Iklan Penaja 1

Khamis, Mac 22, 2018

PH gempur Rantau Panjang dengan isu rakyat

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kemunculan tenaga muda yang menggandingkan golongan profesional dan aktivis masyarakat sedang mencorak suasana politik baharu di Rantau Panjang.
“Kami mahu mengajak rakyat membuka era baru, politik terus untuk merubah kehidupan rakyat,” kata Pengerusi Pakatan Harapan Rantau Panjang, Dr. Wan Shahjihan Din kepada Malaysia Dateline. 
Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Beliau  ditemui selepas majlis pelancaran Bilik Operasi Pilihan Raya Dun Gual Periuk baru-baru ini.
Rakyat katanya telah bosan dengan retorik politik mensucikan diri dan janji palsu pembangunan.
“Begitu lama rakyat dimomokkan dengan politik melabel orang lain jahat dan mesti bersama kumpulan mereka sahaja sebagai syarat menjadi suci dan dikira sah di sisi agama.
“Di pihak lain pula jaguh-jaguh politik elit atasan datang menjanjikan pembangunan serba impian yang kononnya tiada tolok banding.
“Sedangkan hakikatnya rakyat semakin hari semakin menderita,” katanya.
Dalam ceramahnya sebelum itu, beliau menyatakan sebab penceramah undangan malam itu dibawa dari Sik, Kedah, Sulaiman Ibrahim atau lebih terkenal dengan nama Leman Raja Lawak.
“Kita bawa orang Sik malam ini, kerana Rantau Panjang selalu disebut sebagai nama besar salah satu pusat pelancongan Negara.
“Walhal hakikatnya, taraf hidup masyarakat di sini tidak lebih dan tidak kurang dari masyarakat kawasan Sik.
“Majoriti mereka adalah penoreh getah yang sedang tertekan dengan harga komoditi itu yang begitu rendah sekarang.
“Mereka yang bekerja dalam bidang pertukangan dan binaan juga tertekan sekarang apabila tempo pembangunan semakin perlahan dan terpaksa bersaing dengan kebanjiran buruh asing.
“Golongan wanita yang bergantung hidup dengan perniagaan kueh mueh dan kedai makan juga semakin tertekan,” katanya.
Lebih menyedihkan katanya adalah hub perniagaan di kawasan bebas cukai Rantau Panjang sendiri katanya semakin lesu.
“Hari demi hari ada saja yang kita dapati kedai di tutup.Mereka terpaksa berhenti berniaga kerana jualan merudum akibat harga barang menjadi mahal angkara kejatuhan nilai ringgit berbanding Baht Thailand,” katanya.
Mohd Ridzuan Mohamed
Bagi penyelaras Dun Bukit Tuku, Mohd Ridzuan Mohamed yang juga Timbalan Ketua Amanah kawasan Rantau Panjang, fokus terpenting sepatutnya dihalakan kepada kebajikan rakyat.
“Sejak AMANAH ditubuhkan dan kami secara langsung terlibat dengan denyut nadi rakyat penemuan kami sungguh luarbiasa.
“Kemudahan asas yang sepatutnya disediakan pemerintah amat menyedihkan.
“Kami terpaksa memungut derma untuk menyediakn longkang supaya padang bola sekolah yang telah bertahun-tahun ditakungi air dapat digunakan semula.
“Beberapa kampong pula digenangi air sepanjang tahun kerana pihak berwajib membuat saluran keluar air yang parasnya lebih tinggi dari tempat air bertakung.
“Selepas kami mengusahakan laluan yang betul dengan bantuan derma orang ramai barulah masalah ini selesai,” katanya.
Masalah yang bertindidh-tindih ini katanya adalah akibat banjir yang hampir pasti melanda seluruh kawasan Rantau Panjang setiap tahun.
“Hanya baru-baru ini dalam bajet ada cadangan membina tebatan banjir Sungai Golok.
“Rakyat telah hampir muak dengan janji-janji yang telah berapa kali tidak ditunaikan,” katanya.
Hishamuddin Ghazali
Bagi Hishamuddin Ghazali yang kini bertugas sebagai penyelaras AMANAH di Dun Bukit Tuku,berkata, rintihan rakyat yang dinafikan hak khususnya berkaitan pemilikan tanah diberi perhatian utama.
Beliau yang lebih dikenali Syam Ghaz pernah membuat pendedahan media mengenai perkara tersebut.
Isu penyelesaian tanah dan kenaikan bayaran premium hingga diluar kemampuan rakyat kata Syam Ghaz akan menjadi isu besar dalam pilihanraya ini.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan hal tanah ini.
“Insya Allah kita akan membuat kaunter khas untuk menerima aduan orang ramai berhubung perkara ini.
Bagi membuka ruang orang ramai bertukar maklumat dan mendapat penerangan beliau giat mengadakan dialog kedai kopi di kawasan Bukit Tuku.
“Baru-baru ini satu dialog kedai kopi kami adakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Repek.
“Alhamdulillah penuh limpah keluar tempat program Dialog Kedai Kopi anjuran Amanah PDM Repek, Dun Bukit Tuku malam itu.
“Insya Allah program susulan dan masuk kampung diadakan lepas ini,” katanya.
mdl

Picture

1 ulasan:

  1. Parlimen belum bubar, SPR belum umum tarikh kempen, Kleptokrat Sial Najib Tun Razak terkemut-kemut kena serang dari luar dan dalam. Tapi bendera parti dah pacak awal? Kekeke. Ini kes gelabah ke bajet duit curi berlebihan? Kekeke.



    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive