Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 22, 2016

PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI TERUS TEKAN KETUA POLIS NEGARA DLM ISU 1MDB


ULASAN l Saya dihubungi oleh Inspektor Haniff dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh semalam untuk dimaklumkan bahawa saya sedang disiasat ekoran ucapan saya di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 10 Ogos 2016 iaitu semasa perhimpunan meraikan ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-69.

Saya juga dimaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya pada hari Khamis 25 Ogos ini.

Hari Sabtu lalu, tiga aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan #TangkapMO1 - dijadual berlangsung hujung minggu ini - ditahan dan digari polis di Seri Iskandar, Perak. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama tiga hari.

Dalam suasana kemarahan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak masih memuncak ekoran pelbagai pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat yang dikaitkan dengan 1MDB, tindakan dilihat kasar terhadap sebarang kritikan kepada agensi itu atau perdana menteri tidak membantu menaikkan imej pasukan polis.

Apatah lagi apabila tindakan tegas yang sama tidak diambil ke atas pelbagai laporan polis yang telah dibuat selama bertahun-tahun terhadap individu-individu utama di belakang 1MDB.

Alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini ialah untuk menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memuktamadkan terlebih dahulu siasatan terhadap 1MDB. Setelah kedua-dua siasatan ini selesai, alasan terbaru beliau ialah pihak polis hanya akan mengambil tindakan berdasarkan siasatan Ketua Audit Negara.

Tindakan tak sama tegas

Ketua Polis Negara sebenarnya lupa bahawa saya sendiri telah membuat dua laporan polis terhadap individu utama di belakang 1MDB selepas siasatan Ketua Audit Negara diketahui umum. Maknanya kedua-dua laporan polis yang saya buat mematuhi kriteria ditetapkan Ketua Polis Negara - iaitu tindakan boleh diambil hasil penemuan hasil daripada siasatan Ketua Audit Negara.

Dua laporan polis yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
  • Pada 30 Mac 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan 1MDB yang lain setelah satu muka surat laporan Ketua Audit Negara yang bocor mendapati bahawa pengurusan 1MDB membuat pembayaran sebanyak RM288 juta tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-arulkanda-kandasamy/
  • Pada 18 April 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Jho Low ekoran laporan Jawatankuasa PAC pada muka surat 8 hingga 14 yang secara jelas memperincikan pelbagai pelanggaran undang-undang yang boleh disiasat di bawah Akta Syarikat, Akta SPRM, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang melibatkan Jho Low. Selain saya, laporan yang sama juga dibuat di seluruh negara oleh rakyat biasa. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-jho-low-berdasarkan-bukti-dalam-laporan-jawatankuasa-kira-kira-awam-pac/
Sehingga kini kedua-dua mereka masih belum ditahan dan kita tidak mendapat apa-apa maklumat daripada Tan Sri Khalid mengenai tindakan yang telah diambil ekoran daripada laporan polis saya dan mendapat liputan meluas di kalangan rakyat.

Oleh sebab itulah, apabila pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB tetapi tiada tindakan sama tidak diambil terhadap watak-watak di belakang 1MDB, ia sudah tentu menjejaskan imej pasukan polis di mata rakyat. Malah penahanan siswa hujung minggu lalu berkemungkinan menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap pasukan polis.

Saya yakin pegawai-pegawai yang terbabit hanya menjalankan tugas kerana diarahkan. Saya tahu ramai di kalangan anggota polis yang mempunyai pandangan yang sama dengan rakyat terbanyak mengenai skandal 1MDB: Mereka marah dan berasa jijik dengan penyalahgunaan wang rakyat ketika mereka (anggota polis) turut mengalami kesusahan seperti rakyat biasa.

Dua hari lalu (Sabtu) saya menyampaikan ceramah di Tambun yang berkisar mengenai kesan skandal 1MDB kepada rakyat. Ceramah itu turut dipantau oleh pasukan polis tempatan yang datang dalam jumlah yang ramai (sekitar lima hingga tujuh orang) dengan lengkap beruniform.

Di akhir ceramah ketika saya bergerak ke kereta, beberapa orang daripada anggota polis beruniform itu menghampiri saya.

Saya ingat mereka mendekati saya untuk menangkap saya seperti kebiasaannya, sebaliknya mereka meminta untuk “tangkap gambar” dengan saya tanpa sedikit pun merasa malu untuk menutup nombor polis yang ada di uniform mereka.

Ketua Polis Negara sewajarnya tahu bahawa tindakan dan sikap beliau boleh dilihat mengheret nama baik pasukan polis yang boleh dituduh melindungi pesalah di belakang 1MDB sedangkan sebahagian besar anggota polis sendiri marah dengan skandal 1MDB.

Jika ini berterusan, ia boleh melemahkan semangat (morale) pasukan polis.

Jika kenyataan dan sikap Khalid berterusan begini, saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya untuk membuat laporan polis terhadap beliau atas kegagalannya mengambil tindakan terhadap laporan-laporan polis yang dibuat terhadap Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.



RAFIZI RAMLI anggota parlimen kawasan Pandan, merangkap naib presiden serta setiausaha agung PKR

mk

IKLAN BERBAYAR

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!!  


CARANYA, MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my

25 ulasan:

  1. Xramai yg berani mcm rafizi.ramai yg mabuk dedak mcm pas 90juta satu parti kena beli....

    BalasPadam
  2. Kita lapor kat Agong lah.
    Apa maksud pDrM

    BalasPadam
  3. Lapor la mana2 pun xjd apa nya..kuasa dedak melebihi segalanya...

    BalasPadam
  4. Cash Is King. Keimanan lebai2 pun boleh dibeli dgn 90juta hasil rompakan duit rakyat terbesar di dunia.

    BalasPadam
  5. Mana wsnrosli. Xkan nangis kot.hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn khuatir.. Pastinya kafir harbi lah yg terbaek di mata munafikin..

      Padam
    2. Tu yg aji sotong tgah kira2 brpa kos gi london tpt kapir harbi tuu...sbil gi saman sbil tu jalan sakan.

      Padam
    3. Kan betul tu kafir harbi tak perlu khuatir..

      Padam
    4. Kahkahkah.wanrosli br lepas nangis ek.kahkahkah.semoga xda yg terasa!.Kahkahkah

      Padam
    5. Pigs xperlu khuatir lagi kerana munafikun umno akan menawarkan lagi tmbahan 90juta utk hujah bodoh pigs...semoga pigs xterasa!

      Padam
    6. Seronok bukan kepalang kafir harbi bila ditatang sebegitu rupa.. Tak payah blk mulut ada je si munafikin mempertahankan sepanjang masa..

      Macai sebegini yg perlu dibela lebih lama kata kafir harbi..

      Padam
    7. Keldai munafikun tunggangan lebai2 pembohong bersiri pertahankan tuannya makan duit rompakan 90juta.

      Keldai2 sebegini yg perlu dibela lebih lama kata ulama2 su. Memalukan Islam.

      Dari PASIK ke PIGS

      Padam
    8. Wanrosli terasa ke.kikikikiki

      Padam
    9. Betullah orang kata, kafir harbi dah boleh berehat panjang.. MUNAFIKUN KAN ADO!!

      Padam
    10. MUNAFIKUN PASIK BERTUKAR KE PIGS PENUNGGANG AGAMA. MENIPU ALLAH DAN UMAT ISLAM DULU, KINI DAN SELAMANYA..

      KAH KAH KAH

      Padam
    11. KAFIR HARBI tak payah susah- susah,
      MUNAFIKUN KAN ADO!!

      Padam
    12. KAH KAH KAH

      MUNAFIKUN PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA (PIGS) KAN ADO!! MEMALUKAN ISLAM!!

      Padam
    13. Saya komen tak perlu pun sebut nama sape2 tapi dah terasa nak wat camana?

      Padam
    14. Undi PIGS = Undi Umno

      Harap takde yg terasa..

      Pas Ikatan Gagasan Sejahtera PIGS

      KAH KAH KAH

      Padam
    15. Sanggup pertahankan status munafikun hanya kerana sayang sesangat pd kafir harbi!

      Tengok! Tak sebut pun nama sesiapa?

      Padam
    16. KAH KAH KAH

      Macai PIGS penjual agama dah terasa!!

      Padam
    17. Undi Munafikun = Undi Kafir Harbi!

      Amacam? Masih tak tujukan pd sesiapa.. Ini sebenarnya adalah kenyataan!

      Padam
    18. Undi munafikun PIGS = Undi Umno dan kafir harbi

      Ini sebenarnya adalah kenyataan!

      KAH KAH KAH

      Padam
    19. Bagus lah dah setuju bahawa undi munafikun = undi kafir harbi! SATU gandingan yg mantap sekali..

      Padam
    20. Mantap lagi gandingan pigs(pas ikatan gagasan sejahtera) disulami 90 juta.kahkahkahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...