Iklan Penaja 1

Picture

Rabu, Ogos 31, 2016

PANAS!! : PARTI PAS MENGKHIANATI PERJUANGAN RAKYAT KATA YB HUSAM

'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas'

CYBERJAYA - "Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing,".

Demikian ucapan Datuk Husam Musa yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada parti lamanya (Pas) untuk secara rasmi menyertai parti Amanah malam tadi.

Beliau mendakwa, Pas telah mengkhianati perjuangan rakyat dan oleh itu baginya Amanah adalah wadah baharu untuk beliau meneruskan perjuangan tersebut.

"Anda tuduh barisan ini (Amanah) pengkhianat tapi pemimpin Pas yang khianat rakyat," katanya dalam majlis Makan Malam Merdeka di restoran My Taste, Cyberjaya di sini, malam tadi.‎

Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri, pimpinan DAP dan lain-lain.

sh

IKLAN BERBAYAR

Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom

BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my

Selasa, Ogos 30, 2016

ALHAMDULILLAH!! : DATUK HUSAM MUSA AKAN UMUM MASUK PARTI ISLAM (AMANAH) MALAM INI..

Majlis makan malam Amanah bersama Datuk Husam Musa malam iniMajlis makan malam Amanah bersama Datuk Husam Musa malam ini


Teka teki hala tuju politik Datuk Husam Musa bakal berakhir malam ini apabila beliau akan membuat pengumuman penting dalam satu majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya malam ini.

"Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya," kata beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Selepas hampir empat bulan menurut beliau, nampaknya tidak ada sebarang isyarat untuk diterima semula (oleh Pas).

"Tiada semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa," katanya.

Menurut kaedah Islam katanya, berdiam diri bukan pilihan.

"Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun.
"Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau yang telah viral dengan meluas dalam media sosial:

Esok, Saya Menyarung Jersi Baru

Kini, menghampiri empat bulan saya terpecat dari Pas.

Dalam tempoh itu, nampaknya tidak ada sebarang isyarat saya diterima semula. Tiada semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa.
Saya menikmati tempoh bertenang. Sambil menemui anggota masyarakat untuk bertanya pandangan mereka. Terburu-buru adalah dari syaitan, kata Nabi s.a.w.

Memerhatikan apa yang berlaku. Merenung dan mencari petanda-petanda pedoman.
Nyata, negara menuju keadaan yang lebih kritikal dari sebelumnya.

Negeri kelahiran saya juga, tidak menjadi lebih baik selepas ombak pengislahan bermula 1990.
Wadah yang saya harapkan dulu, se akan telah 'terjual'. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar relevansi, pelabelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang lebih luas meliputi.

Berdiam diri bukanlah pilihan. Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun.

Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur.
Saya?

Mencari gua persembunyian dari kelelahan perjuangan akan sia-sia. Berpaling kerana kecewa belum diberikan kejayaan perjuangan, adalah sama dengan apa yang dialami Nabi Yunus a.s ketika ditelan ikan dalam lautan. Tiga kegelapan menyelubungi baginda sebagai pengajaran untuk kita.
Sesekali, ketika fikiran terlintas untuk berehat dari mendayung perjuangan kerana digempur keberatan bebannya, kebimbangan atas pedoman Al Qur'an melalui kisah Yunus a.s itu menerpa.
Dunia bukan tempat istirehat.

Bersendirian? Juga bukan pilihan.

Empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian.
Yang lama dilaungkan tetapi belum menjadi realiti. Yang pernah sebahagian menjadi realiti, tetapi kini kabur semula.

Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti.
Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.

Dan mengumumkan parti baru pilihan saya.


Husam Musa
29 Ogos 2016
26 Dzulkaedah 1437

mdl

IKLAN BERBAYAR

 Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom


BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my 

Isnin, Ogos 29, 2016

KENYATAAN PANAS!! : UMNO BUKAN LAGI PARTI BERJUANG UNTUK NEGARA.

'Umno bukan lagi pejuang negara’
Tun Mahathir melambaikan tangan kepada orang ramai ketika hadir pada majlis Bicara Rakyat di Ketereh, kelmarin. - Foto: JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU –  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini terpaksa menerima hakikat bahawa Umno bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.

Walaupun sedih dengan keadaan melanda Umno dan BN kini, satu usaha untuk memulihkan kepincangan yang berlaku pada negara perlu dilakukan dengan segera.

 “Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno. Saya sayang Umno, sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Tun Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.

 “Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya ketika ceramah Bicara Rakyat di Ketereh, kelmarin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga turut hadir dalam majlis itu yang dihadiri lebih 3,000 masyarakat sekitar.

 Beliau berkata, walaupun sedih dan kecewa, tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyeleweng dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan Umno dan BN.

 “Semua parti lawan mestilah bekerjasama supaya wujudnya pertandingan satu lawan satu. Ada orang tanya saya, macam mana ni Tun Mahathir mahu kerjasama dengan Lim Kit Siang, kerjasama dengan parti lawan, sedangkan saya dulu kecam Lim Kit Siang habis-habisan, dan dia pun kecam saya juga.
 “Tetapi dalam usaha untuk capai kejayaan, kita perlu sentiasa bijak. Sebagai contohnya, apa yang dilakukan Tun Razak untuk menyelamatkan negara. Beliau menjemput parti-parti lawan untuk menyertai parti gabungan yang sekarang ini jadi lebih besar. Semua ini parti lawan, tetapi kebijaksanaan Tun Razak ialah untuk mengukuhkan kerajaan.

“Saya tahu kenapa BN sentiasa menang. Sebab kita tidak lawan sesama kita. Sebaliknya, parti lawan berlawan sesama mereka. Berpecah, dan tak pernah dapat kerusi yang cukup untuk dirikan kerajaan,” katanya.

sh

IKLAN BERBAYAR

Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom


BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my 

Sabtu, Ogos 27, 2016

SAJAK PANAS!! DARI KELANTAN [WAJIB BACA]

Moga Tuhan kekal memberkati Salor Tegak BerdiriMoga Tuhan kekal memberkati Salor Tegak Berdiri

Salor dah lama menangis,
Menangis sendiri di dalam hati,
Tiada siapa yang tahu,
Tiada siapa peduli,
Penistaan tanpa kenal batas sahabat,
Cercaan dan hinaan,
Tuhan sahaja yang mengerti,
Salor dicincang,

Bagai kita tidak pernah berkawan,
Amanah ku dan rakyat Salor dikhianati,
Engkau bersuka ria atas keperitan kami,
Hati mu berisi keangkuhan
Salor terlalu kerdil,
Disepak diterajang segala ruang dan peluang,
Mulut mu berbau permusuhan seakan tidak padam,
Hari ini,

Izinkan Salor bangkit Meneruskan sisa sisa perjuangan,
Walau berbekal sekeping papan,
Ombak dan lautan,
Seizin Tuhan,
Tetap ku harungi,
Tangisan silam,
Ku lipat dalam kenangan
Moga Tuhan kekal memberkati.

Salor Tegak Berdiri


Husam Musa
Kuala Lumpur
22 Ogos 2016

IKLAN BERBAYAR

 CARA MUDAH MENJANA INCOME PASIF SETIAP BULAN.


HANYA MODAL BERMULA RM55.00 SAHAJA

ANDA BOLEH MENJANA INCOME PASIF SETIAP BULAN. 

BELI SEKALI..UNTUNG BERKALI-KALI. 

LIHAT ANDA BELI HARGA RM55.00 UNTUK 1 LOT. 

1 LOT ANDA DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA DAPAT RM800,000.00 
3000 LOT ANDA DAPAT RM1,200,000.00 

BELILAH IKUT KEMAMPUAN ANDA RUJUK SINI 

Jumaat, Ogos 26, 2016

PANAS!! : HUJJAH MANTAP YB KHALID SAMAD [ RAKYAT WAJIB BACA ]


Khalid Samad

Kemunculan ‘Gagasan Sejahtera’ dan ‘Bersatu’


Banyak yang telah dan sedang berubah dalam suasana politik negara. Yang ada dahulu, pada PRU ke 13, sudah tiada dan yang tiada dahulu sudah ada. Startegi politik mesti berubah seiring dengan perubahan keadaan dan suasana. Keinginan untuk terus dengan sesuatu strategi dan pendekatan sedangkan suasana dan keadaan telah berubah merupakan punca kegagalan ramai pimpinan sepanjang sejarah manusia.

Dan inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh mana-mana pemimpin. Cabaran menangani dan mengurus perjuangan melalui strategi yang anjal dan realistik dalam suasana yang sentiasa berubah. Sememangnya ianya sukar dan sangat mencabar. Dan di situ diujinya kemampuan kepimpinan. Pemimpin mesti mempunyai ketajaman minda yang mampu memahami suasana dan persekitarannya. Mampu juga mengenali tindakan untuk mengatasi keadaan dan suasana yang sedang berubah dan berani pula mengambil risiko.

Namun risiko yang telah dipertimbangkan untung ruginya dan kemungkinan kejayaannya terlebih dahulu, bukan mengambil risiko secara rempuh membabi buta. Orang Inggeris sebut “calculated risk”.

PENUBUHAN ‘GAGASAN SEJAHTERA’ (GS)

Antara yang baharu adalah penubuhan Gagasan Sejahtera oleh PAS. Ianya merupakan gabungan dan kerjasama politik yang didominasi PAS. Ini sahaja corak gabungan dan kerjasama yang sanggup disertai PAS dewasa ini. Ia itu gabungan yang didominasinya. PAS sekarang tidak mampu bersama atas kedudukan sama-rata. Ia mesti dominan kerana dianggap dirinya ‘mewakili Islam’ dan mana mungkin Islam diletakkan dikedudukan yang sama.

Pendekatan ini merupakan pendekatan yang mengikut acuan BN di mana UMNO mendominasi BN. Maka sepertimana UMNO mendominasi gabungan dan kerjasama yang ditubuhnya, begitu juga PAS mesti mendominasi gabungan dan kerjasama yang ditubuhkan PAS. Isu dominasi ini penting dan merupakan kunci kepada memahami pemikiran PAS dewasa ini.

Melalui penubuhan GS secara sekali gus dizahirkan minda pimpinan PAS dewasa ini. Pendekatan baharu yang tidak selari dengan cara pemikiran Pakatan. Pakatan mementingkan ‘kata-sepakat’ atau ‘konsensus’, PAS mementingkan dominasi. Gabungan yang didominasi PAS mesti menjadi pengganti kepada gabungan yang didominasi UMNO. Yang penting Melayu Islam kekal dominan. Maka sekiranya tidak mampu BN diganti dengan gabungan yang didominasi PAS, maka mengekalkan BN yang didominasi UMNO adalah lebih baik. Walaupun sarat dengan rasuah dan penyelewengan. Yang penting Melayu Islam kekal dominan.

Melalui penubuhan ini juga dipertegaskan lagi keinginan PAS untuk memimpin dan mewujudkan Blok ke-tiganya. Ianya tindakan yang jelas menampakkan sikap ingin semakin menjauhkan diri dari Pakatan Harapan. Tidak boleh dita’wilkan atau ditafsirkan sebaliknya. Tidak boleh terus menipu diri bahawa PAS ingin bersama ‘pembangkang’. PAS bukan ‘pembangkang’. Walaupun disebut sebaliknya oleh beberapa pimpinannya. Hakikatnya, tindakan lebih boleh dipercayai dari kata-kata atau “action speaks louder than words”.

KEADILAN DAN BLOK KE-TIGA

PAS menjemput Keadilan bersamanya kerana diyakini Keadilan sanggup ‘didominasi’ PAS. PAS melihat bahawa walaupun berulang-kali dikhianati PAS, Keadilan tetap ingin bergantung pada PAS. Pimpinan PAS sentiasa mengingatkan Keadilan bahawa mereka kononnya tidak empunya jentera yang kuat, asas perjuangan yang jelas dan tiada sokongan yang padu. Keadilan, mengikut pandangan PAS, hidup atas ehsan PAS dan oleh itu diyakini akan menerima dominasi PAS. Keadilan bertanding di mana PAS benarkan dan tidak akan sanggup bertanding di mana PAS larang. Atas sebab itu maka baru-baru ini diumumkan bahawa PAS “membenarkan Keadilan bertanding di Kelantan”. Itu contoh sikap ‘dominasi’ PAS.

Saya yakin ini semua sekadar andaian PAS. Sebenarnya Keadilan, seperti Amanah dan DAP, tidak akan menerima ‘dominasi PAS’ atau mana-mana parti. Kami hanya menerima dominasi ‘ide dan prinsip’ bukan individu atau kelompok. Oleh itu kami tidak akan bersama Blok ketiga dan akan terus kukuhkan Pakatan Harapan.

Suasana di mana Blok ketiga sedang dimunculkan merupakan perubahan besar dalam suasana politik negara berbanding suasana sebelum PRU 13. Semasa sebelum sahaja PRU ke 13, Pakatan Rakyat bersatu. Keadaan satu lawan satu, pada ketika itu, merupakan satu strategi yang mungkin dilaksanakan secara umumnya. Tetapi sekarang suasana sudah berubah. Apabila suasana berubah maka apa yang mungkin juga turut berubah. Samada ianya baik atau sebaliknya, menguntungkan atau merugikan, itu soal lain. Perubahan ini bukan yang diusahakan pembangkang maka tidak perlu kita mengeluh atau menuding jari. Ianya telah berubah maka tanganinya, jangan menafikan perubahan tersebut.

PENUBUHAN PARTI BERSATU

Satu lagi perkembangan baharu dalam politik negara adalah penubuhan BERSATU. Ianya parti untuk golongan pri-bumi, khususnya bangsa Melayu. Ianya mampu mendatangkan saingan sengit kepada UMNO.

Ada yang mendakwa parti berasaskan kaum seperti BERSATU tidak wajar diterima sebagai rakan oleh PH. Ini adalah kerana ianya parti yang bersifat rasis atau perkauman kerana keahliannya hanya untuk kaum pri-bumi, seperti UMNO. Hakikatnya, menjadikan sesuatu pertubuhan atau organisasi ‘rasis’ atau perkauman bukan berdasarkan keahliannya semata-mata. Kalau begitu maka persatuan-persatuan perniagaan Cina seperti ‘Chinese Chambers of Commerce’ boleh dituduh rasis, sepertimana juga ‘Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall’ dan ‘Persatuan Pendidik Cina’.

Yang menjadikan sesuatu pertubuhan ‘rasis’ bukan keinginannya untuk menyatukan dan membantu kaumnya, tetapi kebencian yang ditanam terhadap kaum lain. Pertubuhan rasis, dalam usaha untuk menyatu dan membantu kaumnya, akan menabur dan menanam kebencian terhadap kaum lain.

Ianya masih tidak jelas lagi samada BERSATU akan menggunakan kaedah rasis sepertimana sering digunapakai UMNO dan badan-badan tajaannya, maka oleh itu tidak perlu ditolaknya secara mentah-mentah. Bersatunya sesuatu kaum tidak semestinya atas kebencian terhadap kaum lain. Sesuatu kaum dan bangsa tetap boleh dibangunkan atas sifat kemulian dan kecintaan terhadap keadilan untuk semua.

Oleh itu, biar kita lihat terlebih dahulu samada BERSATU ingin memusnahkan minda Melayu melalui propoganda ‘rasis’ seperti yang dibuat UMNO atau sebaliknya membangunkannya melalui menghayati nilai-nilai mulia sejagat yang diperjuangkan kita bersama. Keadaannya sebagai parti rasis atau sebaliknya masih belum jelas. Yang jelas, dari saat ianya disebut akan ditubuhkan, adalah keadaan kecelaruan yang telah ditimpanya terhadap pimpinan UMNO. Potensinya untuk memberi alternatif kepada bangsa Melayu yang masih berada dalam ‘perigi buta kebangsaan Melayu ciptaan UMNO’ adalah satu kelebihan yang tidak boleh dinafikan sesiapa. Semoga mereka akan membawa keluar bangsa Melayu UMNO dari perigi buta itu dan diperlihatkan kepada mereka kebesaran Allah yang mencipta manusia dalam berbagai kaum dan bangsa, bukan untuk dibenci, tetapi untuk dikenali dan berinteraksi.

KESIMPULAN

Cabaran kita bersama, khususnya pimpinan PH, adalah untuk memahami perubahan yang sedang berlaku dan merancang bagaimana mengurusnya ke arah mencapai kemenangan dalam PRU ke 14. Yang menguntungkan perlu dimanfaatkan sambil yang merugikan perlu ditangani secara berkesan untuk meminimakan impak negatifnya. Tiada makna kita terus berpegang kepada satu ilusi bahawa keadaan adalah seperti sebelum PRU ke 13 dan kita terus sahaja sepertimana semasa itu sedangkan suasana sudah jauh berubah.

Artikel ini telah diterbitkan dalam Akhbar Amanah Edisi 13.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA. 

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT 

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM 

1 LOT AKAN DAPAT RM400 

2 LOT AKAN DAPAT RM800 

10 LOT AKAN DAPAT RM4000 

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000 

DAN SETERUSNYA.. 

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT BOLEH LAYARI http://biz55.lot.my

Khamis, Ogos 25, 2016

LAGI DATUK HUSAM MUSA BUAT KENYATAAN PANASSS...

Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa Isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan, kata Adun Salor Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, golongan agamawan melihat 'good government' ini sebagai tanggungjawab yang dipisahkan daripada Islam sehingga ia tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' oleh pelakunya.

"Dalam kes 1MDB jika menghilangkan wang yang di amanahkan rakyat itu tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' apa lagi?

" Kita nak kejam mata sebelah. Jika ustaz-ustaz mendapat maklumat seluasnya mereka akan istigfar 100 kali, malah tidak ada seorang ustaz pun dalam Pas akan duduk diam," ujarnya ketika sesi soal jawab dalam Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi yang dianjurkan oleh akhbar mingguan Amanah semalam.

Mengulas lanjut mengenai jenayah agama ini, Husam berkata,di dalam al-Quran banyak disebut pemimpin agama dikalangan Bani Israel mereka membiarkan penyelewengan harta benda rakyat dengan tidak menegur pemimpin dan penguasanya, maka dikutuk Allah swt.

"Selain al- Quran dalam hadis Rasullullah saw juga mengecam pemimpin masyarakat membiarkan amalan pecah amanah berlaku berleluasa.

"Apa yang berlaku dalam kes 1MDB ini ternyata jumlah pecah amanahnya cukup besar  berbilion ringgit digunakan untuk perkara bertentangan dengan agama Islam.

"Pastinya golongan agamawan mempunyai kewajiban yang besar berbanding orang biasa seperti kita.
"Isu 'good government atau berkerajaan yang baik ini masih lagi agak asing bagi kebanyakan agamawan.

"Mereka hanya melihat Islam sebagai hukum berkaitan ibadat dan kekeluargaan semata-mata, tetapi kes bernegara kurang diberikan perhatian untuk membincangkannya," ujarnya.

Apakah punca berlaku keadaan ini dikalangan ulama, naib presiden Pas ini berkata, dua sebab menjadi penghalangnya.

"Pertama golongan agamawan belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai isu ini kerana kebanyakan bahan-bahannya disebarkan dalam bahasa Inggeris.

"Tetapi itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk golongan agamawan ini mencari duduk perkara sebenar yang berlaku dalam isu 1MDB ini.

"Keduanya masalah kita antara kefahaman agama dengan konsep kenegaraan Islam ada jurangnya. Kebanyakan orang yang beraliran agama masih ada pemisahan sekular dan islamik yang menghalan mereka untuk bertindak dan menyuarakan pandangan.


Rakyat ternanti-nanti sikap agamawan Islam dalam isu 1MDB kerana tanggungawab di bahu golongan agamawan sangat besar apa hala tuju mereka bagi menangani isu ini, masih lagi tidak dijelaskan,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

mdl

IKLAN BERBAYAR

BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00

BERMINAT BOLEH LAYARI http://biz55.lot.my

Rabu, Ogos 24, 2016

RASMI : PARTI ISLAM (AMANAH) SOKONG PEMBENTUKAN PARTI BERSATU


Khalid Samad Khalid Samad Parti Amanah Negara (Amanah) memandang positif pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun ia mengkhususkan keahlian kepada orang Melayu dan Bumiputera sahaja.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, walaupun Bersatu berasaskan kaum namun ia tidak semestinya bersifat perkauman.

“Secara rasmi Parti Amanah Negara menyatakan sokongan terhadap pembentukan parti Bersatu dan mengalu-alukan keterlibatan mereka dalam arena politik negara.

“Walaupun ia merupakan parti yang mengkhaskan keahliannya kepada orang Melayu dan golongan Bumiputera tetapi kita memandang positif kerana tidak semestinya parti sedemikian rupa merupakan parti yang bersifat rasis kerana rasisme ditakrif sebagai perasaan anti sesuatu kaum.

“Untuk mencintai kaum sendiri atau kaum lain itu bukan rasis. Rasis ini bila kita bersatu untuk melawan kaum lain,” kata beliau.

Khalid juga berharap Bersatu yang dipimpin bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membawa orang Melayu keluar daripada politik perkauman yang dibawa Umno.
“Mungkin ia satu fasa yang perlu dilalui oleh minda politik Melayu. Ada parti yang berasaskan kaum tetapi tidak bersifat perkauman. Ini kita harap Muhyidin dan Tun Mahathir sebagai penaja utama akan membawa parti Bersatu bebas daripada perkauman,” katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Keahlian Bersatu terbuka kepada semua yang berstatus pribumi, Melayu dan bumiputera termasuk orang asli di Sabah dan Sarawak.

Bangsa lain yang bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu dan mempunyai hak sama kecuali untuk bertanding mana-mana jawatankuasa.


Bersatu sedang menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

mdl

IKLAN BERBAYAR

CARA MUDAH MENJANA INCOME PASIF SETIAP BULAN.


HANYA MODAL BERMULA RM55.00 SAHAJA

ANDA BOLEH MENJANA INCOME PASIF SETIAP BULAN. 

BELI SEKALI..UNTUNG BERKALI-KALI. 

LIHAT ANDA BELI HARGA RM55.00 UNTUK 1 LOT. 

1 LOT ANDA DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA DAPAT RM800,000.00 
3000 LOT ANDA DAPAT RM1,2000,000.00 

BELILAH IKUT KEMAMPUAN ANDA RUJUK SINI 

Selasa, Ogos 23, 2016

PANAS!! : PARTI ISLAM (AMANAH) AKAN SERAH SURAT KEPADA AGONG

Ahli Parlimen Amanah sepakat akan hantar surat kepada Yang Dipertuan Agung memohon perkenan tindakan Datuk Husam dan Matthias Chang memfailkan saman bagi membawa balik harta negara dalam skandal 1MDB.Ahli Parlimen Amanah sepakat akan hantar surat kepada Yang Dipertuan Agung memohon perkenan tindakan Datuk Husam dan Matthias Chang memfailkan saman bagi membawa balik harta negara dalam skandal 1MDB.


Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan surat kepada Yang diPertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.
Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, surat itu akan ditandatangi enam ahli parlimen Amanah sebelum diserahkan kepada YDPA dalam waktu terdekat.

Khalid Samad dalam sidang media pagi ini.Khalid Samad dalam sidang media pagi ini.“Kami daripada Amanah menyediakan surat kepada Yang dPertuan Agong yang mana enam ahli parlimen Amanah akan menandatangani surat itu meminta supaya Yang diPertuan Agong memberi perkenan atas usaha Husam dan Matthias,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Selain beliau, lima lagi ahli parlimen Amanah ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar); Hanipa Maidin (Sepang).
Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

mdl

IKLAN BERBAYAR

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!!  


CARANYA, MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my

Isnin, Ogos 22, 2016

PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI TERUS TEKAN KETUA POLIS NEGARA DLM ISU 1MDB


ULASAN l Saya dihubungi oleh Inspektor Haniff dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh semalam untuk dimaklumkan bahawa saya sedang disiasat ekoran ucapan saya di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 10 Ogos 2016 iaitu semasa perhimpunan meraikan ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-69.

Saya juga dimaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya pada hari Khamis 25 Ogos ini.

Hari Sabtu lalu, tiga aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan #TangkapMO1 - dijadual berlangsung hujung minggu ini - ditahan dan digari polis di Seri Iskandar, Perak. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama tiga hari.

Dalam suasana kemarahan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak masih memuncak ekoran pelbagai pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat yang dikaitkan dengan 1MDB, tindakan dilihat kasar terhadap sebarang kritikan kepada agensi itu atau perdana menteri tidak membantu menaikkan imej pasukan polis.

Apatah lagi apabila tindakan tegas yang sama tidak diambil ke atas pelbagai laporan polis yang telah dibuat selama bertahun-tahun terhadap individu-individu utama di belakang 1MDB.

Alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini ialah untuk menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memuktamadkan terlebih dahulu siasatan terhadap 1MDB. Setelah kedua-dua siasatan ini selesai, alasan terbaru beliau ialah pihak polis hanya akan mengambil tindakan berdasarkan siasatan Ketua Audit Negara.

Tindakan tak sama tegas

Ketua Polis Negara sebenarnya lupa bahawa saya sendiri telah membuat dua laporan polis terhadap individu utama di belakang 1MDB selepas siasatan Ketua Audit Negara diketahui umum. Maknanya kedua-dua laporan polis yang saya buat mematuhi kriteria ditetapkan Ketua Polis Negara - iaitu tindakan boleh diambil hasil penemuan hasil daripada siasatan Ketua Audit Negara.

Dua laporan polis yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
  • Pada 30 Mac 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan 1MDB yang lain setelah satu muka surat laporan Ketua Audit Negara yang bocor mendapati bahawa pengurusan 1MDB membuat pembayaran sebanyak RM288 juta tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-arulkanda-kandasamy/
  • Pada 18 April 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Jho Low ekoran laporan Jawatankuasa PAC pada muka surat 8 hingga 14 yang secara jelas memperincikan pelbagai pelanggaran undang-undang yang boleh disiasat di bawah Akta Syarikat, Akta SPRM, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang melibatkan Jho Low. Selain saya, laporan yang sama juga dibuat di seluruh negara oleh rakyat biasa. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-jho-low-berdasarkan-bukti-dalam-laporan-jawatankuasa-kira-kira-awam-pac/
Sehingga kini kedua-dua mereka masih belum ditahan dan kita tidak mendapat apa-apa maklumat daripada Tan Sri Khalid mengenai tindakan yang telah diambil ekoran daripada laporan polis saya dan mendapat liputan meluas di kalangan rakyat.

Oleh sebab itulah, apabila pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB tetapi tiada tindakan sama tidak diambil terhadap watak-watak di belakang 1MDB, ia sudah tentu menjejaskan imej pasukan polis di mata rakyat. Malah penahanan siswa hujung minggu lalu berkemungkinan menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap pasukan polis.

Saya yakin pegawai-pegawai yang terbabit hanya menjalankan tugas kerana diarahkan. Saya tahu ramai di kalangan anggota polis yang mempunyai pandangan yang sama dengan rakyat terbanyak mengenai skandal 1MDB: Mereka marah dan berasa jijik dengan penyalahgunaan wang rakyat ketika mereka (anggota polis) turut mengalami kesusahan seperti rakyat biasa.

Dua hari lalu (Sabtu) saya menyampaikan ceramah di Tambun yang berkisar mengenai kesan skandal 1MDB kepada rakyat. Ceramah itu turut dipantau oleh pasukan polis tempatan yang datang dalam jumlah yang ramai (sekitar lima hingga tujuh orang) dengan lengkap beruniform.

Di akhir ceramah ketika saya bergerak ke kereta, beberapa orang daripada anggota polis beruniform itu menghampiri saya.

Saya ingat mereka mendekati saya untuk menangkap saya seperti kebiasaannya, sebaliknya mereka meminta untuk “tangkap gambar” dengan saya tanpa sedikit pun merasa malu untuk menutup nombor polis yang ada di uniform mereka.

Ketua Polis Negara sewajarnya tahu bahawa tindakan dan sikap beliau boleh dilihat mengheret nama baik pasukan polis yang boleh dituduh melindungi pesalah di belakang 1MDB sedangkan sebahagian besar anggota polis sendiri marah dengan skandal 1MDB.

Jika ini berterusan, ia boleh melemahkan semangat (morale) pasukan polis.

Jika kenyataan dan sikap Khalid berterusan begini, saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya untuk membuat laporan polis terhadap beliau atas kegagalannya mengambil tindakan terhadap laporan-laporan polis yang dibuat terhadap Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.



RAFIZI RAMLI anggota parlimen kawasan Pandan, merangkap naib presiden serta setiausaha agung PKR

mk

IKLAN BERBAYAR

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!!  


CARANYA, MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my

Sabtu, Ogos 20, 2016

Tunjukkan Islam penyelesaian, bukan bawa masalah - Presiden Parti Islam (Amanah)

Mohamad SabuMohamad Sabu

Abad ke-15 Hijrah yang bermula sekitar tahun 1980 dianggap sebagai abad kebangkitan semula umat Islam selepas mereka ketinggalan jauh dalam bidang ketamadunan dan negara-negara orang Islam hampir semuanya dijajah oleh penjajah daripada Eropah.

Pesiapan untuk bangkit ini telahpun dibuat bermula sejak abad ke 13 Hijrah lagi oleh gerakan Islam antaranya seperti Masyumi, Syarikat Islam, Nahdatul Ulamak, Hizbul Muslimin, Parti Islam Semalaysia (Pas), Jamiat Islami, Ikhwan Muslimin dan banyak lagi. Gerakan ini muncul dengan keyakinan Islam dan umatnya akan kembali menerajui dunia.

Tidak dinafikan di antara gerakan Islam yang paling banyak mengalami mehnah dan tribulasi ialah Ikhwan Muslimin sendiri. Dalam perjuangan yang panjang, selepas berlaku apa yang disebut sebagai “Arab Spring”, mereka bersama dengan kumpulan yang menguasai masyarakat dan NGO telah menyertai pilihan raya dan akhirnya menang dan berjaya memerintah Mesir. Dr Mohammad Morsi dijulang sebagai presiden yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui pilihan raya. Kebangkitan ini turut dirasai dan dibanggakan oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

Namun, lebih kurang satu tahun Ikhwan Muslimin dan kerajaan pimpinan Morsi memerintah, mereka kemudiannya ditumbangkan oleh rejim tentera yang melakukan rampasan kuasa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik itu. Bagi kita, sebarang perubahan tampuk kuasa harus dicapai melalui saluran demokrasi.

Namun di sebalik kejatuhan sebuah kepimpinan itu, wajar juga kita melakukan koreksi jika ada kesilapan-kesilapan di pihak yang memegang kuasa. Kebanyakan pemerintah Islam dilihat kurang mengutamakan Maqasid Syariah. Sebaliknya, mereka lebih mengutamakan syariah dalam bentuk hukum perundangan dan bukan maqasidnya.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh sama sekali menafikan atau lebih lagi untuk merendahkan kejayaan Ikhwan Muslimin mengambil alih pemerintahan secara demokrasi di Mesir. Cuma kita hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dengan mengkaji dari aspek kelebihan dan kesilapan yang berlaku semasa pemerintahan mereka.

AFGHANISTAN

Begitu juga kita melihat sejarah di Afghanistan. Mujahidin Afghanistan hebat sekali menanamkan semangat jihad untuk mati syahid dalam membebaskan negara dan mendaulatkan Islam. Berbekal semangat itu, tentera Rusia dapat mereka tundukkan.

Namun apabila memprolehi kuasa, selepas berjaya mengalahkan tentera Soviet, pasukan mujahidin juga diuji dengan pertelagahan sesama sendiri. Akhirnya berlaku perperangan sesama mereka. Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor salah seorang pendamai kepada pertelingkahan yang berlaku antara puak-puak mujahidin ini. Namun sayangnya usaha perdamaian ini tidak berjaya dan Afghanistan diambil alih oleh Taliban.

Taliban juga tidak banyak membawa perubahan melainkan membawa penderitaan kepada rakyat sehingga membuatkan berlaku serangan pihak barat diketuai Nato. Apabila Afghanistan diberikan demokrasi untuk mengadakan pilihan raya, rakyat telah memilih Hamid Karzai menjadi presiden.
Namun pertelagahan tidak juga berkesudahan. Pembunuhan antara puak berterusan sehingga Afghanistan sekarang menjadi antara negara termiskin di dunia dan amalan rasuah yang cukup tinggi seperti disenaraikan oleh pihak Transparency International.

TURKI DAN ISLAM

Kemudian, kita berbangga dengan Najmuddin Erbakan yang mengetuai parti Milli Selamet di Turki di atas kehebatan dan tarbiah yang beliau miliki sehingga akhirnya berjaya menguasai pemerintahan Turki dan dilantik sebagai presiden.

Beliaulah yang mengusulkan agar negara-negara majoriti orang Islam mengadakan kesatuan. Beliau mengemukakan konsep D-8 atau Lapan Negara Membangun. Ia merupakan sebuah kumpulan negara membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi. Ia mengandungi Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. Negara-negara Islam memperoleh manfaat yang sangat besar melalui D-8 ini. Apabila bergabung, negara-negara ini membentuk 13.5% daripada populasi global dalam tahun 1997.

Sayangnya, pemerintahan Najmuddin Erbakan juga tidak lama apabila digulingkan dan partinya Mili Selamet berpecah yang kemudiannya menghasilkan Parti Saadat dan AKP.

Kemudian muncul pula Erdogan. Kemunculan Erdogan dibanggakan semua pihak. Namanya dijaja terutama dalam kebijaksanaan beliau menangani isu kemiskinan serta “good governance” sehingga membangunkan Turki daripada kemunduran, kepada pengagihan rezeki lebih adil kepada rakyat.

Kebijakan Erdogan menjadikan AKP dijulang oleh rakyat termasuk musuh-musuh kepada gerakan Islam juga mengakui kehebatan Erdogan dan keupayaan partinya. Selepas beberapa lama berkuasa, beberapa polisi Erdogan mula dikritik oleh rakyat yang mendakwa langkah yang diambil beliau kurang sesuai. Ia termasuk isu pembinaan istana yang didakwa begitu megah dan hebat serta polisi Erdogan yang membenarkan Turki menjadi laluan ketenteraan dalam menangani pemberontakan di Syria dan Iraq.

Turki juga antara negara yang menyokong usaha menjatuhkan Bashar dengan kempen “Bashar must go” terutama ketika perdana menteri Ahmad Donotuglu.

Kemudian Turki menembak jatuh jet Rusia yang didakwa menceroboh ruang udara mereka. Selepas berlaku kemelut diplomatik dan politik, akhirnya Erdogan memohon maaf kepada Rusia dan ingin menjalin semula hubungan baik dengan Rusia.

Paling mengejutkan apabila Erdogan mengumumkan mengeratkan semula hubungan dengan Israel selepas Isrel setuju membayar beberapa juta pampasan kepada mangsa yang diserang ketika memberi bantuan kepada penduduk Gaza.

Akhirnya Julai lalu berlaku pemberontakan tentera dan sekarang dilaporkan lebih 6,000 tentera, sebahagian kecil polis, pensyarah dan guru ditahan untuk disiasat.

Kita juga tidak boleh mengutuk Erdogan selama beliau menjalankan pemerintahan dengan baik tetapi apabila kelihatan ada kecenderungan ke arah kezaliman, kita perlu mengkritik dan memberi pandangan kita.

PAS DI MALAYSIA

Sama juga kepada Pas yang sama-sama kita pernah berjuang dan asaskan. Kita melihat ia lari daripada konsep maqasid syariah dan kepimpinan ulamak disalahertikan serta “dihijack” pihak tertentu, maka wujudlah satu kumpulan yang mahu membuat “reform” yang dinamakan Pari Amanah Negara.

Kita dalam AMANAH megambil pengajaran di atas apa yang berlaku ke atas pemerintahan Morsi, pemerintahan Erdogan dan parti Pas. Kita hadam dan menyedari segala kelebihan dan kelemahan yang ada kepada mereka untuk kita membina satu tajdid kepada kebangkitan semula gerakan Islam di Malaysia dan dunia ini.

Kesilapan sahabat kita pada masa lalu jangan kita ulang. Kebaikan mereka kita jadikan contoh. Kita perlu berusaha membuat pembaharuan supaya Islam dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah dan bukan pembawa masalah. Jangan kita berpatah balik ke belakang.

Jika AMANAH juga berada ditakuk lama, tidak mustahil akan datang akan muncul lagi gerakan baharu yang akan melakukan perubahan untuk meletakkan Islam dan ummatnya dihormati dan disegani.

Ayuh, banyakkanlah mengkaji, bergaul dan mengambil iktibar di atas kesilapan yang lalu untuk terus kita memimpin kebangkitan Islam pada masa ini dan akan datang.

Jangan ada di antara ahli AMANAH menghidupkan semula doktrin parti lama yang telah ternyata gagal.

Oleh itu kita mesti berani membuat perubahan dengan menekankan soal rahmat untuk semua seperti yang kita perjuangkan dalam slogan parti kita.


* Penulis adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah). Tulisan ini disiarkan buat pertama kali dalam akhbar mingguan Amanah.

mdl

IKLAN BERBAYAR

2 anak yang mengamalkan produk Young Intelmax CNI UPSR semua 5A



Well3 Young Intelmax (30's)
  
  • Nutriennya diekstrak dengan menggunakan teknologi Barat dan khasiatnya sebagai ubat dan makanan dalam perubatan Timur dipelihara sepenuhnya, dijadikan makanana kesihatan harian; sesuai diambil oleh gologan muda dan tua.
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan am.

  • Cara pengambilan:
  • Kanak-kanak : 2 tablet sehari
  • Dewasa : 4 tablet sehari
TESTIMONI : Hasil anak saya sendiri yang mengamalkan produk ini.

Alhamdulillah

Anak sulung        UPSR 5A Tahun 2013 Nur Izzah Nadirah
Anak Nombor 2   UPSR 5A Tahun 2015 Mohd Hadi Haqimi

Mohd Amri
017-6689897

BERMINAT KLIK SINI

Jumaat, Ogos 19, 2016

WAWANCARA DENGAN ULAMA PARTI ISLAM (AMANAH) RAKYAT MALAYSIA WAJIB BACA

Ustaz Abdul Ghani bersama Sheikh Yusof Qaradhawi ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia. Ustaz Abdul Ghani bersama Sheikh Yusof Qaradhawi ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia.


USTAZ ABDUL GHANI BIN SAMSUDIN berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Mendapat pendidikan awal di SK Masjid Tanah, Sekolah Menengah Agama Al-Junaid, Singapura sebelum mengikuti pengajian di Sekolah Menengah al Azhar (1965-1967). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir (1967-1974) dan memperolehi Sarjana (Syariah) dalam bidang perbandingan mazhab dan undang-undang. Berkhidmat sebagai guru, penasihat agama UiTM, pensyarah dan ketua jabatan di Universiti Malaya (1980-2001), beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Insaniah (2011-2013). Beliau kini Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Sedunia (sejak 2010), Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia (sejak 2014) dan Penasihat MAPIM. Menghasil dan menterjemahkan lebih 10 buku antaranya karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Tafsir Al Munir oleh Dr. Wahbah al Zuhaili. Pernah bergiat aktif di dalam Abim, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pas, beliau kini menjawat Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (sejak 2015). Wawancara ini diterbitkan atas ihsan akhbar Amanah, suara rasmi Parti Amanah Negara.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">

Sebagai parti Islam baru di persada politik negara, apa yang membezakan AMANAH dengan parti-parti Islam lain di negara ini?

Sejarah kemunculan Parti Amanah Negara memang sangat unik dan mendesak. Ia lahir dari krisis kelainan dan kepelbagaian pendekatan menangani masalah dan isu politik yang pelbagai dan rencam.

Ia terbit dari kesilapan pimpinan utama, pengaruh dan kecenderungan kedaerahan, persanggitan golongan profesional dengan golongan yang dianggap ulama tradisional kerana perbedaan pendekatan menyelesaikan masalah politik negara dan juga kerana tuntutan memperkukuh pakatan tahaluf parti-parti pembangkang demi mewujudkan posisi strategik yang lebih memihak kepada parti-parti pembangkng demi kelangsungan perjuangan menumpaskan kebatilan, kezaliman, kejahatan dan rasuah.

Meskipun parti ini dinafikan hak untuk menamakan dirinya dengan Islam namun ia adalah parti Islam yang progresif, prihatin dan peduli terhadap nasib rakyat, menampilkan gaya penyelesaian masalah politik negara dengan pendekatan yang bijaksana, bertahap, berlemah-lembut dan dengan kesabaran yang tinggi demi merealisasi konsep Islam sebagai "rahmatan lil 'Aalamin" (rahmat bagi sekalian alam).

Ini kerana barisan pemimpinnya bukan kalangan orang baru tetapi adalah dari kalangan profesional dan ulama yang menggerakkan parti sejarah (Pas) dan bertungkus lumus mendepani isu-isu yang di garap oleh parti berkenaan. Sebab itu dalam tempoh yang singkat dia dapat membentuk jentera dan cawangannya di seluruh negara malah dapat mengatasi pencapaian parti sejarah dalam salah satu dari dua kawasan pilihan raya yang ditandinginya; seperti di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.

Gandingan antara kepimpinan ilmuan profesional dan ulama yang berkaliber membentuk kepimpinan yang selaras dengan tuntutan Islam masa kini dengan kepakaran dan pengalaman masing-masing menjanjikan kemantapan strategi dan tindakan dalam memposisikan parti dan mengatasi isu-isu politik dalaman dan luaran.

Keilmuan dan pengalaman yang lama sebagai ilmuan agama, 17 tahun pengalaman sebagai pemimpin PUM, beberapa tahun sebagai Naib Presiden Pas, selain sekian lama menjawat jawatan penting di Pusat Islam, Penasihat Umum AMANAH Ust Ahmad Awang yang dibantu oleh saya, mempunyai kematangan dalam memberi pandu arah yang tepat - Insya Allah - terhadap hala tuju parti tanpa terpusing dan tidak tentu hala.

Barisan kepimpinan utama yang berilmu yang terdiri dari kalangan pemegang doktor falsafah (PhD), Sarjana dan Sarjana Muda di samping mereka yang sudah lama berpengalaman dalam gerak kerja kepartian menjanjikan masa depan yang positif untuk AMANAH.

Apa yang membezakan parti ini dengan parti sejarah adalah ia sebagai satu komponen penting dalam Pakatan Harapan yang boleh menyatukan suara rakyat untuk menggantikan kerajaan yang korup dan merompak wang rakyat. Ia manifestasi istiqamah untuk terus memperjuangkan cita-cita wadah politik sebelumnya untuk terus menentang kezaliman, menerajui pemerintahan melalui kerjasama dan permuafakatan politik yang rasional, bertenggang-rasa serta dengan pendekatan merahmati semua kalangan masyarakat yang berbagai bangsa dan agama.

Apa pandangan ustaz tentang pendapat bahawa kewujudan parti Islam baru tidak membawa kebaikan tapi hanya memecahbelahkan ummah?

Apabila perjuangan Islam kehilangan posisi perjuangan yang strategik sehingga hilang harapan untuk memerintah dan mengambil alih kepimpinan politik negara dari tangan rejim yang korup menyebabkan rakyat akan kehilangan harapan untuk mencapai cita-citanya melalui tindakan mengundi parti sejarah berkenaan.

Ini bermakna wajib ada wadah atau parti Islam lain yang baru untuk mengambalikan perjuangan Islam pada posisinya yang kukuh dan berkemungkinan untuk menang melalui suatu tahaluf atau pakatan yang dipercayai oleh rakyat; yang mampu bertarung dan menggantikan BN.

Oleh kerana tidak mungkin BN dikalahkan melainkan melalui pakatan pembangkang, maka mewujudkan dan mengukuhkan semula kehadiran pakatan pembangkang adalah suatu kewajiban dan kemestian.

Sebab itu kehadiran AMANAH yang mewakili jalur Islam adalah suatu kemestian atau suatu yang wajib demi kemenangan cita-cita rakyat;  memandangkan parti Pas sudah kehilangan kredibiliti di kalangan pengundi bukan Melayu dam bukan Islam.

Di sini kita lihat kemunculan AMANAH adalah kehadiran yang memberi kekuatan kepada kesinambungan perjuangan Islam seperti yang dipimpin oleh Ust Fadzil Mohd Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebab itu kita melihat perjuangan Pakatan Harapan semakin mendapat sambutan dan semakin mantap dan padu akhir-akhir ini.

Dari satu sudut ia merupakan suatu wadah parti Islam baru yang progresif menjadi  ruang untuk segolongan besar pemimpin profesional dan ulama untuk meneruskan tugas mereka sebagai ahli parlimen atau Adun setelah mereka secara beramai-ramai ditolak dari parti sejarah. Ini selaras dengan kaedah usul Fiqh ialitu "Al Amrliza dhaqa ittasa",  "Al Masyaqqah tujlibu al taisir".

Segala kejadian di dunia ini umumnya adalah suatu yang ditakdirkan oleh Allah. Umat Islam diajar agar menerima takdir dengan rela dan optimistik. Oleh kerana kehadiran berbagai parti yang memperjuangkan Islam, itupun suatu yang dibenarkan dalam fiqh siasi masa kini, seperti yang dihuraikan oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dan lain-lain, maka kita melihat mungkin Allah mahu mewujudkan suatu fenomena baru dalam perjuangan Islam di mana kekuatan persepakatan di kalangan pembangkang akan lebih kemas dan utuh demi membawa kemenangan yang diharapkan oleh rakyat yang sekian lama tertindas oleh regim korup BN.

Kisah sejarah dan perjalanan hidup Nabi Allah Yusuf a.s. yang penuh ranjau penderitaan boleh menjadi rujukan dan pengamatan kita. Nabi Yusuf berhadapan dengan perjalanan takdir yang perit dan menyedihkan tetapi episod akhirnya adalah suatu kejayaan dan kemajuan untuk beliau sekeluarga bersama adik beradik yang dahulunya bertelagah dan bersengketa.

Takdir Allah sebenarnya penuh dengan kebijaksanaan. Tapi  menusia lumrahnya jahil buruk sangka serta sarat dengan prasangka.

Apa sebenarnya pandangan ulama kontemporari khususnya Dr Yusof al-Qaradhawi dalam soal kepelbagaian jamaah dan parti politik dalam negara umat Islam?

Dalam tulisan beliau bertajuk "Jadaliyatu Ta'addudil Ahzab" beliau menegaskan:

"Tiada terdapat apa-apa halangan syar'ie untuk wujudnya lebih dari satu parti politik dalam negara umat Islam. Kerana halangan syar'ie kalau ada mestilah dengan adanya nas yang mengarahkan demikian, namun tiada nas dalam hal ini.

"Sebaliknya kewujudan pelbagai dan berbilang parti ini mungkin menjadi suatu kemestian justeru ia menghalang sikap kuku besi individu atau kumpulan tertentu dalam masyarakat. Kerana tiada kumpulan lain yang berani menegur dan menentang sikap kuku besi berkenaan..."

Cuma menurut beliau untuk keabsahan kewujudan berbilang parti itu mestilah memenuhi dua syarat berikut:

1. Memperakukan Islam sebagai akidah dan syariah. Tidak memusuhi atau menafikan peranan Islam; meskipun parti berkenaan mempunyai kefahaman tertentu yang khusus dalam sesuatu isu dengan mendasarkan kepada kaedah dan dalil ilmiah yang diakui oleh syarak.

2. Parti berkenaan tidak berbuat untuk kepentingan pihak yang memusuhi Islam dan umatnya.
Perkembangan mutakhir dalam penulisan ulama muslimin muktabar menganggap bahawa sistem demokasi adalah mirip dengan konsep syura dalam Islam. Konsep dan sistem demokrasi sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah kepimpinan politik secara bertamadun dan damai melalui pilihan raya yang adil dan telus.

Meskipun mungkin konsep syura lebih unggul namun untuk sampai ke tahap berkenaan umat manusia perlu menyelesaikan masalah perbalahan dalam menentukan  kepimpinan politik mereka melalui cara yang lebih bertamadun daripada pembunuhan fizikal, anarki dan kezaliman. Oleh itu kaedah mengurus kepelbagaian yang terbaik adalah melalui pendekatan pilihan raya dan bukan melalui kudeta, muncung senjata atau keris berlekuk tiga.

Sejajar dengan itu perlu diberikan peluang untuk parti-parti umat Islam yang berbeda pendekatan membuktikan keunggulan manifesto dan pendekatan mereka sehingga dapat mencapai cita-cita terbaik yang dituntut oleh rakyat. Islam atau kebenaran bukan dimonopoli oleh kumpulan tertentu yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Islam. Sebaliknya ia adalah milik semua manusia atau rakyat.

Oleh itu biarlah mereka berlumba membuktikan kebenaran perjuangan mereka melalui pendekatan yang terbaik sehingga rakyat dapat mengenal pasti dan memilih pihak atau parti yang benar-benar mampu dan berkeupayaan meraih kejayaan.

Kalau kaedah peralihan kuasa dibiarkan tanpa pengendalian secara yang rasional, baik dan berakhlak, akan berlakulah perang saudara, pengkafiran sesama sendiri, penyingkiran dan kerosakan yang besar dalam masyarakat.

Kewujudan pelbagai parti yang sedia berlapang dada dan berkerjasama untuk mencapai cita-cita unggul umat dan rakyat pasti akan membuka peluang yang luas untuk kumpulan yang terbaik memenangi kepimpinan negara tanpa pemalsuan dan amalan rasuah politik yang jelek. Dengan itu Islam serta cita-cita luhur rakyat tentang pembangunan negara secara menyeluruh dapat digapai.
Parti adalah mekanisme politik dalam sistem pemerintahan demokrasi yang membenarkan kepelbagaian ijtihad politik. Ia bukan agama yang menjejaskan akidah ketuhanan seseorang. Perkataan "al jama'ah" yang dimaksudkan oleh banyak hadis yang menyatakan bahawa keluar dari jamaah bermakna terlucut dari akidah Islam adalah jamaah umat Islam keseluruhan atau negara dengan sistem pemerintahannya yang tidak boleh ditentang secara bersenjata dan pembunuhan.
Parti adalah sebahagian dari jamaah yang diwakili oleh jamaah Islam yang lain dalam sebuah negara yang memberi kelonggaran untuk memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan corak kepimpinan politik terbaik secara rasional, damai dan bertamadun.

Dengan adanya keadilan dalam masyarakat, negara dapat dibangun meskipun penduduknya berbilang agama, mazhab, bangsa dan idea. Meskipun demikian pembangunan politik tidak mungkin berjaya tanpa pembangunan keperibadian, pendidikan kemanusiaan yang baik dan berintegriti.

Manusia rakyat dan orang ramai perlu dididik agar mengamalkan nilai kebenaran, kejujuran dan nilai-nilai etika dan akhlak yang baik. Mereka perlu dibebaskan dahulu dari kemiskinan, penyakit dan kemelaratan. Apabila mereka serba cukup mereka tidak mudah makan dedak atau dirasuah dan dibeli  kerana kefakiran dan kemiskinan mereka.

Jati diri mereka perlu disepuh dan diperkukuh sehingga mereka jujur dengan diri, rakyat dan Allah sebagai Tuhan mereka. Dengan itu mereka ada integriti yang tinggi dan tidak mudah menjadi manusia bisu, pekak, buta dan tidak berakal  kerana kerendahan kesedaran, kepudaran integriti serta menurut hawa nafsu dan syaitan.

Pembangunan pendidikan politik yang baik mampu mengurangkan manusia pengampu, menjadi pembodek dan alat pemerintah yang korup dan zalim.

Kepelbagaian jamaah mengakibatkan sesetengah pihak bersikap ghulu (melampau) sehingga menghukumkan mereka yang keluar parti atau jamaah sebagai munafik, pengkhianat malah terkeluar dari Islam (kafir). Komen ustaz?

Kerana kekurangan ilmu dan hati budi yang lemah di samping sifat serakah mahu berkuasa di samping dikuasai oleh sifat negatif seperti egois, marah melampau, sikap ekstremis dan tidak ada penghargaan kepada orang lain, juga kerana rasa besar diri dan sombong, maka seseorang itu boleh sahaja berlaku zalim dan tidak adil kepada sahabat, orang lain dan malah kepada lawan politik; sama ada  parti politik, kumpulan tertentu atau individu tertentu.

Ditambah lagi dengan kekurangan ilmu, maka masyarakat semakin kalut dengan tindakan takfir,  takhwin,  keganasan dan pemutusan hubungan silaturrahim yang dilakukan oleh segelintir manusia yang rapuh jati diri mereka dan berfikiran sempit.

Sebab itu kefahaman tentang bentuk penglibatan gerakan Islam atau parti Islam dengan fiqh politik Islam semasa adalah suatu kemestian untuk dikuasai oleh para aktivis, kalangan pemimpin,  pengikut dan rakyat umumnya.

Buku-buku rujukan perlu lebih semasa (up to date) dan dari kalangan ilmuan zaman sekarang. Jika tidak maka akan berlaku salah faham, salah terap dan salah konteks dalam memahami dalil-dalil syarak yang pelbagai dan boleh membawa banyak maksud dan implikasi.

Perubahan geopolitik, perubahan suasana politik internasional serta realiti yang sangat rencam memerlukan kebijaksanaan dalam mencari jalan penyelesaian yang mungkin memerlukan kaedah berfikir yang sangat kritis dan bijak, tatacara yang bertahap, strategi pelbagai fungsi, kesabaran yang tinggi serta sifat tolerensi yang terbit dari kebijaksanaan mengurus pertikaian yang rumit dan ruwet.
Ilmu khusus mengenai cara menangani konflik politik, perselisihan dalaman, isu ekonomi, budaya dan keluarga perlu dipelajari, dikuasai dan diterapkan demi mengelakkan keadaan menjadi semakin kusut dan rumit.

Golongan yang menghadapi perkara seperti ini dengan logik mudah, semberono dan serampangan pasti gagal. Ia bukan sahaja gagal berpakat, bahkan gagal berkawan dan bersahabat dan gagal mencapai keamanan dalam diri sendiri sehingga berlaku krisis mental dan kejiwaan yang mendedahkan kerendahan mutu akhlak dan etika mereka di mata rakyat.
Islam bukan hanya retorik, dakwaan, pakaian luaran atau simbol. Islam adalah penghayatan, sikap istiqamah menentang kejahatan dan kezaliman dan tidak mudah dikelabukan oleh apa jua bentuk dedak yang ditabur oleh lawan atau musuh.
Dengan membaca buku  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertajuk "Dari Pas ke AMANAH: Berani Berprinsip", mungkin banyak membantu kita untuk memahami latarbelakang kemunculan AMANAH dan peranan yang diharapkan dari parti berkenaan.
Ustaz Abdul Ghani ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia di Konya Turki.Ustaz Abdul Ghani ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia di Konya Turki.

Sejauh mana AMANAH mengangkat martabat ulama dalam parti dan organisasi? 
Sebagai parti Islam, ulama mempunyai mertabat dan peranannya yang tersendiri yang diperakui oleh semua pimpinan parti. Oleh kerana perlembagaan parti pun dalam proses pemantapan maka kedududukan serta peranan Penasihat Umum dan ahli jawatankuasanya yang terdiri dari ilmuan dari berbagai bidang takhassus untuk  mengajukan khidmat kepada parti masih dalam perumusan pihak yang bertanggungjawab.

Saya yakin pengalaman pimpinan atasan AMANAH dalam mengalami beberapa cubaan dan karenah pimpinan politik dalam parti sejarah memberi ketajaman daya berfikir dan kebolehan untuk merumuskan kaedah terbaik dalam menyusun atur hubungan profesional dengan ulama secara yang lebih berkesan demi mencaturi tindakan pengurusan dan politik parti.
Kita tidak harus terpedaya dengan pangkat,  gelaran dan panggilan ulama atau ustaz tanpa melihat dan menimbang keupayaan atau kepintaran politik yang sebenar yang dimiliki oleh seseorang. Jika tidak, akan berlaku kesilapan dan kepincangan dalam meletakkan kepercayaan sehingga berlaku kerosakan  pada imej AMANAH.
Pengaruh ulama juga sangat ketara dengan peranan mereka dalam Siri Seminar Nunji (Nadwah Ulama Nahdah Jadidah) dan seminar seminar ilmu tentang Maqasid Syariah yang merumuskan antara lain kenyataan berikut:

1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Negara.
2. Memantap dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali semula khazanah Siyasah Syariyyah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana dan keperluan setempat bagi menghasilkan "Fiqh Siyasah Acuan Malaysia".
3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi kebenaran, dan mempertahankan sebarang pencabulan terhadapnya sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara berpandukan ketetapan Siyasah Syar'iyyah.
4. Memperjuangkan bahawa Syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan Syariat dengan hanya Hudud semata-mata.
5. Menetapkan dan memperjuangkan bahawa satu dasar Islam menepati makna Rahmatan Lil Alamin, diterjemahkan melalui wujudnya sebuah Negara Madani berteraskan kepimpinan beramanah kepada rakyat yang berbagai kaum dan agama di Malaysia.
6. Meyakini dan menghayati bahawa kepelbagaian jamaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.
7. Meyakini bahawa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik pemuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.

Berpuluh ilmuan dan ulama lama dan muda yang terpelajar dan berbakat dalam penulisan dan pengkajian mereka ikut menyertai parti Islam yang progresif dan inklusif ini adalah bukti bahawa parti ini akan membawa obor kemenangan rakyat, umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya untuk masa-masa yang akan datang.

mdl

IKLAN BERBAYAR

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!! 

MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my

Khamis, Ogos 18, 2016

TERBONGKAR!!! : PINDAAN RUU355 TIADA KAITAN DENGAN HUKUM HUDUD KELANTAN

Ustaz Che Ibrahiam MohamadUstaz Che Ibrahiam Mohamad


Bekas setiausaha badan penggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993), Ustaz Che Ibrahiam Mohamad berkata percubaan mengaitkan pindaan RUU 355 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang 26 Mei lalu dengan pelaksanaan hukum Hudud merupakan satu kekeliruan besar.

"Pindaan RUU 355 ini hanyalah satu ubahsuai kepada akta ibu yang telah diguanpakai sekarang iaitu Akta 355 atau nama penuhnya Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.

"Akta tersebut telah diluluskan di parlimen pada April 1965 dan telah dibuat pindaan oleh kerajaan persekutuan sebanyak dua kali," katanya.

Selain itu katanya, Akta 355 juga turut dikenali nama lain sebagai Akta 356 kerana merujuk kepada hukuman tiga tahun penjara, denda sebanyak lima ribu ringgit dan sebatan sebanyak enam kali.

"Terdapat tiga perkara yang penting di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.

"Pertama hanya terpakai kepada orang islam sahaja, kedua memberi kuasa makhamah syariah berkaitan dengan kesalahan yang melanggar perintah rukun agama dan ketiga kuasa hukuman yakni merujuk kepada penjara tiga tahun, denda lima ribu ringgit dan sebat sebanyak enam kali," katanya dalam program wacana "Salah Faham RUU 355" Yang berlangsung malam tadi di Kota Bharu.

Cadangan pindaan RUU 355 ini katanya, adalah bertujuan untuk membuat pindaan Akta 355.
Antaran perkara yang dicadangkan menurut beliau ialah meminda bidang kuasa jenayah yang ada dalam akta ibu yang menyebut hanya terhad kepada kesalahan perintah agama.

"Tetapi RUU 355 yang dibentang mencadangkan kesalahan boleh dibicarakan dalam makhamah syariah termasuk kesalahan yang lain dalam butiran 1 Senarai II Negeri Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan.

"Juga membuang atau menukar kuasa hukuman sebelum ini dalam Akta 355 kepada suatu hukuman mengikut undang-undang islam selain hukuman mati," katanya.

Menurut beliau jika diteliti kandungan usul persendirian ini, Akta 355 yang dimasyhurkan RUU 355 tiada kaitan langsung dengan Kanun Jenayah Syariah (1993) Kelantan 2015.


"Dalam erti kata lain, Kanun Jenayah Syariah 2015 yang diluluskan pada 19 Mac 2015 di dalam sidang Dun Kelantan yang lepas tiada kaitan dengan RUU 355," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

HANYA MODAL BERMULA RM55.00 SAHAJA ANDA BOLEH MENJANA INCOME PASIF SETIAP BULAN. 

BELI SEKALI..UNTUNG BERKALI-KALI. LIHAT ANDA BELI HARGA RM55.00 UNTUK 1 LOT. 

1 LOT ANDA DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA DAPAT RM800,000.00 
3000 LOT ANDA DAPAT RM1,2000,000.00 

BELILAH IKUT KEMAMPUAN ANDA RUJUK SINI 

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive