Harakahdaily |
PETALING JAYA, 27 Nov: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru sahaja meraikan ulangtahun ke-12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, namun usaha membela rakyat diteruskan. Tambahnya, bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu. Dalam usia semuda itu, ujarnya PKR telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik. “Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah. “Perjuangan membela rakyat perlu terus membara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 di sini, pagi ini. Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Sesungguhnya, kata beliau di tahap ini, PKR masih berada di peringkat awal dalam kelok pembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dan kematangan. “Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap ‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kita perlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya lagi. Beliau menambah, jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan dan menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. “Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasib rakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara,” katanya lagi. Justeru, ujar beliau reformasi dan perubahan dimulakan dalam diri dahulu di mana martabat setiap ahli diangkat tinggi. Setiap ahli, katanya diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan. “Maka kita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisan kepimpinan,” ujarnya. Menurutnya, tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya. Tambahnya, malah PKR memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengan demokrasi yang bergerak cergas menyuburkan demokrasi. Di sebaliknya, kata beliau Umno dan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi di mana seluruh agensi dan aparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan. Di samping itu, tambahnya pelbagai akta menyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan. “Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskan penindasan dan kezaliman kepada rakyat,” ujarnya. |
Senarai Blog...Geng
-
Dua ditangkap sedang mencuri - ADNAN IBRAHIM:ALAT kelengkapan untuk pecah masuk dan sebahagian sarang burung layang-layang yang berjaya dirampas daripada dua orang lelaki pada hari Jumaa...5 minit yang lalu
-
Altantuya Terus Menghantui Malaysia - Oleh Aznan Bakar OKTOBER lalu genap 17 tahun skandal pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menggegarkan negara dan menjadikan Malaysia tu...36 minit yang lalu
-
SELESAI MEMBENTANGKAN BACAAN RANG UNDANG UNDANG KALI KE DUA - Selesai membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di Dewan Negara hari ini. Saya jelaskan bahawa dokum...5 jam yang lalu
-
ELOK BAGI MAT SABU SEPENGGAL LAGI TERAJUI AMANAH, PEMIMPIN BARU BELUM TENTU LEBIH BERWIBAWA - Presiden Amanah Mohamad Sabu menyerahkan kepada perwakilan dan 27 anggota jawatankuasa tertinggi organisasi untuk menentukan sama ada dia kekal mengetuai...11 jam yang lalu
-
Gelora dalam Bersatu apa haluan Pas? - *KHUTBAH* TINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan Perpaduan dan perdana menteri *Anwar Ibrahim*, sama ad...2 minggu yang lalu
-
Kerajaan Pahang Tidak Pernah Bincang Kenakan Caj Tol Ke Genting Highlands ! - BENTONG: Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah membincangkan mengenai rancangan memperkenalkan caj tol perjalanan sehala kepada pengunjung ke Genting Hi...5 minggu yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...Setahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...Setahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...2 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*2 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...2 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...5 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, November 27, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...