Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 14, 2017

Isu Panas!! : Cadang heret Husam ke mahkamah boleh jatuhkan Hadi Awang

ISU PANAS

Isu yang menggelegak ketika ini ialah pengakuan Husam Musa yang dia ada maklumat kononnya berlaku pengaliran wang kepada parti agama (Pas) menerusi Afinbank. Kenyataan beliau dalam ceramah di Selising Pasir Puteh itu menjadi kejutan kepada umum dan lebih-lebih lagi kepada Pas sendiri. Pendedahan Husam itu membuka dimensi baharu perkembangan yang ketika ini "masam" buat parti itu.

Husam menanti...
Tuan Ibrahim cadang..
Pendedahan Adun Salor yang juga Penasihat Amanah Kelantan secara sambil lewa itu juga dilihat muqadimah dan pancingan awal kepada Pas sebelum beliau membongkar rahsia-rahsia lebih besar secara berterusan dalam Pas. Ia juga boleh difahami yang Husam ada menyimpan rahsia Pas bukan sahaja dalam poket seperti Nik Amal Nik Abdullah tetapi dalam gedung besar?

Ekoran pendedahan Husam itu yakni dakwaan web Sarawak Report mengatakan Pas menerima RM90 juta daripada pihak Umno yang mulanya dianggap sebagai dongeng, tetapi kini telah menukar tanggapan umum serta menyebabkan orang ramai kian mempercaya dakwaan itu, bahawa pendedahan itu benar. Kelewatan Pas untuk menyaman laman web berkenaan, dengan memberi berbagai alasan dan dolak dalik menyebabkan minda orang ramai berasakan apa yang Husam dedah itu benar.

Bukan itu sahaja, ia juga diukur kepada sikap dan stail Husam yang bercakap dengan fakta dan bukti. Husam tidak pernah bercakap kosong dan dia sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa ulasan dan singgungan.

Husam sebelum ini banyak mendedahkan keburukan dan penyelewengan politik (Kerajaan) Kelantan yang mulanya dianggap sebagai rekayasa tetapi akhirnya dikeluarkan bukti satu demi satu menjadikan orang terperagah. Gara-gara Husam menyebabkan kerajaan Kelantan menjadi hilang akal sehinggakan tindakan memburuk peribadi Husam berleluasa. Terbaharu anjuran ceramah bertajuk "Husam Lari Dari Debat Bai'ah" adalah projek kerbau air budak-budak Pas Kelantan.

Exco jubah labuh menjadi penceramah utamanya. 

Apa yang saya bimbang sebelum ini yang mengharap sangat agar Husam dipelihara dalam Pas untuk tidak merosakkan Pas sudah menjadi kenyataan. Selepas dipecat Husam terus mencari penawar dalam mengubati lukasakitnya atas tindakan rakus Pas memecatnya. Kesan kini sudah dirasai Pas Kelantan. Seorang pemimpin Pas Kelantan yang ada kini terkial-kial untuk menentang Husam.

Begitu juga dengan dakwaan beliau itu kononnya ada menerima maklumat dari Afinbank alirkan wang kepada pemimpin Pas. Kalau beliau tidak dibekalkan maklumat berkenaan, tidak mungkin beliau berani menyebutnya. Cara Husam dedahkan isu tersebut dilihat pancingan untuk mengheret Pas ke dalam masalah lebih besar.

Dan ia juga memberi bebanan baharu kepada orang memberi maklumat. Saya yakin Husam ada dokumen berkenaan yang disimpan dan akan dijadikan bukti di mahkamah yang kemudian memaksa Pas, terutamanya presidennya mengesahkannya. Sebab itu apabila Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk menyamannya Husam cepat menyambut cadangan itu agar ia diteruskan. 

Orang yang sangat terkejut dengan pengakuan Husam itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man. Menghairankan, macam mana beliau terkejut dengan pendedahan Husam itu sedang dia adalah orang nombor dua Pas? Mungkin Tuan Ibrahim benar-benar tidak mengetahui apa yang berlaku dalam partinya dan apa yang dimainkan oleh pemimpinnya. Perbuatan khalwat kemudian dilangsungkan dengan sanggama tanpa ijab kabul tidak diketahuinya. Sebab itulah Husam tempelak Tuan Ibrahim yang hendak samannya sebagai tidak mengetahui hujung pangkal.

Bukan sahaja hujung pangkal tidak diketahui Ibrahim, tetapi tengah-tengah yang diketahuinya menjadikan timbalan presiden itu konfius dan sebab itulah dia dilihat tidak sehaluan dengan bosnya Hadi Awang. Sudah kerap berlaku percanggahan di antara keduanya dalam memberi pandangan politik.  Memang teruk dan kesian kepada orang yang hendak bercakap tetapi tidak tahu hujung pangkal kerana percakapannya akan menjadi sumbang kemudian akan diketawakan orang. 

Sepatutnya sebelum cadang hendak heret Husam ke mahkamah Tuan Ibrahim selidiki dahulu perkara berkenaan. Ataupun apakah itu sebagai tektik. Cara Tuan Ibrahim untuk memberi jawaban kepada dirinya sendiri. Apabila Husam diheret ke mahkamah maka terjawab apa-apa yang misteri yang mengusut dalam kepalanya. Barang kali begitu. Kerana kata Husam tindakan Tuan Ibrahim menyamannya itu boleh menerbitkan sebuah kebenaran? Jadi Husam cukup seronok. 

Sekiranya Husam berjaya membawa bukti apa yang dituduh itu ia memberi kesan buruk kepada Pas dan presidennya. Hadi perlu bertanggungjawab dan wajib meletakkan jawatan selepas ini. Pembuktian itu nanti akan menghilangkan kepercayaan umum kepada Pas. Apa yang bakal berlaku nanti, sekiranya Tuan Ibrahim tidak terlibat ia menguntungkan anak saudara Tuan Sabariah Tuan Ishak itu. 

Dari sudut itu cadangan Tuan Ibrahim itu ada motif lain. Beliau bukan sangat untuk menyeksa Husam tetapi mahu menggunakan Husam memberi jawaban kepada persoalan yang berlabuh dalam kepalanya. Saya yakin soal wang RM90 juta tiada dalam pengetahuan Tuan Ibrahim dan beliau tidak terlibat maka beliau menggunakan Husam yang cerdik itu menyelesaikan kebuntuannya.

Selain daripada itu yang diharap Tuan Ibrahim saya nampak tindakan segera beliau ke ats Husam itu untuk mendapat sedikit markah dalam politik. Mungkin Tuan Ibrahim mahu melihat dia sebagai hero parti yang kini sedang diancam masalah sehingga memburukkan Pas. Kenapa Tuan Ibrahim perlu menunjukkan dirinya hero kerana dia sudah berbau bahawa ada gerakan untuk menyingkirkanya dari kedudukan sekarang dalam muktamar pada pertengahan tahun ini.

Apabila beliau menjadi hero sudah pasti perwakilan akan bersimpati dan berada di sebelahnya. Dalam kata lain Tuan Ibrahim menjadikan Husam sebagai alat atau umpan untuk menarik sokongan ahli Pas kepadanya. Satu hal tidak dapat nafikan ada gerakan dalam Pas untuk menyingkirkan Tuan Ibrahim dari kedudukannya kini. Alasan kenapa timbalan presiden itu perlu disingkirkan ialah kerana beliau tidak berkelulusan Timur Tengah di mana politik wala'nya tidak setaksub pemimpin berkelulusan Timur Tengah atau India. 

Penyingkiran Tuan Ibrahim dan beberapa pemimpin bukan lulusan Timur Tengah lain juga sebagai pemnbersihan "habis licin" para pemimpin profesional yang ada dalam Pas. Tindakan ini untuk memudahkan Pas menuju ke arah "diktator agama" sepenuhnya.  

Cuma apa yang hendak saya sebutkan di sini, membawa Husam ke mahkamah Pas tidak akan laba banyak termasuk kepada Tuan Ibrahim sendiri. Sebalik ia membahayakan Pas dan merugikan Pas. Kenapa saya berkata begitu kerana apabila berlaku perbicaraan banyak perkara-perkara buruk yang sebelum ini ditusuk dalam kilas akan terlodeh keluar.

Bila dibawa ke mahkamh Husam akan menggunakan apa sahaja kesempatan yang ada. Segala maklumat dan pengalaman yang dilaluinya bersama Pas dan terrahsia selama ini akan terkeluar. Ia nanti bukan sahaja berkisar kepda wang yang dialirkan menerusi Afinbak tersebut, tetapi lain-lain sumber juga. Penyelewengan yang berlaku di Kelantan misalnya; pemimpin dan Exco mana terima wang tumbuk rusuk, yang ambil duit pendahuluan dengan taukeh lombong dan balak akan terdedah.

Macam mana dan siapa yang memberi peruntukan untuk mengadakan Muktamar pada tahun 2008 bagi membantu projek pembersihan ethnik (ethnic cleansing) dalam Pas dalam tahun 2014 juga akan turut sama terdedah. Segala dokumen dan resit-resit bayaran bilik-bilik hotel atau jamuan makan akan terburai. 

Cerita anak dan menantu siapa ke Aurstalia untuk mengundang taukeh emas di negara itu ke Kelantan dengan menggunakan wang PKINK, pergi bersama bekas CEOnya juga akan diceritakan. Adun Kok Lanas Alwi Che Amat pernah menceritakan hal ini kepada saya. Berapa banyak seorang wakil rakyat mendapat manfaat daripada seorang taukeh lombong dari Pahang untuk membiayai majlis di sepanjang Ramdahan dalam kawasannya juga akan terbongkar. 

Begitu juga macam mana seorang lawyer Pas yang menjadi konsultan untuk mendapatkan tanah kepada sebuah syarikat telah mengambil RM4 juta dan disimpankan dalam firma kawannya juga akan "tubik" dalam mahkamah nanti. Cerita macam mana syarikat yang bagi wang RM4 juta tetapi gagal memiliki tanah atau kawasan balak dijanjikan akan keluar.

Demikian juga kisah-kisah pembelian dan penjualan tanah di Rantau Panjang oleh pemimpin Pas Kelantan dan Pusat bernilai RM23 juta yang kini jadi pertikaian disebabkan pembahagian saham tidak adil turut sama keluar dalam mahkamah nanti.

Ah, banyak lagi kalau hendak disebut satu persatu tidak cukup ruang atau habis dalam masa satu hari ini mengenai skandal ataupun keburukan para pemimpin Pas berkaitan dengan duit. Semua cerita itu nanti akan terkeluar dalam masa perbicaraan nanti.Pendeknya Umno boleh riba tangan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Mengenai dakwaan Pas terbabit dengan wang RM90 juta seperit mana dakwaan Sabah Report itu, Abdul Hadi tidak perlu pun menerima wang jutaan ringgit, tetapi cukup menerima ratusan ringgit sahaja ia sudah menjadi bukti atas apa yang dituduh itu. Yang pentingnya Husam tidak menyebut berapa jumlah tetapi menyebut pembabitan Pas. Soal siapa terlibat juga tidak spesifik, jadi kalau ia membabitkan sesiapa individu menjadi ahli Pas walaupun seorang sudah cukup apa yang dinyatakan itu.

Apa yang berlaku dan natijah dari itu nanti menyebabkan Abdul Hadi kena ambil tanggungjawab melepaskan jawatan. Itulah yang Tuan Ibrahim inginkan dan tindakan ini dilihat untuk menyelamatkan Pas dengan menjadikan Husam sebagai kambing hitam.

Sebab itu bagi saya cadangan Tuan Ibrahim itu bagus dan perlu disegerakan. Jangan pula selepas ini cadangan itu dihayutkan begitu sahaja. Hadi tidak perlu mencari alasan atau muslihat untuk tidak membawa Husam ke mahkamah. Bukti bahawa Pas tidak terima RM90 juta seperti disebut oleh Mursyidul Am Pas itu tertolak sama sekali sebab alasan itu sama cerdik dengan alasan diberikan Hadi, konon Husam buat kenyataan itu mengharap dia disaman untuk mengelakkan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Pagi tadi saya minum dengan seorang lawyer dia menyentuh kenyataan Hadi itu terhadap Husam. Katanya macam mana Hadi hendak jadi Perdana Menteri, beza antara tindakan kes jenayah dengan sivil pun tidak tahu. Kalau dia jadi PM nanti tentu kelam kabut negara ini dibuatnya. 

Jadi untuk selamatkan Pas dari terus "dikelautkan" oleh Hadi Awang, cadangan saman Husam itu perlu disegerakan. Mudah-mudahan Tuan Ibrahim dapat membaiki Pas serta selamatkan Pas dari ditelan naga bernama Najib. Tindakan Tuan Ibrahim kali ini saya fikir ada sedikit kecerdikan walaupun dia menggunakan pihak kedua dalam mencapai matlamat politiknya. Pandai juga bekas panel forum perdana ini berpolitik. [wm.kl.3:13 pm 13/02/17]

http://msomelayu.blogspot.my/2017/02/cadang-heret-husam-ke-mahkamah-boleh.html

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

24 ulasan:

  1. Hanya org pan yg berjumlah sekitar 20 ribu org yg percaya kpd lebong husang dan mso tu. Pada pas selagi husang tidak memperincikan bukti yg arwah tgna akan masuk pan jika masih hidup selagi itulah kami tak boleh percaya kpd mana2 pengkhianat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila mau saman husam. Kelmarin titm berapi2 nk saman,skrg dh uturn ker pas oi kahkahkahkahkah

      Padam
  2. Biar TGHA jatuh kerana isu ini, bukan senang nak jatuhkan TGHA, kalau ada peluang nak jatuhkan beliau gunakanlah peluang ini sebaik mungkin, inilah yang selalu diimpikan oleh pemimpin dan penyokong tegar Pakatun Haprak.

    Tapi kalau TGHA tak jatuh jugak maka akan ada orang lain pulak yang akan jatuh sehingga tak boleh bertanding pada pru 14 nanti.

    Dana dari umno dikecohkan satu dunia agar penyokong dan pengikut PAS akan meninggalkan PAS dan sertai Pakatun Haprak, tapi mereka lupa dengan pemimpin, permasalahan dan parti yang ada dalam Pakatun Haprak.

    Ada parti yang dibiayai oleh Soros Yahudi, ada parti yang tunduk pada kafir, ada ramai pemimpin yang kerosakan akhlak, ada yang dituduh meliwat, ada ketua penyamun, ada mahafiraun dan ramai pemimpin Pakatun Haprak yang akhlaknya rosak teruk, ramai juga perasuah sehingga rasuah seks pun ada dan paling mengharukan lagi ramai jugak penentang Islam.

    Adakah ahli dan pendokong PAS akan meninggalkan PAS hanya kerana dana 90 juta dari umno dan menyertai Pakatun Haprak yang dibiayai oleh Yahudi dan penuh dengan tipu daya dan kerosakan akhlak pemimpin yang tidak bermoral?

    Jika nak dibandingkan dengan PAS yang nyata bebas dari isu rasuah dan pemimpin yang jauh lebih elok akhlaknya dari pemimpin haprak ternyata Pakatun Haprak tidak mampu untuk menyaingi PAS yang telah jauh ketinggalan dibelakang.

    Ahli dan pendokong PAS tidak bodoh, mereka ada akal yang panjang untuk menentukan siapa pemimpin yang akan mereka angkat untuk memimpin mereka. Dana 90 juta dari umno bukanlah satu senjata untuk menjatuhkan kepimpinan PAS.

    Adakah TGHA akan jatuh kali ini? Kita lihat apa kesudahannya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas bebas rasuah?????... Pendek akal mu nih...g tgk balak kelantan apa cter boh... Nateberuk mung huduh buduh....

      Padam
    2. Bahalol dan tolol, isu balak di Kelantan bukan rasuah la ngok, sila buktikan jangan jadi penyambung lidah syaitan, sila buktikan kalau ianya satu rasuah.

      Kalau Haprak memang umum dah tahu memang ramai kaki rasuah, bertaraf ketua menteri tapi amal rasuah, rasuah seks pun ada, alahai bahalol.

      Padam
    3. Masa husam exco godam balak tidak dikira rasuah.. beginilah pemikiran pakatan haprak..

      Padam
  3. Mudahnya husam tugu dikeldaikan oleh kapir dapigs....hehehe
    Begitu juga dgn para hamba abdinya...
    Lantak koranglah...prinsip dan pendirian masing2 berbeza asalkan jangan tapak kaki kapir dapigs melekat kat muka...hehehe
    Tak dpt dibayangkan klu dah kapir dapigs masuk campur hal berkenaan dgn fatwa agama.Hanya hamba abdi kapir dapigs yg membenarkan Islam diputar belit demi kuasa dan harta...ptuuuihh

    BalasPadam
  4. Isu balak tak jawap2 lg ni..mcmana?
    Isu dedak RM90 juta tak jawap lg ni..mcmana?
    Lobai2...
    Buat malu saja nama lobai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu balak bukan ke masa husam exco lagi dah kena balun? Hanya kerana dia bukan lagi exco terus dituduhnya pimpinan baru? Dia ingat org pas ni bodoh mudah percaya macam org pan?

      Masih menunggu LKS menyaman si razali. Sebab tu 4 wakil rakyat dap cabut. Kerana malu sekurang2nya kini SR sudah tak berani nak ulang citer RM 90 juta tu setelah dikenakan notis awal. Sedangkan si razali masih lagi bebas mendedahkan aib dap!

      Di harap wan azizah kini insaf setelah kena saman kerana memfitnah felda.. nau'zubillah..

      Padam
    2. En. Anonymous,

      Mana bukti isu balak ada pada zaman husam jadi exco???

      Kalau zaman Husam dah kebas balak tentulah banjir besar zaman tu lagi sampai masih ada rakyat duduk tak ada rumah???

      Zaman tu tak ada pun!!!

      Itu tandanya Hadi singkirkan TG Nik Aziz dengan cara yang salah!!!

      Bila salah tu Allah murka!!!

      Padanlah Allah turunkan bala macam-macam!!! Tak berkat hahahahah!!!

      Wan Azizah, buat lagi pendedahan!!!

      Memang betul Felda banyak penyelewengan!!!

      Sekarang ni dah banyak yang kantoi kena tangkap dengan SPRM!!!

      Pasal kalah tu pergi mahkamah rayuan. Sekarang dah banyak bukti penyelewengan yang kak wan dedahkan dulu!!! InsyaAllah lepas ni menang!!!

      SR masih tuduh PAS terima 90 juta siap cakap PAS tak berani saman, bila pulak SR tak berani ulang cerita RM 90 juta pulak???

      Kau ni mabuk ketum ke???

      4 wakil rakyat DAP yang kau bising!!!

      Yang PAS hilang Kedah dan Terengganu serta bakal kehilangan Kelantan kenapa kau tak bising hahahhaha???

      Lebai pun sekarang dah pandai minum ketum rupanya!!! Tu yang ke laut tu!!!

      Padam
  5. Nobody! Pandai juga YB Wan jijah fitnah sampai kena bayar 70k kpd Felda. Ingatkan tun madey je pandai tuduh dsai liwat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin husam boleh juga dedahkan dari akaun bank mana utk bayar upah kickdefella masa husam jadi EXCO dulu. Masa tu balun balak tak dikira rasuah.. keh keh..

      Padam
    2. En. Anonymous,

      Fitnah yang kau kata tu dah terbukti bukan fitnah sekarang!!!

      Wan azizah, jangan takut bersuara untuk warga felda!!!

      Sekarang satu persatu apa yang kak wan dakwa terbongkar!!!

      Masuk mahkamah rayuan insyaallah kak wan menang!!!

      Yang mustahak kak wan jangan ikut hadi kaki makan duit haram tu!!!

      Di kota kinabalu dia dah didapati bersalah memfitnah!!!

      Merayu pun kalah hahahaha!!!

      Padam
    3. Mungkin lebai nak fitnah husam bayar kickdafella!!!!

      Maklumlah lebai kalau memfitnah mana ingat dosa pahala hahaha!!!

      Lebai jual agama balun balak dikatanya sejak zaman husam hahaha!!!

      Mana bukti???

      Padam
    4. Jangan ingat org tak tahu kesah husam dan kickdafella. Juga kesah balak di zaman dia jadi EXCO.. masa tu belum dikira rasuah lagi keh keh..

      Padam
    5. Kalau kau nak tuduh kau kena beri bukti!!!

      Kau selama ni satu bukti pun kau tak boleh beri lepas tu jaja cerita sana-sini mana maruah kau???

      Hadi kau berpeluk dengan syiah mat sabu yang kau tuduh!!!

      Memang kalau jadi walaun kau kena jadi bodoh jugak ke???

      Kerajaan pas sekarang aniaya orang asli kau nak tuduh husam jugak???

      Senangnys jadi walaun, lagi bodoh lagi bagus!!!

      Kau dulu sekolah darjah berapa kau berhenti sampai bodoh sangat macam ni???

      Padam
    6. Betullah tu.. membalak di zaman husam belum dikategorikan rasuah oleh pan.. apa yg silapnya?

      Padam
    7. Org asli di zaman husam dianggap masalah persekutuan atau kerajaan memerintah umno/bn ataupun masalah ahli parlimen berkaitan i.e. gua musang.. tapi kini dianggap pula masalah kerajaan negeri oleh pan.

      Padam
    8. Tit kata nk saman husam. Bila mau saman nya wanrosli oiii.....kecut telo mcm janji nk saman Sarawak report ker. Kahkahkya

      Padam
    9. Pabila sesuatu berita itu datang dari seseorg yg fasik (samada kafir atau kini munafik), kita perlu menyelidikinya terlebih dahulu dan pastikan akan kebenarannya melalui bukti yg kukuh sebelum berita itu disebarkan; spt dlm isu rekaan RM90 juta ini.

      Padam
    10. Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    11. Tahniah Mat NASIR kerana percayakan alQuran juga. Cuma mintak kamu tlg bgtahu husang musang akan bahaya fitnah tu! Dan kita bagi masa kpd husang utk videokan bukti yg dia ada (kunonnya)..

      AlQuran ada menyebut kewajiban melaksanakan hudud. LKS pula ada menyebut kewajiban menolak hudud. Jadi MOHD NASIR boleh tak tolong bgtahu mana satu pilihan PH? Samada beriman kpd alQuran atau LKS?

      Padam
    12. Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
      Baca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
      Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    13. Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...