MACHANG 17 NOV : Parti Keadilan Rakyat tidak akan tunduk kepada kritikan, tuduhan dan ugutan melulu terhadap pemilihan parti malah tetap komited untuk menyemarakkan demokrasi tulen yang memberikan hak mengundi kepada setiap ahli.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata sistem satu ahli satu undi yang diperkenalkan pada pemilihan kali ini adalah sejajar dengan matlamat memberikan akar umbi hak menentukan corak kepimpinan parti.
" Bukan sebab hendak sangat PKR dilihat mempunyai kelainan. Tetapi prinsip dan falsafah yang mendorongnya. Kita percaya kepada prinsip memberikan hak dan juga kepada setiap anggota yang sebenarnya boleh dianggap bijak dan mampu berfikir bagi menentukan corak kepimpinan yang mereka hendak amanahkan bagi menerajui kepimpinan parti," kata Saifuddin kepada Tv Selangor, melalui segmen bual bicara, Terus Terang.
PKR menempa sejarah apabila menjadi parti politik pertama di Malaysia memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung dengan setiap ahli di peringkat cabang berhak memilih pemimpin peringkat nasional.
Namun pemilihan beberapa cabang tercemar dengan tuduhan proses pengundian tidak telus termasuk pengiraan kertas undi selain provokasi luar dari bukan ahli parti.
Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim menggunakan dakwaan-dakwaan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan saingannya sebagai Timbalan Presiden dan bertindak keluar dari parti.
Segala pergolakan itu dilaporkan oleh media arus perdana kawalan Umno-BN sebagai krisis paling hebat dalam PKR.
Namun Saifuddin berkata segala tuduhan mesti ditangani secara tenang dan dinilai dari konteks yang betul. Tidak ada keperluan untuk parti menekan “butang kecemasan”, tegas beliau.
" Kita kena ingat sistem pemilihan yang adil adalah satu proses terbuka yang mengundang segala macam masalah, sama ada reaksi dari orang luar mahupun orang dalam . Itu tidak dapat dielakkan.
" Reaksi dari orang luar kita anggap sebahagian daripada minat mereka terhadap proses ini. Reaksi daripada orang dalam, baik yang berupa aduan, komen, kritik, adalah satu lagi perkara yang berlaku secara terbuka. Kalau mereka salurkan melalui saluran parti, kita akan tangani cara saluran parti. Kalau mereka memilih untuk meletupkannya secara terbuka, kita akan hadapi secara terbuka," tambah Saifuddin lagi.
Saifuddin menegaskan PKR adalah sebuah parti masa depan, lalu harus "berani" membawa perubahan hatta mencuba sesuatu yang baru.
Beliau berkata dengan memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung, PKR memberikan petunjuk jelas bahawa ia adalah sebuah parti untuk masa depan.
" Politik itu bersifat dinamik. Yang namanya politik itu bukan sesuatu yang berbentuk statik. Mesti ada keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Bermula dengan proses penamaan calon biar pun belum pernah dilakukan oleh mana-mana parti,"katanya.
Berbeza dengan parti perkauman seperti Umno dan rakan parti komponennya dalam Barisan Nasional, PKR bergerak jauh ke hadapan dengan mendokong suara rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman agama, kata Saifuddin.
Atas sebab itu, kira-kira 400,000 ahli PKR di seluruh negara berjaya disatukan di bawah satu bumbung parti dengan komposisi 50 peratus masyarakat berbangsa Melayu, 23 peratus India, 12 peratus cina dan 15 pelbagai etnik dari Sabah Sarawak.
" Kalau hendak dilihat dari rupa wajah politik Malaysia akan datang, cerminannya sudah ada pada parti Keadilan,” kata beliau.
Namun beliau menegaskan PKR yakin, sistem pemilihan sebegitu adalah cara terbaik untuk menzahirkan konsep perjuangan yang dibawa olehnya.
" Saya fikir untuk jangka masa panjangnya, dari sudut falsafah, dari sudut prinsipnya, saya percaya parti Keadilan sedang bergerak pada landasan yang betul untuk memberikan satu rupa dan wajah baru kepada politik negara pada satu masa nanti,"tambahnya lagi.
Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/11/saifuddin-sistem-satu-ahli-satu-undi.html
Senarai Blog...Geng
-
PERANAN MENCARI HARUS SEIMBANG DENGAN OENGGUNAAN WANG RAKYAT - Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai. Pandangan saya, k...19 minit yang lalu
-
Doktor wanita belasah penjual roti, tak puas hati inti sedikit - KOSMOMangsa dibelasah di hadapan gerainya. - IstimewaJAKARTA – Seorang doktor wanita di Medan, wilayah Sumatera Utara membelasah seorang penjual roti gara-...25 minit yang lalu
-
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh Akhir Piala Malaysia - *KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia. Pemain kelahi...15 jam yang lalu
-
PRABOWO TAK DEMAM, ANWAR YANG DEMAM - Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi. Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langka...20 jam yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...6 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Rabu, November 17, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...