Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 27, 2019

Interaksi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan masyarakat capai 50 peratus

Interaksi Jabatan Perdana Menteri terhadap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan masyarakat sudah mencapai 50 peratus, kata menterinya Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata kebanyakan interaksi tersebut berlaku dengan jabatan dan agensi kerajaan agar penjawat awam dapat memahami...

Khamis, April 25, 2019

Isnin, April 22, 2019

Pendekatan AMANAH lebih kepada akhlak, Pas pula menghukum

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan parti itu mengamalkan pendekatan yang mementingkan akhlak berbeza dengan Pas yang lebih kepada menghukum. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pendekatan akhlak adalah yang lebih baik dan tepat sesuai dengan nilai Rahmatan Lil Alamin. “Pendekatan...

Rabu, April 17, 2019

Malaysia cari jalan buka pejabat kedutaan Malaysia di Palestin

Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin, meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting...

Sabtu, April 13, 2019

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

Walaupun berlian merah jambu bernilai US$23 juta (RM95 juta) yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun terdapat bukti menunjukkan wujud transaksi pembeliannya menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad(1MDB). Dalam satu kenyataan Ketua...

Jumaat, April 05, 2019

Apabila saya berhenti, Anwar akan ambil alih-Tun M

KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan tempatnya akan diambil alih Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sampai waktunya nanti. Ia sekali gus menangkis dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa beliau...

Rabu, April 03, 2019

PRK Rantau: Jangan takut calon bukan Melayu, kata Anwar

Tidak ada masalah untuk mana-mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik, bersih dan tidak mengamalkan rasuah, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbangsa India pada PRK DUN Rantau, Dr S. Streram berkata,...