Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 13, 2018

Husam Musa tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator

Husam tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa menegaskan beliau belum memikirkan persoalan sama ada akan dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan pada masa ini.
Beliau dipetik berkata, ketika ini tumpuannya bersama rakan dalam PH adalah untuk membantu mengukuhkan kedudukan kerajaan menyelesaikan beberapa masalah dalam negara.
“Apa-apa pun, mengenai kedudukan peribadi saya termasuk pelantikan itu (sebagai Senator) boleh dikemudiankan buat sementara ini.
“Sebaliknya mari kita sama-sama memberi fokus menyokong kerajaan PH yang mempunyai agenda besar bagi membangunkan negara ke arah Malaysia baharu,” katanya seprti dilaporkan BHonline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian pejabat operasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Antara Kaum dan penyerahan borang keahlian serta penubuhan cawangan Kawasan Tanah Merah, malam tadi.
Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Turut hadir Tokoh Agama AMANAH Negeri, Nik Omar Nik Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PH Kelantan, Tan Ah Wang.
Husam yang juga Naib Presiden AMANAH, berkata persoalan seorang wakil PH dari Kelantan dilantik menjadi Senator dan diberi jawatan Menteri atau Timbalan Menteri adalah keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
“Kita percaya perdana menteri bersama-sama rakan dalam kabinet akan mengumumkan perkara itu bukan hanya di Kelantan saja malah di negeri lain yang dikuasai pembangkang selepas penyusunan kerajaan berjalan lancar,” katanya.
mdl

Picture

17 ulasan:

  1. PH = Pakatan Hancing, dikencing oleh barua-barua DAPigs = hancur rakyat Malaysia.....piiiiraaaahhh...lagi teruk dari umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. GAGASAN SEJAHTERA @ blok 3 1/4 LAGI HANCUSSS...

      Padam
  2. Orang Kelantan dan Terengganu tengah banding apa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tengah buat. Mana yang banyak complaint tapi tak kerja. Mana yang banyak merungut tapi hasil kosong. Mana yang diam duduk dalam bilik aircond dan yang berjumpa Rakyat siang dan malam.

    Setakat ini pimpinan dan ahli totok Pas masih lagi dalam sindrom terkejut dan sindrom penafian. Kalau Husam dilantik menjadi Senator atau lebih advance menjadi Timbalan Menteri, Pas mungkin akan masuk ke fasa terjun gaung. Universiti politik di Kelantan akan meriah kembali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timbalan Menteri jer ker???
      Paling2 pon...husam tugu nie bagi lar menteri penuh ker...
      Buat portfolio khas utk dia ker...
      Maklumlah dia bnyk jasa bina tugu di negara kita...
      Jasa paling hebat...dia bekerja berdasarkan mimpi.Cukup 15 kali mimpi..dah boleh diterima pakai mimpi2 dia tu....

      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
    2. PIS oh PIS memang dah lencun dek kena kencing berkali kali oleh umunu..

      Padam
    3. Klu nak rega minyak rm1.50 seliter yg dijanjikan dlm manipistol haprak...tunggu husam mimpi 15kali dulu.Setakat ini dia baru bermimpi 1 kali....
      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
  3. jadi la timbalan menteri. jangan jadi menteri PASola dah la. ingat nak jadi speaker kat perak dengan kedah tapi berangan je la. nak jadi king maker sudahnya jadi maker pen. eh minta zuhdi buat kajian boleh tak kenapa orang kelantan tu nak kahwin dengan budak bawah umur. kenapa ekk. lagi satu minta TMB kelantan ajar camne boleh dapat diskaun kaw-kaw punya.

    BalasPadam
  4. Cuba perhati apa sumbangan Pas pelbagai peringkat selepas PRU14? Pas hanya mampu main isu kaum, agama dan isu sensitif seperti Perlembagaan Malaysia dan pendidikan peringkat antarabangsa (UEC). Isu yang mereka sendiri bawa sebelum ini sudah dibuang. Hudud? RUU355? Perkasa Mahkamah Syariah? Langsung hilang selepas habis dapat jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai...100hari dh nak habis.
      Tunaikan janji2 haprak tu dulu baru nak buka aib org.Jgn cakap jer berdegar2 masa kempen tapi janji tggl janji.
      Kesian husam tugu nak menjawabnya 5tahun akan dtg...hehehehe

      Padam
    2. Janji PH 100 hari ada manfaat kepada rakyat dan nampak gerak kerja. GST 0% impaknya bukan pada harga barang sahaja. Tapi rasa lega Rakyat sebab banyak urusan kewangan dikurangkan kosnya. Impak surcaj TNB juga tidak dibeban kepada Rakyat.

      Walaupun ada yang kekal harga tinggi ada Menteri sendiri prihatin. Bukan macam Menteri dulu yang bodoh sombong suruh Rakyat jangan makan atau jangan guna. Yang berbunyi tak puas hati hanya Najib dan dua tiga ekor macai Najib dalam Pas.

      Lebih penting janji siasat skandal. Tak dapat digambarkan puasnya bila janji PH ditunaikan dengan Najib, Rosmah, Zahid dan Riza disoal siasat berjam-jam dan sudah didakwa di mahkamah.

      Padam
  5. Pas terlalu berlagak, hidung tinggi, angkuh, sombong dan bongkak. Sampai sekarang tak berubah lagi. Orang di Pantai Barat ramai yang sudah beri petanda kepada Pas. Terutamanya semasa kempen masuk minggu ke dua.

    Malangnya Hadi Awang terus-menerus melawan Pakatan Harapan dan bermesra dengan Najib. Sekarang PH dan BN langsung letak persepsi mudah kepada Pas. Hadi Awang dan Pas tidak boleh dipercayai dalam urusan politik. Jenis menikam depan dan belakang seperti yang dimaklum oleh Nik Abduh Nik Aziz dalam audio suara yang dinafikannya sendiri.

    Tapi peguam Hadi Awang sendiri boleh terima sebagai bukti audio sahih dalam kes saman Sarawak Report. Bukti jelas Nik Abduh kena tikam depan dan belakang oleh Ustaz level menantu dan Presiden sendiri.

    BalasPadam
  6. Bagi dia menteri jaga TOLol...
    Mana tahu dia dpt bantu rakyat mansuhkan TOLol yg membebankan rakyat selama ini.Rugilah haprak buat manipistol tapi tak digunakan.Husam tugu nie mgkin boleh bantu...hehehehe
    Dulu dia sanggup pegi amerika nak tagih wang rakyat.Mgkin jika dia diberi menteri jaga TOLol...dia mgkin dpt mansuhkan TOLol demi rakyat..hehehehehe

    BalasPadam
  7. pas x perlu kecoh pasal tol.. kelantan mana ada highway da..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedofilia / pemangsa kanak-kanak ada tapi tak ada pemimpin Pas peduli. Kesian orang Kelantan yang ada anak kecil bawah umur 11 tahun.

      Padam
  8. kelantan tanpa husam... lingkup kelantan

    BalasPadam
  9. Artikel Sangat Berguna Terima Kasih Untuk Berkongsi Ini

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...