Tidak mudah untuk membaca gerak politik pasca PRU13. Menggariskan unjuran berdasarkan keputusan pilihan raya empat tahun lalu mungkin agak mengelirukan. Banyak faktor, termasuk pemain utamanya sudah berubah.
Anwar Ibrahim dipenjarakan semula sejak dua tahun lalu. Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sudah tiada lagi. Pas turut tidak menjadi komponen penting gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan. Namun, ia diimbangi dengan pembabitan proaktif Dr Mahathir Mohamad dan kemunculan parti Bersatu, pecahan daripada Umno. AMANAH, satu lagi parti Islam, cuba mengisi kekosongan Pas, dengan pendekatan inklusif dan progresif.
Begitulah selalu yang terjadi. Situasi selepas sesuatu pilihan raya seringkali sukar untuk diramal. BN mencatatkan kejayaan gemilang pada 1995. Siapa sangka pilihan raya berikutnya, pada 1999, isu mata lebam Anwar melonjakkan prestasi pembangkang Melayu walaupun Semangat 46 sudah berkubur. Pembangkang buat kali pertama, termasuk Pas dan DAP -- parti berbeda kutub -- dapat bersemuka dan menjalin kerjasama formal dalam PRU10.
Tahun 2004, Barisan Alternatif goyah tanpa DAP dan Abdullah Ahmad Badawi membawa BN ke puncak. Lebih 90 peratus kerusi Parlimen dikuasai. Terengganu diambil balik daripada Pas. Kelantan yang dikuasai parti Islam itu sejak 1990 hampir tumbang, hanya dibedakan satu kerusi. Tiada petunjuk pilihan raya 2008 akan berlaku kejutan. Kempen PRU12 nampak hambar dan sukar. Siapa sangka, realitinya, majoriti dua pertiga BN dinafikan. Lima negeri tumbang. Tsunami politik menggemparkan.
Pemerhati dan penganalisis mula menjangkakan kerajaan bertukar dalam PRU13. Bagaimanapun ada kalangan yang lebih berhati-hati. Kata mereka, "momentum mungkin ada, tapi perubahan sebenar akan berlaku dalam PRU14." Ya, peratusan undi Pakatan Rakyat bertambah, melebihi 50 peratus tapi bilangan kerusi belum mencukupi untuk membentuk kerajaan. Tambah mengecewakan, Kedah kembali ditawan BN dan Perak hilang terus.
Pakatan Rakyat bubar. Pas terbelah. Namun Umno tidak juga tambah kuat, malah berada dalam posisi paling teruk dalam sejarahnya. Wibawa perdana menteri tidak pernah seburuk itu. Isterinya menjadi ejekan dan bahan cemuh. Muncul pelbagai istilah yang menjengkelkan. Tambah jelik, reputasi negara di pentas antarabangsa jatuh menjunam.
Rasuah bukan lagi pada skala dulu. Ribuan juta ringgit tidak mengejutkan lagi. Wang hasil tumbuk rusuk dijumpai di mana-mana, di bawah katil, dalam almari, di belakang dinding. Bukan sahaja rumah agam, kondominium lumayan, kereta mewah, kapal pesiar, pesawat mahal, barang kemas berguni. malah jongkong emas bersepah. Perdana menteri menunjuk teladan!
Ia berlaku dalam suasana rakyat terpaksa mengikat perut. Ringgit menjunam. Harga barangan mencanak naik. Kos perkhidmatan meningkat. GST tambah membebankan. Gelisah dan resah rakyat memuncak. Bagai ada cahaya di hujung terowong. Agenda perubahan yang sekian lama tertangguh seperti bakal terlaksana.
Benteng terakhir BN-Najib, yakni pengundi Melayu kampung tradisi dan penempatan Felda, mula robek. Terdedah ada pengkhianatan besar -- atau sekurang-kurangnya urustadbir yang begitu lemah -- dalam pengurusan strategik institusi yang menjadi kebanggaan orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Felda.
Ceramah dan rapat politik pembangkang kembali mendapat sambutan memberangsangkan. Rata-rata program penerangan dan pendedahan Pakatan Harapan bersama Bersatu disiarkan secara langsung melalui internet. Dr Mahathir Mohamad, dalam usia 92 tahun, bagai tokoh muda bertenaga luar biasa, masuk keluar kampung, berceramah hingga larut malam, ditemani isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Saya jarang sekali dapat hadir disebabkan sekatan kesihatan dan rutin rawatan. Cukup dengan mengikuti dari jauh, dengan mengikuti live streaming yang sering terganggu tetapi sudah dapat merasai gelora kebangkitan rakyat yang mahu menamatkan era kegelapan ini. Rata-rata khalayak yang terpapar wajah mereka menunjukkan sebahagiannya adalah audien baru pembangkang.
Mereka cuma mengharapkan kebijaksanaan pemimpin untuk mengemudi dan memandu arah, serta mengelak daripada perangkap samar yang mengelirukan. Terbatas dengan khalayak seperti di hospital dan tempat-tempat awam misalnya sewaktu menguruskan bil bulanan serta kaunter perkhidmatan, saya terkesan dengan rasa kecewa yang menular. Tidak dapat lari daripada masalah pendirian semasa Pas, juga kesepaduan semua parti pembangkang merealisasikan impian murni rakyat..
Seorang petugas DBKL bertanya ketika saya melangsaikan denda parkir kereta, November 2016: "Bang, betulkah Pas nak berbaik-baik dengan Najib? Pelik sangat kalau betul macam tu." Saya tanya balik: "Tahu dari mana?" Jawabnya, "Tak susah nak baca bang, tonton berita tv dan baca akhbar pun sudah dapat teka."
Malah seorang sarjana politik terkemuka tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya bila bertemu saya, selepas begitu lama kami tidak berjumpa. "Paling kecewa saya dengan sikap Pas, seolah-olah beri tongkat kepada Najib, dan mengendurkan marah orang Islam kepada perasuah besar itu," pantas sekali dia berbicara sebaik bertanya khabar.
"Cuba Lutfi bayangkan, kalau Pas seperti dulu, apa nasib Najib sekarang? Walaupun Umno pecah, tapi dia ada sikit rasa selesa sebab Pas seperti berada bersamanya."
"Tapi prof, Pas sentiasa menafikan dakwaan itu. Fitnah semuanya. Tak ada kerjasama, tak ada persefahaman dengan Umno, cuma pendekatan sahaja berbeda ... politik matang dan sejahtera," saya cuba mengumpannya agar lebih selesa bersembang.
"Memang tak perlu buat secara rasmi. Politik ini, orang dapat baca dan tafsir. Dan saya rasa tak semua pimpinan Pas selesa dengan gaya sekarang. Mereka dalam dilema dan tidak cukup kuat untuk bantah. Nanti kena label pula seperti geng Erdogan dulu. Jebonlah. Parasitlah.
"Saya sendiri duduk dalam beberapa jawatankuasa, ada yang dipengerusikan TPM dan menteri, rimas melihat gelagat wakil Pas yang ada bersama," kata sarjana politik itu lagi. "Saya cukup sesak nafas bila Pas juga terpengaruh dengan mainan sentimen Melayu-Cina ini, cukuplah ..."
"Lagi satu, memang benar Pas bawa prinsip Islam. tapi nampak sangat dia mahu parti pembangkang lain ikut dia saja. Pas mahu jadi ketua. Betul, dia paling tua, paling lama, paling diuji, tapi bukan itu caranya untuk berpakat," sambungnya sambil berceloteh panjang. Saya tahu rakan saya ini dalam mood marah, jadi saya biarkan saja dia mengomel, sekurang-kurangnya dapat meredakan keresahannya.
Malah bagi saya, Pas kehilangan peluang untuk menempati kedudukan parti pembangkang paling berpengaruh dan terkuat kerana kesilapan sendiri walaupun segala ramuan dan rencah sudah ada padanya. Hal ini akan saya jelaskan kemudian, dalam tulisan berikutnya.
mdl
IKLAN BERBAYARmdl
Pas tak berpengaruh???
BalasPadamHehehe...lupa
Dapigs paling berpengaruh sehingga tapak kaki kapir dapigs boleh nampak melekat kat muka para para penjilatnya....hehehe
Tak caya???
Tengok gaya PANtat..pgayR dan parti mamak bertindak....hehehe
Ini ke gaya penulisan dan komen oleh seorg penyokong parti yg dikatakan membawa islam rahmatlilalamin?
BalasPadamEmmm...patutlah pas makin merudum...
Yg merudum ialah yg ahlinya cuma 20K dan pengundinya cuma 2%!
PadamMerudum sampai apek tua pon u-turn jilat balik...hehehe
PadamBiarlah PANtat..pgayR dan parti bunga mamak jilat bontot apek tua tu...hehehe.Mgkin dosa2 salah seorg penyamun besar selama 22tahun diampunkan...
Ramainya baju purple...
PadamTahniah pas dan semua umat Islam..
X-Reformis 98
Bagus2 pencarut 98 dah xmencarut lgi....
PadamAssalamualaikum wbt. Hebat sungguh orang di sini berkomentar. Bahasanya halus dan sangat sopan. Langsung tiada caci maki dan carut-marut. Semuanya berhemah. Semuanya menampakkan kehalusan budi dan sungguh sesuai dengan ajaran Islam. Semuanya dapat membijaksanakan akal budi kami yang membacanya. Teruskanlah perkara ini, ya tuan-tuan yang berkenaan. Semoga anda diberi pahala yang SANGAT besar oleh Allah SWT. Amin.
BalasPadamAku belajar dpd s..... nobody
PadamBagus walataik cepat belajar mkn taik. Kahkahjah
PadamAlhamdulillah.. tapi jika menyokong RUU 355 pasti lebih besar pahalanya daripada bersama2 si kafir menentang RUU 355.. pulak tu si kafir yg mempengerusikan mesyuarat membelek fatwa utk org islam spt mahligai seni sblm dibawa kpd yg dipertuan agung!
BalasPadamSenang nya nk dpt pahala ya rompak balak pun dpt pahala ya.kahkahkah
PadamMinta pandangan tuan, ruu355 tu hudud ke?
BalasPadamTak kesah hudud atau penambahbaikan undang2 Islam biarlah org Islam yg ambik peduli.Jangan dihina jangan dicerca.
PadamJgn jadikan hudud sbg alasan menghalal rasuah 1mdb
PadamSyabas pada ungu dan biru.
BalasPadamMana boleh tak kesah. Kerana ada lebai yg nak menanam org di jirat Cina kalau tak sokong. Ada jugak yg senang2 mengkafirkan mereka yg hanya mengatakan ruu355 boleh dibahaskan kerana ia Bukan hudud. Senang2 je no cakap tak kesah. wajib dgn harus kan ke 2 perkara berbeza? TGNA pun pernah menolak perkara ini kerana ianya bukan hudud. Jgn main ikut je.
BalasPadamMana boleh tak kesah. Kerana ada lebai yg nak menanam org di jirat Cina kalau tak sokong. Ada jugak yg senang2 mengkafirkan mereka yg hanya mengatakan ruu355 boleh dibahaskan kerana ia Bukan hudud. Senang2 je no cakap tak kesah. wajib dgn harus kan ke 2 perkara berbeza? TGNA pun pernah menolak perkara ini kerana ianya bukan hudud. Jgn main ikut je.
BalasPadamSebenarnya utk berbicara lanjut mengenai hudud ini biarlah org yg pakar memperincikannya. Namun begitu aku sbg orang awam cuba juga ringkaskan apa yg aku faham walaupun ianya mungkin kurang lengkap atau tepat.
PadamBuat masa ini yg ada akta jenayah syariah atau hudud cuma di Kelantan dan Terengganu. RUU 355 adalah salah satu kaedah agar sebahagian hukuman hudud seperti berjudi, minum arak, berzina dan menuduh org berzina tanpa 4 org saksi @ qazaf dapat dilaksanakan terutamanya di kedua buah negeri tersebut. TGHA ada menulis buku mengenai tajuk qazaf ini. Selain drpd itu jenayah2 seperti merompak, mencederakan individu dan membunuh masih tertakluk kpd undang2 perlembagaan persekutuan - walaupun ianya sudah terkandung dlm hukuman jenayah syariah di dua negeri berkenaan.
Tak boleh buat semua sekali, jangan tolak semua sekali!
Ada pun mengenai RUU 355 yg arwah TGNA pernah menolak ialah RUU 355 yg telah dibentangkan pada tahun 1989 ataupun sebelumnya. Pastinya ianya tidak berkaitan dgn hudud yg hanya diwujudkan di Kelantan dan Terengganu masing2 pada tahun 1990 dan 1999! Jadi memang sepatutnyalah arwah menolaknya.
Kita tanya PAN.. apa pulak penyelesaian yg dicadangkan oleh PAN utk perlaksanaan hudud ini di masa hadapan? Apa yg kita nampak setakat ini ialah PAN hanya menyokong DAP utk menolak RUU 355 malah hudud juga dan mungkin juga usaha yg terkini yg dapat dilihat juga ialah agar Lim Kit Siang boleh jadi TPM Malaysia atas inisiatif bersama PPBM! Harap LKS berani saman Tunku Aziz jika ini berita palsu!
Mana video matsabu tolak hudud nyaaaaa wanrosli walataik ketawalan walakontolol. Kahkahkah
PadamBila pulak PAN tolak ruu355? Perincikan sikit kenyataan ini atau sama tahap dgn video mat sabu syiah yg smpi sekarang gagal dibuktikan. Jgn guna 'kita nampak' lebih sesuai guna 'saya tak berapa nampak tapi saya terus percaya'
BalasPadamKlu dah tak ada..tak ada lah.
PadamJgn pulak bila dlm dewan rakyat mgundi berkecuali atau menolak usul.
RUU355 bukan hudud.xsalah tolak....nik aziz pun tolak.bebal tara mana walaun nih
PadamAssalamualaikum wbt. Terima kasih kepada saudara-saudari yang memahami kepentingan berkomentar dengan bijaksana dan berhemah. Dalam menangani kemelut politik di negara ini saya merasakan bahawa ketinggian budi perlu menjadi teras kepada penghujahan. Pada masa yang sama, hujah pula perlulah mempunyai pernyataan yang relevan. Pihak yang dipertahankan itu pula mestilah pihak yang "lebih baik"; bukannya pihak yang "lebih banyak keburukannya". Saya menggunakan frasa "lebih baik" kerana tidak ada pihak yang terlepas daripada kesilapan. Saya juga menggunakan klausa "lebih banyak keburukannya" kerana tidak ada pihak yang semuanya buruk. Maka itu, kita perlu mempertahankan pihak yang lebih baik.
BalasPadamDalam konteks ini, jika saudara-saudari mempertahankan pihak yang "lebih baik" dan menggunakan hujahan yang bertatasusila, maka anda lebih dihormati dan orang akan cenderung menyokong anda serta pihak yang anda wakili. Jika anda mempertahankan pihak yang "lebih banyak keburukannya" dan berhujah dengan ulasan yang buruk, maka anda dilihat sebagai "kurang bagus" dan pihak yang anda pertahankan itu "kurang digemari".
Sekadar ini sahaja pandangan saya kali ini. Mohon saudara-saudari memaafkan saya atas pandangan ini. Wassalam.
Wassalam wbt. Setuju dgn pernyataan tuan mahligai seni spt di atas.
PadamBagus2 tp pas merembat balak kelantan tu sy xsetuju
PadamAkh setuju hudud dilaksanakan..hukum dulu yg membalun duit rakyat 2.6b dan lebai yg berkongsi duit haram 90juta..nk tengok adil ke tidak..
BalasPadamYang balun duit pada tahun 1990 tak perlu hukum ke?
PadamMrk lupa pembalun 90an tu...hehehe
PadamKlu nilai semasa...lbh rm300billion
Tapi ada pganalisis politik membandingkan dgn nilai tukaran dolar skrg..jumlah dibalun rm5xxbillion kesemuanya.70 keturunan mgkin tak habis.
Samada mrk lupa atau buat2 lupa setelah kena comolot oleh pembalun..hehehe
Yg balun balak kelantan kena potong tangan dulu yaaaaaaa
PadamJika menurut PAN, memang sesuai yg balun balak kelantan kena potong tangan dulu iaitu ketika husam sudah tidak lagi menjadi exco. Kenapa aku kata begitu? Simple jer.. kerana masa husam jadi exco dulu, membalun balak belum lagi dimasukkan di bawah kategori rasuah.
PadamWanrosli kata husam bermakna nik Aziz rompak balak?????jelas bebal walaunkontolol sekor nih.kahkahkahkah
PadamKeh keh kini sekali lagi PAN nak melibatkan org yg sudah tiada.. sebiji perangai husam..
PadamDah lah masa husam exco, rembat balak masih belum dikategorikan sebagai rasuah.. keh keh..
Mana MOHD NASIR ni? tak nak berhujah lagi ke? takkan takut kut MOHD NASIR?
PadamAku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca
PadamWanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah
Tahniah Mat NASIR kerana percayakan alQuran juga. Cuma mintak kamu tlg bgtahu husang musang akan bahaya fitnah tu! Dan kita bagi masa kpd husang utk videokan bukti yg dia ada (kunonnya)..
PadamAlQuran ada menyebut kewajiban melaksanakan hudud. LKS pula ada menyebut kewajiban menolak hudud. Jadi MOHD NASIR boleh tak tolong bgtahu mana satu pilihan PH? Samada beriman kpd alQuran atau LKS?
Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
PadamBaca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca
Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah
Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!
Padam