Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 22, 2017

PANAS!! : AHLI PKR KELANTAN LANGGAR ARAHAN PARTI

Abdul Aziz (dua dari kiri) hadir di majlis simulasi sambutan Aidilfitri PH Kelantan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyifatkan tindakan ahlinya yang menerima perlantikan sebagai ahli majlis daerah Pasir Mas semalam bersifat peribadi dan bukan atas arahan parti.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, "Keputusan untuk tidak kekal dalam kerajaan Pas Kelantan adalah muktamad."
Keputusan parti mengenai perkara ini tiada sebarang perubahan kerana ianya adalah keputusan peringkat pusat.
"Kita di negeri hanya bertindak melaksanakan keputusan ini," katanya ketika ditemui di majlis simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Kelantan petang semalam.
PKR Kelantan kata beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya bagi mengukuhkan PH peringkat negeri.
"PH Kelantan sudahpun menubuhkan sekretariat peringkat negeri dan dalam mesyuarat pertama telah melantik Datuk Husam (Musa) sebagai penasihat. Soal hubungan dengan Pas bagi saya sudah selesai, dan perkara hubungan parti di luar pakatan adalah urusan pihak pusat," katanya.
Semalam, tular di media sosial, seorang ahli PKR, Kamaruddin Zakaria menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Mas.
mdl
Projek robot dicipta bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pendapatan sampingan. Projek robot adalah satu sistem yang menggabungkan dua tenaga iaitu staf dan juga robot. 

Projek robot akan membantu anda dalam menjalankan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan pasif setiap bulan. Bermula dari pendaftaran, pengiklanan, penghantaran produk dan khidmat pelanggan selepas pendaftaran semuanya dilakukan oleh staf dan robot kami. 

Anda hanya perlu membeli sistem ini yang berharga RM180 sekali sahaja.

Dapatkan maklumat klik sini
Picture
      

9 ulasan:

  1. Ahli pkr ni apa hal? Sama je macam pankhianat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pankhianat ialah yg tinggalkan parti bersama2 kerusi sekali.. kena faham tu..

      Padam
    2. Faham, terserlah pengkhianatan pemimpin pan melebihi ahli pkr, bermaksud pankhianat lebih jahat dari ahli pkr.

      Padam
  2. Pan=pas=khianat rakyat....ha ha ha kutuk parti sendiri walaun ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pan = pas?....kahkahkah.....apa kebenda ni pancai?

      Padam
  3. Selamat hari raya semua, kami doakan kalian semua beroleh petunjuk untuk berjuang dijalan yang benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doa tu cantik dah tapi kurang jelita.. patut kena doakan diri sendiri juga..

      Padam
    2. Kalau nak berdoa tak perlu masuk politik, jadi imam je kat masjid.....kahkahkahkah.....pemimpin acuan DAPigs yang kata....kahkahkah

      Padam
    3. Tuan 7:51,

      Kalau nak berdoa masih boleh masuk politik, jadi mursyidul am je kat parti ngaku islam.. kehkehkeh... acuan aku yang kata.. kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...