MARANG: PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau.
Bahkan,
katanya jangka masa akan dibubarkan parlimen serta diadakan pilihan
raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.
“Ada
maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena
bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional
nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi)
tahun hadapan (2013).
“Tapi persediaan SPR sekarang untuk
pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia
pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13),” tegasnya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda
PAS Negeri Terengganu bertemakan “Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda” di
Dewan Tok Guru, Rusila, Marang 8 November lalu.
Antara pimpinan
pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad
Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua
Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Namun begitu, kata
Datuk Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak
mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.
“BN
kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada
undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda
ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan
raya) bahaya lagi.
“Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik
melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang ‘reti’. Mereka (kerajaan)
boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas
darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya,”
jelasnya.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang
menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama
ada lelaki mahu pun wanita.
Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.
Katanya,
hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus
dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.
“Orang
muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan
wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting,
apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.
“Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya.
“Dalam
lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh
negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh
jadi undi penentu pada PRU13 akan datang,” ujarnya di hadapan lebih 1000
hadirin.
Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan para
pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu ‘over
confident’ dengan perkembangan politik semasa.
Beliau
menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT
iaitu sifat ‘ujub’ atau rasa kagum pada diri sendiri.
Menuurtnya,
jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga
diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT.
“Kagum
(bangga) dengan diri sendiri, ‘over confident’, terlalu yakin kita ramai
dan boleh menang dengan mudah. Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke
Putrajaya bila-bila masa.
“Jangan galak sangat sebab ada di
kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya
tetapi jangan ‘ujub’ (bangga diri).
“Saya minta kepada pemimpin
kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga
jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub.
“Kita
(Pakatan Rakyat) ceramah ramai dah, himpunan ramai dah boleh menang..ini
jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa,”
tegasnya.
Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam
pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas
kemenangannya.
Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan
Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala
Chandran GK dan Encik Jefri Chua./HarakahDaily
Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’
Senarai Blog...Geng
-
TAK PAYAH LA SAMPAI GITU. BAYAR JA KWSP SOCSO... ITU LEBIH BAIK UNTUK GURU GURU... - Sebenarnya tak perlu hilang nyawa pun… Perlu hilang duit dari poket tu je sumbang ke PASTI, SRITI & SMITI ni untuk bayar KWSP dan Socso cikgu tu… Janga...26 minit yang lalu
-
Penghinaan kepada Raja-raja dibuat secara terancang - HarapandailyIsu penjualan stoking tertera kalimah Allah dilihat cuba diambil kesempatan oleh pihak tertentu dengan melakukan penghinaan secara terancang ke...2 jam yang lalu
-
Imam, Bilal Dan Tok Siak Di Pahang Bakal Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada Kerajaan Negeri - *KUANTAN:* Sebanyak RM788,000 diperuntuk bagi golongan pengimarah masjid seperti imam, bilal, tok siak di Pahang sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Exco...4 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Seminggu yang lalu
-
Parlimen jadi sarkas bila Speaker parang tumpol - *ULASAN* *Johari Abdul*SEMASA merasmi pembukaan sidang Parlimen penggal ke tiga parlimen ke-15 Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan I...Seminggu yang lalu
-
SUDAH TIGA KALI CETUS KONTROVERSI, APAKAH DAP MAHU SABOTAJ ANWAR? - Hanya dalam tempoh yang cukup singkat sebelum berakhirnya tahun 2023 ini, sudah tiga kontroversi dicetuskan oleh DAP berkaitan Melayu dan Islam di negara...2 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...2 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*2 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, November 10, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...