PRU14 : MESEJ JELAS RAKYAT MALAYSIA KEPADA PARTI PKR.

 apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas? apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?


Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang.

PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.

Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak.

Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan membentuk kerajaan baru Pas-Umno?

Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno?

Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru membelakangi Pakatan Rakyat?

Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?

PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam kalangan yang mendokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi mereka adalah dalam kalangan pimpinan idealis yang mempunyai cita cita melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang mana bertentangan dengan aspirasi PKR itu sendiri, dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan mereka, tidak mustahil mereka sekali lagi akan meninggalkan kerjasama dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka, apatah lagi jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

Pas sudah memiliki ahli keluarga baru, cukup lah berharap dan memberi pengharapan kepada mereka, semakin diberi harapan, semakin keras dan besar kepala mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini dalam program dialog Ruu355 dijelaskan jika Pas berperang dengan Umno dengan tetap melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan memerintah, maka untuk elak "mudarat" itu mereka kini mungkin mereka memilih untuk tidak berperang dengan Umno. Walaupun sukar untuk mencari kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas, hormatilah.

Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini?


Cukup adalah cukup, cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP, bagi giliran kepada Muhyidin pula untuk dikhianati Pas, dia belum merasa. Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula , berhenti mengambil langkah ke belakang ini, letakkan fokus agar Pakatan diperkukuhkan.

 MUAMMAR QADDAFI/mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my
Previous
Next Post »

17 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Oktober 2016 12:36 PTG delete

Kalau tak nak dikhianati tak perlu bergabung dengan PAS, korang yang terhegeh-hegeh cari PAS.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Oktober 2016 2:34 PTG delete


1. Semua parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan PAS. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi PAS. Mereka menaruh harapan agar PAS menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang UMNO dan BN dengan formula satu lawan satu.

2. Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanahair, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti - parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
3. Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang PAS bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan PAS. Mereka hina dan perkecilkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan pilihanraya umum ke 14 kelak.

Hormati Islam dan Tidak menentangnya

4. 1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada PAS. Kononnya PAS makan dedak UMNO, mesra UMNO, masuk perangkap UMNO, ditipu oleh UMNO dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada PAS. Namun realitinya, PAS tidak mudah untuk diperdaya oleh mana - mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu Manhaj Perjuangan Islam yang dianut dan prinsip kebenaran yang didukung.

5. Sebetulnya, PAS sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana - mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. Tiada yang lebih penting bagi PAS selain Islam. Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai hadaf (matlamat semasa) dan redha Allah swt sebagai ghayah (matlamat akhir).

Gerakan Perubahan.

6. Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanahair tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejadan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.

7. Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah. Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.

PAS Memimpin Perubahan

8. PAS sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, PAS menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan Keredhaan Allah swt.

9. Siapa pun boleh mengharapkan PAS sebagaimana mereka juga pada bila - bila masa boleh datang kepada PAS untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

DAP Menentang Islam

10. Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Maka polisi semasa PAS ialah menolak DAP dan mana - mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama PAS ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.*

Inilah Penyelesaian Kita

Sekian.

Nasrudin bin Hassan

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Oktober 2016 2:36 PTG delete

PRU 14, PH bergabung guna 1 logo parti. Pas biar meroyan bersendirian. Parti yg pemimpinnya dah kenyang mkn dedak 90juta dah malu nk u turn. Ikut je lah arahan tuan dedak ketua penyamun. walaupun terpaksa gadaikan agama.

Umat Islam melayu sama2 saksikan balasan Allah pd parti lebai penjual agama ini krn menipu serta peralatkan Islam selama puluhan tahun.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Oktober 2016 5:17 PTG delete

Nik abodoh ckp tak mustahil gabung dgn umno..fitnah apa bendanya..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Oktober 2016 5:18 PTG delete

Bila kau nsk saman SR pasal 90juta..dasar lebai munafiq..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 1:02 PG delete

Wanrosli jadi tanpa nama pulokkkkkkkk....dah xnk jadi ir anonymous ker.kahkahkahahahaha.buat jadi apapun tetap bongok.kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 1:05 PG delete

Pkrla bodoh...elok2 dap dan pan mau bsama ph..kalau pan dan dap lari masuk bersatu...amacam....best x pkr x hargai rakan2

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 2:51 PTG delete

Bagi satu dateline terakhir kpd pas utk sertai pembangkang atau tidak...lepas tu udah udah ler duk menagih simpati drp geng pigs ni...pru dah tak lama...korang masih duk berpusing pusing dgn pas pis pus pigs tanpa kesudahan...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 5:59 PTG delete

Pasal mereka tahu PAS ada jentera pilihanraya yang terbaik, mereka hanya nak tumpang jentera PAS je, tanpa PAS mereka kena kerja kuat la.....tapi tak mungkin sama dengan jentera PAS yang sentiasa ikhlas dan istiqamah....itu yg mereka tak mampu lakukan, hanya jentera PAS yg terbaik.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 6:03 PTG delete

Apahal yang meroyan pasal datelina pulak, PH dan Bersatu yang beia-ria pujuk PAS, sepatutnya PAS yang bagi dateline.....kahkahkah meroyan dengan PAS, PAS umpama anak dara comel yang jadi rebutan...kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 6:48 PTG delete

Betul tu...lepas pru nanti pas akan bertukar muka jadi hantu kak limah balik rumah...kahkahkahh...

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
7 Oktober 2016 8:12 PTG delete

Jom bersama2 PAN serta geng sokong murtad dan lgbt berarak dlm Bersih 5!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Oktober 2016 9:04 PTG delete

Walaun Hadi dah mati nak berhujahkahkahkah

Belajar memfitnah dari tok guru lebai lebong pembohong bersiri..

Pas memalukan Islam.

Reply
avatar
8 Oktober 2016 8:49 PG delete

Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
8 Oktober 2016 8:05 PTG delete

Tak payah nak sentap sangat dgn perkataan LGBT tuh..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Oktober 2016 7:14 PTG delete

Tak sentap pun. Arwah murshidul am Pas pun beramanat dikebumikan di negara pengamal lgbt terkenal di dunia.walaun malu ke?kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Oktober 2016 11:45 PTG delete

Kahkahkah.setuju tu
L:Lebai
G:guru hadi
B:Bangang
T:Taik

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes