Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 30, 2018

Hanipa mengadu kepada Nik Aziz, di Sungai Kandis lagi terserlah

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
“InsyaAllah Tok Guru. Sebab tu kami tubuh Parti Amanah Negara meskipun berlori lori difitnah,difatwa,dimaki, dikeji ,dihina dan 1001 lagi oleh parti tu. Kami ingat pesan Tok Guru agar bersabar
“Lepas pemergian Tok Guru dah nampak lain sangat parti tu. Sekarang di Sg Kandis lagi makin terserlah Tok Guru.
“May Allah bless the ruh of my beloved murrabbi. Amin,” ujar Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di laman facebookya.
Beliau dipercayai meluahkan perasaannya susulan tindakan pimpinan Pas mahu pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Sungai Kandis agar mengundi calon BN Datuk Lokman Noor Adam.
PRK Sungai Kandis bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmd Mughni, Datuk Lokman Noor Adam (BN) dan Calon Bebas K. Murty.
PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos depan susulan kematian wakil rakyatnya Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser lomfoma pada 2 Julai lalu.
Di PKR Sungai Kandis Pas bekerjasama dengan Umno  memberikan laluan untuk tidak meletakkan calon Pas di Sungai Kandis.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya berkata sekiranya parti pembangkang tidak berhasrat hendak bertanding dan menjadikan pertandingan itu satu lawan satu, kemungkinan besar Pas akan meletakkan calon.
Apabila BN menyatakan hasrat untuk meletakkan calonnya maka Pas memberi laluan itu.
Bagaimanapun Pas tidak ketinggalan turut mengadakan siri ceramahnya di Sungai Kandis walaupun pemimpinnya tidak turun padang bersama calon BN.
Pada Sabtu calon BN Lokman Adam  kelihatan muncul di sebuah ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Raja.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Salehin Muhyi dipetik berkata, ceramah ‘Bangkit Selangor’ yang diadakan itu bukan untuk menyokong BN sempena PRK Sungai Kandis sebab itu calon BN tidak dijemput dan duduk sebaris dengan pimpinan pas di pentas malam itu.
Dalam ceramah berkenaan turut hadir Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan yang secara terbuka menyeru ahli Pas menolak Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Kandis kerana gabungan itu tidak mengamalkan dasar pemerintahan Islam, katanya.
“Kita tak nak kerajaan jahiliah diganti kerajaan jahiliah, kerajaan PH tidak mengamalkan pentadbiran Islam.
“Kita kena pastikan mereka kalah, PH kita kena tolak.
“Jadi nak undi siapa, nak kena tunjuk juga ke? Tu undi dia (Lokman),” katanya ketika berceramah sambil menuding ke arah calon BN itu.
Pada PRU 14, Shuhaimi memenangi kerusi Dun Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
Datuk Lokman Noor Adam yang hadir dalam ceramah anjuran Pas walaupun Pas  mendakwa kehadiran calon BN itu tidak dijemput.
mdl

Picture

8 ulasan:

  1. don wori..... PKR pon akan undi BN
    sbbnya calon PKR tu calon pintu belakang
    bukan calonyg ahli mahukan

    BalasPadam
  2. lantikan ahli majlis yg dilantik pon ada kaitan sedara mara... & lantik ahli majlis lama yg tak pernah buat kerja
    utk apa lantik mereka lagi??? apa dah takde org baru yg layak ke???

    BalasPadam
  3. Bejubah pulak
    Inilah hipocrate= berpura-pura = MUNAFIQ

    BalasPadam
  4. Macai2 ph...undi jer bn

    Biar tersedak atau sakit dada ketua penipu dgn gambaran tersebut.

    Dia perlekehkan janji...
    Biar korang perlekeh sikit penipuannya...

    Ajar sikit puak legasi 22tahun nie!!!!
    Biar terbuka sikit kepala otaknya!!!
    Tunjukkan kuasa rakyat!!!!

    BalasPadam
  5. Permohonan tangkapan ke atas Jho Taek Low oleh pihak berkuasa Singapura telah ditolak oleh polis Hong Kong pada April 2016.

    Jun 2016 Syarikat Jho Taek Low berpangkalan di Hong Kong tetapi dikhabarkan Jho Taek Low bersembunyi di Taiwan.

    15 Jun 2018 WSJ dedahkan Low Taek Jho mendapat perlindungan Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Sebab Kleptokrat kalah PRU14, Low Taek Jho tawar kepada Tun M tidak tuntut aset yang dipertikaikan sekiranya dia diberi jaminan tidak akan didakwa. Tun M tolak tawaran budak itu.

    5 Julai 2018 Nazifuddin Najib didedahkan berada di Taiwan bersama pelakon Taiwan, Celia Zhang.

    5 Julai 2018 Low Taek Jho cabut lari ke Macau.

    11 Julai 2018 Low Taek Jho cabut lari ke Tanah Besar China.

    19 Julai Kerajaan China kononnya tahan Low Taek Jho.

    26 Julai Tun Daim wakil CEP ke China.

    Sambungan dot-dot-dot politik Malaysia yang bakal mematikan terus karier politik Kleptokrat Sial Najib Tun Razak di dunia fana ini. Insya Allah.

    TAKBIR! ALLAHU AKBAR!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tindakan nazifuddin bersantai sakan di taiwan dan di moscow 2018 amat sy sanjungi.. tahniah nazif, anda telah berjaya melepaskan geram anda yg sejak dr kecil lg terpendam. cibai lu najib! lu tinggalkan kitorang anak beranak semata2 kerana si rosmah hippo. skrg ambik kau. from now on let yout daughter and son of ros si riza aziz katik take care of you. gd bye dad.

      Padam
  6. Sebelum PRU14 Ulama jadian dan Ustaz segera dalam Pas berebut-rebut mahu kerusi. Di mana ada kerusi terus mengaku kerusi tradisi. Walaupun tak pernah menang pun.

    Tetapi.

    Sekarang berebut-rebut berkempen untuk Be eNd. Kasihan penyokong Pas yang baru sahaja bersemangat dapat gerakerja paling besar dalam PRU14. Sekarang terpaksalah jadi macai politik Be eNd kalau wala tidak bertempat.

    #ABAH
    #ABAHKAU
    #ABAHANG

    PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim. Tepuk! Tepuk! Tepuk!

    BalasPadam
  7. Mengaku kalau jadi tuhan tak nak pulak mengadu kat TGNA.....SubhanAllah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...