Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 11, 2018

Maahad Darul Anuar: ‘Saya pemegang amanah tidak berhasrat serah mandat kepada sesiapa’

Maahad Darul Anuar: ‘Saya pemegang amanah tidak berhasrat serah mandat kepada sesiapa’
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau menghantar permohonan untuk menyerahkan pengurusan Maahad Darul Anuar kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Beliau berkata, bapanya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyerahkan tanggungjawab pemegang amanah Maahad itu kepadanya selaku anak sulung Tuan Guru, dan sejak itu beliau mengambil tugas yang diamanahkan itu sehingga kini.
“Kesimpulannya, saya sebagai penerima wasiat dan pemegang amanah tidak terlintas untuk menyerahkan mandat kepada sesiapa, dan saya akan terus melangkah untuk memastikan impian saya dan Tuan Guru terlaksana.“Apabila saya diamanahkan wasiat dan mandat tersebut, saya terima dengan rasa tanggungjawab kerana minat saya yang mendalam dalam bidang pendidikan.
“Suka saya menarik perhatian bahawa dengan status ‘wakaf’, tanah dan segala aset yang berkaitan dengannya, tidak lagi menjadi milik mana-mana individu, atau keluarga, atau pertubuhan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata liputan media bahawa YIK berhasrat untuk mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar pada 2019.
Sedangkan katanya lagi, beliau selaku pemegang amanah dan juga ahli lembaga pengarah tidak pernah pada bila-bila masa menghantar permohonan untuk menyerahkan Maahad Darul Anuar kepada YIK.
“Pihak keluarga tidak sepatutnya membuat apa-apa permohonan mengenai sekolah dan wakaf berkenaan, kerana harta wakaf itu bukan milik keluarga, malah bukan juga milik saya secara peribadi.
“Saya hanyalah pemegang amanah, bukan pemilik. Saya tidak boleh dan tidak pernah berhasrat untuk memiliki atau menguasai harta wakaf berkenaan. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah.
“Sehingga kini operasi Maahad Darul Anuar berjalan seperti biasa. Kami sedang menguruskan untuk pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2019,” ujarnya lagi.
Beliau menegaskan mana-mana pihak tidak sepatutnya membangkitkan isu menuntut hak, sebaliknya patut bersama berusaha untuk mengembangkan mutu pendidikan dan pembelajaran demi kepentingan semua.
“Semoga dengan kenyataan ini segala kekeliruan dapat dijelaskan, dan marilah kita sama-sama berdoa agar peninggalan wakaf ini dapat memberi manfaat kepada ummah, dan ganjaran pahalanya dilimpahkan kepada mana-mana yang berkenaan,” ujarnya.
Berita maahad itu akan diserahkan kepad YIK tular di media sosial setelah tersebarnya surat yang ditandatangani Pengarak YIK Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.
Berdasarkan surat tersebut, YIK memaklumkan menerima permohonan daripada Keluarga Besar Nikmatillah yang mendakwa selaku pemegang amanah yang menguruskan tanah dan bangunan di Maahad Darul Anuar untuk menyerahkan pengurusan sekolah kepada pihaknya.
mdl

Picture

1 ulasan:

  1. Hancur negara jika projek2 dibatalkan dan kroni serta proksi pula berlumba2 menjarah harta negara.
    Tiada perubahan sikap hanya kata2 manis demi meraih kuasa dan harta utk anak..waris..proksi dan kroni.Yg tiada dlm manipestoll spt kereta ke3 diangkat sebagai projek utama.Hanya manusia babi bodoh jer yg gagal melihat ketidakupayaan mrk sblm ini.
    Kenapa tak digunakan wang tersebut utk rakyat miskin????
    Yg pernah mengetahui kecurangan 22tahun skrg beriya2 bersekongkol wlpun pernah dipenjara ISA krn cuba membongkarkan rahsia.
    Malang ada peeM yg gagal berubah.Selagi nafsu kartel mrk gagal dipenuhi maka usaha menjadikan malaysia jauh dpd cengkaman penyamun2 kaya raya akan gagal buat selamanya...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...