Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 01, 2017

PANAS!! : UMNOBN BERPUAS HATI DENGAN PARTI PAS KATA MP PAS

Mahfuz OmarMahfuz Omar
Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang mencari ruang membentuk kerjasama tetapi dalam masa yang sama parti Islam itu dan Umno sudah pun mesra menjalin hubungan 'kerjasama' dalam istilah 'ta'awun', kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, walaupun hubungan kerjasama Pas dan Umno tidak dinamakan 'kerjasama politik' secara terang-terangan tetapi Umno dan Pas begitu selesa dengan pendekatan 'ta'awun'.
Menurut beliau yang masih ahli Pas, sudah tentu kedua-dua parti mahukan pulangan keuntungan politik (political mileage) daripada pendekatan ta'awun tersebut.
"Umno sudah pasti berpuas hati apabila Pas bertegas dan istiqamah untuk tidak menerima DAP dan Amanah serta tidak menyertai Pakatan Harapan.
"Persoalannya adakah Umno akan membiarkan rakan ta'awunnya iaitu Pas menjalinkan kerjasama politik dengan PPBM yang menjadi amcaman pada Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi tujuan mengalahkan Umno-BN?" soalnya dalam kenyataan hari ini.
Pas dan PPBM dilaporkan akan mengadakan pertemuan pada 2 Februari ini bagi memutuskan sama ada Pas akan menjadi sebahagian daripada blok pembangkang atau sebaliknya.
Bagaimanapun menurut Mahfuz pertemuan itu diawalkan kepada 1 Februari ini.
Mahfuz juga berkata, rakyat sedang memerhati sama ada Umno akan menghalang kerjasama rakan ta'awunnya ataupun Umno akan menjadikan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai beban yang akan dipikul Pas dari kerjasama ini untuk memaksa Pas menolak kerjasama ini.
"Apakah 1 Februari 2017 nanti akan menyaksikan tandatangan persefahaman dokumen kerjasama Pas dan PPBM beserta dengan persetujuan pengagihan kerusi yang bakal ditandingi pada PRU14 nanti?" soalnya.
Beliau juga secara peribadi berharap jalinan kerjasama Pas dan PPBM dimeterai bagi membolehkan Pas kembali berada dalam arus perdana politik Malaysia bersama rakyat dalam pakatan pembangkang bagi meranapkan Umno-BN dalam PRU14.
"Tiada maknanya kerjasama PPBM dan Pas ini kepada rakyat Malaysia jika sekadar berada dalam blok ketiga dan 'mengasingkan diri' dari rakan parti pembangkang yang lain.
"Penantian yang mendebarkan untuk kepentingan rakyat dan negara tercinta," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

7 ulasan:

  1. Agak2 perlu ke pas dengar pendapat org yg kalah dlm pemilihan yg nyata selari dgn pendapat golongan barua dap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu... pas hanya perlu dengar najib dan rosmah je

      dan dengar juga syiah

      buat apa nk dengar org kalah. dgr lah org menang iaitu bn dan najib

      jgn dengar barua dap... dengar barua najib cukup

      Padam
    2. pas parti takde pendirian jelas. bikin rakyat keliru.

      rakyat tknk tau kerjasama teknikal atau apa pun.

      rakyat nk benda mudah.. urustadbir yg baik yg tidak menyusahkan hidup rakyat.

      rakyat dh muak dgn data2 teknikal ekonomi dan lain2 lagi.

      rakyat nk tau adakah hubungan teknikal bersatu dan pas akan mampu memberi keselesaan kpd kehidupan rakyat.

      dan siapa yg masih menyimpan bayangan najib dlm perjuangan pasti akan ditolak rakyat. kerana klepet itu tidak peduli nasib rakyat.

      Padam
  2. Mahfuz bean terpaksa menonjolkan dirinya sendiri yang hampir tenggelam dari arus politik.

    Mahfuz baen tengah berbaik-baik dan intai kerusi dengan haprak agar nanti adalah kerusi yang akan diperuntukkan kepada beliau.

    Nak tanding kerusi yang ada sekarang millik PAS.

    Nak jadi calun bebas tiada jentera yang nak pasang bendera.

    Harap2 PPBM atau PAN atau PKR atau DAPigs dapatlah bagi kerusi ihsan pada Mahfuz bean.

    Kalau takde jugak kerusi mampuslah Mahfuz bean tahun ni dari arena politik.

    Kesian tengok Mahfuz bean.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi berada dlm pas, tiada kerusi utk mahfuz dpd PH.

      ini kerana kerusi mesti berdasarkan parti yg diwakili.

      kerana itu mahfuz harus buat keputusan segera sebelum pru samada masih mengguna bendera telur penyu atau bersama PH secara rasmi.

      jika bertelur penyu, maka tiada sebab kerusi mesti diberi kpd mahfuz walaupun beliau dilihat bersama PH.

      kita hargai mahfuz maka yg boleh dilakukan oleh mahfuz ialah membantu kempen PH, tanpa bertanding.

      amat sukar utk pas meletak mahfuz bertanding kecuali akan dilagakan mahfuz dgn calon2 potensi menang dr PH.

      umno memang sgt puashati dgn pas kerana telah jinak dan selera dgn dedak di era hadi selepas ketiadaan TGNA yg tidak mampu langsung dilembutkan oleh umno.

      bukan umno saja yg puashati, rosmah pun lega.. ada chance lagi utk sopping yg masih byk belum dibeli lepas pru14 nanti.

      syabas pas!

      Padam
    2. Kalau PAS tak berpolitik matang dan sejahtera pun rosmah tetap shopping sakan.

      Kalau PAS bergabung dengan PH pun rosmah tetap gumbira.

      Kerosakan dalam umno bukan saja di era Najib je malah dah bermula sejak era Madey lagi.

      PH pun apa kurangnya, perasuah ramai, kerosakan akhlak pun ramai.

      Belum pun jadi TPM, KM Penang dah pun terlibat dengan rasuah, jauh bezanya dengan pemimpin PAS.

      Hanya PAS saja satu-satunya parti yang mempunyai pemimpin yang berintegriti dan berprinsip.

      UMNO/BN dengan PH sama je, gila kuasa dan jawatan.

      Mahfuz bean tunggu masa je nak mampus, serba-serbi tidak menjadi.

      Padam
    3. Setuju memang pengkhianat tak perlu berada dalam parti pas. apatah lagi barua dap.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...