Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.
Beberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.
Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.
Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]Pada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.
"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.
“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.
DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.
Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.
Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.
Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.
Meskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.
Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.MalaysiaKini
Komen Seorang Hamba Allah :
saya juga ingat pertama kali ceramah DAP yg paling ramai dihadiri rakyat sebelum PRU 12 di Seremban, dan terbukti DAP menang 10 daripada 11 kerusi yg ditandinginya di Negeri Sembilan. he.he.he..nampak gayanya, mungkin saja DAP sapu bersih 15 kerusi tu.
Dgn andaian demikian PKR/PAS hanya perlu tambah 21 kerusi baaaa, he.he.he...mudahnya cakap dengan keyboard. Saya doakan juga sekurang-kurangnya PAS dapat 2 kerusi dan PKR bakinya. Dengan menampilkan Baru Bian sebagai calon KM Sarawak, dan ramalan Zentrum, kelihatannya, BUKAN MUSTAHIL PKR BOLEH DAPAT 25 KERUSI.
MENUMBANGKAN TAIB ; MEMERDEKAN SARAWAK.
Senarai Blog...Geng
-
Banjir di Kelantan, mangsa banjir meningkat, Pasir Mas paling teruk - HarapandailyMangsa banjir di Kelantan terus meningkat setakat jam 11 malam ini dengan data terbaru membabitkan 55,354 orang.Kesemua mangsa membabitkan 17,3...Sejam yang lalu
-
DOK KALUT. DIA ISTIHAR RETA MERDAK DIA... LEBAI BILA LAGI??? - Dok kalut PMX Pemimpin No 17 Paling kaya di dunia.. Kawan tu istihar harta .. Bukan No 17 tu kira harta berbillion.. RM11 juta ja cik oii .. Ber...7 jam yang lalu
-
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan - *Mohd Asmirul Anuar Aris**PANDANGAN PETANG* SAYA telah diberi satu laporan aktiviti Amanah Kedah 2023/2024 yang dibentangkan dalam konvensyen parti itu ba...8 jam yang lalu
-
Wan Rosdy: Rakyat Pahang Diminta Agar Senantiasa Bersiap Siaga Menghadapi Kemungkinan Banjir - *KUANTAN:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan rakyat negeri ini agar sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan ...11 jam yang lalu
-
MEMAHAMI APA SEBENARNYA KES IPIC YANG NAJIB DIBERI DNAA - Dalam keputusan yang mengejutkan ramai pemerhati semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada bekas perdana ...13 jam yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, April 09, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
masalahnya dgn menmpilkan Baru Bian sebagai calon KM sarawak..PKR KEHILANGAN UNDI melayu/muslim yg tinggal berdekatan n kenal BETUL SENTIMEN S/KAUM BB ITU.W/LAU PUN ANTI Taib /BN...tahniah kerana mengadaikan org islam s'wak kpd kristain.kelak kitak akan bertanggung jawab dgn ALLAH DI PADANG MAHSAR BILA ada org melayu sarawak ..di tindas,.
BalasPadamkitak org dtd sekali2 apa nak ditauk tak org? kamik tuk tidur makn ngan daknya? kamik tauk benar ngan mentaliti dak gereja BARU BIAN adalah ahli geraja SIB yf kkuat sik suka islam .Paham kitak?