Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 26, 2013

Halau saya keluar Dewan tidak adil

KUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat mengarahkan beliau keluar Dewan sebagai tidak adil.

Suren“Tindakan menghalau saya keluar dari dewan adalah tidak adil,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu.

Beliau menerima ‘padah’ itu sebaik membangkitkan kes kematian dalam tahanan, P Karuna Nithi.

Ia ekoran Naib Presiden KEADILAN itu cuba membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula.

Menurut Surendran, beliau menggunakan Peruntukan 14 (1) yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.

“Mengikut Peruntukan 14 (1), petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi Speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini,” katanya.

Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

“Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti ‘biadap’, dan itu ini.

“Ini peringkat tertinggi kesombongan Speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional),” katanya kepada pemberita.

Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapat 49 kesan pukulan di badan mangsa.

Disebabkan tiada pembelaan, Surendran cuba membawa isu berkenaan ke Parlimen, namun ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Pralimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

KeadilanDaily
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...