yang menjangkakan Dewan Rakyat akan tunggang terbalik jika sampai ke peringkat pengundian kerana jika diluluskan kononnya terlaksanalah hudud di Malaysia.

"Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

"Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri)," sindirnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perjalanan untuk hudud bahkan menaik taraf Mahkamah Syariah masih jauh jika usul RUU355 itu diundi dan diluluskan.

"Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanya bagi mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

"Selagi menteri berkenaan tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan supaya rakyat faham bahawa pindaan Akta 355 akhirnya kembali kepada keputusan Najib jika pengundian berlaku selepas pembentangan usul Ahli Parlimen Marang tersebut.
Menurutnya, cadangan Hadi itu hanya berpeluang untuk dilaksanakan jika Najib mengarahkan Datuk Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang jenayah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.

"Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan.

"Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan," tambahnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR

 Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

24 ulasan:

  1. RUU 355 Hadi kencing walaun2 parti penunggang agama Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ruu sebenarnya bermaksud ROMPAK UNTUK ULAMAK....

      Padam
    2. Fitnah matsabu tolak hudud, fitnah larangan azan,fitnah org Kristian mati,fitnah pil kuda xyah istigfar ya..bijak2 kepala otak walaun wanrosli.kahkahkahkahkahkah

      Padam
    3. Istighfar oleh diri sendiri dari terus melakukan dosa fitnah itu lebih baik tuan..

      Padam
    4. Nape plak.wanrosli pun x istigfar fitnah mcm2.aku xfitnah.aku ikut cara wanrosli jew...btl la ya hadi langgan pelacur dan pondan kan...tuduh xyah bukti btl x wanrosli...

      Padam
    5. Semoga tuan dirahmati Allah jua hendaknya..

      Padam
    6. Insafla wanrosli.xbaik fitnah matsabu tolak hudud...dosa besar tu

      Padam
  2. Rafizi ni sembang je kencang hasil kosong, tapi tidak mengapa, kita doakan Rafizi jadi lembut dengan RUU 355, walaupun jauh mari kita semua dekatkan dan permudahkanlah segala usaha yang dilakukan untuk memartabatkan syariat islam. In-shaa-Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripda kau sembang lagi putar alam,jap jdi tnpa nama jap jdi wan rosli lebong..kahkahkah

      Padam
    2. Selembut hadi yg kecut telor nk saman Sr tu ke walaun.kahkahkah

      Padam
    3. Ruu apa nye walaun melalut ni.balak kelantan habis kena rompak kalau nk buat hudud kasi potong tangan mb kelantan Dan nik amar dlu br org pcaya...kalau x, lebong jela laa pas

      Padam
  3. Lohat perenggan akhir..."Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan,"

    Tak kemana wahai lebai2....
    Agama dipolitikkan..
    At the end...this issue back to gov...
    Betul2 bikin kecoh saja...

    BalasPadam
  4. Sebab tu lobai2 pas kena bersama pembangkang tumbang bn untuk laksana hudud. Hanya pihak yang ada kuasa sahaja yang boleh laksanakan apa yang nak dilaksanakan. Takkan jadi hudud sebagai undang2 kalau sekadar jadi penasihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah la.lobai2 tu semua perosak parti aja..xyahla join ph nt makin melingkuo.biar la parti lobai tu melingkup sendiri2 sudahla

      Padam
    2. Hudud satu penipuan parti jual agama Pas menipu ahli2 parti utk kepentingan diri dan politik sempit mrk.

      Padam
  5. Berusaha lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.

    BalasPadam
  6. Ruu bermaksud rompak utk ulamak

    BalasPadam
  7. Walaun sekor ni pemfitnah tegar anak murid kpd lebai pembohong bersiri Pas.

    BalasPadam
  8. Istigfar lah wahai wanrosli.Istighfar oleh diri sendiri dari terus melakukan dosa fitnah itu lebih baik tuan..

    BalasPadam
  9. https://m.youtube.com/watch?v=OL7VTlOFKok

    Husam yg sebenar.. tak payah nak jual lagi nama ATGNA.. kami tak pernah pun terhegeh2 nak jual nama UAA / UGS korang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam En. Ir Anonymous,

      Korang tu PIGS.PIGS tu haram macam mana nak guna nama Almarhum Nik Aziz hahahah!!!

      Padam
  10. Bertaubatlah ir anonymous aka wanrosli.bygkan andai sedang anda menfitnah tiba2 ajal menjemput anda dan anda tidak sempat minta maaf pada org2 yg anda fitnah...taubat lebih baik drp terus menabur fitnah....

    BalasPadam
  11. Harapanku agar kalau nak menonjolkan diri tak perlu jual nama org yg dah meninggal dunia..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...