Selasa, September 10, 2013

Anwar Ibrahim bidas Idris Jusoh isu hantar anak ke luar negara

KUALA LUMPUR 10 SEPTEMBER: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh supaya ibu bapa yang tidak bersetuju terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), perlu menghantar anak mereka ke luar negara.
Katanya, Idris perlu menjawab isu berkenaan dengan hujah dan fakta bukan memberi kupasan angkuh berhubung perkara itu.

anwar“Jawab dengan hujah bukan angkuh,” tulis Anwar sebagai maklum balas terhadap rakan twitternya yang berkongsi laporan kenyataan Idris itu.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut dilapor berkata, kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Tekan beliau, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan kerajaan meneruskan pelaksanaan PPPM kerana ia telah dirasmikan.

“Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga Pakatan Rakyat.

Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini dilapor berkata, tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.

Pakatan pula melihat terdapat enam aspek PPPM yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu bukan platform menyeluruh.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata, ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.

Keadilandaily

1 ulasan:

  1. Idris jusoh memang tarak hotak punya cakap. Nampaknya semua menteri lani dah cakap sombong. Sebelum pru tu hari semua menteri bukan main cakap berlemah lembut sopan santun. Tup2 dah menang cakap sombong angkuh dan kasar biadab. Inilah contoh amno laknatullah kafir harbi. Hahaa

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng