Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 28, 2013

SPR gagal jalan pilihan raya bersih dan adil, putus Tribunal Rakyat


Tribunal Rakyat hari ini berkata, berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya 2013 dengan bersih dan adil.

Ketua Pasukan Perundangan tribunal berkenaan, Professor Gurdial Singh Nijar (gambar) ketika membentangkan laporan tribunal berkenaan berkata kebanyakan isu yang ditimbulkan semasa dan selepas pilihan raya pada 5 Mei lalu juga gagal di uruskan dengan baik oleh pengendali pilihan raya berkenaan.
"Kita bukan minta mereka meletakkan jawatan, kita hanya mahu mereka (SPR) mengembalikan keyakinan orang ramai," katanya semasa pembentangan selama lima jam di hadapan panel tribunal, di Subang Jaya petang tadi.

Jelas Gurdial, jawatan dalam SPR sangat tinggi kerana mereka dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.

"SPR perlu bebas tanpa bersikap partisan terhadap mana-mana pihak," tegasnya dalam rumusan berkenaan.

Tribunal berkenaan telah berlangsung selama seminggu bermula 18 September lalu, dan selepas ini akan mengeluarkan resolusi dan cadangan mereka dalam tempoh tiga bulan.

Pihak penganjur telah menjemput SPR, wakil Barisan Nasional dan juga pihak polis selain saksi lain untuk menyertai tribunal berkenaan, namun tiada wakil daripada badan berkenaan dilihat sepanjang prosiding tribunal berlangsung.

Antara isu yang dibangkitkan adalah, didakwa 30% Daftar Pemilih SPR kotor, jumlah amaun pembiayaan bagi calon pilihan raya, pindaan Akta 9A yang membolehkan Daftar Pemilih dicabar, media arus perdana yang prejudis terhadap pembangkang dan banyak lagi.

Antara yang telah memberikan testimoni mereka termasuklah ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan juga Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan.

Gurdial turut membangkitkan penghargaan terhadap SPR atas kesediaan mereka meneliti hasil tribunal berkenaan, namun menyuarakan rasa kesal badan berkenaan menolak jemputan menyertai tribunal tersebut.

"Kami menjemput mereka, namun sayang kita hanya dapat menyaksikan dari sebelah pihak sahaja," katanya.

"Memang kita tiada kuasa dari segi perundangan, namun ini adalah suara rakyat. Semua orang tahu, malah di seluruh dunia, suara rakyat yang akan membawa perubahan," tambah Gurdial.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak jemputan Tribunal Rakyat atas alasan sistem perundangan tidak memperuntukkan mereka menyertai tribunal berkenaan.

Pengerusi tribunal berkenaan, Professor Yash Pal Ghai dalam ucapan penutupnya berkata lima panel yang terlibat dalam program berkenaan akan membuat keputusan secara berhati-hati berdasarkan hasil testimoni dan juga bukti yang diserahkan kepada mereka.

"Sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan menyertai kami, ia akan menjadi dialog yang berkesan.

"Namun akan meneliti setiap bukti dan membuat kesimpulan dengan berhati-hati," katanya.

Panel tribunal yang terdiri daripada pakar perundangan dan jugabeberapa individu ternama dari dalam di luar negara.

Selain Ghai yang bertindak sebagai pengerusi, panel lain termasuklah bekas Timbalan Pengerusi SPR Indonesia, Ramlan Surbakti, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Datuk Azzat Kamaludin, pensyarah di Universiti Malaya Dr Mavis Puthucheary dan juga Setiausaha Agung Pertubuhan Gereja Malaysia Rev. Hermen Shastri.

Merujuk kepada dakwaan-dakwaan yang dikemukakan saksi dalam prosiding tribunal, Ghai berkata kerajaan mungkin mempunyai jawapan mereka tersendiri.

"Apa yang paling penting adalah perpaduan amat diperlukan berbanding mewujudkan ketegangan," katanya mengakhiri tribunal berkenaan. – 27 September, 2013.

TheMalaysiaInsider

1 ulasan:

  1. Sayangnya tribunal ini tak dapat sokongan kera jaan. Mereka tak lansung melayan tribunal ini. Malah bagi pihak kera jaan juga tak pernah terfikir untuk mengadakan tribunal seperti ini.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...