Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 30, 2010

Anwar:PR Perlu Jelas Kepada Umum Berkenaan 'Ketuanan Rakyat'

SHAH ALAM 30 NOV : Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlu menerangkan dan memberi penjelasan kepada rakyat negeri masing-masing mengenai konsep 'Ketuanan Rakyat' yang diangkat bersama Pakatan Rakyat. Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, polemik Umno memutar belitkan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr...
    

Isnin, November 29, 2010

Anwar: Calon Kalah Tidak Dipinggir

PETALING JAYA 28 NOV: Semua calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti, ujar Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelasnya semua mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan...
    

Ahad, November 28, 2010

Nik Aziz akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.” “Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan...
    

Saya tetap bertahan walaupun terus diserang Umno-BN, kata Anwar

Oleh Syed Mu’az Syed PutraNovember 28, 2010 Anwar menegaskan bahawa PKR adalah parti perjuangan. — gambar failPETALING JAYA, 28 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam diberikan kepercayaan agar terus kekal sebagai ketua umumnya berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh Umno-Barisan Nasiona...
    

”Kemerdekaan Yang Sebenar Ialah Rakyat Menjadi …Hakim!”,

Dari Merdeka Review Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari...
    

Sabtu, November 27, 2010

PKR teruskan perjuangan membela rakyat

Harakahdaily    PETALING JAYA, 27 Nov: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru sahaja meraikan ulangtahun ke-12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, namun usaha membela rakyat diteruskan. Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, dalam...
    

Jumaat, November 26, 2010

Nurul Izzah Anwar : Siapa Sebenarnya Berbahaya?

Merujuk kepada kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat. Perihal perpaduan...
    

Khamis, November 25, 2010

"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita"

 Oleh Nazli Ibrahim (FMT)PETALING JAYA: "Hentikan kenyataan mengugut nak bersih kuda trojanlah, nak bersih pengkianatlah," demikian kenyataan sinis Chegu Bard berhubung tindak-tanduk beberapa pemimpin yang masih lagi bermain dengan teori ‘kuda trojan’ dalam Parti Keadilan Rakyat."Sebagai pemimpin...
    

Karpal desak hakim sukarela tarik diri

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar...
    

Isu APCO : Anwar Tidak Gentar Digantung Parlimen

KUALA LUMPUR 24 NOV : Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar menghadapi kemungkinan digantung dari Parlimen bulan depan kerana mendakwa kerajaan Malaysia menggunakan khidmat firma Apco Worldwide yang ada kaitan dengan Zionis Israel dalam mempromosikan gagasan 1Malaysia. Anwar, bagaimanapun...
    

Rabu, November 24, 2010

Anwar perolehi laporan protokol perubatan

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Borang yang dikenali sebagai 'pro-forma' adalah dokumen standard yang digunakan semasa menangani kes penganiayaan seks. Ia dikatakan...
    

Selasa, November 23, 2010

Tegang di mahkamah, polis dikerah

Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi...
    

Isnin, November 22, 2010

Hakim Nafi Lagi Hak Anwar

KUALA LUMPUR 22 NOV: Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan laporan awal perubatan doktor terhadap Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah ke-2 yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini. Perbicaraan kes fitnah 2 Ketua Umum PKR itu bersambung...
    

Ahad, November 21, 2010

Pemilihan PKR Mendapat Sambutan Menggalakkan

SHAH ALAM 21 NOV : Walaupun sering dimomok-momokkan oleh media arus perdana kononnya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh dengan kecelaruan, perbalahan dan anggota yang turun mengundi hanya suam-suam kuku, hakikatnya jauh dari fakta sebenar. Timbalan presiden parti itu, Senator Syed Husin Ali berkata, penerimaan anggota parti terhadap proses pemilihan dengan sistem 'satu anggota, satu undi'...
    

Anwar-Suu Kyi- Angkara 'Tangan Hitam' APCO ?

KUALA LUMPUR 21 NOV : Media arus perdana hari ini memberi liputan meluas kepada rencana seorang penulis barat dengan tajuk Anwar bukan Aung San Suu Kyi.Tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger  diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain. Namun fakta...
    

Sabtu, November 20, 2010

Karpal kesal tuduhan dan kritikan terhadap Anwar

PULAU PINANG 20 NOV : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid. Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan...
    

Pemimpin Perlu Pendirian Teguh Pikul Amanah Rakyat

Dari Tv Selangor Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat rakyat dengan tidak berpaling tadah menghentam benteng demokrasi utuh perjuangan parti tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. Anwar membidas sikap pengkhianatan individu yang...
    

Jumaat, November 19, 2010

Khamis, November 18, 2010

Sokongan Melayu Bertambah Baik, Nizar Yakin Tawan Perak

SHAH ALAM 18 NOV: Sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Perak menambah keyakinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa negeri itu kembali ditawan pada pilihanraya akan datang. Ketika ini ujar Nizar yang disingkirkan secara tidak bermoral oleh Umno-Barisan Nasional(BN) menyatakan ketika ini PR...
    

Najib Tidak Berpaut Pada Realiti - Dr Muhammad Nur Manuty

SHAH ALAM, 17 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno tidak berpaut kepada realiti apabila mendakwa masyarakat antarabangsa menerima Malaysia sebagai negara Islam contoh.  Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat atau PKR,Dr Muhammad Nur...
    

RAPAT UMUM 19 NOV - MEDIA TUDUH, ANWAR JAWAB

Oleh: MandorDi sebalik PKR dikatakan berdepan dengan berbagai kemelut yang dibesarkan oleh media haprak, Ketua Umum PKR terus komitmen dengan perjuangan membela rakyat dan tidak melayani sebarang propaganda jahat mereka. Propaganda jahat ini tidak akan mendapat hasil sekiranya semua ahli dan penyokong...
    

Rabu, November 17, 2010

Saifuddin : Sistem Satu Ahli Satu Undi Untuk Masa Depan PKR

MACHANG 17 NOV : Parti Keadilan Rakyat tidak  akan tunduk kepada kritikan, tuduhan  dan ugutan melulu terhadap pemilihan parti malah  tetap komited untuk menyemarakkan  demokrasi tulen yang memberikan hak mengundi kepada setiap ahli. Setiausaha Agung PKR  Saifuddin Nasution...
    

Jangan Sokong Membawa Rebah

Oleh Dr. AB “Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku...
    

Pemilihan AMK: Harapan lawan kebimbangan

Walaupun berkongsi perkataan "reformasi" sebagai slogan kempen masing-masing, persaingan kedua-dua calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shaharin boleh disifatkan sebagai pertembungan antara harapan dan kebimbangan anak muda dalam parti itu. Shamsul - penyandang kerusi...
    

Isu Demokrasi Australia Tidak Patut Diam Diri- Anwar

CAMBERRA 16 NOV: Dalam satu lawatan ke Australia, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Australia diberi nasihat yang salah untuk tidak menyuarakan isu hak asasi manusia dan demokrasi. Dalam pertemuan beliau dengan Menteri Luar Australia, Kevin Rudd, Anwar menyuarakan perbezaan komitmen...