Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Februari 23, 2017

Gerakan Islam: Pemikiran Bercelaru Mengenepikan Tertib Dan Susunan Kerja


Image result for khalid samad


Antara yang terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha besar adalah mengenali dan mengikut tertib atau susunan gerak kerja. Dalam erti-kata lain, perlu didahulukan yang dahulu dan dikemudiankan yang kemudian. Persoalan tertib ini diajar Islam kepada penganutnya tetapi malangnya ianya diikuti dengan begitu taat sekali tetapi hanya dalam amal ibadah khususiah. Dalam melaksanakan amal ibadah khususiah, seperti solat, takbiratul ihram mesti didahulukan sebelum membaca Al-faatihah sepertimana juga rukuk sebelum iqtidal dan begitulah kisahnya dalam setiap amalan. Sekiranya amalan tidak mengikut tertib yang ditetapkan, maka amalan itu dianggap tidak sah. Namun, pada hakikatnya, tertib juga penting dalam kerja ibadah keduniaan.

Sebagai contoh, dalam membina sebuah bangunan, amat perlu dibina dahulu asasnya dan diikuti pula dengan tiang-tiangnya. Kemudian barulah dibina bumbungnya. Amatlah pelik kalau dibina dahulu bumbungnya dan selepas itu berusaha untuk membina asas serta tiangnya di bawah bumbung tersebut! Atau, mengangkat bumbung yang sudah siap, lengkap dengan rangkanya, untuk diletakkan ke atas tiang dan asas yang dibina kemudiannya.

Maka begitu juga dalam persoalan membina sebuah masyarakat dan negara yang ingin dicorakkan dengan nilai Islam. Perlu disebar dan diperluaskan pengaruh nilai islam tersebut terlebih dahulu sebelum boleh dikuat-kuasakannya melalui perundangan. Dan kalau persoalan ini dilihat dari sudut proses perjuangan Rasulullah (SAW), inilah apa yang dilakukan Baginda.

TERTIB PERJUANGAN RASULULLAH (SAW) KEKAL DALAM KHAZANAH KEILMUAN ISLAM

Semestinya ada sebab mengapa Allah tentukan segala maklumat berhubung sirah perjuangan Rasulullah (SAW), termasuk susunan turunnya ayat-ayat suci Al-Quran, bersama asbabu-lnuzulnya, terus kekal dalam khazanah keilmuan ummat Islam. Tiada seorang, yang menganggap dirinya sebagai yang ‘memperjuangkan islam’, yang tidak tahu wujudnya wahyu zaman Baginda di Mekah (Makkiah) dan zaman Baginda di Medina (Mediniah) serta perbezaan isi kandungan di antara kedua-dua wahyu tersebut. Dan tiada seorang yang menganggap dirinya sebagai yang ‘memperjuangkan Islam’ jahil terhadap sebab mengapa perbezaan itu perlu dan telah ditetapkan sebegitu oleh Allah.

Sekiranya pemahaman terhadap ‘tertib’ dalam apa yang sering disebut sebagai ‘manhaj illahi’ atau ‘metodologi Allah’ ini diingat dan diambil iktibar, maka saya yakin gerakan Islam dewasa ini tidak akan berada dalam keadaan bercelaru sepertimana sekarang. Malangnya, apabila didorongi semangat semata-mata dan kurang pula kefahaman terhadap ilmu yang ada, dengan kerana sekadar menghafalnya, maka sering berlaku ‘yang kemudian didahulukan dan yang dahulu dikemudiankan’.

Malangnya ada juga yang menganggap ilmu berkenaan tertib dalam manhaj illahi sebagai tidak releven dan dengan sewenangnya mengistiharkan bahawa segala wahyu sudah diterima maka yang terakhir itu adalah yang perlu diikuti bukan yang terawal. ‘Dakwah bil-hikmah’ serta pendekatan secara aman adalah bersifat Makkiah sedangkan perang dan perbalahan dengan golongan kuffar adalah bersifat Mediniah! Bagi mereka saya pesankan, “terimalah Islam itu dengan keseluruhannya, termasuk pendekatan yang ditetapkan Allah (SWT) untuk diikuti Ar-Rasul (SAW). Kalau benar dakwaan kamu, maka sudah tentu Allah telah musnahkan segala wahyu dan ilmu bersifat Makkiah”.

IMEJ GERAKAN ISLAM

Bagi yang ingin memahami tertib manhaj illahi, maka perlu menyedari bahawa antara persoalan yang terpenting yang perlu didahulukan ialah imej perjuangan Islam itu sendiri. Imej yang perlu ditonjolkan ialah Islam adalah mesej yang penting untuk seluruh kaum manusia, samada yang dilahirkan sebagai seorang Muslim atau sebaliknya, membawa mesej kerahmatan untuk dunia dan juga akhirat.

Malangnya Islam sering digambarkan sebagai agama untuk hanya orang Islam dan segala komentar atau teguran daripada bukan Islam mengenai Islam ditepis dengan kata-kata seperti “orang bukan Islam jangan campur hal orang Islam” atau “ini urusan orang Islam, yang bukan Islam diam!” Dalam pada itu Islam digambarkan sebagai kuasa untuk memenangkan orang Islam ke atas yang bukan Islam dan dengan itu terus diperkenalkan Islam dalam nada adu-domba dan pertentangan antara orang Islam dan bukan Islam. Sedangkan itu bukan pendekatan Islam. Hakikatnya Islam bukan senjata untuk digunakan oleh satu kelompok terhadap satu kelompok yang lain, atau satu kaum terhadap satu kaum yang lain. Islam didatangkan untuk semua dan sebagai pembawa rahmat untuk semua.

‘Acid test’ atau ‘ujian muktamad’ terhadap kejayaan sesebuah gerakan islam membawa mesej islam dengan tepat adalah melalui reaksi terhadap kewujudannya. Kalau rakyat awam sesebuah masyarakat merasa selamat dan terbela dengan kehadiran sesebuah gerakan Islam, maka gerakan Islam tersebut berjaya menghayati mesej Islam dengan baik dan tepat. Tetapi sebaliknya, sekiranya rakyat awam merasa takut dan gerun dengan kewujudan gerakan islam tersebut, maka gerakan Islam berkenaan telah gagal menzahirkan imej islam dengan tepat secara keseluruhannya. Ini biasanya berlaku apabila mesej yang dibawa berat sebelah dan songsang seperti gerakan yang sekadar menyebarkan kebencian dan adu-domba. Walaupun islam membenarkan kebencian, malahan mewajibkannya, ianya adalah kebencian terhadap kezaliman dan penindasan yang menghalang manusia dari menikmati kerahmatan illahi.

Yang sedihnya, ada juga yang merasa bangga apabila gerakan Islam yang disertai mereka digeruni dan ditakuti, dilihat sebagai punca perbalahan dan ketidak amanan. Walaupun gerakan tersebut bernama ‘Islam’, ia gagal menghayati maksud dan makna perkataan ‘Islam’ yang ada pada namanya. Mereka sering menggunakan pendekatan emosi, berbicara berhubung izzah agama islam itu sendiri dan bagaimana yang bukan islam mencabarnya. Sedangkan pada hakikatnya hilangnya izzah islam atas perbuatan dan pendekatan mereka sehingga Islam dilihat berwajah hodoh dan penuh kezaliman.

Memang perjuangan para Anbaiya’ telah ditentang dan ditakuti. Tetapi ditentang dan ditakuti oleh pembesar dan pemerintah yang ingin terus mengekalkan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan. Sedangkan rakyat marhain melihatnya sebagai seruan kepada keadilan, kehormatan diri dan kebebasan.

KEWAJIPAN MENEGAKKAN KEADILAN

Mesej kedua adalah mengenai Islam sebagai agama keadilan dan hubung-kait rapat antara ketaqwaan dan keadilan. Al-Quran menceritakan bagaimana golongan zalim adalah golongan yang berpura-pura dan menipu dalam soal keagamaan. Allah adalah tuhan yang Maha Adil yang cintakan keadilan. Setiap jenis kezaliman dan penindasan dibenciNya lebih-lebih lagi apabila ianya dilakukan golongan agamawan seperti kaum Quraisy yang mendakwa diri mereka sebagai penjaga kaabah dan agama Nabi Ibrahim (AS).

Maka apabila manusia memahami bahawa usaha mencari keredhaanNya dan mengabdikan diri kepadaNya adalah berpaksikan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, maka kemenangan Islam adalah dalam menghasilkan masyarakat yang adil. Dan itulah tugasan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Bukan untuk melakukan adu-domba antara yang dilahirkan sebagai orang Islam dengan yang tidak, atau Melayu dan bukan Melayu tetapi adu-domba di antara keadilan dan kezaliman.

“Dan Kami lemparkan kebenaran terhadap kebathilan dan kebathilan hancur berkecai dan hilang..”

(Surah Al-Anbiya’ 18)

Apabila kefahaman dan nilai-nilai sebegini tersebar dan berpengaruh dalam masyarakat maka penguasa yang zalim akan ditolak dan tidak lagi diterima rakyat walaupun kadar BR1M dinaikkan sepuluh kali ganda. Ini adalah kerana rakyat memahami bahawa sekadar menerima BR1M tidak memadai sekiranya amalan merompak dan mencuri serta menyamun harta rakyat tetap diteruskan.

Malangnya ada juga gerakan Islam yang menganggap bahawa persoalan nilai sebegini tidak perlu didahulukan. Sebaliknya yang perlu didahulukan adalah perlaksanaan hukuman seperti hudud dan melalui perlaksanaan itu maka masyarakat akan dipaksa untuk mengikut acuan Islam. Pendekatan ini adalah pendekatan golongan musta’jilun atau gopoh yang mungkin berilmu tetapi tidak mempunyai kefahaman terhadap ilmu mereka. Pengalaman dari kegelojohan Taliban dan sebagainya perlu diambil sebagai pengajaran dan iktibar. Pendekatan memaksa bukan dari Islam.

Dalam kitabnya ‘Al-Ijtihad; An-NaSs, Al-Waqi’, Al-Maslahah’, Sheikh Ahmad Raisuni, Naib Pengerusi Persatuan Ulama SeDunia, (Naib Qaradhawi, yang disindir sebagai ulama’ uzur dalam Persatuan ulama’-ulama’ uzur yang tunduk pada Qatar) telah menulis :-

“Hudud adalah juzu’ kecil dan yang terakhir dalam tertib susunan peta gerak-kerja menegakkan syariah Islam…”


KESIMPULAN

Maka apabila tertib seperti di atas diamalkan dan nilai yang dibawanya dihayati dan akhlak manusia berubah mengikutnya, iaitu, mementingkan kebaikan dan rahmat untuk semua, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, maka masyarakat akan menjadi bagaikan tanah yang subur untuk Islam hidup dengan sihatnya. Namun ianya bukan sesuatu yang mudah dan boleh dicapai dengan segera. Perlunya kesabaran, istiqamah, kebijaksanaan dan hikmah. Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataanah yang wajib atas Nabi wajib juga diusaha untuk dicontohi mereka yang ingin memperjuangkan Islam.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan tone excel

24 ulasan:

  1. Apakah pengalaman kejayaan gerakan islam yg diikuti yg bisa membanggakan Ustaz Kolid Samad ini selain daripada dgn selamba tunduk kpd DAP?

    Kunon nak hurai asas2 kejayaan sesebuah gerakan islam. Sedangkan diri sendiri dgn muka selamba je langgar baiah.

    Tapi takpe mungkin dia sudah mulai insaf pabila tersebarnya pendapat imam syafei mengenai ulamak yg perlu didekati.. mana tahu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apekah plak kejayaan pas?...kejayaan bekerjasama dengan perompak 1mdb untuk bentangkan ruu355 saje...kenapa tak bentangkan hudud?parlimen dikuasai umno yg tidak tolak hudud...barulah polit8k sejahtera...kejayaan pas jugak meningkatkan ekonomi orang melayu...

      Padam
    2. Ade nas yg jelas dlm quran ato hadis mengenai baiah?..kalo setakat taqlid perkara ini kabor...kalo calon ini dikhianati oleh presiden dlm pemilihan parti yg tak mau orang yg menentangnye nak ug dengan umno sumpah dah jadi sia2...hadi mula2 nak ug dengan umno di Perak dlm tahun 2008..bekas naib presiden nasha dahdapat habuan dari umno...

      Padam
    3. Ulamak yg perlu didekati mcm arwah nik aziz ...orang yg tiada kepentingan diri...kalo mcm hadi patut lari jauh2..belit2...nak saman tapi tak saman2...kata dapat surat dari ulamak Qadrawi kata pan haram...ini alamak yg pakai kereta mewah...

      Padam
    4. Atau ulama sheikh aljuburi...hehehe

      Padam
  2. 5.35, org PAS ke ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan...atas pagar skrg.
      Dulu org anwar ibrahim...slps video besi...reject habis2 manusia bermuka2 nie...hehehe

      Padam
    2. Kalo betol itu video anwar dah lama polis ambik tindakan..rahim tamby chik dah ngaku dia punyer kerja...ko jer buat muka trbal masih nsk tuduh amwar...sama macai umno

      Padam
    3. Sukati aku lah....
      Sapa suruh dia tak pandai jaga kemaluan!!!
      Sikit2 nak salahkan org....bodoh!!!

      Padam
  3. Tuan2 tak perlu risau.. hanya perlu biarkan PAS terus dikemudikan oleh TGHH manakala tuan2 teruslah dikemudikan oleh ulamak kebanggaan tuan dan DAP!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuan...
      Masing2 ada prinsip dan pendirian.Terpulang kpd siapa kita nak pangkah pd pru14.
      Yang penting tiada ketegangan spt dahulu dlm 2 parti terbesar melayu demi kemajuan dan perpaduan bangsa agama dan negara.

      Padam
    2. Betul2 tuan. 90juta mmg sedap dlahap pas

      Padam
    3. 90 juta bukan dilahap oleh ahli2 pas tetapi dilahap oleh ulamak pemimpin pas dan konco2 bye...semua dah halal sekarang...rompak curi dan penindasan umno tak haram lagi bagi pas...sama2 lahap hasil rompakan dan curi umno...Pas yg gagal...ulamak dulu masuk neraka dari sijahil...

      Padam
    4. ulamak yg disukai oleh kafirun dan munafikun ke? dan ulamak yg membiarkan partinya bergelumang dgn fitnah kpd pejuang islam lain?

      Padam
  4. Pas sudah lupa perjuangan menentang asabiyah, kata Mohamad

    Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu meminta pemimpin dan ahli Pas agar mengingati semula perjuangan parti Islam itu menentang pemikiran asabiyah suatu ketika dahulu.

    "Tajuk muktamar Pas 1986 'menggempur pemikiran asabiyah'. Kami semua hafal hadis berkaitan asabiyah.

    "Selepas berlaku kezaliman kepada ahli dan penyokong Pas di Memali, Pas memilih tajuk meuktamar 'bergerak menentang kezaliman'.


    "Tapi apabila Pas semakin berumur semakin dilupakan perjuangan menentang pemikiran asabiyah dan kezaliman ini.

    "Bahkan Pas dan Umno boleh satu kapal sekarang ini. Dulu selepas muktamar kita bakar akhbar Utusan sebab terlalu marah dengan akhbar itu yang sering buat laporan salah tentang Pas. Tapi sekarang boleh pakai baju berlogo Utusan," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Kuala Krai malam tadi.

    Beliau menegaskan, sejarah politik tanah air membuktikan pembangkang tidak mampu menang jika bertanding bersendirian.

    Justeru Amanah semakin semakin yakin dengan kekuatan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditambah pula dengan kebersamaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

    "Politik di Malaysia dalam pilihan raya mesti ada muafakat. Tak boleh bertanding bersendirian.

    "Invoke mengatakan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru Pas tak akan menang. Jadi ahli dan penyokong Pas pilihlah nak bersama parti mana dalam pembangkang ini.

    "Kita kena muafakat kita dah ada Pakatan Harapan semua orang tahu di sebelah pantai barat undi orang Tionghoa besar sekarang bila sebut negeri mana BN tak selamat orang sebut Johor, Pulau Pinang dan sekarang ada kajian kata lapan negeri akan jatuh kepada Pakatan Harapan," katanya. -

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah PH dah kuat kononnya. Tak payah pujuk PAS lagi. Rimaslah dibuatnya.

      Padam
  5. Utusan tak kutuk Pas lagi...orang Pas lupa daratan perangkap umno...umno perlu pas sekarang kerana umno dah lemah dan akan lemas dengan pelbagai skedel penyeleeengan....Bila umno kuat umno akan tendang dan hina pas...ahli2 pas patut sedar dari sekarang dan tinggalkan pemimpin2 pas sedang mabok dengan kemewahan yg diumpan oleh umno...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah PAS kerana telah berjaya dgn cemerlangnya menendang pemimpin2 mereka yg pro DAP. Kerisauan kami kini dah jadi kenyataan bilamana fatwa utk org islam pun si kafir (melalui mesyuarat exconya) boleh menentukan samada sesuai atau tidak dibawa kpd YDPA!

      Padam
    2. Tahniah pas kerana berjaya menjadi barua umno dgn upah dedak90juta serban melayang rela jadikn ugama sbg alasan melahap rasuah dan balak.sekian

      Padam
    3. Betulla kan wanrosli walataik xda video nya kan..... Astagfirullahal azim.bertaubatlah wanrosli....

      Padam
    4. Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    5. Tahniah Mat NASIR kerana percayakan alQuran juga. Cuma mintak kamu tlg bgtahu husang musang akan bahaya fitnah tu! Dan kita bagi masa kpd husang utk videokan bukti yg dia ada (kunonnya)..

      AlQuran ada menyebut kewajiban melaksanakan hudud. LKS pula ada menyebut kewajiban menolak hudud. Jadi MOHD NASIR boleh tak tolong bgtahu mana satu pilihan PH? Samada beriman kpd alQuran atau LKS?

      Padam
    6. Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
      Baca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
      Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    7. Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...