USTAZ ABDUL GHANI BIN SAMSUDIN berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Mendapat pendidikan awal di SK Masjid Tanah, Sekolah Menengah Agama Al-Junaid, Singapura sebelum mengikuti pengajian di Sekolah Menengah al Azhar (1965-1967). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir (1967-1974) dan memperolehi Sarjana (Syariah) dalam bidang perbandingan mazhab dan undang-undang. Berkhidmat sebagai guru, penasihat agama UiTM, pensyarah dan ketua jabatan di Universiti Malaya (1980-2001), beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Insaniah (2011-2013). Beliau kini Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Sedunia (sejak 2010), Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia (sejak 2014) dan Penasihat MAPIM. Menghasil dan menterjemahkan lebih 10 buku antaranya karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Tafsir Al Munir oleh Dr. Wahbah al Zuhaili. Pernah bergiat aktif di dalam Abim, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pas, beliau kini menjawat Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (sejak 2015). Wawancara ini diterbitkan atas ihsan akhbar Amanah, suara rasmi Parti Amanah Negara.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">
Sebagai parti Islam baru di persada politik negara, apa yang membezakan AMANAH dengan parti-parti Islam lain di negara ini?
Sejarah kemunculan Parti Amanah Negara memang sangat unik dan mendesak. Ia lahir dari krisis kelainan dan kepelbagaian pendekatan menangani masalah dan isu politik yang pelbagai dan rencam.
Ia terbit dari kesilapan pimpinan utama, pengaruh dan kecenderungan kedaerahan, persanggitan golongan profesional dengan golongan yang dianggap ulama tradisional kerana perbedaan pendekatan menyelesaikan masalah politik negara dan juga kerana tuntutan memperkukuh pakatan tahaluf parti-parti pembangkang demi mewujudkan posisi strategik yang lebih memihak kepada parti-parti pembangkng demi kelangsungan perjuangan menumpaskan kebatilan, kezaliman, kejahatan dan rasuah.
Meskipun parti ini dinafikan hak untuk menamakan dirinya dengan Islam namun ia adalah parti Islam yang progresif, prihatin dan peduli terhadap nasib rakyat, menampilkan gaya penyelesaian masalah politik negara dengan pendekatan yang bijaksana, bertahap, berlemah-lembut dan dengan kesabaran yang tinggi demi merealisasi konsep Islam sebagai "rahmatan lil 'Aalamin" (rahmat bagi sekalian alam).
Ini kerana barisan pemimpinnya bukan kalangan orang baru tetapi adalah dari kalangan profesional dan ulama yang menggerakkan parti sejarah (Pas) dan bertungkus lumus mendepani isu-isu yang di garap oleh parti berkenaan. Sebab itu dalam tempoh yang singkat dia dapat membentuk jentera dan cawangannya di seluruh negara malah dapat mengatasi pencapaian parti sejarah dalam salah satu dari dua kawasan pilihan raya yang ditandinginya; seperti di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.
Gandingan antara kepimpinan ilmuan profesional dan ulama yang berkaliber membentuk kepimpinan yang selaras dengan tuntutan Islam masa kini dengan kepakaran dan pengalaman masing-masing menjanjikan kemantapan strategi dan tindakan dalam memposisikan parti dan mengatasi isu-isu politik dalaman dan luaran.
Keilmuan dan pengalaman yang lama sebagai ilmuan agama, 17 tahun pengalaman sebagai pemimpin PUM, beberapa tahun sebagai Naib Presiden Pas, selain sekian lama menjawat jawatan penting di Pusat Islam, Penasihat Umum AMANAH Ust Ahmad Awang yang dibantu oleh saya, mempunyai kematangan dalam memberi pandu arah yang tepat - Insya Allah - terhadap hala tuju parti tanpa terpusing dan tidak tentu hala.
Barisan kepimpinan utama yang berilmu yang terdiri dari kalangan pemegang doktor falsafah (PhD), Sarjana dan Sarjana Muda di samping mereka yang sudah lama berpengalaman dalam gerak kerja kepartian menjanjikan masa depan yang positif untuk AMANAH.
Apa yang membezakan parti ini dengan parti sejarah adalah ia sebagai satu komponen penting dalam Pakatan Harapan yang boleh menyatukan suara rakyat untuk menggantikan kerajaan yang korup dan merompak wang rakyat. Ia manifestasi istiqamah untuk terus memperjuangkan cita-cita wadah politik sebelumnya untuk terus menentang kezaliman, menerajui pemerintahan melalui kerjasama dan permuafakatan politik yang rasional, bertenggang-rasa serta dengan pendekatan merahmati semua kalangan masyarakat yang berbagai bangsa dan agama.
Apa pandangan ustaz tentang pendapat bahawa kewujudan parti Islam baru tidak membawa kebaikan tapi hanya memecahbelahkan ummah?
Apabila perjuangan Islam kehilangan posisi perjuangan yang strategik sehingga hilang harapan untuk memerintah dan mengambil alih kepimpinan politik negara dari tangan rejim yang korup menyebabkan rakyat akan kehilangan harapan untuk mencapai cita-citanya melalui tindakan mengundi parti sejarah berkenaan.
Ini bermakna wajib ada wadah atau parti Islam lain yang baru untuk mengambalikan perjuangan Islam pada posisinya yang kukuh dan berkemungkinan untuk menang melalui suatu tahaluf atau pakatan yang dipercayai oleh rakyat; yang mampu bertarung dan menggantikan BN.
Oleh kerana tidak mungkin BN dikalahkan melainkan melalui pakatan pembangkang, maka mewujudkan dan mengukuhkan semula kehadiran pakatan pembangkang adalah suatu kewajiban dan kemestian.
Sebab itu kehadiran AMANAH yang mewakili jalur Islam adalah suatu kemestian atau suatu yang wajib demi kemenangan cita-cita rakyat; memandangkan parti Pas sudah kehilangan kredibiliti di kalangan pengundi bukan Melayu dam bukan Islam.
Di sini kita lihat kemunculan AMANAH adalah kehadiran yang memberi kekuatan kepada kesinambungan perjuangan Islam seperti yang dipimpin oleh Ust Fadzil Mohd Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebab itu kita melihat perjuangan Pakatan Harapan semakin mendapat sambutan dan semakin mantap dan padu akhir-akhir ini.
Dari satu sudut ia merupakan suatu wadah parti Islam baru yang progresif menjadi ruang untuk segolongan besar pemimpin profesional dan ulama untuk meneruskan tugas mereka sebagai ahli parlimen atau Adun setelah mereka secara beramai-ramai ditolak dari parti sejarah. Ini selaras dengan kaedah usul Fiqh ialitu "Al Amrliza dhaqa ittasa", "Al Masyaqqah tujlibu al taisir".
Segala kejadian di dunia ini umumnya adalah suatu yang ditakdirkan oleh Allah. Umat Islam diajar agar menerima takdir dengan rela dan optimistik. Oleh kerana kehadiran berbagai parti yang memperjuangkan Islam, itupun suatu yang dibenarkan dalam fiqh siasi masa kini, seperti yang dihuraikan oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dan lain-lain, maka kita melihat mungkin Allah mahu mewujudkan suatu fenomena baru dalam perjuangan Islam di mana kekuatan persepakatan di kalangan pembangkang akan lebih kemas dan utuh demi membawa kemenangan yang diharapkan oleh rakyat yang sekian lama tertindas oleh regim korup BN.
Kisah sejarah dan perjalanan hidup Nabi Allah Yusuf a.s. yang penuh ranjau penderitaan boleh menjadi rujukan dan pengamatan kita. Nabi Yusuf berhadapan dengan perjalanan takdir yang perit dan menyedihkan tetapi episod akhirnya adalah suatu kejayaan dan kemajuan untuk beliau sekeluarga bersama adik beradik yang dahulunya bertelagah dan bersengketa.
Takdir Allah sebenarnya penuh dengan kebijaksanaan. Tapi menusia lumrahnya jahil buruk sangka serta sarat dengan prasangka.
Apa sebenarnya pandangan ulama kontemporari khususnya Dr Yusof al-Qaradhawi dalam soal kepelbagaian jamaah dan parti politik dalam negara umat Islam?
Dalam tulisan beliau bertajuk "Jadaliyatu Ta'addudil Ahzab" beliau menegaskan:
"Tiada terdapat apa-apa halangan syar'ie untuk wujudnya lebih dari satu parti politik dalam negara umat Islam. Kerana halangan syar'ie kalau ada mestilah dengan adanya nas yang mengarahkan demikian, namun tiada nas dalam hal ini.
"Sebaliknya kewujudan pelbagai dan berbilang parti ini mungkin menjadi suatu kemestian justeru ia menghalang sikap kuku besi individu atau kumpulan tertentu dalam masyarakat. Kerana tiada kumpulan lain yang berani menegur dan menentang sikap kuku besi berkenaan..."
Cuma menurut beliau untuk keabsahan kewujudan berbilang parti itu mestilah memenuhi dua syarat berikut:
1. Memperakukan Islam sebagai akidah dan syariah. Tidak memusuhi atau menafikan peranan Islam; meskipun parti berkenaan mempunyai kefahaman tertentu yang khusus dalam sesuatu isu dengan mendasarkan kepada kaedah dan dalil ilmiah yang diakui oleh syarak.
2. Parti berkenaan tidak berbuat untuk kepentingan pihak yang memusuhi Islam dan umatnya.
Perkembangan mutakhir dalam penulisan ulama muslimin muktabar menganggap bahawa sistem demokasi adalah mirip dengan konsep syura dalam Islam. Konsep dan sistem demokrasi sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah kepimpinan politik secara bertamadun dan damai melalui pilihan raya yang adil dan telus.
Meskipun mungkin konsep syura lebih unggul namun untuk sampai ke tahap berkenaan umat manusia perlu menyelesaikan masalah perbalahan dalam menentukan kepimpinan politik mereka melalui cara yang lebih bertamadun daripada pembunuhan fizikal, anarki dan kezaliman. Oleh itu kaedah mengurus kepelbagaian yang terbaik adalah melalui pendekatan pilihan raya dan bukan melalui kudeta, muncung senjata atau keris berlekuk tiga.
Sejajar dengan itu perlu diberikan peluang untuk parti-parti umat Islam yang berbeda pendekatan membuktikan keunggulan manifesto dan pendekatan mereka sehingga dapat mencapai cita-cita terbaik yang dituntut oleh rakyat. Islam atau kebenaran bukan dimonopoli oleh kumpulan tertentu yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Islam. Sebaliknya ia adalah milik semua manusia atau rakyat.
Oleh itu biarlah mereka berlumba membuktikan kebenaran perjuangan mereka melalui pendekatan yang terbaik sehingga rakyat dapat mengenal pasti dan memilih pihak atau parti yang benar-benar mampu dan berkeupayaan meraih kejayaan.
Kalau kaedah peralihan kuasa dibiarkan tanpa pengendalian secara yang rasional, baik dan berakhlak, akan berlakulah perang saudara, pengkafiran sesama sendiri, penyingkiran dan kerosakan yang besar dalam masyarakat.
Kewujudan pelbagai parti yang sedia berlapang dada dan berkerjasama untuk mencapai cita-cita unggul umat dan rakyat pasti akan membuka peluang yang luas untuk kumpulan yang terbaik memenangi kepimpinan negara tanpa pemalsuan dan amalan rasuah politik yang jelek. Dengan itu Islam serta cita-cita luhur rakyat tentang pembangunan negara secara menyeluruh dapat digapai.
Parti adalah mekanisme politik dalam sistem pemerintahan demokrasi yang membenarkan kepelbagaian ijtihad politik. Ia bukan agama yang menjejaskan akidah ketuhanan seseorang. Perkataan "al jama'ah" yang dimaksudkan oleh banyak hadis yang menyatakan bahawa keluar dari jamaah bermakna terlucut dari akidah Islam adalah jamaah umat Islam keseluruhan atau negara dengan sistem pemerintahannya yang tidak boleh ditentang secara bersenjata dan pembunuhan.Parti adalah sebahagian dari jamaah yang diwakili oleh jamaah Islam yang lain dalam sebuah negara yang memberi kelonggaran untuk memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan corak kepimpinan politik terbaik secara rasional, damai dan bertamadun.
Dengan adanya keadilan dalam masyarakat, negara dapat dibangun meskipun penduduknya berbilang agama, mazhab, bangsa dan idea. Meskipun demikian pembangunan politik tidak mungkin berjaya tanpa pembangunan keperibadian, pendidikan kemanusiaan yang baik dan berintegriti.
Manusia rakyat dan orang ramai perlu dididik agar mengamalkan nilai kebenaran, kejujuran dan nilai-nilai etika dan akhlak yang baik. Mereka perlu dibebaskan dahulu dari kemiskinan, penyakit dan kemelaratan. Apabila mereka serba cukup mereka tidak mudah makan dedak atau dirasuah dan dibeli kerana kefakiran dan kemiskinan mereka.
Jati diri mereka perlu disepuh dan diperkukuh sehingga mereka jujur dengan diri, rakyat dan Allah sebagai Tuhan mereka. Dengan itu mereka ada integriti yang tinggi dan tidak mudah menjadi manusia bisu, pekak, buta dan tidak berakal kerana kerendahan kesedaran, kepudaran integriti serta menurut hawa nafsu dan syaitan.
Pembangunan pendidikan politik yang baik mampu mengurangkan manusia pengampu, menjadi pembodek dan alat pemerintah yang korup dan zalim.
Kepelbagaian jamaah mengakibatkan sesetengah pihak bersikap ghulu (melampau) sehingga menghukumkan mereka yang keluar parti atau jamaah sebagai munafik, pengkhianat malah terkeluar dari Islam (kafir). Komen ustaz?
Kerana kekurangan ilmu dan hati budi yang lemah di samping sifat serakah mahu berkuasa di samping dikuasai oleh sifat negatif seperti egois, marah melampau, sikap ekstremis dan tidak ada penghargaan kepada orang lain, juga kerana rasa besar diri dan sombong, maka seseorang itu boleh sahaja berlaku zalim dan tidak adil kepada sahabat, orang lain dan malah kepada lawan politik; sama ada parti politik, kumpulan tertentu atau individu tertentu.
Ditambah lagi dengan kekurangan ilmu, maka masyarakat semakin kalut dengan tindakan takfir, takhwin, keganasan dan pemutusan hubungan silaturrahim yang dilakukan oleh segelintir manusia yang rapuh jati diri mereka dan berfikiran sempit.
Sebab itu kefahaman tentang bentuk penglibatan gerakan Islam atau parti Islam dengan fiqh politik Islam semasa adalah suatu kemestian untuk dikuasai oleh para aktivis, kalangan pemimpin, pengikut dan rakyat umumnya.
Buku-buku rujukan perlu lebih semasa (up to date) dan dari kalangan ilmuan zaman sekarang. Jika tidak maka akan berlaku salah faham, salah terap dan salah konteks dalam memahami dalil-dalil syarak yang pelbagai dan boleh membawa banyak maksud dan implikasi.
Perubahan geopolitik, perubahan suasana politik internasional serta realiti yang sangat rencam memerlukan kebijaksanaan dalam mencari jalan penyelesaian yang mungkin memerlukan kaedah berfikir yang sangat kritis dan bijak, tatacara yang bertahap, strategi pelbagai fungsi, kesabaran yang tinggi serta sifat tolerensi yang terbit dari kebijaksanaan mengurus pertikaian yang rumit dan ruwet.
Ilmu khusus mengenai cara menangani konflik politik, perselisihan dalaman, isu ekonomi, budaya dan keluarga perlu dipelajari, dikuasai dan diterapkan demi mengelakkan keadaan menjadi semakin kusut dan rumit.
Golongan yang menghadapi perkara seperti ini dengan logik mudah, semberono dan serampangan pasti gagal. Ia bukan sahaja gagal berpakat, bahkan gagal berkawan dan bersahabat dan gagal mencapai keamanan dalam diri sendiri sehingga berlaku krisis mental dan kejiwaan yang mendedahkan kerendahan mutu akhlak dan etika mereka di mata rakyat.
Islam bukan hanya retorik, dakwaan, pakaian luaran atau simbol. Islam adalah penghayatan, sikap istiqamah menentang kejahatan dan kezaliman dan tidak mudah dikelabukan oleh apa jua bentuk dedak yang ditabur oleh lawan atau musuh.Dengan membaca buku Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertajuk "Dari Pas ke AMANAH: Berani Berprinsip", mungkin banyak membantu kita untuk memahami latarbelakang kemunculan AMANAH dan peranan yang diharapkan dari parti berkenaan.
Sejauh mana AMANAH mengangkat martabat ulama dalam parti dan organisasi?
Sebagai parti Islam, ulama mempunyai mertabat dan peranannya yang tersendiri yang diperakui oleh semua pimpinan parti. Oleh kerana perlembagaan parti pun dalam proses pemantapan maka kedududukan serta peranan Penasihat Umum dan ahli jawatankuasanya yang terdiri dari ilmuan dari berbagai bidang takhassus untuk mengajukan khidmat kepada parti masih dalam perumusan pihak yang bertanggungjawab.
Saya yakin pengalaman pimpinan atasan AMANAH dalam mengalami beberapa cubaan dan karenah pimpinan politik dalam parti sejarah memberi ketajaman daya berfikir dan kebolehan untuk merumuskan kaedah terbaik dalam menyusun atur hubungan profesional dengan ulama secara yang lebih berkesan demi mencaturi tindakan pengurusan dan politik parti.
Kita tidak harus terpedaya dengan pangkat, gelaran dan panggilan ulama atau ustaz tanpa melihat dan menimbang keupayaan atau kepintaran politik yang sebenar yang dimiliki oleh seseorang. Jika tidak, akan berlaku kesilapan dan kepincangan dalam meletakkan kepercayaan sehingga berlaku kerosakan pada imej AMANAH.Pengaruh ulama juga sangat ketara dengan peranan mereka dalam Siri Seminar Nunji (Nadwah Ulama Nahdah Jadidah) dan seminar seminar ilmu tentang Maqasid Syariah yang merumuskan antara lain kenyataan berikut:
1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Negara.
2. Memantap dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali semula khazanah Siyasah Syariyyah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana dan keperluan setempat bagi menghasilkan "Fiqh Siyasah Acuan Malaysia".
3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi kebenaran, dan mempertahankan sebarang pencabulan terhadapnya sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara berpandukan ketetapan Siyasah Syar'iyyah.
4. Memperjuangkan bahawa Syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan Syariat dengan hanya Hudud semata-mata.
5. Menetapkan dan memperjuangkan bahawa satu dasar Islam menepati makna Rahmatan Lil Alamin, diterjemahkan melalui wujudnya sebuah Negara Madani berteraskan kepimpinan beramanah kepada rakyat yang berbagai kaum dan agama di Malaysia.
6. Meyakini dan menghayati bahawa kepelbagaian jamaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.
7. Meyakini bahawa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik pemuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.
Berpuluh ilmuan dan ulama lama dan muda yang terpelajar dan berbakat dalam penulisan dan pengkajian mereka ikut menyertai parti Islam yang progresif dan inklusif ini adalah bukti bahawa parti ini akan membawa obor kemenangan rakyat, umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya untuk masa-masa yang akan datang.
mdl
IKLAN BERBAYAR
HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!!
MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM
CARANYA :
BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA...
1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00
ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!!
MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my
Pas plak kata daftar ahli pas dapat tiket.no tiket tu utk masuk syurga.kahkahkah
BalasPadamSeelonknya Ulama tersohor lagi hebat ni mendokan agar PANdir tidak dibubarkan.
BalasPadamKalau PANdir terbubar kemana lagi Ulama PANdir nak tadah doa.
Mungkin DAPig's akan melantik Ulama hebat lagi tersohor ni sebagai pembaca doa rasmi pada setiap event DAPig's.
PANdir hanya tinggal nama, iru pun hanya seketika. Kahkahkahkah.
Salam En. Tanpa Nama,
PadamJangan cepat mengata orang, takut terkena diri sendiri.
Hari tu kata DAPigs, sekarang PAS+Ikatan+Gagasan Sejahtera = PIGS, apa cerita??
Allah dah tunjukkan tanda, hati-hati!!!
Dah terbukti DAPig'S adalah peminat PIG's, pemakan PIG's, tak salah mengata perkara yang benar.
PadamDAPig's dah tak larat nak biayai PANdir, dana yahudi dah berkurangan, PANdir tiada tambah nilai, umpama memikul biawak hidup.
PKR dan PANdir tengah bersengketa, PKR kata PANdir hanya 'khadam' kepada DAPig's, PANdir kata PKR kacang yang lupakan kulit.
Kahkahkah......bungkuslah wahai pelanggar bai'ah, sedarlah dan insaflah diri sebelum terlambat.
Nobody,
PadamItulah tanda-tanda kemusnahan golongan pengkhianat.
Tanda-tanda kemenanagan Islam.
Tanda-tanda terkuburnya PANdir.
Kahkahkah
Yeke pandir yg terkubur atau pigs yg terkubur smpi nik amar takut ngab amanah btanding kat kelantan.kahkahkah.apahal pigs takut dgn pan kat klntn.kata pan parti nyamuk je.kahkahkahkah
PadamKahkahkah.padan muka pas.dok kata dapigs2 last2 parti sendiri real punya nama pun pigs(pas ikatan gagasan sejahtera).kahkahkah.berdekahkahkah
PadamPas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS)
PadamUndi PIGS = Undi Umno
KAH KAH KAH
Yg paling penting kita perlu ingat bahwa neraka munafikun adalah lebih bawah dari neraka kafir harbi..
PadamYe betul tu munafikun keldai2 penjual agama dan ulama2 su mrk adalah lebih bawah dari neraka kafir harbi.
PadamParti Auta Semalaysia.
Yg paling penting kita perlu ingat bahwa neraka munafikun parti penjual agama dan ulama2 su mrk adalah lebih bawah dari neraka kafir harbi.
BalasPadamParti Auta Semalaysia.
Baguslah kalau dah setuju lebih bawah dari neraka kafir harbi
PadamBaguslah kalau dah setuju keldai2 parti penjual agama dan ulama2 su mrk lebih bawah dari neraka kafir harbi.
PadamParti Auta Semalaysia.
Tahukah merana akhirnya mengakui akan mewujudkan kafir harbi di Malaysia eh Penang
PadamKafir harbi juga ada di kelantan dan terengganu..
PadamPas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS)
Salah tu wanrosli.kafir harbi tentula pigs..nama pun dah pigs,mmg kafir harbi yg sebenar benarnya.kahkahkah
PadamBiasanya munafikun akan pertahankan kafir harbi spt yg berlaku kini..
PadamBiasanya keldai2 munafikun akan pertahankan lebai2 penunggang agama yg layak dicampak ke neraka bawah sekali dari neraka kafir harbi spt yg berlaku hari kini..
PadamPas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS)
Kan betul apa yg saya tulis.. Terima kasih 5:57 kerana mengesahkannya..
PadamKan betul apa yg saya tulis. Terima kasih anon 8:41 kerana sanggup terima teguran dan munasabah diri. Jauhi lebai2 yg menjual agama utk kepentingan diri. Memalukan Islam.
PadamParti Auta Semalaysia.
Macam biasa hanya berdoa sudah dikira memenuhi tuntutan Islam.. Selain dari itu dikira jual agama.. Harap tiada yg terasa!
BalasPadamBerdoalah xjadi pigs yang kerja jual agama..Harap tiada yg terasa!
PadamHahaha kan betul tu! Hanya berdoa sudah dikira Islam liberal..
PadamTepat sekali dakwaan TGHA !
We Luv U TGHA!
Tepat sekali dakwaan 4:15!
PadamKeldai2 Luv Hadi Awang Lebai Pembohong Bersiri, penjual agama.
Parti Auta Semalaysia.
KAH KAH KAH
Kini siapakah yg sudi bersekongkol dgn kafir harbi selain munafikun @ "Islam" liberal!
PadamMunafikun Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) menjual agama menipu Allah dan umat Islam.
PadamUndi PIGS = Undi Umno
KAH KAH KAH
DAP cadangkan status agama ditiadakan dlm kad pengenalan.. Inilah agaknya kejayaan PAN mentarbiah DAP hasil dari bacaan doa si tukang baca doa!
PadamNampak macam sebaliknya pulak yg berlaku. Siapa tarbiah siapa yg sebenarnya ni!
Apa pulak kejayaan parti tua bangka Pas mentarbiah Umno hasil dari dedak samun duit rakyat 90juta?
PadamParti Auta Semalaysia.
PAS tidak bersekongkol dgn UMNO macam PAN bersekongkol dgn DAP.. Faham ke idak ni?
PadamMemorandum munafikun Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) mengecualikan hudud.
PadamUndi PIGS = Undi Umno
Aikk sudah tukar topic.. Ciri2 tu dah ada!
PadamPERBEZAAN ANTARA :
PadamA. KERJASAMA PAS DENGAN UMNO
DAN
B. PERSEKONGKOLAN PAN DENGAN DAP
HASIL-HASILNYA IALAH :
A. RUU 355 dan EPF PELABURAN SYARIAH
B. OCTOBERFEST, LGBT DAN SARANAN MANSUHKAN STATUS AGAMA DALAM MYKAD
Wassalam..
Memorandum munafikun Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) kecualikan hudud. Allah dan umat Islam ditipu parti lebai lebong dan keldai2 penjual agama dgn ruu 355 dan hududuitt$$ 90juta.
PadamDari PASIK ke PIGS.
KAH KAH KAH
Xda beza pasik dan pigs sama je pelahap duit rakyat kelantan enjoy sakan di krabi....
PadamDi manakah suara PAN bila Zairil Khir Johari sarankan supaya status agama rakyat Malaysia dalam MyKad mereka dimansuhkan!
PadamSebagaimana PAN telah menganjurkan sebuah forum bertajuk FORUM : RUU 355 "WAJARKAH BUKAN ISLAM BIMBANG?", mungkinkah mereka anjurkan sebuah lagi forum yg bertajuk FORUM : MANSUHKAN STATUS AGAMA DALAM MYKAD "WAJARKAH UMAT ISLAM BIMBANG?"
Kita tunggu dan lihat. Cuba bersangka baik dahulu..
Di manakah suara tok ketua lebai Parti Auta Semalaysia? Knp hanya keldai yg bersuara?
PadamKnp memorandum Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) mengecualikan hudud? Apa alasan keldai munafikun?
Undi PIGS = Undi Umno
Si pembaca doa PAN pun tak bimbang jika tiada status agama dlm MyKad.!!
PadamIngatkan wanrosli xterasa...
PadamTok ketua lebai pembohong bersiri Pas pun diam menikus takde komen ttg status agama dlm mykad. Hanya keldai2 mrk yg kepanasan.
PadamSungguh ketara bezanya antara A dan B!
PadamMmg beza tp c paling hina. C= menjual agama demi dedak 90 juta...
PadamSeronok bukan kepalang si kafir harbi bila ditatang sebegitu rupa.. Tak payah bukak mulut ada je si munafikun mempertahankan sepanjang masa..
PadamMacai sebegini yg perlu dibela lebih lama kata si kafir harbi..
Undi PIGS = Undi Umno
PadamUndi Munafikun = Undi Kafir Harbi
PadamUndi munafikun PIGS = Undi Umno dan kafir harbi
PadamKAH KAH KAH
Undi pigs jadi munafikun pigs kafir harbi babi.kahkahkahkah
PadamMarah tau tuan besar samakan harbi dgn babi.. walaupun mmg harbi makan babi!! Lepas tu plk munafikun sokong harbi minum arak. . kalau utk keperluan sendiri lain lah. Ini sampai nak berpesta2.. tapi mujurlah m ada org yg sudi nak baca doa majlis tonggang arak tu! Tak tuduh sesiapa pun..
PadamIgtkan wanrosli pigs xterasa.kikikikiki.
Padam