Iklan Penaja 1

Picture

Isnin, Oktober 31, 2016

Hot!! : Video klip 'Pok Mung Movie' Exco Pas paling viral

Video klip keluaran 'Pok Mung Movie' paling viral kini. Video klip keluaran 'Pok Mung Movie' paling viral kini.


Video kenyataan Exco Agama Kelantan, Datuk Nasruddin Daud bahawa lafaz takliq perlu dinyatakan sebelum aqad nikah menjadi paling viral kini.

Beratus ribu orang kini dipercayai menonton video klip sepanjang 1.20 minit itu selepas dikongsikan oleh pelbagai pihak dalam facebokk dan laman-laman sosial yang lain.

Dengan nama 'Pok Mung Movie', video kenyataan Nasruddin dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan itu disiarkan bersama dengan kenyataan dua penceramah terkenal termasuk Mufti Perlis.
Menurut Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan soal jawab dengan beliau itu dan Datuk Dr Mohd Asri Zainol Abidin, Mufti Perlis, lafaz taqlik perlu diucapkan selepas aqad nikah berlangsung.

'Pak Mung' adalah istilah yang digunakan oleh Nasruddin untuk menghina Datuk Husam Musa ketika menyatakan tapak bangunan Pusat Khidmat Adun Salor yang kini dinamakan Wisma Tok Guru bukan milik Adun berkenaan atau ayahnya.

Video Nasruddin menyerang pribadi Husam dalam DUN Kelantan dikongsi secara meluas oleh penyokong Pas dalam media sosial sebelum ini.

Dalam sidang DUN Kelantan kelmarin, Nasruddin telah naik angin selepas Husam bertanya, apakah beliau memberikan khutbah atau menggulung perbahasan ketika berucap.


Ekoran itu, Nasruddin telah menyerang pribadi Husam dalam sidang itu tanpa memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkit.

mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Sabtu, Oktober 29, 2016

KES BALAK KELANTAN : 30 SOALAN PANAS!! UNTUK KERAJAAN KELANTAN

Sidang Dun Kelantan dihangatkan dengan soalan berkaitan pembalakan.Sidang Dun Kelantan dihangatkan dengan soalan berkaitan pembalakan.
Selepas Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat menuduh Datuk Husam Musa mengambil maklumat ‘tepi jalan’ ketika perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2017 semalam, Adun Salor itu tampil dengan lebih 30 soalan berhubung isu pembalakan di negeri tersebut.
Zulkifli MamatZulkifli Mamat“Khususnya isu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan beliau (Zulkifli) memberitahu Dewan, beliau selaku bekas Pengerusi KPK akan menyangkal hujah-hujah saya pada hari ini, 27 Oktober 2016,” ujarnya.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui terdapat semakan ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) oleh Jabatan Audit Dalam Setiausaha Kerajaan Kelantan.
“Selaku bekas Pengerusi KPK, adakah YB sedar bahawa minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KPK sebanyak 11 kali hanya disahkan dalam satu mesyuarat ALP pada Bil 195 (5/2013) yang bersidang 11 Jun 2013?
“Saya merujuk kepada Kompartmen 42 HSK (Hutan Simpan Kekal) Balah, di mana saya difahamkan, berdasarkan hanya memo pengurusan KPK bertarikh 29.4.2014 telah melantik KPK SK Timber Sdn Bhd sebagai menjalankan kerja-kerja penerimaan dan jualan balak.
“Adakah YB sedar bahawa KPK SK Timber Sdn Bhd ini sekalipun menggunakan nama KPK, tetapi KPK langsung tidak mempunyai saham?” soal Husam yang telah menyertai Amanah, 30 Ogos lalu.
Selanjutnya, beliau bertanyakan Zulkifli tentang pegangan sebenar saham dalam KPK Timber Sdn Bhd selain kategori hutan yang diluluskan kepada syarikat terbabit.
“Adakah YB sedar, semakan dengan SSM sehingga Januari 2016 menunjukkan KPK Timber Sdn Bhd ini dimilik 70% sahamnya oleh milik Souncern Timber Sdn Bhd sementara 30% lagi bakinya dimiliki oleh Setiausaha Syarikat iaitu Tuan Tan Wei Chuan?
Kertas aturan mesyuarat Lembaga Pengarah KPK bil. 195Kertas aturan mesyuarat Lembaga Pengarah KPK bil. 195“Adakah 30 peratus pegangan itu sebenarnya mewakili mana-mana pihak ketiga? Adakah YB sedar Kompatmen 42 HSK Balah berdasarkan rekod, adalah hutan dara?” soal Husam.
Zulkifli yang juga Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan turut diajukan soalan berkaitan rekod kontrak.
“Adakah YB sedar bahawa tidak ada rekod perjanjian/kontrak antara KPK dan Souncern Timber atau KPK SK Timber bagi kerja-kerja di kompatmen 42 seluas 249 hektar itu?
“Adakah YB sedar bahawa pada 1 Disember 2014, satu surat tawaran jualan balak dari Kompatmen 42 ini telah dikeluarkan oleh KPK kepada Roshaimi Enterprise (KT02025518-D) dengan harga RM 1,107,500 iaitu dengan kadar RM1,800 seekar?
“Tawaran telah diterima oleh Roshaimi Ent. pada 2 Disember 2014 tetapi pembatalan tidak dibuat kepada KPK SK Timber iaitu syarikat asal yang mengusahakan Kompatmen ini. Mengapa ini berlaku?” soal Husam lagi.
Soalan di nombor tujuh dan seterusnya adalah seperti berikut:
7. Adakah YB sedar bahawa berdasarkan Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 18.3.2014, Kompatmen 42 adalah diputuskan untuk ditawarkan kepada Souncern Timber Sdn Bhd.
Adakah benar bahawa Kompatmen ini telah digugurkan dari senarai kompatmen yang ditawarkan pada waktu Sale Agreement antara KPK dan Souncern ditanda tangani pada 20 Mac 2015?
8. Adakah YB sedar, semakan Laporan Pemerhatian Audit Dalam SUK, seperti mana saya difahamkan, mendapati Roshaimi Ent belum membuat bayaran sejumlah RM896,507.45 walaupun Bahagian Operasi KPK mengesahkan semua kerja pengusaha hasilan telah selesai dijalankan?
9. Disebalik itu, adakah YB sedar bahawa bayaran tribute dan premium bagi Kompatmen ini sejumlah RM582,572.45 kepada Jabatan Perhutanan telah dibuat oleh KPK sendiri dan bukannya oleh Roshaimi Ent?
10. Adakah benar ada surat "sila urus" daripada Pejabat MB mngenai harga yang ditawarkan kepada Roshaimi Ent?
11. Adakah YB boleh maklumkan sama ada ada atau tidak ada satu perjanjian antara KPK dan Roshaimi Ent. bagi kerja-kerja berkenaan?
12. Adakah tindakan undang-undang telah diambil oleh KPK ke atas Roshaimi Ent. seperti mana kehendak ALP Pengarah? Jika tidak, kenapa?
Sebelas minit mesyuarat diluluskan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK Bil. 195Sebelas minit mesyuarat diluluskan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK Bil. 19513. Bukankah perlantikan Souncern Timber Sdn Bhd dibuat tanpa tender terbuka tetapi melalui rundingan? Apakah kriteria-kriteria pemilihan itu? Apakah kelebihan syarikat ini atau tawarannya yang lebih menguntungkan KPK?
14. Adakah benar bahawa Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 6 Jun 2014 telah menetapkan harga jualan kepada Souncern adalah seperti berikut:
- RM 1,800 se ekar bagi kawasan sudah kerja
- RM 4,000 se ekar bagi kawasan tebang habis untuk tujuan perladangan
Walau bagaimanapun, berdasarkan perjanjian, adakah benar KPK menawarkan harga hanya RM1,450 seekar bagi 6,000 ekar untuk tiga tahun pertama, tanpa melihat sama ada kawasan itu adalah hutan dara atau tebangan habis, seperti yang berlaku kepada Kompatmen 43 sekarang.
15. Adakah YB sedar bahawa KPK sendiri telah menilai kawasan-kawasan ini dengan harga RM2,400 se ekar (sepatutnya bagi kawasan tebang habis dan hutan dara, nilaiannya mesti lebih tinggi)?
Ini bermakna, kurangan sebanyak RM950 seekar.
Bagi 6,000 ekar berkenaan, kerugian dari anggaran KPK sendiri sahaja sudah berjumlah RM5,700,000 (RM5.7 juta).
Ini bukan kiraan saya, tetapi kiraan Laporan Audit Dalam SUK pada muka surat 29, saya difahamkan.
Jika harga RM4,000 seekar bagi kawasan tebang habis diambil kira, kerugian KPK berjumlah RM15,300,000 (RM15.3 juta) untuk tiga tahun pertama!
16. Kenapa KPK menawarkan harga yang lebih rendah dari harga yang diputuskan oleh ALP KPK sendiri?
17. Adakah pihak-pihak yang mendapat kick back dari susunan ini, setakat pengetahuan YB?
18. Siapakah yang lebih berkuasa dari Ahli Lembaga Pengarah sekarang?
19. Adakah ini bukan satu penyelewengan?
20. Adakah YB boleh mengesahkan bahawa antara kawasan yang terlibat dengan blokade Orang Asli sekarang adalah dalam kawasan KPK yang sedang dikerjakan?
21. Adakah YB sedar Kompatmen 43 KPK di HSK Balah diusahakan oleh Souncern? Adakah YB sedar Sourcern telah meminta kawasan ganti dari KPK hasil blockade tersebut? Adakah KPK bersetuju?
22. Selain Kompatmen 43, NO LESEN DB 01(P) 12 -2016 untuk tujuan TLC bagi Kompatmen 100, 101, 102, 112 dan 113 seluas 404 ha dan lesen DB 01 (P0 15-16) TLC melibatkan Kompatmen 143,144, 176, 178 dan sebahagian 179 seluas 391 HA melibatkan kawasan KPK?
23. Adakah pihak ALP KPK telah melawat kawasan-kawasan berkenaan di atas yang dikatakan telah mengakibatkan kemusnahan habitat Orang Asli sebagai tanda peri kemanusiaan dan berkebajikan? Jika tidak, mengapa?
24. Adakah mengambil berat kesan alam sekitar dalam aktiviti-aktivitinya? Adakah ini termasuk dalam piagam kewujudannya? Jika ya, apakah tindakan pemantauan dan pematuhan yang telah diambil, khususnya berbangkit dari bantahan dari Orang Asli sekarang yang melibatkan kawasan konsensi KPK?
25. Setakat pengetahuan YB, adakah syarikat induk KPK iaitu PKINK tahu apa yang berlaku dalam KPK sekarang?
26. Adakah YB sedar bahawa mesyuarat ALP KPK BIl 201(3/2014) pada 18.3.2014 telah meletakkan syarat usaha sama KPK dengan Souncern mestilah meliputi menyewa kilang KPK di Dabong dengan kadar RM 30,000 sebulan.
Pada 20.3.2015, perjanjian telah dibuat tetapi tidak dimatikan setem. Kenapa berlaku demikian? Sehingga Januari tahun ini, sejumlah RM300,000 tunggakan sewaan kilang belum dibayar oleh Souncern.
27. Adakah YB sedar Souncern tidak lagi berminat untuk menyewa kilang ini? Jika Souncern tidak jadi menyewa kilang ini, apa akan dilakukan ke atas kilang yang telah ditutup oleh KPK itu?
28. Adakah YB sedar KPK telah memberikan 5 kenderaannya kepada badan tertentu? Adakah boleh YB nyatakan badan-badan itu?
29. Mengenai rancangan Bandar Baru Dabong di atas tanah milik KPK seluas 45 hektar melalui usaha sama dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd, kenapa ia gagal dilaksanakan?
30. Adakah YB sedar bahawa Pengurus Besar KPK pernah menulis surat kepada Lapangan Desiran untuk menafikan pernah melantik mana-mana pihak mewakili KPK untuk menerima wang dari Lapangan Desiran dan KPK tidak pernah menerima apa-apa bayaran dari Lapangan Desiran? Kenapa surat seperti ini perlu dikeluarkan?
31. Adakah YB sedar bahawa dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kecil Tender KPK yang dipengerusikan oleh YB Kadok, telah diluluskan bayaran balik sejumlah wang termasuk RM50,000 yang telah diterima sebelumnya oleh salah seorang ALP KPK?
32. Boleh YB nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh KPK untuk tujuan pembangunan Bandar Baru Dabong, termasuk bayaran kepada Syarikat Interlocking System?
"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Audit Dalam SUK atas inisiatif menjalankan auditan ke atas KPK," ujar Husam.
mdl
IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Jumaat, Oktober 28, 2016

BERSIH 5 : PARTI PAS SUDAH SEMAKIN HILANG PENGARUH


BERSIH menolak dakwaan kononnya tanpa sokongan PAS, perhimpunan 19 November depan tidak akan mendapat sambutan.

Malah, menurut timbalan pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari, penyokong Melayu yang bukan ahli PAS kini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh parti itu.

"Jika kamu perasan, peserta PAS (ramai) akan ada kelompok wanita di satu sudut dan kelompok lelaki di tempat lain. Tetapi jika kita tengok ceramah (BERSIH) di Muar, Johor minggu lalu, wanita bergaul. Mereka sangat aktif dan bertanya soalan.

"Sambutan sangat menggalakkan," katanya, sambil Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang hadir menambah, jumlah peserta pada hari itu dianggarkan kira-kira 400 orang.

Ditanya sama ada pengaruh PAS semakin berkurangan, Shahrul berkata hakikatnya adalah sedemikian.

"Ya, ya. Kami jemput mereka untuk bersama tetapi kami tidak terlalu bimbang jika mereka tidak datang."

Bagi naib pengerusi BERSIH, Thomas Fann, beliau kesal kerana PAS tidak mahu menyertai BERSIH 5, tetapi berkata, dirinya tidak kisah dengan keputusan itu.


"Lagipun, kita perlu sedari bahawa PAS tidak mewakili semua orang Melayu,” katanya.

mk

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Khamis, Oktober 27, 2016

OHHH..MELAYU..MELAYU..MELAYU..MELAYU..APA LAGI MELAYU MAHU?? WAJIB BACA!!


Image result for khalid samad

 Apa Lagi Yang Melayu Mahu?


KEPIMPINAN POLITIK MELAYU

Kepimpinan politik Melayu telah berada di tangan UMNO sekian lama. Walaupun UMNO telah dilanda berbagai skandal dan masalah, namun secara umumnya, masyarakat Melayu masih menerima kepimpinan UMNO. Kedudukan UMNO sebagai parti bangsa Melayu telah pada waktu tertentu tercabar, itu pun hasil dari perpecahan yang telah berlaku dalam UMNO. Parti serpihan UMNO, bermulanya dengan PAS, kemudian Semangat 46 dan Keadilan telah menghakis sokongan Melayu terhadap UMNO, tetapi hanya untuk seketika. Kemudiannya sokongan tersebut telah kembali pada UMNO walaupun UMNO terus dikaitkan dengan corak kepimpinan yang korup dan rasuah.

PAS yang telah wujud sejak tahun 50an dilihat secara tradisinya sebagi saingan pada UMNO. Namun setelah 60 tahun telah tetap tidak berjaya mencabar kedudukan UMNO sebagai parti politik utama orang Melayu. Kecuali hanya di daerah dan Negeri tertentu. Secara umumnya dianggarkan tidak sampai 30% masyarakat Melayu bersama PAS. Itu pun sokongan tersebut tercapai hanya sejak tahun 1998 sedangkan sebelum itu sokongan PAS hanya terdapat di negeri Kelantan dan Terengganu serta Kedah dan Perlis.

PAS MENGAKU TIDAK MAMPU?

Keadaan ini mungkin antara sebab mengapa PAS sudah berubah pendekatan, kecewa dengan kegagalan mendapatkan sokongan majoriti Melayu, maka mula bermesra dengan UMNO. Sepertimana yang dikatakan Presiden PAS Hj Hadi, “Nakkan undi UMNO, perlu berbaik dengan UMNO”. Kata-kata itu dengan sendirinya menzahirkan kesimpulan bahawa cara selama ini yang diikuti PAS tidak boleh diguna-pakai. Sokongan Melayu terhadap UMNO begitu kental dan tidak boleh berubah dengan PAS melawan UMNO. PAS mesti berkawan dengan UMNO.

Malangnya tindakan sebegitu menyebabkan PAS berpecah. Ingin tambah undi melalui pendekatan baharu tetapi akhirnya hilang sokongan sebahagian ahli dan pimpinan sendiri! Sedangkan yang dengan UMNO tetap dengan UMNO. Dengan berpecahnya PAS sehingga tertubuhnya AMANAH, kemungkinan sokongan 30% tersebut telah menjadi tidak lebih dari 20%. ini yang dikatakan pepatah Melayu, “yang dikendung tercicir, yang dikejar terlepas”.

WUJUDNYA KEADILAN

Dengan wujudnya Keadilan pada tahun 1998, maka sokongan Melayu terhadap UMNO turut terhakis lagi. Pada awalnya, sebaik sahaja DSAI dipecat dan muncul dengan mata lebamnya, hampir 30% masyarakat Melayu bersama Keadilan. Ini menyebabkan pada tahun 1999, lebih 50% undi Melayu telah bersama gabungan BA apabila dicampurkan sokongan Melayu pada PAS dan Keadilan. Namun undi bukan Melayu pula tidak bersama BA pada ketika itu. Maka, undi bukan Melayu menyelamatkan UMNO/BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam keadaan sekarang Melayu yang bersama Keadilan mungkin tidak lebih dari 20%. Itulah sebabnya apabila dicampurkan sokongan Melayu terhadap PAS dan Keadilan, ianya sekadar lebih kurang 40 - 45% sahaja sepertimana undi yang diperolehi pada pilihan raya 2008 dan 2013.

MELAYU TETAP BERSAMA UMNO?

Keadaan di mana sokongan majoriti Melayu tidak berganjak dari UMNO terus menjadi sesuatu yang menghairankan ramai. Apa yang perlu dilakukan sehingga Melayu boleh dibawa berhijrah dari UMNO?

Kalau ingin terlebih dahulu melihat pemimpin UMNO melakukan rasuah dan penyelewengan, baru mahu tinggalkan UMNO, ini sudah pun berlaku secara MEGAnya. Kalau ada rekod dunia untuk rasuah dan penyelewengan, saya yakin Malaysia akan mendapat emas.

Kerajaan tidak akan berjaya ditukarkan tanpa berlakunya anjakan sokongan Melayu dari UMNO kepada pihak yang lain. Sedangkan Melayu tetap bersama UMNO/BN!

SOAL KEYAKINAN?

Tetapi ada juga yang mengatakan ianya soal ‘keyakinan’. Keyakinan terhadap kemampuan pemimpin ‘Melayu pembangkang’ berbanding pemimpin Melayu UMNO. Khususnya ketidakyakinan rakyat Melayu terhadap kemampuan kepimpinan Melayu pembangkang menangani kepimpinan bukan Melayu pembangkang! Mengikut pandangan mereka, teruk macam mana sekalipun UMNO, UMNO tetap menguasai BN. Melayu UMNO mendominasi bukan Melayu dalam BN. Adakah Melayu pembangkang dapat mempertahankan kepentingan dan hak Melayu dalam gabungan pembangkang? Ini yang dikatakan sebagai kekhuatiran utama.

Ada yang memahami tindakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat dari sudut ini. Ada yang melihatnya sebagai pengakuan ketidak-mampuan pimpinan utama PAS khususnya Presidennya untuk berhadapan dengan pemimpin-pemimpin DAP. Dalam keadaan takut PR akan dikuasai yang bukan Islam dan bukan Melayu, maka PAS mencari alasan untuk keluar dari PR dan dimulakan penubuhan Blok ke-3 yang dapat dikuasai PAS. Pendekatan ini digabungkan pula dengan pendekatan mesra UMNO.

Namun demikian, kurang keyakinan diri yang menghasilkan tindakan sebegini, tetap tidak mampu melepaskan Melayu dari genggaman kepimpinan UMNO. Sebaliknya ianya mengukuhkan kedudukan UMNO apabila imej UMNO telah sedikit sebanyak ‘dibersihkan’ oleh pimpinan PAS. Sememangnya imej UMNO amat sangat perlu dibersihkan. Dan apabila ianya sudah dibersihkan, maka genggaman UMNO ke atas Melayu akan bertambah kukuh. Pada ketika itu UMNO tidak perlu lagi kepada PAS dan apakah yang akan terjadi kepada PAS ketika itu?

PERUBAHAN MELANDA POLITIK MELAYU

Tetapi yang lebih penting dari melihat kepada tindakan kecewa dan hilang keyakinan diri PAS adalah melihat pada apa yang telah berlaku dalam arena politik Melayu sejak itu. Tanpa diketahui atau dirancang, perubahan senario politik Melayu bergolak lagi. Selain penubuhan AMANAH, telah turut muncul juga BERSATU. Maka perjuangan untuk membebaskan Melayu dari genggaman UMNO mampu diteruskan lagi walaupun PAS masih belum lagi bersama. Malahan tanpa PAS, mungkin ianya bergerak dengan lebih cergas lagi.

Kalau dilihat sekarang ini, kepimpinan Melayu pembangkang terdiri dari satu senarai nama yang mengkagumkan. Ianya mengandungi nama-nama seperti DSAI, bekas Timbalan Perdana Menteri (1993 - 1998), Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri (1982 -2004) dan TS Mahyuddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri (2014- 2016). Begitu juga turut disenaraikan nama pemimpin-pemimpin yang tidak kurang hebatnya berbanding senarai pimpinan UMNO. Orang-orang seperti Saudara Mohd Sabu, seorang yang terbukti istiqamahnya memperjuangkan kepentingan rakyat, Azmin Ali, Salahuddin Ayub, Wan Azizah, Nurul Izzah, Dr Siti Mariah, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan sebagainya turut tersenarai. Kesemuanya pemimpin Melayu yang berkaliber.

Turut juga bersama adalah dua bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia ia itu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Begitu juga cendiakawan dan ilmuan Islam seperti Dr. Siddiq Fadhil dan Dr. Mohd Nor Manuti serta ramai lagi.

KEPIMPINAN SUDAH ADA, MAHU APA LAGI?

Berdasarkan senarai nama yang sebegini rupa, apa lagi yang diinginkan Melayu sebelum sanggup memberanikan diri ke arah perubahan? Dalam bahasa mudah, “Apa lagi Melayu mahu?” sebelum berani bertukar?

Suasana kebobrokan begitu mendesak supaya perubahan berlaku. Apa alasan yang munasabah untuk Melayu terus ketakutan? Sedangkan keperluan untuk perubahan telah Allah sediakan!

Kita semua tahu bahawa sekiranya sokongan Melayu terhadap UMNO tidak berpindah, maka perubahan tidak akan berlaku. UMNO/BN akan terus memerintah sambil pemimpin negara akan terus merompak harta rakyat. Keadaan akan menjadi semakin sukar dan Negara akan hanya bertambah dalam hutangnya. Pendapatan akan semakin mengecil serta akhirnya rakyat akan semakin terbeban dan kebanyakan rakyat yang terbeban itu adalah rakyat Melayu.

Oleh itu adalah amat sangat diharapkan bahawa bangsa utama negara kita ini, iaitu bangsa Melayu akan berani berubah. Semoga mereka akan yakin dengan kemampuan bangsa sendiri dan kepimpinan Melayu pembangkang yang telah dikurniakan Allah sekarang. Oleh itu, dengan apa yang telah Allah sediakan maka tiada lagi sebarang alasan Melayu untuk terus mengekalkan UMNO/BN.

Artikel ini telah diterbitkan di dalam akhbar Amanah Bil. 22 (23-29 Oktober) yang sedang berada di pasaran.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Rabu, Oktober 26, 2016

Panas!! : Jangan berlagak keldai dan anjing gila kata Ulama Pas

Ustaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaUstaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.


"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for 12 kelebihan tone excel

Selasa, Oktober 25, 2016

PANAS!! : Pemimpin tertinggi Parti Pas tidak waras

Tamrin Ghafar

Semakin tidak dapat menerima kecenderungan Pas yang semakin mesra Umno-BN, pemerhati politik Datuk Tamrin Tun Ghafar menganggap kepimpinan parti itu sebagai tidak waras.

"Maaf, terus-terang saya katakan sebahagian besar pemimpin tertinggi Pas hari ini tidak lagi boleh berfikir secara waras dan siuman.

"Hadi tidak hadir pembentangan Belanjawaan 2017 kononnya sebab protes sikap kerajaan yang tidak serius dalam menyokong RUU 355.

"Peliknya, bagaimana pula dalam tempoh sehari dua sahaja sebelum itu Mursyidul Am Pas yang baru, Hashim Jasin bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan?" bidasnya.

Sehubungan itu, beliau benar-benar bersimpati dengan sikap ahli Pas yang dilihat taksub dan terlalu setia dengan pemimpin mereka walaupun tidak sama seperti sebelum ini.

"Saya amat simpati dengan ahli-ahli Pas yang ikhlas bermati-matian berjuang hendak menegakkan Negara Islam tanpa menyoal pendirian pemimpin mereka hanya kerana walak.

"Dosa dan pahala begitu juga syurga dan neraka adalah hak Allah SWT semata-mata bukan boleh ditentukan oleh Presiden atau Mursyidul Am parti itu," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas lanjut, Tamrin berkata, dasar Pas selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang mesra dengan Umno-BN menyebabkannya sudah hilang kepercayaan.

"Saya dah lama hilang keyakinan terhadap Pas sejak Hadi dan Haron Din mengambil alih teraju pimpinan Pas dan mereka mula berjinak-jinak dengan BN.

"Kalau Nik Aziz masih hidup jangan harap Pas nak rapat dengan Umno-BN," tambahnya lagi yang pernah menjadi ahli Pas.

Akhbar mesra Umno akui

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar pro-BN, Mingguan Malaysia hari ini turut mengakui perkembangan hubungan erat antara parti diterajui Najib Razak dan Hadi Awang itu.

Pengarang kanan Zulkefli Hamzah dalam artikelnya, "Kira-kira mudah politik yang gagal" menyifatkan Pas kini telah menyatakan dengan jelas siapa kawan yang mereka pilih.

"Di sebalik ketidaktentuan pakatan pembangkang, hubungan Umno-Pas semakin mengukuh.

"Hubungan itu bahkan dizahirkan dalam bentuk nyata. Yang paling mengesankan ialah perjanjian penstrukturan semula air Kelantan 14 September lalu," ujarnya.


Selain itu, Zulkefli turut mengaitkan penolakan Pas terhadap himpunan Bersih 5.0 pada 19 November depan serta terbaharu keengganan Ahli Parlimen Pas keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017, dua hari lalu dianggap senarai bukti menggambarkan hubungan erat Umno-Pas pada masa ini.

mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for 12 kelebihan tone excel

Isnin, Oktober 24, 2016

Bersih 5 sebagai simbol perubahan politik Melayu - Yb Khalid Samad


NEGARA digemparkan dengan tindakan samseng 'Geng Baju Merah' dalam usaha mereka menentang kempen seluruh negara anjuran Bersih 5. Gambar si pengecut yang memukul curi dengan menerajang dari belakang 'bikers' Bersih 5 tersebar luas melalui media sosial.

Tindakan 'Geng Baju Merah' ini kononnya mewakili 'kepentingan orang Melayu' dan 'politik Melayu'. Sikap bengis dan angkuh yang ditunjukkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bukan sahaja memalukan darjat datuk yang entah bagaimana diperolehi beliau, tetapi juga budaya dan warisan politik Melayu.

Politik Melayu selama ini sering digambarkan sebagai politik bertamaddun dan berakhlak tinggi, penuh dengan kebijaksanaan dan keanjalan dan yang mementingkan hasil terbaik demi rakyat jelata. Namun gambaran sedemikian tidak lagi mungkin dipertahankan selepas ini.

Kata-kata mengugut untuk mengulangi peristiwa 13 Mei dan 'parang terbang' menzahirkan ketandusan kebijaksanaan dan betapa terdesaknya Jamal. Adakah ini semua dilakukan di bawah arahan dan perlindungan pimpinan Umno yang semakin merasa tersepit? Teguran seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak mencukupi. Kita tunggukan bersama tindakan yang akan diambil. Itu pun kalau ada.

Peristiwa 'Geng Baju Merah' ini berlaku sebaik sahaja berlakunya peristiwa rampasan wang tunai berjumlah jutaan ringgit oleh SPRM di Sabah. Duit tunai bernilai jutaan ringgit ini diambil dari rumah penjawat jawatan tinggi syarikat utiliti awam kerajaan BN Sabah.

Ianya menggemparkan bukan sahaja atas sebab jumlah yang terlibat tetapi juga atas sebab ianya telah berlaku! Sedangkan umum mengetahui betapa agensi SPRM telah dikongkong dan dihalang dari menjalankan kewajipan mereka oleh pemimpin-pemimpin negara yang bergelumang dalam rasuah. Maka timbul andaian bahawa ianya tanda 'pemberontakan dalaman' pegawai-pegawai Melayu terhadap kerajaan Umno/BN.

BACK-DROP UNTUK PERUBAHAN MELAYU

Mungkin dua peristiwa ini merupakan 'back-drop' yang sesuai untuk membuka bicara berhubung Bersih 5 dan masa depan 'politik Melayu'. Tiada yang boleh menafikan bahawa politik Melayu sedang berada di persimpangan jalan. Ke arah mana ingin ditujuinya? Kekal bersama Umno yang telah jelas korupsinya, busuk sehingga ke ususnya atau berpindah dan beralih kepada yang baharu?

Dan sekiranya beralih, ke mana? Dengan wujudnya parti politik baharu seperti AMANAH dan Bersatu, bangsa Melayu diberi pilihan yang lebih berintegriti.

Bagi mereka yang ingin terus mempertahankan politik Melayu jajaan Umno, maka tindakan Jamal adalah satu-satunya pilihan yang perlu anda pertimbangkan untuk masa depan anda. Gambarkan diri anda sebagai samseng jalanan, 'menjentik' (ala Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki) mereka yang tidak sehaluan, memukul curi dari belakang mereka yang bersuara.

Kalau anda merasakan itulah bakat terpendam anda yang sebenar, maka daftarkanlah diri anda dengan Jamal untuk berkhidmat dengannya. Mungkin itu sahaja caranya untuk membendung kebangkitan rakyat, Melayu dan bukan Melayu, yang semakin tidak berpuas-hati dengan penipuan, penyelewengan dan penindasan yang sedang berlaku di bawah Umno.

Tidak mungkin lagi kebangkitan ini dibendung dengan hujah ataupun tipu-helah kerana ianya semakin jelas dan nyata. Seperti mana semakin jelas dan nyata juga bahawa kesan penipuan dan penyelewengan itu terpaksa ditanggung rakyat. Dan rakyat terus dimangsakan. Sambil berpuluh, malahan beribu juta disonglap pemimpin, rakyat terus dihimpit oleh kos hidup yang semakin meningkat.

Pilihan untuk 'bermuka selamba' sambil terus berbohong dan memperbodohkan rakyat dengan mendakwa 'derma dari Tok Arab' sudah tamat tempoh sah-lakunya. Ianya tidak mungkin berkesan lagi. Pilihan yang tinggal hanya untuk menjadikan Melayu samseng jalanan demi mempertahankan perompak di Putrajaya.

MELAYU SEDIA BERUBAH?

Kalau diinginkan yang sebaliknya untuk bangsa Melayu maka perlu ditanya, adakah bangsa Melayu akhirnya sudah sanggup menyatakan apa yang sebenarnya tersimpan dalam hati mereka? Bahawa mereka juga, seperti mana bangsa lain yang bermaruah, telah lama bencikan rasuah dan penyelewengan! Hanya ianya terpaksa disimpan dan ditelan, atas sebab ditakut-takutkan dengan ugutan "bukan Melayu akan memerintah"!

Yang menghairankan adalah apabila politik Melayu berada di persimpangan, mendambakan perubahan, tiba-tiba kelihatan Presiden Pas mula terperangkap dalam aliran pemikiran lama. Lirik lagu lama ketinggalan zaman berbunyi "Melayu jangan berlawan sesama Melayu, nanti bukan Melayu berkuasa!"

Amat sedih melihat beliau mendendangkan lagu lapuk ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk dua parti politik Melayu ini menjadi bahan sejarah, membuka jalan kepada AMANAH dan Bersatu.

Sampai bila perlu kita benarkan diri kita hidup dalam ketakutan sehingga menggadaikan prinsip dan pegangan kita? Adakah wajar negara ini yang dahulunya dibina atas penat jerih moyang kita yang terpaksa melalui penjajahan Feringgi, Belanda, British, Jepun dan sebagainya hanya untuk dirompak oleh bangsanya sendiri setelah merdeka?

Sudah pasti ianya sesuatu yang tidak boleh diterima. Biarlah kita maju ke depan, meneruskan pembinaan negara kita ini atas prinsip-prinsip yang diyakini bersama dan disingkirkan untuk selama-lamanya pimpinan yang memaksakan wajah hodoh ke atas bangsa Melayu ini.

WAJAH HODOH YANG UMNO PAKSAKAN ATAS MELAYU

Wajah hodoh yang dipaksakan ke atas bangsa Melayu oleh Umno selama ini adalah wajah bangsa yang bodoh sehingga redha ditipu, redha dengan rasuah dan sanggup bersatu menyokong kezaliman. Dan itulah wajah yang semakin dilihat dunia luar. Dan itulah juga wajah yang mula dilihat masyarakat bukan Melayu negara ini. Mereka telah merelakan negara ini dipimpin oleh bangsa Melayu sebagai bangsa majoritinya, akan tetapi apa yang sedang kita lakukan dengan mandat ini?

Dan sekiranya hati kita naik menyampah melihat pemuda-pemuda Melayu bertindak liar, dipimpin Melayu yang tidak bermaruah seperti Jamal, maka peluang keemasan kita untuk menzahirkan meluatnya kita dengan keadaan ini adalah semasa himpunan Bersih 5 pada 19 November kelak.

Saya ingin menyeru, rakyat berbangsa Melayu khususnya untuk turun bersama kali ini sebagai tanda meluatnya terhadap tindakan Jamal. Beritahu kepadanya, melalui kehadiran tuan-tuan, bahawa kami tidak terima tindakan kamu dan kami tidak redha bangsa kami dijadikan sebagai samseng jalanan oleh kamu.

Dan sekiranya begitu juga perasaan kita terhadap amalan rasuah yang jelas berlaku, seperti terbukti melalui rampasan jutaan ringgit di Sabah, maka ini juga peluang keemasan bagi kita. Betapa rakyat dibebankan dasar-dasar yang ditetapkan kerajaan BN, sambil itu pimpinan BN bersenang-lenang hidup kaya dengan duit rakyat.

AMANAH WAJIB TURUN KE BERSIH 5

Bagi AMANAH, wajah hodoh bangsa Melayu seperti mana yang dihasilkan kepimpinan Umno, turut merosakkan bersamanya imej Islam dan prinsip-prinsip politik Islam. Apabila Pas pula turut terpengaruh dan terseret dalam kancah politik kebodohan dan tidak menyokong usaha Bersih 5, maka menjadi wajib untuk AMANAH mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk bersama Bersih 5. Supaya imej Islam yang menolak dan menentang perkauman, rasuah dan kezaliman akan dapat dizahirkan.

Dan inilah di antara sebabnya mengapa AMANAH telah diwujudkan. Ia itu supaya sikap Islam yang tidak berkompromi terhadap kezaliman sambil terbuka untuk berkerjasama dengan semua dalam usaha menentangnya dapat terus diperlihatkan.

Kalau AMANAH tidak turun bersama, kelak akan dikatakan Islam redha dengan pemerintahan yang rasuah, budaya politik samseng dan penyelewengan yang disuburkan Umno. Sudahlah Umno juga terdiri dari ahli yang Melayu Islam, Pas yang mendakwa diri parti Islam turut membisu seribu bahasa.

IANYA SEMUA BERMULA DENGAN BERSIH 5

Mari beramai-ramai kita jadikan Bersih 5 sebagai simbol perubahan politik Melayu kepada politik yang berhemah tinggi dan bertamadun. Biar Bersih 5 menjadi bagaikan pengisytiharan perang terhadap 'politik samseng' tajaan Umno yang mebodohkan Melayu dan terhadap amalan rasuah yang sedang berkembang subur di bawah kepimpinan Umno/BN.

Biar kita jadikan Bersih 5 ini sebagai permulaan ke arah politik Melayu yang ingin dikembalikan kebijaksanaan dan akhlak tingginya. Supaya melaluinya akan dipulih kembali wajah bangsa Melayu yang telah teruk dinodai Umno.

Turunnya pimpinan, ahli dan penyokong AMANAH ke himpunan Bersih 5 pada 19 November ini bersama pimpinan, ahli dan penyokong Keadilan dan Bersatu, akan merupakan permulaan kesedaran politik Melayu yang baharu. Sekiranya gandingan tiga parti ini berjaya menggerakkan sokongan Melayu ke arah pembangkang, berpindah jauh dari Umno/BN, maka segala tipu-helah dan pembohongan yang Umno ingin capai, melalui persempadanan baharu, akan dapat digagalkan.

Apabila Melayu juga turut bersama Bersih 5, dan dengan itu bersama AMANAH, Keadilan dan Bersatu, maka tiada lagi harapan untuk Umno/BN.

Sambil itu, pimpinan, ahli dan penyokong DAP telah menyatakan kebersamaan mereka dengan perhimpunan Bersih 5. Maka ia menjanjikan satu gabungan parti politik pembangkang yang mampu menggantikan Umno/BN sebagai kerajaan. Gabungan berbagai kaum, majoritinya Melayu, atas dasar keadilan dan berkebajikan, demi berkhidmat untuk rakyat supaya Malaysia dapat diselamatkan.

Dan inilah potensi yang ada pada Bersih 5. Potensi menyelamatkan negara melalui peralihan sokongan Melayu dari Umno/BN. Sama ada untuk bersama AMANAH, Keadilan atau pun Bersatu, ataupun yang ingin terus tidak berparti, ianya mampu memulakan proses kejatuhan kerajaan Umno/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR 

Image result for banner IKLAN tone excel

Sabtu, Oktober 22, 2016

PANAS!! : RUU355 YANG PAS BAWA ADALAH RUU YANG KABUR KATA BEKAS MUFTI

Dr Juanda JayaDr Juanda Jaya

Pas perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.

Datuk Dr Juanda Jaya yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng, Sarawak berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.

“Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.
“Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.
“Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Dewan Rakyat yang mula bersidang 17 Oktober lalu dijangka akan membahaskan RUU persendirian Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas bagi memperkasakan mahkamah syariah.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.
Namun kerajaan dan Pas menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.

Juanda, 44, berkata umat Islam perlu kembali pada sejarah Rasulullah apabila akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan sebelum membicarakan hukuman syariah.
“Mengapa wahyu pertama dalam Islam bukan hudud tetapi Iqra? Bacalah, pendidikan yang diutamakan. Berapa lama? Lebih 20 tahun.
“Kemudian aspek kepercayaan, ibadah, pembinaan akhlak dan moral. Hujung baru pergi kepada perkara itu.

“Itu pun berapa sahaja dalam catatan sejarah. Sedangkan manusia yang paling lengkap catatannya ialah Rasulullah,” katanya.

Beliau berkata Pas tidak seharusnya mempolitikkan agama dalam RUU yang ingin dibentangkan mereka.

Katanya, apa yang dibimbangkan ialah hudud dimainkan sebagai satu alat untuk menggalakkan ekstremisme dalam Islam.

“Saya minta semua pihak, jangan heret agama dalam agenda politik. RUU 355 ialah RUU yang tidak jelas. Ke mana hala tujunya?

“Kita berada dalam suasana yang saya cukup bimbang. Pencemaran terhadap agama itu sedang menjadi-jadi.


“Kita tahu enakmen di Kelantan dan Terengganu ada banyak masalah. Itu pun tidak selesai lagi,” katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for banner IKLAN tone excel

Jumaat, Oktober 21, 2016

ALHAMDULILLAH!! : TAN SRI MUHYIDIN YASSIN SUDAH JELAS, UMNOBN DAH TAK LAMA LAGI.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM – Dakwaan masyarakat Melayu berpecah disebabkan tindak-tanduk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih daripada cerita karut politik yang menimbulkan rasa takut orang Melayu untuk mengundi selain Umno.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat perlu sedar punca keadaan hubungan kaum sebenar adalah disebabkan gerakan agresif dan rasis yang dibawa orang lain.

“Bersatu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas hubungan kaum yang baik sebagai tunjang fabrik sosial negara ini.

“Kami (bagaimanapun) menyelar naratif yang rakyat perlu memilih antara sebuah kerajaan BN yang dipimpin Umno atau kerajaan pembangkang yang dipimpin oleh DAP, yang tersirat di dalamnya satu konotasi perkauman yang amat memualkan.

"Ini adalah satu rancangan jahat untuk menyerang parti pembangkang dan memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini, sekaligus membuktikan kerajaan menggunakan sentimen kaum untuk kekal berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar prihatin tentang masalah perkauman di negara ini, beliau sepatutnya telah mengarahkan kumpulan itu berhenti daripada membuat provokasi dan serangan terhadap peserta jelajah Bersih.

“Jangan pula komen-komen negatif Najib terhadap Mahathir dan Anwar sekadar satu helah politik untuk menguatkuasakan Akta Majlis Keselamatan Negara yang bertujuan semata-mata untuk mendiamkan pengkritik.

“Rakyat tahu dan sedar siapa sebenarnya yang sedang berpaut pada dahan politik perkauman yang rapuh semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya lagi.

sh
IKLAN BERBAYAR

Image result for banner IKLAN tone excel

Khamis, Oktober 20, 2016

TERBAIK!! : PAKATAN HARAPAN BENTANG BELANJAWAN ALTERNATIF 2017

Datuk Seri Wan Azizah Ismail membentangkan belanjawan alternatif dari Pakatan Rakyat. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehDatuk Seri Wan Azizah Ismail membentangkan belanjawan alternatif dari Pakatan Rakyat. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Pakatan Harapan (PH) membentangkan 11 cadangan dasar dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan yang dilancarkan hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH rela cadangan itu diciplak oleh kerajaan BN dan segera diguna pakai demi kepentingan rakyat dan negara.

“Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami,” katanya dalam sidang media pelancaran belanjawan tersebut di bangunan parlimen hari ini.

Sebelas cadangan dalam belanjawan itu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sosial yang diterima pakai oleh semua agama dan dililhamkan oleh ciri-ciri kesederhanaan yang didukung berasaskan maqasid as-syariah.

Bagi golongan pekerja, PH berhasrat mewujudkan peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan; meningkatkan upah, serta mengurangkan pekerja asing dan melebihkan pendapatan rakyat.

PH juga mahu melaksanakan urus tadbir yang baik dengan membaik pulih prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal dan meningkatkan pencegahan rasuah, jimat dan mudah.

Bagi Sabah, Sarawak, dan pembangunan luar bandar pula, PH mencadangkan pendekatan serampang tiga mata bagi merapatkan jurang ketidaksamaan di dua negeri itu.

Selain itu, PH juga mahu menyemarakkan industri beras dengan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (Bernas) dan menyediakan ikatan perkhidmatan untuk membantu para petani memaksimumkan keuntungan jualan menuai.

Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Pakatan Harapan juga mencadangkan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) digunakan bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui konkrit yang lebih banyak langkah jangka panjang seperti penyediaan liputan telekomunikasi yang lebih baik, internet komuniti dan pusat-pusat pembelajaran.

Selain itu juga, Belanjawan Alternatif itu juga menawarkan pengangkutan awam bandar yang lebih baik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan bangunan pencakar langit.

Bagi perumahan awam pula, PH menyokong dasar perumahan awam yang menjurus ke arah mereka yang miskin menjadi pemilik rumah, bukan sebagai penyewa semata-mata.
PH berpandangan, harga perumahan boleh dikawal jika kerajaan negeri mengekalkan kawalan atas pembangunan dan pengurusan perumahan awam.


Berkaitan kesihatan pula, PH akan memastikan kemampanan tenaga kerja dengan menangani kekurangan dalam penempatan housemanship selain mencadangkan hospital swasta membuka tempat untuk pelatih bidang kesihatan.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner IKLAN tone excel

Rabu, Oktober 19, 2016

PANAS!!! : KENYATAAN BIADAP PEMBESAR PAS DITEMPELAK PEMIMPIN PKR.

Razman ZakariaRazman Zakaria
Usul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri.

Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.

Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.

"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.
"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.
Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.

"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?
"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?

"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.

Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.

"Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?

"Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari nombor empat kemudiannya ke bawah menjadikan nombor tujuh?" tegasnya.
Hal ini kerana, jelasnya, Speaker Dewan Rakyat bukan dari mana-mana parti komponen Pakatan Harapan yang menyebabkan kelewatan pembentangan RUU itu.


"Mengapa Amanah, PKR dan DAP yang kamu sasarkan? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahupun DAP," bidasnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner IKLAN tone excel

Selasa, Oktober 18, 2016

YES!!!! : Luaskan pengaruhmu, Parti Islam (Amanah)

Barisan kepimpinan utama Amanah ketika berada di UK baru-baru ini.Barisan kepimpinan utama Amanah ketika berada di UK baru-baru ini.

Tepat jam 4.35 petang (waktu UK), Khamis, 6 Oktober 2016, delegasi Parti Amanah Negara (Amanah) dalam siri jelajah ke United Kingdom telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London. 12 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London yang dibiayai dengan duit poket sendiri sememangnya menggalas misi besar untuk berjumpa dan berdialog dengan seramai mungkin penduduk Malaysia di bumi Komanwel.

Sebaik mendarat, kami disambut penuh mesra oleh beberapa anak muda yang telah pun membantu dengan menyusun pertemuan bersama rakyat Malaysia di sini.

Sementelah menunggu program pertama, Perasmian Amanah UK-Eire yang dijadual pada 8 Oktober 2016, kami telah menginap di Hostel Wisma Berkah, berhampiran Jubilee Line Bermondsey. Penginapan sederhana yang berkongsi tempat dengan Warung Padang (makanan Indonesia) ini nyata membumikan sikap 'inclusiveness' pimpinan utama parti.

Tiada masalah untuk berkongsi ruang kecil untuk menginap, 'tutup mata' dengan beberapa faktor yang menghilangkan keselesaan, bahkan boleh tidur di lantai beralaskan tilam dengan cuaca sejuk mencengkam hingga ke tulang sum sum! Untuk berpindah dan menikmati keselesaan ke tempat lain jelas bukan pilihan kerana mungkin masing-masing berpendirian bahawa kepayahan fizikal itu teramat kecil ketimbang tugas dan peranan yang masih jauh perjalanannya, selain mahu mengawal perbelanjaan sepanjang tempoh jelajah.

Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober lalu.Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober lalu.

Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober 2016. Lokasi bersejarah ini menjadi saksi apabila Amanah UK-Eire telah dirasmikan penubuhannya oleh Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, diiringi Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang. Kehadiran yang dilatari pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India dengan lapisan umur berbeza itu nyata menerima reaksi unik khalayak yang tidak hanya bersoal jawab tentang Amanah dan perubahan di Malaysia, bahkan memberikan sumbang saran bermakna untuk Amanah berkembang dan bernadi dalam menggerakkan perubahan.

Lebih menarik dalam ucaptama awal yang disampaikan Ustaz Ahmad Awang, beliau telah menekankan keutamaan Amanah untuk tidak hanya menjadi parti yang mengangkat martabat hidup rakyat, bahkan menjadi parti yang terkehadapan dalam menolak kebencian agama dan perkauman. Juga disentuh peranan AMANAH untuk berjuang terhadap kelestarian alam, satu perjuangan yang jarang mendapat tempat dalam konteks politik populis.

Untuk menggarap perubahan politik Islam, Tuan Haji Mohamad Sabu dengan penuh jujur mengakui bahawa politik Islam akan terus tertinggal jika hanya berjuang untuk menghukum orang semata-mata. Hujah beliau, politik Islam harus bersedia dengan keterangkuman akhlak dan aqidah, dua elemen penting dalam menyempurnakan syariah dan muamalah. Ketika kesemuanya bersebati menjadi adunan perjuangan, maka Amanah tidak hanya akan dipercayai rakyat bahkan dicontohi taulan,

sebagaimana Nahdhah Tunisia & AK Party Turki kini menjadi kompas politik Islam kontemporari. Usai program tersebut, masih berlangsung diskusi-diskusi kecil tidak rasmi di dalam dan luar dewan antara audien dan anggota delegasi. Sekitar 11 malam, barulah kesemuanya beransur pulang.

(dua dari kanan) Ustaz Ahmad Awang menekankan keutamaan Amanah untuk tidak hanya menjadi parti yang mengangkat martabat hidup rakyat, bahkan menjadi parti yang terkehadapan dalam menolak kebencian agama dan perkauman. (dua dari kanan) Ustaz Ahmad Awang menekankan keutamaan Amanah untuk tidak hanya menjadi parti yang mengangkat martabat hidup rakyat, bahkan menjadi parti yang terkehadapan dalam menolak kebencian agama dan perkauman.

Keesokan harinya, 9 Oktober 2016, seluruh delegasi dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 bergerak ke Manchester, Liverpool dan Dublin yang diketuai oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden Amanah sementara Kumpulan 2 yang diketuai oleh Tuan Haji Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah akan menuju ke Birmingham dan Conventry. Kumpulan 1 yang dipimpin oleh Datuk Dr Mujahid Yusof telah dianggotai oleh saya sendiri, mewakili Pemuda Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi, Dr. Rohani Abd Muttalib, Ustazah Mariam Rashid dan Hidayah Ramlee mewakili Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan). Selesai makan tengah hari, kami - Kumpulan 1 - bergerak menaiki keretapi ke Manchester di Euston Station sekitar jam 2.17 petang.

Mengambil masa sekitar 2 jam lebih, kami tiba di Manchester Piccadilly Station tepat jam 4.51 petang. Kami disambut anggota kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Independent School of Thinkers (IST). Mereka merupakan kumpulan mahasiswa yang aktif menganjurkan dialog dan program-program kritikal di peringkat universiti. Kami juga difahamkan bahawa anak-anak muda ini berimpian besar untuk tampil sebagai intelektual rakyat yang mampu berperanan untuk membangunkan negara kelak.

Semasa makan malam, anak-anak muda ini berdiskusi panjang tentang keadaan politik negara, falsafah ke depan dalam membentuk wajah baru Malaysia serta kekangan-kekangan yang perlu mereka tempuh untuk membentuk dan melatih komuniti pemikir di kalangan mahasiswa di lembah Manchester. Usai di perbincangan tidak formal itu, kami pulang ke tempat penginapan dan bersedia untuk program keesokan harinya.

Pagi 10 Oktober 2016, kami punya ruang untuk meninjau-ninjau bandar yang sinonim dengan pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Manchester City. Bersua dengan masyarakat, melihat keragaman manusia pelbagai bangsa di petempatan Rusholme. Hajat di hati mahu berkunjung ke restoran kendalian Raja Petra Kamaruddin (RPK), aktivis kontroversi yang sering berubah-ubah pandangan politiknya, namun masa telah teramat lewat dan kami perlu bersedia untuk dialog yang berlangsung tepat jam 8 malam.

Bertempat di Universiti of Manchester, program malam tersebut berlangsung di Dewan 4 Students Union. Kehadiran yang ramai dan luar jangkaan pada malam tersebut menambah debar kami untuk berhadapan dengan kelompok anak-anak muda ini, apatah lagi setelah diberitahu sebelumnya bahawa gaya berfikir mahasiswa-mahasiswa di sini lebih ke depan dan sering menongkah arus. Permulaan dialog telah dibuka oleh YB Dr Mujahid dengan penerangan ringkas tentang Amanah dan peranan Amanah dalam konteks politik negara. Dijelaskan juga faktor-faktor besar untuk Amanah tampil menjadi sebahagian daripada pemain perubahan di kancah politik dan nilai-nilai utama sebagai sebuah parti politik Islam yang baharu.

Keadaan mula terasa bahangnya apabila kumpulan mahasiswa mula berbahas dan mempersoalkan mengapa Amanah perlu menjadi 'parti Islam' dalam keadaan dunia umumnya tahu bahawa mana-mana parti yang dijenamakan Islam sangat sedikit yang mencapai kejayaan dalam berpolitik. Lebih kritikal apabila ada yang mencadangkan agar Amanah mengambil contoh parti-parti lain yang lebih berpengaruh di Barat dan tidak berbasis Islam. Tidak kurang juga yang mempertikai mengapa Amanah perlu 'bersilat panjang' dengan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang semua pun maklum bahawa ianya langsung tidak bersangkut-paut dengan aqidah dan syahadah.

Saya, sebagai wakil Pemuda Amanah dalam forum berkenaan menjelaskan bahawa Amanah ditubuh untuk melunaskan tanggungjawab politik setelah Islamis berdepan kegagalan demi kegagalan dalam pembinaan negara sebagaimana yang pernah dikeluhkan oleh Muhammad Asad sewaktu berkomentar panjang tentang penubuhan Pakistan. Amanah bertanggungjawab untuk membawa politik Islam ke dalam dimensi baharu, iaitu politik yang tidak berasaskan hukuman semata-mata, tetapi nilai dan budaya yang boleh mencapai tujuan dan maksud syariah (Maqasid Syariah).

Ditambah pula oleh Datuk Dr Mujahid bahawa Amanah dalam konteks Perlembagaan berhak menubuhkan sebuah parti berasaskan Islam. Cuma, Amanah perlu memastikan bahawa asas penubuhannya tidak larut dalam politik perkauman dan kebencian agama, sebaliknya kekal menjadi rahmat untuk semua, sebagaimana yang difirmankan dalam Al-Anbiyaa' ayat 107. Datuk Raja Kamarul Bahrin pula menjelaskan bahawa Amanah perlu 'melayan' RUU 355 setelah ia diusulkan dalam kerangka Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Namun hujah Amanah konsisten bahawa RUU 355 mesti disertakan dengan tingkat hukuman beserta perincian dan tidak boleh dibiarkan terbuka (blank cheque).

Di akhir dialog, banyak saranan yang dilontarkan mahasiswa-mahasiswa terhadap kami. Hal paling menggusarkan kami - sejujurnya - adalah penerimaan aktivis-aktivis mahasiswa ini terhadap apa yang kami kongsikan dalam dialog tersebut. Khuatir kalau-kalau kami tidak menjawab semua soalan yang dilontar dan kepulangan mereka dengan tanggapan bahawa kami sama sahaja seperti makhluk-makhluk politik yang lain. Semasa perjalanan pulang ke tempat penginapan, penganjur memaklumkan bahawa dialog pada malam tersebut berjaya dan mendapat maklum balas yang baik daripada anak-anak muda yang hadir. Lega dengan pengakuan tersebut, kami beradu dengan penuh kepuasan sambil memikirkan hari esok, perjalanan menuju ke bumi Liverpool, seterusnya ke Dublin.


*Penulis merupakan Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional merangkap Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner tone excel

Isnin, Oktober 17, 2016

PANAS!! : ORANG YANG MENOLAK BERSIH 5 MEREKA ADALAH GENG NAJIB DAN BN

Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan

Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.

Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.

Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.

"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.

"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.

"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.

Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.

"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.

Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.

"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.

"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.

"Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk.

Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas.

"Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner tone excel

Ahad, Oktober 16, 2016

PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI BUAT HAL LAGI, DENGAN ISU RUU355


Rang Undang Undang yang bakal dibawa MP MaarangRang Undang Undang yang bakal dibawa MP Maarang

Usul pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika dibenarkan adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang bagi menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata demikian ketika mengulas jangkaan Presiden Pas itu akan membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada masa terdekat.

Menurutnya, usul itu mesti mendapat kebenaran daripada kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan untuk dibentangkan.

"Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen yang sekarang ini dipegang Datuk Azalina Said Othman.

"Jika Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentang dan dibahaskan.
"Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahas maka berlaku pengundian," ujarnya sambil menekankan perlunya Peraturan Mesyuarat difahami.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, ramai yang menjangkakan Dewan Rakyat akan tunggang terbalik jika sampai ke peringkat pengundian kerana jika diluluskan kononnya terlaksanalah hudud di Malaysia.

"Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

"Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri)," sindirnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perjalanan untuk hudud bahkan menaik taraf Mahkamah Syariah masih jauh jika usul RUU355 itu diundi dan diluluskan.

"Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanya bagi mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

"Selagi menteri berkenaan tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan supaya rakyat faham bahawa pindaan Akta 355 akhirnya kembali kepada keputusan Najib jika pengundian berlaku selepas pembentangan usul Ahli Parlimen Marang tersebut.
Menurutnya, cadangan Hadi itu hanya berpeluang untuk dilaksanakan jika Najib mengarahkan Datuk Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang jenayah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.

"Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan.

"Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan," tambahnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR

 Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Sabtu, Oktober 15, 2016

PANAS!! : MAT SABU SEKOLAHKAN USTAZ HADI [WAJIB BACA]

Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu membidas kenyataan  Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh himpunan Bersih 5  pada November,  bakal menyebabkan kemusnahan dan pertumpahan darah seperti 'Arab Spring' yang berlaku di negara timur tengah.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata tindakan mengaitkan Bersih dengan Arab Spring adalah sesuatu yang bodoh dan bersifat kepura-puraan kerana Bersih telah bermula seawal 2007 iaitu sebelum Arab Spring.

"Tidak ada kena mengena dengan Arab Spring yang berlaku dalam tahun 2011. Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan Bersih meniru atau lanjutan daripada Arab Spring.

"Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain.

"Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 ini," katanya.

Hadi sebelum ini berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.

Ianya sekaligus menjelaskan pendirian tegas Pas yang tidak akan menyertai himpunan kali ini walaupun bersama-sama selaku penganjur pada himpunan Bersih yang pertama hingga ketiga.

Mohamad yang juga ketua mobilisasi untuk himpunan sebelum ini berkata, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

"Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain," kata Mohamad seperti dilaporkan.

mdl

IKLAN BERBAYAR
 Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Jumaat, Oktober 14, 2016

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA : KERJASAMA PAKATAN HARAPAN SANGAT KUAT SEKARANG.

Pakatan  Harapan  akan mengadakan siri jelajahnya untuk kenalpasti masalah rakyat sebelum berlansungnya Konvensyen Pakatan Harapan pada 12 November depan.Pakatan Harapan akan mengadakan siri jelajahnya untuk kenalpasti masalah rakyat sebelum berlansungnya Konvensyen Pakatan Harapan pada 12 November depan.
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memulakan perundingan dengan parti-parti pembangkang bagi membentuk gabungan pembangkang yang kuat untuk menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Dalam satu kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan diwakili Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mesyuarat telah diadakan pada Rabu lalu.

"Pakatan Harapan telah membuat ketetapan dengan secara rasmi,memulakan perundingan bagi mewujudkan pertandingan satu-lawan-satu di antara pembangkang melawan BN dalam PRU14.
"Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan akan menganjurkan 'Konvensyen Pakatan Harapan 2016 pada 12 November 2016. Ia bertujuan untuk menzahirkan komitmen pembentukan gabungan pembangkang yang kuat tersebut,"ujar kenyataan itu.

Satu siri 'Jelajah Mendengar Nadi Rakyat' akan diadakan di beberapa tempat di seluruh negara sebagai salah satu persediaan untuk Konvensyen diadakan kelak.

"Ia bertujuan untuk mendengar dan mengumpulkan luahan hati rakyat tentang isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi pada masa ini.

"Ini penting supaya Pakatan Harapan mengemaskini isu-isu dan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat, dan seterusnya membolehkan peserta-peserta Konvensyen tersebut membahaskannya dengan cara yang lebih baik dan berkesan.

"Di samping itu, ia juga akan menjadi input kepada 'Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan' yang sedang digubal oleh Sekretariat Pakatan Harapan."


Difahamkan juga jelajah itu akan melibatkan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan dikalangan pemimpin Pakatan Harapan.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Khamis, Oktober 13, 2016

PANAS!! : YB HUSAM MUSA AKAN MENZIARAHI ORANG ASLI GUA MUSANG

Masyarakat Orang  Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.Masyarakat Orang Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.
Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.

Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang ‘orang luar’ masuk.

Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Malaysia bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.


Tinjauan melalui drone zon 50 meter dari pinggir sungai turut diceroboh oleh pembalak.Tinjauan melalui drone zon 50 meter dari pinggir sungai turut diceroboh oleh pembalak.Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

mdl







IKLAN BERBAYAR
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Rabu, Oktober 12, 2016

PRU14 : PARTI ISLAM (AMANAH) sedia tanding 22 kerusi di Perak


Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mengenal pasti dan bersedia bertanding di 22 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Parti itu juga berharap Pakatan Harapan dapat memuktamadkan segera pembahagian kerusi dengan menetapkan satu lawan satu menentang “BN dan sekutunya” sebagai agenda utama.
Bagaimanapun, kerusi-kerusi itu tidak disenaraikan dalam kenyataan media hari ini.


Pengerusi AMANAH negeri Asmuni Awi berkata, arahan penyenaraian calon-calon telah dibuat selain gesaan supaya pemantapan organisasi dan latihan kepada jentera pilihan raya dipertingkatkan.
Katanya lagi, AMANAH juga telah mengarahkan tabung pilihan raya disediakan lengkap mengikut keperluan oleh kawasan yang terlibat.

Beliau juga mengingatkan bahawa gendang pilihan raya telah dipalu, dimulai dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Arahan bagi mendapatkan respon di peringkat akar umbi bagi membuat bantahan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah digerakkan oleh Biro Pilihan Raya dengan kerjasama Biro Kanun bagi menilai semua aspek bantahan yang akan dikemukakan,” katanya.

mk

IKLAN BERBAYAR

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Selasa, Oktober 11, 2016

PANAS!! : Anwar Ibrahim gesa SPRM siasat pihak terlibat kecurian RM16 bilion

Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak terhadap individu yang terlibat dalam kecurian sejumlah lebih RM16 bilion yang didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini.

Ini sejajar dengan kejayaan SPRM menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengarah, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan terkini Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Air Sabah.

"Pada masa yang sama, kami menantikan tindakan tegas pihak SPRM terhadap mereka yang terlibat di dalam pencurian wang negara yang didakwa berjumlah lebih RM16 bilion, terutama selepas pemfailan kes oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat .

"Tanpa tindakan tegas SPRM dalam isu ini, ia bagai memberi isyarat bahawa Perdana Menteri dan kroni-kroninya kebal undang-undang, dan institusi-institusi dimanipulasi untuk tindakan yang selektif," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan 136 mukasurat, DOJ menggariskan bagaimana AS$ 3,657 bilion (RM14.7 bilion) telah dicuri dari 1MDB dalam tiga fasa, yang disebut sebagai fasa Good Star, fasa Aabar-BVI dan fasa Tanore.

Bagaimanapun, penyiasat Switzerland seawal Januari tahun ini telah merujuk kepada empat fasa dan meletakkan jumlah keseluruhan yang disalahgunakan kira-kira AS$ 4 bilion (RM16 bilion).
Dalam satu kenyataan meminta bantuan bersama Malaysia pada 29 Januari, Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland menyifatkan tiga daripada empat komponen itu seperti 'PetroSaudi', 'Genting / Tanjong' dan 'ADMIC'.

Ini pada dasarnya sama dengan fasa disebut oleh DOJ.

OAG menamakan jejak wang itu berdasarkan syarikat yang terlibat dalam urus niaga perniagaan dengan 1MDB tetapi telah digunakan bagi pengubahan wang haram sedangkan DOJ menggunakan nama entiti luar pesisir di mana wang itu kemudian dialihkan.

Fasa keempat, yang tiada dalam makluman DOJ, telah disebut oleh OAG sebagai 'SRC'.
Ini adalah merujuk kepada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB yang kemudiannya diletakkan di bawah kementerian kewangan pada tahun 2012.

Dalam kenyataannya juga Anwar mengucapkan tahniah kepada SPRM atas kejayaan menyempurnakan tugas dan mendesak agar SPRM meneruskan penyiasatan dengan segera dan tegas.
Bagaimanapun beliau berkata, penangkapan beberapa pegawai kanan Jabatan Air Sabah, yang membimbangkan adalah jumlah yang dikaut pegawai-pegawai terlibat.

Anwar mengucapkan tahniah kepada SPRM atas kejayaan menyempurnakan tugas dan mendesak agar SPRM meneruskan penyiasatan dengan segera dan tegas.

Bagaimanapun beliau berkata, penangkapan beberapa pegawai kanan Jabatan Air Sabah, yang membimbangkan adalah jumlah yang dikaut pegawai-pegawai terlibat.

"Bayangkan jika pegawai-pegawai Jabatan Air Sabah ini mampu mengumpul dana RM200 juta; apakah ini merupakan petanda tatakelola dan pengurusan buruk Kerajaan Pusat?

"Tambahan apabila adanya kenyataan pemimpin politik Sabah yang berkata dana RM3.3 bilion yang disalurkan terus dari Kerajaan Pusat ke Jabatan Air Sabah tanpa melalui Kerajaan Negeri Sabah - bagaimana hal ini boleh berlaku tanpa pengetahuan menteri Sabah yang berkenaan? Sepatutnya wang rakyat dan Jabatan Air Sabah diurus khusus untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Sabah," katanya.

Justeru katanya, insiden ini membuktikan bahawa amalan rasuah di negara ini semakin parah dan membarah. Ia juga menangkis persepsi bahawa jalan penyelesaiannya hanyalah dengan mengapi-apikan sentimen kenegerian.

"Kami berpandangan bahawa apa yang diperlukan adalah dasar yang jelas yang mampu menjana perubahan dalam sistem tatakelola, pembanterasan rasuah, serta ketelusan dalam proses pembidaan tender-tender kerajaan. Semua ini perlu berlaku tanpa mengira kaum, agama, mahupun negeri.

"Jangan mudah mengalih pandangan seolah pimpinan satu kaum atau negeri adalah penyelesaian.

Yang menentukan samada pengurusuan teratur, nasib rakyat terjamin dan terbela adalah dasar, peraturan serta penguatkuasaan yang kemas, dan bukan pimpinan satu kaum atau yang mengapi-apikan kononnya hanya sentimen kenegerian ynag mampu mengatasi kemiskinan dan masalah rakyat,' ujarnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT
 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT LAYARI http://biz55.lot.my

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive