Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 05, 2017

Bicara kes Wisma Tok Guru ditangguh

Bicara kes Wisma Tok Guru ditangguh
Bicara Saman Pemula kes Wisma Tok Guru yang dijadualkan untuk dijalankan hari ini di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu telah ditangguhkan ke 17/12/2017.
Penangguhan ini adalah kerana pihak peguam yang mewakili Datuk Husam Musa baharu sahaja menerima Affidavit Jawapan bagi Saman Pemula Datuk Husam Musa terhadap proksi Pas, Mohd Yasin bin Yusoff pada hari Khamis lepas.
Mohd Yasin sebelum ini telah mendapat persetujuan peguam Datuk Husam untuk menjawab di luar tempoh kebiasaan 14 hari kerana beliau baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.
Ekoran itu, peguam yang mewakili Datuk Husam Musa memerlukan masa bagi menjawab balas Affidavit Mohd Yasin tersebut.
Mengikut peraturan mahkamah, Datuk Husam mempunyai 14 hari untuk membuat jawapan balas.
Prosiding yang sepatutnya dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Datuk Ahmad bin Bache’ itu telah dipanggil bersidang di hadapan Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Semasa Prosiding Mahkamah diberitahu bahawa satu kes lain telah difailkan oleh Mohd Yasin terhadap Dato’ Husam bagi mendapatkan perintah pengosongan hartanah yang sedang dipertikaikan di Salor itu.
Kes tersebut dijadualkan untuk pengurusan kes kali pertama pada 17/12/2017 ini. Justeru, mahkamah menetapkan tarikh 17/12/2017 untuk kedua-dua kes dipanggil serentak.
Datuk Husam diwakili pasukan peguam yang diketuai Norazham Yahaya manakala Mohd Yasin diwakili sepasukan peguam diketuai Nik Asma’ Bahrum Nik Abdullah.
mdl
Picture

8 ulasan:

  1. Suah2 la tu Husang, ada lebih baiknya anda meluangkan masa anda bersama anak2, berikan perhatian anda kepada mereka

    BalasPadam
  2. Parti Islam menyelesaikan masalah di mahkamah,APA pandangan hassan AL banna

    BalasPadam
  3. Bila hati dah hitam,susah nak terima kebenaran,ugama dijadikan batu loncatan..dendam kesumat,rosak segalanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam PANdir la, asalnya memperjuangkan Islam bersama PAS sekarang guna nama parti Islam PANdir bukan untuk memperjuangkan Islam sebaliknya memperjuangkan aties, lgbt, kahwin ghaib, liberal dan banyak perkara yang bertentangan dengan Islam.

      Banyak perjuangan PANdir yang membawa kepada kerosakan akhlak

      Padam
    2. Guna Islam bagi menjd mangkin utk sesama muslim membenci?
      Guna Islam bagi surface-up muslim yg lain kurang Islamnya?

      Mulianya sesuatu individu manusia hanya satu - nilai taqwa.
      Taqwa mampu terserlah melalui sahsiah & keperibadian seseorg.

      Wallahua'lam

      Padam
    3. Sumpah dgn nama Allah pin boleh dilanggar, apalah sangat jika membenci sesama muslim demi undi cina..

      Padam
  4. Bertabahlah menghadapi kerenah ulama2 suci akhir zaman. Ulama suu yang perasan suci sudah dikhabarkan Nabi SAW lebih berbahaya daripada Dajjal. Rasuah pun boleh suci difatwa jadi hadiah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar PH sudah mensucikan tun m daripada segala kelakuan rasuah..

      Pan yg panggil ulamak suci kenapa nak kata mereka perasan suci.. ntah laa.. syukran..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...