Sehingga kini dialog PR dengan BN yang diusulkan Anwar Ibrahim masih 
lagi menjadi misteri. Misteri dalam erti kata sama ada ia sekadar dialog
 untuk kepentingan rakyat dan negara atau dialog itu petanda awal ke 
arah kerjasama dan penyatuan antara Najib dan Anwar. Hanya Anwar yang 
tahu apa isi hatinya yang sebenar.
 Sementara tawaran Anwar itu disambut dingin kebanyakan pemimpin Umno 
dengan ada yang mempertikaikan niat dan tujuannya manakala ada pula yang
 mahu cadangan dialog itu dibawa ke Parlimen, Najib sehingga ini masih 
lagi berdiam diri mengenainya.
 Anwar pula, sebagaimana pendirian awalnya, kekal bahawa dialog itu 
semata-mata membincangkan isu kepentingan rakyat dan negara seperti 
mengenai agama, kaum, keselamatan dan ekonomi serta menolak sama-sekali 
menjurus ke arah penubuhan kerajaan perpaduan.
 Namun pendirian kebanyakan pemimpin Umno yang menolak tawaran Anwar itu
 menampakkan kebimbangan mereka terhadap kerjasama Najib dengan Anwar 
dan juga penubuhan kerajaan perpaduan yang mungkin akan terlaksana 
kiranya dialog itu menjadi kenyataan.
 Di pihak Pas dan DAP pula, mereka juga nampaknya tidak memberi respon 
dan keghairahan terhadap tawaran dialog yang diusulkan Anwar itu. 
Pimpinan kedua-dua parti itu belum lagi memberi sebarang kenyataan atau 
ulasan, baik mengalu-alukan atau pun menolak cadangan Anwar itu walaupun
 ia dibuat atas nama Pakatan Rakyat.
 Mungkin Pas dan DAP mahu berhati-hati dan tidak mahu terjebak dalam 
percaturan yang masih belum diketahui siapa untung dan siapa ruginya 
ini.
 Tetapi usul atau tawaran yang dibuat Anwar kepada Najib ini, walaupun 
atas nama menyuburkan amalan demokrasi dan demi kepentingan rakyat dan 
negara, ia sedikit-sebanyak mencalarkan keteguhan perjuangan Anwar 
selama ini dan membuatkan ramai orang mulai curiga terhadapnya.
 Sesudah 15 tahun melakar tanda aras baru dalam politik Malaysia sejak 
dipecat pada 2 September 1998, terutama dengan merangsang kebangkitan 
anak muda serta menimbulkan kesedaran mengenai pelbagai aspek dalam 
kepimpinan dan kenegaraan, ramai yang mengharapkan Anwar tidak cepat 
mengalah dan meneruskan apa yang diasaskannya itu.
 Slogan reformasi, perubahan, lawan tetap lawan dan sebagainya yang 
sering menjadi basahan bibir Anwar selama ini sebenarnya masih 
diperlukan lagi.
 Walaupun usaha menubuhkan kerajaan masih belum berhasil tetapi dengan 
peningkatan kejayaan PR yang jelas ketara sejak 2008 manakala dalam 
pilihanraya 2013 pula hanya kekurangan 23 kerusi tetapi berjaya 
mendapatkan majoriti hampir 52 peratus sokongan rakyat, masa depan Anwar
 dan PR dipercayai lebih cerah dalam pilihanraya empat atau lima tahun 
lagi.
 Dengan kedudukan ekonomi yang kekal sukar, kesedaran rakyat, pengaruh 
internet, kewujudan bandar-bandar baru serta isu-isu semasa yang semakin
 banyak merugikan kerajaan, kecondongan rakyat dan pengundi muda 
dipercayai akan terus memihak kepada PR.
 Ditambah dengan sikap dan perangai pemimpin yang memegang kuasa dalam 
kerajaan yang masih tidak berubah, bahkan Najib sendiri dikecam ramai 
penyokongnya sendiri kerana dilihat turut tidak berubah dan mengamalkan 
gaya lama, peluang PR dalam PRU 14 jauh lebih baik baik berbanding PRU 
13 lalu.
 Ramai pemimpin Umno sendiri mempercayai hakikat ini dan mereka melihat 
bukan saja Najib dan pemimpin Umno masih tidak berubah, bahkan 
seolah-seolah keputusan buruk PRU 13 tidak memberi apa-apa pengajaran 
untuk direnungi oleh Umno dan BN.
 Justeru itu, peluang Anwar dan PR yang sebenarnya ialah PRU 14. PR 
dipercayai mempunyai peluang yang lebih baik dengan syarat memelihara 
kesatuan dan mengekalkan momentum sedia ada.
 Anwar akan terus disanjung dan dihormati jika kekal dengan 
perjuangannya mahu membawa perubahan kepada rakyat dan negara yang 
sering dilaungkannya selama ini. Rakyat mahu beliau terus berjuang dan 
melawan sepertimana iltizamnya sebelum ini.
 Kini bukan saja rakyat biasa, mereka yang tidak berparti dan penyokong 
PR yang terus menagih perjuangan Anwar bagi kepentingan rakyat dan 
negara, malah ramai di kalangan ahli dan penyokong Umno juga 
mengharapkan Anwar terus dengan peranan kritikalnya menegur mengenai 
dasar kerajaan dan perlakuan pemimpinnya yang dianggap tergelincir 
daripada landasan sewajarnya.
 Ramai yang merasakan jika tidak kerana pembangkang selantang dan sekuat
 sekarang serta pengaruh Anwar mengetuai PR, kejelekan, kesombongan dan 
salah laku pemimpin Umno dalam mengurus kerajaan serta berbangga dengan 
jawatan dan kemewahan mungkin menjadi lebih tidak terkawal dan 
berleluasa lagi.
 Oleh itu, peranan Anwar dan PR ada nilai tambahnya dan sentiasa dalam 
perhatian rakyat. Sampai masanya peranan dan sumbangan mereka akan 
dihargai juga. Lima tahun tidaklah lama, jika boleh bersabar selama 15 
tahun sejak dipecat dengan pelbagai penghinaan dan kata-kata nista, 
apalah sangat lamanya bersabar selama lima tahun lagi. – 
shahbudindotcom.blogspot.com, 2 September, 2013.
 * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Senarai Blog...Geng
- 
Warga Emas Hilang Di Chegar Medang Bentong Pada Ahad Lalu Ditemui Lemah Berhampiran Stesen Amaran Banjir JPS - *KUANTAN:* Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Chegar Medang, Benus, Bentong, pada Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat berhampiran st...23 minit yang lalu
 - 
Tauke durian maut, tertekan buah tak laku - DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAPASUKAN forensik melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di bangunan Plaza Melaka Raya, Melaka, hari ini.MELAKA – Seorang peniaga ...39 minit yang lalu
 - 
 - 
MASANYA TELAH TIBA UNTUK PAS TERAJUI PN - Seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan telah mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin menyuarakan rasa tidak setuju dengan keputusan memecat Ahli Par...Sehari yang lalu
 - 
Selamat tiba Donald Trump - *SUSUPAN PAGI* SAAT ini negara kita menjadi perhatian dunia bersempena dengan sidang Kemuncak Asean ke-47 yang akan bermula esok. Perhatian itu menjadi l...Seminggu yang lalu
 - 
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Setahun yang lalu
 - 
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...3 tahun yang lalu
 - 
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
 - 
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
 - 
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 tahun yang lalu
 - 
 - 
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*5 tahun yang lalu
 - 
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
 - 
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
 - 
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
 
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
- 
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
 - 
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
 - 
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
 
Isnin, September 02, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...