Mufti Perlis ingatkan ancaman puak Khawarij, penyokong Pas pula gelupur

Mufti Perlis ingatkan ancaman puak Khawarij, penyokong Pas pula gelupur
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Laman Facebook Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semalam ‘diserang’ penyokong Pas ketika doa pemimpin Pas Selangor supaya Allah menghancurkan “pakatan yang jahat” sedang hangat diperkatakan.
Status Facebook Dr Asri atas nama DrMAZA.com yang dimuatnaik kira-kira pukul 3 petang semalam menerima komentar yang antaranya menafikan gejala mengkafirkan orang lain wujud dalam Pas.
Ada yang turut memaki hamun bahkan menuduh Dr Asri sebagai suka baling batu sembunyi tangan dengan tujuan kononnya mahu menimbulkan fitnah walaupun tokoh berkenaan sama sekali tidak menyebut tentang Pas.
Bagaimanapun, kutukan daripada penyokong Pas itu kemudiannya mengundang reaksi pengguna Facebook lain yang rata-ratanya menganggap penyokong Pas tidak harus menggelupur dengan ‘posting’ tersebut.
Mereka berpendapat status Dr Asri itu bersifat umum dan ditujukan kepada semua parti politik selain ada yang menganggap siapa makan cili, dia terasa pedas.
Bahkan, terdapat netizen yang menyoal kembali sejauh benar Pas menegakkan Islam apabila Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang ditangguhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini tidak diketahui statusnya.
“Kalau tak buat, tak payahlah bising-bising. Dr Maza cuma menyampaikan apa yang patut dan tak sebut pun siapa. Kenapa nak marah dan maki hamun Dr Maza?
“Dr Maza kan berdakwah. Maki hamun itu haram. Kalau betul-betul nak Islam, patuhlah pada ajaran Islam,” kata Kamarudin Mohd Zin.
Dr Asri dalam kenyataannya itu menulis tentang golongan Khawarij yang berpolitik menggunakan nama agama dengan mengkafirkan atau menganggap pihak yang tidak menyokong mereka sebagai musuh Islam.
“Alasan mereka kononnya hendak menegakkan ‘hukum Islam’ (mengikut tafsiran mereka).
“Sepanjang sejarah mereka telah berperang sesama muslim atas nama ‘politik agama’ iaitu mereka merupakan puak yang hendak menegakkan Islam dan penentang mereka merupakan musuh agama.
“Natijahnya, betapa ramai pihak yang mereka hukum sebagai ‘musuh Islam’ kerana tidak menyokong hasrat politik Islam ala mereka,” dipetik daripada status Facebook Dr Asri hari ini.
Selanjutnya, ahli akademik tersebut menegaskan tentang amaran Nabi Muhammad tentang kemunculan puak Khawarij serta tuntutan Rasulullah supaya golongan pelampau itu ditentang.
“Sayyiduna Ali bin Abi Talib dan para sahabat Nabi s.a.w telah memainkan peranan mereka memerangi kelompok yang sesat ini.
“Maka menjadi kewajipan umat selepas mereka menentang aliran pelampau khawarij ini yang muncul sepanjang zaman.
“Menentang mereka itu merupakan perjuangan Islam yang disuruh oleh Nabi s.a.w dan ia telah dilakukan oleh para sahabat,” kata Dr Asri lagi.
Semalam, Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani ketika memimpin bacaan doa selepas solat hajat sempena sambutan 10 tahun Pas berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam menyebut agar “pakatan yang jahat” hancur.
Menurut Ahli Perhubungan Pas Selangor itu, Selangor “dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama” serta berdoa supaya Allah melemahkan “pakatan yang jahat” tersebut.
“Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan Ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera ahzab itu Ya Allah,” pinta Ahmad Dusuki yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu lagi.
mdl

Picture
Previous
Next Post »

11 ulasan

Write ulasan
mahligai seni
AUTHOR
23 Mac 2018 11:25 PG delete

PAS memang begitu. Melampau!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 2:21 PTG delete

Mufti nie lah yg menyarankan anwar ibrahim bersumpah laknat dulu...
Kenapa anwar tak nak ikut ek????

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 2:46 PTG delete

Pelampau agama bersarang dalam Pas sejak TGNA pergi. Pandangan TGNA yang lebih sederhana ditolak anak derhaka sendiri. Sedih. Sedih. Dapat bayang kecewa TGNA lihat Pas dibuat oleh puak pelampau sekarang.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 3:27 PTG delete

Puak haprak jadikan penyamun tarbus dan diktator sebagai ketua mrk.Org yg tersangat ingin mrk penjarakan.Dpt dibayangkan betapa kecewanya akar umbi yg selama ini menyokong mrk.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 8:16 PTG delete

Tahniah Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri kabinet menyeru rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup. PAS sokong 120 peratus. PAS tidak kompromi masalah rasuah samaada di dalam parti atau di luar parti. Kenyataan Datuk Paul Low Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 21 pemimpin PH manakala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempoh 2013 hingga 2017 . Alhamdulillah.

CPI negara semakin merosot, kita dikejutkan dengan berita kedudukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot, dan berkongsi kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba. Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara.

PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi. Marah gejala rasuah bukan kerana dedak tidak cukup. Marah kepada rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa, walau pun sewaktu kita ada kuasa dua kali lima, lima kali dua sahaja. Marah kepada rasuah bukan hanya retorik semata-mata, kerana akhirnya diri juga terpalit dengan rasuah.

PAS menentang rasuah kerana ia dilarang oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah ada di dalam neraka”. PAS istiqamah menentang rasuah.

PAS juga menentang politik kronisme, koruption, nepotisme (KNN) istilah yang cukup popular sewaktu zaman reformasi 1998. Cuma sekarang hanya menjadi bahan sejarah sahaja. PAS juga menentang kleptokrasi. Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.

PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah. Jenayah rasuah ini amat merbahaya kepada negara dan rakyat. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, turut mempengaruhi imej negara dalam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 8:26 PTG delete

PAS kuat bukan sebab TGNA atau mana-mana pemimpin terdahulu, pemimpin atasan dinamakan PUCUK pimpinan manakala ahli bahawan merupakan AKAR UMBI.

PUCUK amat lembut dan mudah patah, sebaliknya AKAR UMBI keras dan kental, tak kira siapa PUCUK pimpinan AKAR UMBI tetap bersarang dan istiqamah selama PAS berada didasar yang betul.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 9:42 PTG delete

Bukankah DSAI dah lafas sumpah laknat di Masjid Kumbang Semang, Penanti, Pulau Pinang. Kenapa masih berbunyi lagi perkara ini? Adakah kerana anda tidak mendengar atau mengetahui maka anda ingat perkara itu tidak berlaku? Buang sikit kebodohan dan kejahilan demi kebenaran.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 10:15 PTG delete

Sumpah laknat Anwar tak sehebat sumpah laknat Saiful, Anwar kata beliau difitnah oleh Mahathir tapi hari ini Anwar boleh pulak peluk dan tunduk pada Mahathir. Reformasi terus jadi nasi basi.

Mahathir pulak sehingga ke hari ini kata Anwar seorang peliwat, macai-macai PH tak marah pulak pada Mahathir tapi marah pada orang ramai kalau mereka kata Anwar tu seorang peliwat. Contohnya macam macai kat atas tu.

Cuba macai2 tanya MAZA pulak apa pendirian MAZA dalam hal ni? Sudah tentu MAZA dibelakang Mahathir, dulu Mahathir kutuk Anwar, MAZA pun kutuk, sekarang Mahathir puji Anwar MAZA pun akan ikut Mahathir, Khawarij dan Wahabi ada dimana-mana kena berhati-hati. Ikut saranan Imam Al Shafiee.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 10:56 PTG delete

Kenapa pula tun klepet tak nak setel isu fitnah liwat anwar klu anwar kata dia difitnah????
Errr...ada sesiapa macai2 haprak atau macai2 DOJ yg boleh jelaskan di sini??? hehe..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2018 11:09 PTG delete

Rafidah aziz nie kan teruk kena kecam oleh haprak dulu....klu tak salah...hehehe
Dia gunakan jawatan dia utk bagi lesen kpd warisnya....klu tak silaplah...hehehe

Sama dgn tun klepet yg bnyk dosa2 rasuah dan salahguna kuasa sampai pemimpin haprak berikrar akan penjarakan tun klepet jika pegang putra jaya....klu tak silap baca..lihat dan dengar....hehehehehe

Jadi mana perginya puak haprak yg kuat menentang rasuah..nepotisme..kronisme dan salahguna kuasa satu ketika dulu.

Atau mrk dah jd melayu mudah lupa???hehehe
Atau mrk pon rambang mata dgn dedak rasuah oleh bapak rasuah sampai sanggup jilat tapak kaki dan bontot tun klepet.

Hrp ada macai2 haprak dan macai2 doj tlg perjelaskan pendirian dgn isu mengangkat penyamun tarbus tun klepet sebagai peeM.

Jgn kata dia dah berubah plak.Klu dh berubah mulutnya tak akan menggelar ahli parti sendiri sebagai SAMPAH!!!
Hehehehe...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
24 Mac 2018 10:07 PTG delete

Apa kamu fikir walaun DAP berani ke nak lawan kehendak DAP yg nak tun m jd PM?? Keh keh..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Senarai Blog @ Bisnes