Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 15, 2015

POWER!! : SUHAKAM TEGUR KERAJAAN BN..

 himpunan kita lawan

Kerajaan digesa memberikan jaminan kebebasan berhimpun yang merupakan hak rakyat Malaysia bagi tujuan mewujudkan keseimbangan terhadap perbezaan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) melalui Laporan Tahunan 2014 mengharapkan agar kerajaan melalui pimpinan Barisan Nasional dapat memberikan layanan sama rata kepada peserta himpunan aman.

“Suruhanjaya menyatakan harapan agar keseimbangan hak di antara kumpulan-kumpulan berbeza yang terlibat di dalam tunjuk perasaan aman akan dapat dicapai.

“Walaupun pihak polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasan, Suruhanjaya berharap agar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, amalan terbaik serta norma antarabangsa mengenai kebebasan berhimpun dapat dipatuhi,” memetik laporan tahunan tersebut.


Dalam laporan yang sama, SUHAKAM meminta kerajaan untuk menganggap setiap tunjuk perasaan yang dianjurkan sebagai satu perhimpunan aman.

“Melainkan jika terdapat bukti yang jelas dan menyakinkan bahawa pengajur atau peserta berniat untuk menggunakan atau mendorong kepada keganasan dan berkemungkinan keganasan akan berlaku,” kata laporan itu lagi.

Susulan daripada itu, SUHAKAM meminta kerajaan untuk tidak mengguna pakai undang-undang kontroversi bagi tujuan menghalang daripada berhimpun secara aman.

Sebelum ini, SUHAKAM lantang mengkritik tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menahan Ahli Parlimen PKR, Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana satu kenyataan yang dikeluarkan di Dewan Rakyat.
Menurut suruhanjaya tersebut, pihak mereka kesal dengan tindakan kerajaan yang kekal dengan keputusan untuk mengekalkan akta tersebut.

“Suruhanjaya kesal dengan keputusan kerajaan walaupun akujanji kerajaan pada 2012 untuk memansuhkan undang-undang yang bersifat menindas dan kuno ini.

“Walaupun suruhanjaya memahami kerumitan untuk menyeimbangkan di antara kebebasan dan keselamatan, serta mengakui bahawa pelaksanaan kebebasan bersuara tertakluk kepada sekatan yang telah termaktub oleh undang-undang, namun sekatan tersebut hendaklah seimbang, berkadaran, jelas dan adil; terutama sekali ianya hendaklah selari dengan norma antarabangsa mengenai hak kepada kebebasan bersuara dan berucap,” memetik laporan yang sama.

Selari dengan ingatan tersebut, SUHAKAM menggalakkan kerajaan BN memastikan bahawa pindaan kepada undang-undang sedia ada atau pengenalan kepada undang-undang baru hendaklah berdasarkan penglibatan penuh dan konsultasi semua pihak.

Malah segala pindaan mahupun penggubalan akta-akta baru hendaklah dilaksanakan dengan cara yang adil, jelas dan mematuhi proses yang sewajarnya serta tidak tergesa-gesa.

SUHAKAM sebelum ini kesal terhadap tindakan PDRM yang menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar susulan kenyataannya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata hak kebebasan bersuara di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar atau menjadi asas kepada prosiding jenayah.

Nurul Izzah ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat yang turut menyentuh sistem kehakiman negara di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Meskipun begitu, Suhakam mengiktiraf pengecualian kepada keistimewaan dan imuniti yang dinikmati ahli Parlimen seperti yang termaktub di bawah Perkara 63 (4) dan 72 (4) dalam Perlembagaan.

trp


1 ulasan:

  1. suhakam patut tanya pekedai-pekedai yang akan dilalui oleh pendemo adakah mereka setuju kaki lima mereka dijadikan tempat berhimpun?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...