Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Oktober 30, 2018

Hubungan Pas Umno kini sampai ke akar umbi

Hubungan Pas Umno kini sampai ke akar umbi
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerjasama antara Pas dengan Umno kini bergerak ke akar umbi pula dengan majlis kunjung mengunjung berlaku antara kepimpinan kedua-dua parti peringkat kawasan selepas mendapat isyarat di peringkat pusat.
Pada 27 Oktober 2018, jam 11.00 pagi, perjumpaan mahabbah antara kepimpinan Umno Bahagian Pasir Salak bersama Pas Kawasan Pasir Salak berlaku di kediaman Ahli Parlimen kawasan berkenaan, di Kampong Gajah.
“Beberapa inisiatif telah dicadangkan bagi memulakan kerjasama politik antara Umno dan Pas bagi memastikan kesucian agama Islam dan bangsa Melayu.
“Satu perkembangan positif bagi warga Pasir Salak,” lapor Umno Pasir Salak melalui facebook mereka hari ini.
Dalam majlis itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpelukan dengan Yang Dipertua Pas Pasir Salak.
Turut serta dalam kunjungan itu adalah para pemimpin Muslimat Pas Kawasan bertemu dengan para pemimpin Wanita Umno Bahagian.
Pemimpin Muslimat Pas kawasan bertemu dengan Wanita Umno Bahagian Pasir Salak dalam pertemuan ini
Di peringkat pusat, hubungan antara kedua-dua parti mencapai puncak apabila Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinannya menyertai Muktamar Pas.
Ia dibalas oleh kunjungan kepimpinan Pas ke Mesyuarat Agung Umno (PAU) 2018 di Kuala Lumpur. Turut datang ke PAU 2018 adalah kepimpinan Muslimat dan Pemuda Pas.
Sebelum ini, Pas sentiasa sahaja menafikan hubungan mereka dengan Umno kerana parti Melayu itu dianggap sebagai musuh mereka.
Namun sejak Pas dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang hubungan ketara berlaku antara kedua-dua parti itu.
mdl

Picture

Isnin, Oktober 29, 2018

Selepas 100 hari, Khalid Samad catat 3 kejayaan utama

Selepas 100 hari, Khalid Samad catat 3 kejayaan utama
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Politik, bukan sekadar pecaturan yang bercorak strategik. Di mana yang menang akan mendapat seribu satu habuan; justeru yang kalah pula akan terus dipinggirkan.
Sebenarnya, berjaya ataupun gagalnya karier seseorang ahli politik terletak pada keberkesanan mereka dalam mengutarakan hujah-hujah beliau, merangka tindakan dan mempastikan keberkesanan tugas mereka.
Pertamanya, Khalid Samad telah berjaya mendemokrasikan semula institusi pentadbiran di ibu negara Kuala Lumpur apabila beliau melibatkan semua wakil yang dipilih rakyat ke dalam sistem pentadbirannya, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai menteri.Dari ketiga-tiga segi ini, Khalid Samad, sebagai Menteri Wilayah telah mempamerkan ciri ciri ini dengan jayanya.
Ia adalah sejarah besar setelah sekian lama wakil-wakil rakyat ini terpinggir walaupun kumpulan mereka adalah majoriti di Wilayah.
Majlis Menteri Wilayah mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 20 Julai 2018, di Menara DBKL, 18 hari selepas Khalid mengangkat sumpah secara rasmi sebagai menteri.
Melalui Majlis Menteri, kesemua 11 ahli parlimen di Kuala Lumpur duduk bersama para pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbincang dan memutuskan segala urusan di ibu negara itu.
Ia satu format baru pentadbiran DBKL. Kalau selama ini DBKL hanya dipandu oleh Lembaga Penasihat yang dilantik oleh menteri, kini DBKL dipandu oleh wakil yang dipilih oleh rakyat.
Ini merupakan satu langkah yang bijak, malah tepat pada masanya, memandangkan betapa penting-nya semua pihak boleh saling memahami segala atur-langkah pembangunan Wilayah Persekutuan.
Walaupun jawatan kuasa sebelas orang ini tidak boleh menyelesaikan segala hal remeh temeh dan isu-isu pembangunan, namun margin kesalahan proses ini boleh terus disempitkan menerusi perbincangan yang bertunaskan demokrasi.
Tiga kejayaan besar dalam 100 hari pertama Khalid sebagai Menteri Wilayah.
PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR 2020
Serentak dengan kejayaan yang pertama itu, Khalid sebagai Menteri Wilayah telah membuat keputusan untuk menggezetkan Plan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang telah disiapkan lebih 18 tahun lalu.
Ia tidak pernah digezetkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk mengkaji dan membuatnya — semata-mata kerana bimbang plan itu mengikat keputusan yang hendak dibuat kemudian.
Bagi Khalid, langkah menggezetkan plan ini penting untuk mempastikan pembangunan Kuala Lumpur berjalan sebagaimana dirancang bukan ikut kehendak semasa sahaja.
Insya Allah plan ini akan digezetkan menjelang akhir tahun ini selepas segala prosedur yang diperlukan dipenuhi.
Selepas kedua-duanya berjalan, Khalid memasuki fasal penting dalam masa-masa awal kerier beliau sebagai Menteri Wilayah — mengendalikan isu penjualan tanah oleh DBKL yang menjadi isu utama menjelang pilihan raya umum ke 14 lalu.
Ketika itu ahli parlimen DAP telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur.
Langkah pertama yang dibuat Khalid adalah meminta SPRM membuat kajian segera mengenainya.
Serentak dengan itu juga, Khalid menubuhkan satu Task Force (Pasukan Petugas) untuk mengkaji isu ini secara mendalam bagi pihak beliau sendiri sebagai menteri. Task Force ini terdiri dari pegawai pejabat beliau, pegawai Kementerian Wilayah dan pegawai dari DBKL sendiri.
Pasukan Task Force yang membawa RM149 juta untuk DBKL selepas penjualan tanah ibu kota itu dirunding semula oleh mereka.
Perkara pertama yang mereka temui adalah bukan 64, tetapi 97 transaksi penjualan tanah berlaku di bawah DBKL.
Selepas bermesyuarat secara marathon, Pasukan Petugas ini telah membuat pelbagai penemuan dan langkah yang sangat bermakna untuk negara. Dan yang paling penting adalah berjaya menambahkan RM149 juta untuk DBKL hasil traksaksi tanah itu selepas rundingan semula dibuat dengan para pembelinya.
RM149 juta bukan satu nilai yang kecil dan ia diperolehi hanya dengan merundingkan semula dengan pembelinya. Entah apa yang berlaku dalam pentadbiran sebelum ini sehingga tanah-tanah itu dijual dengan harga yang murah dalam 97 transaksi itu.
Untuk tahun depan, Khalid mula merangka plan untuk kementeriannya. Yang bakal menjadi tumpuan adalah menangani masalah kesesakan di ibu kota dengan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, memberikan tumpuan kepada kebajikan untuk miskin bandar dan pelan kebajikan untuk semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menjelang akhir tahun 2018 ini beliau mahu semua sekolah tahfiz di ibu kota didaftarkan. Ia bertujuan untuk membolehkan kerajaan mengenalpasti kewujudan mereka dan seterusnya dapat membantu mereka.
Karier politik seseorang ahli parlimen memang penuh dengan ranjau di sepanjang jalan. Khalid Samad akan terus menempuhi-nya. Namun bukan mudah juga untuk membuka langkah-langkah yang boleh mendatangkan pelbagai manfaat untuk penduduknya.
Khalid Samad harus digalakkan untuk terus menggunakan pelbagai cara baru untuk meningkatkan tahap kemajuan kementeriannya dan seterusnya memberi manafaat kepada seluruh negara. Syabas.
mdl

Picture

Sabtu, Oktober 27, 2018

Hot!! Mustapa sertai Bersatu (PH)

Mustapa sertai Bersatu, peluang bela pengundi Jeli
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed  akhirnya  menyertai BERSATU selepas nekad keluar dari parti itu pada 18 September lalu.
Lebih 40 tahun berjuang dalam parti itu, antaranya kerana percaya hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsip politiknya apatah lagi parti itu kini sudah rosak kerana masalah integriti.
Sidang media dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU malam tadi.
Mustapa berkata keputusan itu setelah meneliti perkembangan politik semasa sepanjang beberapa minggu menjadi anggota parlimen bebas.
“Saya percaya ini akan memberi peluang kepada saya untuk memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli…,
“Saya menyokong segala usaha Mahathir untuk memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik dalam parti dan negara.
“Saya juga menyokong langkah oleh beliau dan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan. Usaha ini amat penting meletakkan asas yang kukuh dalam memastikan ekonomi negara membangun secara lestari dan mampan,” katanya yang juga anggota parlimen Jeli.
Dalam pada itu, Tun Mahathir mengalu-alukan penyertaan Mustapa dan menyifatkan beliau layak untuk menyertai Bersatu.
“Kita beri masa untuknya menjadi anggota parlimen bebas. “Setelah kita melihat pendiriannya (dalam isu-isu), kita setuju bahawa dia layak menjadi anggota BERSATU,” kata perdana menteri.
Selain Mustapa, antara anggota parlimen yang telah keluar Umno selepas PRU ke-14 adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Rosman Isli (Labuan), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).
Sementara Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah, lagi empat belum menyertai mana-mana parti.
Selepas 9 Mei, anggota parlimen Umno berkurang daripada 54 kepada 48 orang.
mdl

Picture

Jumaat, Oktober 26, 2018

PH dinasihati tidak ulangi kesilapan Umno-BN

PH dinasihati tidak ulangi kesilapan Umno-BN
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil menasihatkan semua pimpinan pemuda AMANAH dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengulangi kesilapan besar yang telah dibuat oleh Umno dan BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.
Malah katanya lagi, mengulangi amalan rasuah yang sama sepertimana yang menjadi praktik dalam Umno dan BN akan mengundang kemarahan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Negeri Kedah yang telah diadakan di Sungei Petani, semalam.
Faiz bersama pimpinan Pemuda AMANAH Negeri kedah semalam.
“Kita jangan ulangi segala kekhilafan yang telah dibuat semasa pemerintahan Umno dan BN sehingga mereka ditolak oleh rakyat walaupun memerintah begitu lama.
“Rakyat kini sudah bijak dan matang serta dapat membezakan mana satu yang melibatkan korupsi maupun kronisme.
“Oleh kerana itu kita tidak mahu pejuang dan pimpinan AMANAH dinodai dengan unsur-unsur buruk tersebut setelah berjaya mendapat kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu, ” jelasnya lagi.
Menurut Faiz lagi, tempoh tiga tahun yang telah ditempuh dengan pelbagai ranjau, onak dan duri melonjakkan semangat juang sehingga mampu menobatkan AMANAH seganding dengan komponen PH yang lain.
“Pemuda AMANAH sebagai pemangkin perjuangan, perlu mempunyai iltizam, idea, kekuatan dan faham konteks pentadbiran serta pemerintahan.
“Sebagai sebuah kerajaan, cabaran yang akan dihadapi amat besar serta memerlukan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan aspirasi parti yang didokong bersama-sama dalam PH.
“Penambahan ahli, cawangan dan juga kawasan perlu dilipatgandakan usaha kearah peningkatan tersebut secara serius, ” tegas Faiz lagi.
Katanya, kemenangan yang telah diperolehi dalam PRU yang lalu, tidak harus diterima dengan rasa bangga dan megah.
Sebaliknya kata beliau, sikap terbuka juga mesti ada untuk menerima penyertaan ahli Umno dan Pas yang ingin menyertai AMANAH.
“Islam bukan ekslusif untuk satu pihak atau golongan sahaja, ia adalah untuk semua.
“Sehubungan itu kita harus berusaha bagi memberi kefahaman mengenai Islam kepada semua golongan masyarakat termasuk yang bukan Islam dalam negara ini.
“Maka itu gerak kerja turun padang sehingga ke akar umbi mesti menjadi agenda yang mampu untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa AMANAH berperanan untuk menjadi pentadbir yang lebih baik jika dibandingkan dengan Umno dan BN, ” tambahnya lagi.
mdl
Picture

Khamis, Oktober 25, 2018

Kerajaan Persekutuan beri pinjaman RM22.5juta kepada Kelantan

Kerajaan Persekutuan beri pinjaman RM22.5juta kepada Kelantan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman sebanyak RM22.5 juta kepada kerajaan negeri Kelantan tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya pemberian pinjaman yang dipohon pada Jun lepas adalah untuk membolehkan kerajaan negeri membayar gaji kakitangannya.
Berikutan itu Lim melahirkan kekesalannya atas dakwaan beberapa pemimpin Pas  Kelantan yang menyatakan beliau anti-Melayu dan anti-Islam.“Pada asalnya mereka memohon pinjaman bagi pengurusan termasuk pembayaran gaji sebanyak RM24.5 juta tetapi Kerajaan Persekutuan hanya luluskan RM22.5 juta kerana kita hendak beri cepat (beri pinjaman) supaya gaji kakitangan mereka dapat dibayar,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
“Sampai hati mereka kata saya anti-Melayu dan anti-Islam. Bila saya sebut fakta dan angka dan Kerajaan Persekutan telah menghulurkan bantuan kenapa pula timbul soal agama dan kaum,” katanya.
Lim dalam satu kenyataan semalam berkata, pada tahun 2016, Kelantan memang telah menerima RM398 juta, secara keseluruhan, sebagai pemberian daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang diterima negeri-negeri lain dalam Malaysia.
Turut termasuk dalam pemberian RM398 juta itu ialah pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji dan emolumen.
Kerajaan Persekutuan juga telah meminjamkan RM100 juta dana tambahan sebagai pinjaman pendahuluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri.
Sehingga 31 Dis 2017, kerajaan negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan kerajaan negeri itu sebagai penghutang terbesar pinjaman pendahuluan ini, kata Lim.- Bernama.
mdl

Picture

Rabu, Oktober 24, 2018

Kerajaan negeri buat permohonan bertulis pinjam duit bayar gaji kakitangan, kata Menteri Kewangan

Kerajaan negeri buat permohonan bertulis pinjam duit bayar gaji kakitangan, kata Menteri Kewangan
Menteri Kewangan mendakwa ada sebuah kerajaan negeri menghantar surat kepada kementerian kewangan secara jelas memohon untuk bantuan kewangan dari kerajaan pusat bagi membayar gaji kakitangannya.
Lim Guan Eng ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan negeri berkenaan secara jelas memohon wang untuk membayar gaji kakitangannya.
“Tetapi ada kerajaan negeri yang dengan jelas menulis surat kepada kementerian kewangan untuk meminta pinjaman bagi membayar gaji kakitangannya,” kata Guan Eng.“Saya ingin jelaskan di sini kerajaan negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah memohon wang dari kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangannya.
Sebelum ini Dewan Rakyat kecoh apabila Lim Guan Eng menyindir kerajaan negeri Kelantan yang mahu mengambil alih pembinaan ECRL sedangkan kerajaan negeri itu tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri.
Ia telah dibantah oleh wakil- wakil rakyat Pas dengan membuat sidang media khas mengenainya di Parlimen.
Guan Eng pada Selasa berkata Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dari segi urusan ekonomi kerana tidak mampu membayar gaji dan emolumen kepada anggota pentadbirannya.
Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan dibuat Guan Eng dan meminta dibuktikan sekiranya kerajaan Kelantan kononnya tidak dapat membayar gaji kakitangan awam di negeri itu dan terpaksa dibantu kerajaan Persekutuan.
mdl

Picture

Isnin, Oktober 22, 2018

Rakyat mahu reformasi institusi menyeluruh

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua Pemuda AMANAH Sabah, Khairuddin Daud mengingatkan bahawa rakyat di negeri itu tidak hanya ingin membuat perubahan pada pemimpin atau parti politik.
“Rakyat tidak hanya ingin sekadar menukar Najib Razak kepada Mahathir dan seterusnya Anwar Ibrahim, tetapi apa yang rakyat mahukan adalah sebuah reformasi institusi yang menyeluruh, adil, serta tadbir urus yang cekap dan amanah,” katanya pada Konvensyen Pemuda AMANAH Sabah di Sandakan semalam.
Menyentuh kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan di Sabah pada pilihan raya umum lalu juga, beliau menggesa pemimpin-pemimpin kerajaan untuk berusaha memenuhi janji serta manifesto yang telah dikempenkan.
Tambahnya, pemimpin kerajaan PH juga harus kritikal terhadap isu-isu penyelewengan kuasa dan hak rakyat.
“Peranan Pemuda AMANAH untuk menjadi ejen semak dan imbang kepada pelaksanaan manifesto kerajaan baharu. Apa juga dasar atau polisi yang dibawa oleh kerajaan, dikaji dan disampaikan kepada rakyat dengan berkesan.
“Sekiranya berlaku penyelewengan wang rakyat, tadbir urus yang korup kita perlu menyatakan perkara ini kepada pemimpin kerajaan.
“Jangan ada sikap melindungi koruptor hanya kerana mereka pimpinan, kawan atau kerana ingin menjaga periuk nasi kita,” kata Khairuddin dalam konvensyen bertemakan “Mengukuh Idealisme Mengisi Kemenangan” itu.
Mengulas tentang imej Islam pada AMANAH dalam masyarakat berbilang etnik dan agama di Sabah, Khairuddin berkata, Pemuda AMANAH negeri itu menonjolkan imej Islam yang lebih ramah serta menolak pemikiran melampau.
“Pendekatan yang ekstrem akan mencalarkan imej serta menjauhkan orang ramai daripada Islam,” jelasnya.
Dalam hal berkaitan, ujarnya, Pemuda AMANAH Sabah turut meraikan pengumuman Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji Malaysia Agreement 1963 yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dianggotai antaranya Datuk Seri Shafie Apdal.
“Hal ini selaras dengan janji Pakatan Harapan untuk mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia,” kata Khairuddin lagi.
Seramai 80 anggota Pemuda AMANAH dari kawasan-kawasan yang berdaftar di seluruh Sabah hadir dalam konvensyen yang kali ketiga diadakan sejak penubuhan sayap parti itu pada 2015.
Dirasmikan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional merangkap Pegawai Khas kepada Speaker Dewan Rakyat, Wan Anwar Wan Ibrahim, Kelab Anak Muda Layan Bola cawangan negeri Sabah turut dilancarkan.
Sementara itu, Anugerah Aktivis Muda turut disampaikan kepada Timbalan Ketua Pemuda, Yunizam Yusof atas bakti yang dicurahkan kepada masyarakat setempat.
Lebih mesra dengan panggilan ‘Abam Botak’, Yunizam telah melaksanakan beberapa inisiatif membantu golongan yang memerlukan.
Antaranya, perkhidmatan kereta percuma untuk menghantar pesakit ke hospital, menyantuni gelandangan dan membantu fakir miskin.
Terbaharu, Yunizam menyediakan khidmat kereta jenazah tanpa sebarang bayaran kepada masyarakat sekitar Sandakan.
mdl

Picture

Sabtu, Oktober 20, 2018

Hot!! 57 bekas ahli Pas sertai AMANAH kerana yakin dengan perjuangan

Mohd Khomeini (kiri) menerima borang keahlian AMANAH dari Abdul Khalid Yahya yang mewakili 57 bekas ahli Pas yang keluar parti.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Yakin dengan perjuangan yang sedang dibawa oleh AMANAH, seramai 57 bekas ahli Pas telah mengambil tindakan berani keluar parti dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Pemuda AMANAH kawasan Arau, Mohd Khomeini Halipah.
Abdul Khalid Yahya yang mewakili ahli Pas tersebut berkata, keputusan yang diambil merupakan suatu tindakan drastik kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas Pusat.
 
Malah katanya, dasar Pas yang sudah jauh menyimpang dan tersasar dari matlamat asal termasuklah berbaik-baik dengan Umno menjadi pendorong mereka mengambil tindakan meninggalkan Pas beramai-ramai.
“AMANAH kawasan Arau telah lama turun padang dan menjalankan aktiviti kebajikan tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi politik mana-mana golongan masyarakat.Sementara itu Mohd Khomeini yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perlis pula berkata, tindakan kesemua ahli Pas yang telah meninggalkan parti tersebut baru-baru ini adalah jalan terbaik bagi meneruskan perjuangan.
“Kita sering mendekati masyarakat dan mendengar luahan rasa serta rintihan kepincangan hidup yang mereka alami sehingga kini.
“Melalui pelbagai saluran yang ada, AMANAH kawasan mengambil inisiatif dengan menyalurkan pelbagai sokongan bagi meringankan beban masyarakat, ” tegasnya.
Ujarnya lagi, selain turun padang sehingga keperingkat akar umbi, AMANAH kawasan dan juga negeri sering menganjurkan pelbagai program termasuklah bersama-sama dengan remaja, pelajar, wanita serta juga masyarakat veteran.
Beliau juga berkata aktiviti gorong royong membersihkan masjid dan kubur, membantu mangsa banjir dan ribut serta mendekati warga emas, anak yatim dan golongan asnaf menjadi rutin yang sering dilaksanakan hingga kini.
“Boleh dikatakan mendekati masyarakat dari pelbagai golongan menjadi rutin yang telah lama diamalkan.
“Pendekatan yang kita laksanakan terbukti mampu membawa imej Islam yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.
“Hasilnya kini mereka menyedari bahawa AMANAH mempunyai keupayaan untuk menjadi salah sebuah parti Islam bagi membela nasib seluruh masyarakat, ” ujarnya.
Tambah Mohd Khomeini, ramai lagi bekas ahli Pas serta ahli baru akan menyertai AMANAH dalam tempoh terdekat setelah terbukti kemampuan parti ini untuk sama-sama memacu pembangunan dan keperluan rakyat setelah menerajui kepimpinan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 14 yang lalu.
mdl

Picture

Khamis, Oktober 18, 2018

Pembangkang semakin terancam Anwar kembali ke Parlimen

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat pembangkang semakin terancam dengan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen.
“Pembangkang semakin sukar dan terancam apabila Anwar kembali ke Parlimen.Menurutnya, pendirian Ketua Umum PKR itu dalam hal-hal berkepentingan nasional membuatkan Pas dan Umno sukar untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) yang kini menguasai kerajaan.
“Hal ini kerana kebanyakan isu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang seperti isu berkaitan Melayu, Islam, institusi diraja akan dapat dipatahkan oleh Anwar sendiri di Parlimen.
“Sebabnya, Anwar dianggap tokoh yang banyak berjuang isu-isu tersebut dahulu dan kini,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Jelasnya, kemunculan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam perbahasan di Dewan Rakyat selepas ini juga memberi isyarat kukuhnya PH sebagai kerajaan.
“Anwar ke Parlimen bermakna kedudukan PH semakin kuat, semakin mantap dan mampu mematahkan hujah-hujah pembangkang dalam isu nasional juga,” kata Dr. Awang Azman.
Mengulas lanjut, pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM) UM itu berkata, Anwar juga dijangka akan mereformasikan Parlimen iaitu memastikan proses semak dan imbang berlaku dalam fungsi eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Ujarnya, Anwar akan memastikan ketiga-tiga institusi tersebut berfungsi dengan baik dan tidak bertindan bagi mengelak wujudnya situasi monopoli daripada mana-mana pihak.
“Dengan pendekatan berkenaan, badan eksekutif akan terus memainkan peranannya dan badan kehakiman mempunyai sempadan tersendiri.
“Jikalau terdapat unsur yang cuba memanipulasikan antara tiga fungsi ini, ia boleh menjejaskan sistem pentadbiran negara.
“Jadi, peranan Anwar penting kerana reformasi di Parlimen memerlukan pemimpin yang berkarisma, berpengalaman dan memainkan peranan yang dinamik,” jelasnya.
Membimbing
Dr Awang Azman juga berpendapat, Anwar bakal memantapkan suara PH di Dewan Rakyat.
“Pengalaman dan kredibiliti bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dapat dimanfaatkan untuk membantu Ahli Parlimen lain agar lebih berfungsi dan berkesan.
“Reformasi yang dilakukan Anwar juga akan turut memastikan isu-isu penting diketengahkan dan dibincangkan di Dewan Rakyat,” ujarnya.
Sehubungan itu, Dr. Awang Azman berharap perbahasan dan perbincangan Parlimen yang akan datang lebih bermutu.
“Ada Ahli Parlimen yang agak baru dan kurang pengalaman. Maka tugas Anwar untuk membimbing kelompok ini agar mereka ini boleh berfungsi dengan lebih baik lagi.
“Anwar akan buktikan beliau bukan gopoh dan hanya lakukan proses untuk jadi PM dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Anwar akan memberikan Tun Mahathir ruang dan laluan untuk buat hala tuju politik dalam tempoh dua tahun ini dalam tadbir urus negara tanpa campur tangan politik Anwar,” hujahnya.
Beliau juga berpendapat Anwar akan membuktikan bahawa dirinya ialah Perdana Menteri yang terbaik untuk mengambil alih teraju pimpinan selepas dua tahun akan datang.
“Pada masa yang sama, Anwar juga akan pastikan tidak akan overshadow PM pada masa kini kerana belajar daripada tragedi politik 1998 agar tidak berulang kali,” tambah Dr Awang Azman lagi.
mdl

Picture

Rabu, Oktober 17, 2018

PKR akan siasat dakwaan Rafizi isu politik wang

PKR akan siasat dakwaan Rafizi isu politik wang
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan menyiasat dakwaan Rafizi Ramli yang mengatakan budaya politik wang dalam parti itu semakin membimbangkan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.  Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu tersebut akan terus disiast dengan lebih lanjut.
Ditanya sama ada beliau sedar akan dakwaan Rafizi tersebut, secara ringkas beliau memberitahu media bahawa beliau sedar tentang isu tersebut.“Buat masa sekarang inilah jawapan yang saya beri, kes ini akan disiasat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.
“Sekarang, setelah kamu semua pihak media, beritahu saya, saya tahulah,” jelasnya
Menurut Dr Wan Azizah, JPP juga akan memanggil Rafizi bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung isu berkenaan.
Semalam Rafizi yang juga calon timbalan presiden PKR mendakwa budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti itu.
Rafizi berkata, anggota PKR perlu menolak calon yang mengamalkan budaya politik wang dan sebaliknya memilih calon yang adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.
Rafizi berkata antara sebab utama beliau mengambil keputusan bertanding jawatan itu kerana untuk membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam PKR.
mdl

Picture

Selasa, Oktober 16, 2018

Politik wang dalam PKR membimbangkan, kata Rafizi

Politik wang dalam PKR membimbangkan, kata Rafizi
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR, kata Naib Presidennya Rafizi Ramli.
Beliau berkata anggota parti perlu menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu dan memilih calon yang berlaku adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.
Rafizi berkata antara sebab utama beliau mengambil keputusan bertanding jawatan timbalan presiden parti adalah kerana untuk membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam PKR.“Sekarang kita berada di kedudukan yang diuji dengan politik wang kerana akan ada pihak yang menawarkan wang sebab bila dah jadi kerajaan ramai pihak yang berduit ini akan berminat dengan parti kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Rafizi Ramli sempena Pemilihan PKR 2018 di Seremban, malam tadi.
Beliau juga menasihati calon PKR Negeri Sembilan untuk mendekati dari awal anggota parti yang akan mengundi selain bersedia dengan sebarang provokasi daripada pihak luar.
mdl

Picture

Isnin, Oktober 15, 2018

Anwar angkat sumpah selaku Anggota Dewan Rakyat

Anwar angkat sumpah selaku Anggota Dewan Rakyat
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Upacara itu diadakan pada kira-kira 10 pagi sejurus Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 mula bersidang.
Mohamad Ariff ketika mengalu-alukan anggota Parlimen terbaharu itu mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangannya di PRK Port Dickson.Ini susulan kemenangan Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu lalu dengan majoriti besar 23,560 undi.
“Sebagaimana yang saya ungkapkan pada hari pertama Dewan Rakyat sebelum ini, dewan ini mempunyai kedudukan tertinggi dalam menentukan undang-undang negara untuk memberi manfaat kepada rakyat.
“Dewan ini mempunyai wibawanya yang sendiri, justeru peranan Parlimen ini perlu dihayati sebaiknya,” kata Mohamad Ariff yang yakin Anwar mampu melaksanakan tugas dengan sebaiknya serta memberi sumbangan berfaedah kepada negara, tambahnya mengenai ketua umum PKR itu.
Pada PRK tujuh penjuru itu, Anwar, 71, mendapat 31,016 undi, menewaskan calon Pas Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas merangkumi bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82), bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230), Lau Seck Yan (214), Stevie Chan (337) dan Kan Chee Yuen (154).
PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi berkenaan, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lalu untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Danyal sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS.
Kali terakhir Anwar bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.
Kelayakan beliau sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun apabila rayuannya terhadap hukuman penjara pada Februari 2015 ditolak.
Bagaimanapun, beliau diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, tujuh hari selepas PH diberi mandat memerintah susulan PRU14.- Bernama.
mdl

Picture

Khamis, Oktober 11, 2018

Maahad Darul Anuar: ‘Saya pemegang amanah tidak berhasrat serah mandat kepada sesiapa’

Maahad Darul Anuar: ‘Saya pemegang amanah tidak berhasrat serah mandat kepada sesiapa’
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau menghantar permohonan untuk menyerahkan pengurusan Maahad Darul Anuar kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Beliau berkata, bapanya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyerahkan tanggungjawab pemegang amanah Maahad itu kepadanya selaku anak sulung Tuan Guru, dan sejak itu beliau mengambil tugas yang diamanahkan itu sehingga kini.
“Kesimpulannya, saya sebagai penerima wasiat dan pemegang amanah tidak terlintas untuk menyerahkan mandat kepada sesiapa, dan saya akan terus melangkah untuk memastikan impian saya dan Tuan Guru terlaksana.“Apabila saya diamanahkan wasiat dan mandat tersebut, saya terima dengan rasa tanggungjawab kerana minat saya yang mendalam dalam bidang pendidikan.
“Suka saya menarik perhatian bahawa dengan status ‘wakaf’, tanah dan segala aset yang berkaitan dengannya, tidak lagi menjadi milik mana-mana individu, atau keluarga, atau pertubuhan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata liputan media bahawa YIK berhasrat untuk mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar pada 2019.
Sedangkan katanya lagi, beliau selaku pemegang amanah dan juga ahli lembaga pengarah tidak pernah pada bila-bila masa menghantar permohonan untuk menyerahkan Maahad Darul Anuar kepada YIK.
“Pihak keluarga tidak sepatutnya membuat apa-apa permohonan mengenai sekolah dan wakaf berkenaan, kerana harta wakaf itu bukan milik keluarga, malah bukan juga milik saya secara peribadi.
“Saya hanyalah pemegang amanah, bukan pemilik. Saya tidak boleh dan tidak pernah berhasrat untuk memiliki atau menguasai harta wakaf berkenaan. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah.
“Sehingga kini operasi Maahad Darul Anuar berjalan seperti biasa. Kami sedang menguruskan untuk pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2019,” ujarnya lagi.
Beliau menegaskan mana-mana pihak tidak sepatutnya membangkitkan isu menuntut hak, sebaliknya patut bersama berusaha untuk mengembangkan mutu pendidikan dan pembelajaran demi kepentingan semua.
“Semoga dengan kenyataan ini segala kekeliruan dapat dijelaskan, dan marilah kita sama-sama berdoa agar peninggalan wakaf ini dapat memberi manfaat kepada ummah, dan ganjaran pahalanya dilimpahkan kepada mana-mana yang berkenaan,” ujarnya.
Berita maahad itu akan diserahkan kepad YIK tular di media sosial setelah tersebarnya surat yang ditandatangani Pengarak YIK Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.
Berdasarkan surat tersebut, YIK memaklumkan menerima permohonan daripada Keluarga Besar Nikmatillah yang mendakwa selaku pemegang amanah yang menguruskan tanah dan bangunan di Maahad Darul Anuar untuk menyerahkan pengurusan sekolah kepada pihaknya.
mdl

Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive