Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Oktober 02, 2018

Pencalonan Anwar di PD satu tahap baru proses reformasi

Mujahid berucap di majlis kempen untuk Anwar di Port Dickson.
Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Port Dickson disifatkan sebagai satu lagi tahap baru dalam melengkapkan proses reformasi negara.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof ketika menyertai dialog dengan pengundi pelbagai kaum di Port Dickson berkata, beliau teruja dengan pemilihan ini.
Dalam ucapan yang sangat menarik dan mengesankan, Mujahid menceritakan kisah pengorbanan dan pelbagai cabaran getir beliau dan rakan-rakannya.Dalam majlis dialog dengan pimpinan masyarakat majmuk di Thistle, KM 16, Jalan Pantai, Port Dickson itu, Mujahid yang kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) menceritakan kisah pengorbanan pelbagai pihak dalam menjayakan agenda ini.
Beliau memberikan penegasan akan terus memberi dokongan kepada perjuangan reformasi Anwar.
“Kami tinggalkan Pas, tubuhkan AMANAH, bersama tubuhkan Pakatan Harapan sehingga ke tahap hari ini,” cerita Mujahid kepada masyarakat berbilang kaum.
Sebelum Mujahid, Pengarah Komunikasi AMANAH yang juga Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad adalah antara pemimpin awal AMANAH yang turun ke Port Dickson.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang dalam perjalanan pulang dari mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dijangka akan menyertai Anwar malam esok.
Pengundi pelbagai kaum Port Dickson hadir dalam majlis dialog dengan pimpinan PH.
mdl

Picture

5 ulasan:

  1. 3 - 0
    (S. Kandis 1')
    (Bala Kong 2')
    (Seri Setia 3')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah PD jadi 4 - 0 hasil dari penipuan terhadap fakyat...

      Padam
    2. Pengundi tak bangang macam....

      Padam
  2. Cukup-cukup la tu tipu rakyat, taubat la, dunia dh nak kiamat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cukup lagi UMNO tipu. Selagi UMNO tidak diharam sebab ambil duit money laundering. UMNO kena terus menipu dan menipu lagi.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive