Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 22, 2018

Rakyat mahu reformasi institusi menyeluruh

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua Pemuda AMANAH Sabah, Khairuddin Daud mengingatkan bahawa rakyat di negeri itu tidak hanya ingin membuat perubahan pada pemimpin atau parti politik.
“Rakyat tidak hanya ingin sekadar menukar Najib Razak kepada Mahathir dan seterusnya Anwar Ibrahim, tetapi apa yang rakyat mahukan adalah sebuah reformasi institusi yang menyeluruh, adil, serta tadbir urus yang cekap dan amanah,” katanya pada Konvensyen Pemuda AMANAH Sabah di Sandakan semalam.
Menyentuh kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan di Sabah pada pilihan raya umum lalu juga, beliau menggesa pemimpin-pemimpin kerajaan untuk berusaha memenuhi janji serta manifesto yang telah dikempenkan.
Tambahnya, pemimpin kerajaan PH juga harus kritikal terhadap isu-isu penyelewengan kuasa dan hak rakyat.
“Peranan Pemuda AMANAH untuk menjadi ejen semak dan imbang kepada pelaksanaan manifesto kerajaan baharu. Apa juga dasar atau polisi yang dibawa oleh kerajaan, dikaji dan disampaikan kepada rakyat dengan berkesan.
“Sekiranya berlaku penyelewengan wang rakyat, tadbir urus yang korup kita perlu menyatakan perkara ini kepada pemimpin kerajaan.
“Jangan ada sikap melindungi koruptor hanya kerana mereka pimpinan, kawan atau kerana ingin menjaga periuk nasi kita,” kata Khairuddin dalam konvensyen bertemakan “Mengukuh Idealisme Mengisi Kemenangan” itu.
Mengulas tentang imej Islam pada AMANAH dalam masyarakat berbilang etnik dan agama di Sabah, Khairuddin berkata, Pemuda AMANAH negeri itu menonjolkan imej Islam yang lebih ramah serta menolak pemikiran melampau.
“Pendekatan yang ekstrem akan mencalarkan imej serta menjauhkan orang ramai daripada Islam,” jelasnya.
Dalam hal berkaitan, ujarnya, Pemuda AMANAH Sabah turut meraikan pengumuman Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji Malaysia Agreement 1963 yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dianggotai antaranya Datuk Seri Shafie Apdal.
“Hal ini selaras dengan janji Pakatan Harapan untuk mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia,” kata Khairuddin lagi.
Seramai 80 anggota Pemuda AMANAH dari kawasan-kawasan yang berdaftar di seluruh Sabah hadir dalam konvensyen yang kali ketiga diadakan sejak penubuhan sayap parti itu pada 2015.
Dirasmikan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional merangkap Pegawai Khas kepada Speaker Dewan Rakyat, Wan Anwar Wan Ibrahim, Kelab Anak Muda Layan Bola cawangan negeri Sabah turut dilancarkan.
Sementara itu, Anugerah Aktivis Muda turut disampaikan kepada Timbalan Ketua Pemuda, Yunizam Yusof atas bakti yang dicurahkan kepada masyarakat setempat.
Lebih mesra dengan panggilan ‘Abam Botak’, Yunizam telah melaksanakan beberapa inisiatif membantu golongan yang memerlukan.
Antaranya, perkhidmatan kereta percuma untuk menghantar pesakit ke hospital, menyantuni gelandangan dan membantu fakir miskin.
Terbaharu, Yunizam menyediakan khidmat kereta jenazah tanpa sebarang bayaran kepada masyarakat sekitar Sandakan.
mdl

Picture

6 ulasan:

  1. Maka kita wajib tukar pemimpin yg 24/7 memomokkan rakyat dgn hutang kerajaan lebih 1trillion dgn menjadikannya alasan utk menipu janji2 mrk.
    Dlm masa yg sama tua kutuk tu boleh pula membina keta ke3 dan jambatan bengkok serupa hidungnya.Di manakah kewarasan dia sedangkan negeri2 yg mundur gagal dibela dan rakyat2 yg inginkan perubahan spt yg dijanjikan turut diabaikan.
    Mgkin inilah manusia yg hidupnya bukan utk rakyat ttp utk proksi dan kroni.Cukup2lah 22tahun...
    Yg kaya raya...anak..waris..proksi dan kroni.Rakyat hanya mampu menatap litar sepang..menara klcc..dan lebuhraya TOLol yg diciptanya sendiri....

    BalasPadam
  2. Kenapa makin BODOH dan BANGANG kera jaan haprak nie...
    Bila gagal...salahkan org lain.Tiada kaedah ker nak maklumkan kpd rakyat bgmana nak tingkatkan ekonomi.Makin nyanyuk dan VANGANG!!!!!
    DAH NAK MAMPUIHHH KERRR!!!!!

    BalasPadam
  3. Siapa bilang main game poker/domino susah menang ?
    Member setia kami di Jagodomino telah membuktikan diri bahwa main game poker & domino secara online bukanlah hal yang susah untuk menjadi seorang pemenang.

    Sekarang giliran anda untuk membuktikan diri bahwa anda adalah rajanya dalam permainan poker & domino. Buktikan diri anda bersama kami situs poker dan domino online terpercaya Jagodomino,com.

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
    * LIVECHAT Jago188(dot)net
    * PIN BBM : 2AF6F43D
    * WA : +855717086677
    * LINE : Jagodomino

    Salam Sukses Jagodomino

    BalasPadam
  4. Bank Dunia menyatakan ekonomi megara semakin meruncing atas KEBODOHAN polisi tua kutuk yg asyik u-TUrN.Ini mgakibatkan pihak pelabur tidak yakin dgn integriti dan keikhlasan kera jaan yg ada skrg.
    Tanpa cukai sblm ini melonjak hutang negara dpd rm686b kpd rm725b.Dan utk makluman bukannya trillion....hehehehe
    Kelantangan tua kutuk tu mengkritik negara luar turut menyebabkan negara2 kuasa besar mengurangkan import komoditi negara kita.Cthnya china yg pernah berikrar mengimport bahan asli spt minyat sawit TANOA HAD kini telah membuat perjanjian baru dgn negara jiran kita spt indonesia yg mgakibatkan harga sawit sblm pru14 dpd rm500 lebih setan kpd rm300 lebih setan skrg.Puncanya...keceluparan tua kutuk tu dan sifat u_turn yg menakutkan pelabur asing.
    Mmg BODOH tua kutuk tu berlagak mgkritik negara2 luar tanpa melihat kesannya kpd negara dan rakyat khususnya.
    Kpd penyokong2 haprak...korang pujuk tua kutuk tu spy melepaskan jawatan jer.Dia dah tua dan berlagak dan nyanyuk dah demi negara.Org suruh tunaikan janji dan bukannya bina keta ke3 serta jambatan bengkok.Berhentilah melayan para kroni dan proksi tu krn hanya menguntungkan pihak yg kaya raya jer....

    BalasPadam
  5. I do believe all the ideas you have presented for your post. They’re really convincing and can definitely work. Still, the posts are very quick for novices.

    poker online

    domino qiu qiu

    BalasPadam

  6. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...