Pemuda Pakatan Harapan yakin blok pembangkang dianggotai PKR, AMANAH, Bersatu dan DAP itu mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pencapaian PRU pada 2008 dan 2013 menyaksikan perkembangan positif bagi pembangkang dalam usaha menjatuhkan Umno-BN.
“Kita yakin untuk pergi tiga penjuru. Tidak mudah, tetapi kita yakin masih boleh menang. Itu kita perlu letak satu keyakinan.
“Kalau selama ini ramai anak muda letak harapan tinggi pada (PRU) 2013 – ‘ini kalilah’ tapi keputusan jadi ‘lain kalilah.’
“Tapi dari segi realiti sejarah sejak 2008, trend kita sentiasa menaik. Pada 2004, BN dapat 90 kerusi Parlimen, 2008 BN hilang dua pertiga. 2013 BN hilang undi popular,” jelasnya pada forum Diskusi anjuran Invoke malam tadi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, PRU-13 juga menyaksikan Pakatan Rakyat ketika itu mendapat majoriti undi popular berbanding hanya memiliki 10 peratus kerusi Parlimen pada PRU 2004.
Sehubungan itu, ujarnya, pilihan di tangan rakyat terutama anak muda hanya sama ada memilih Pakatan Harapan atau Umno-BN.
Sebaliknya, Nik Nazmi berpendapat hasrat untuk memulihkan negara tidak tercapai sekiranya memilih parti yang main-main untuk menumbangkan rejim parti pemerintah.
“Hanya ada dua pilihan sama ada menyokong Najib dan memilih kerajaan Umno-BN atau Pakatan Harapan untuk melakukan perubahan.
“Pilih pihak lain yang tidak serius untuk menjatuhkan Najib atau tidak mengundi, itu tidak membantu kita memperbaiki negara kita.
“Di negara luar, mereka pun pada awalnya tidak terbayang nak tukar kerajaan tetapi sekarang mereka sudah mempunyai sistem dua parti,” tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor itu lagi.
Untuk rekod, Pas berada di luar blok Pakatan Harapan dengan bersendirian menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Gagasan Sejahtera.
mdl
Peluang terbaik bila pengundi Umno -Pas berpecah kepada PH. Nampaknya Najib dan Hadi juga terdesak untuk menyatukan Melayu - Islam bawah kepimpinan KLEPTOKRAT DUNIA, BN.
BalasPadamJika mereka berjaya mengelirukan RAKYAT pun, rasanya terhad kepada ahli sendiri sahaja.
Pengundi atas pagar tak mungkin terpengaruh dengan isu-isu kaum dan agama yang menjadi bahan kempen mereka.
Pengundi akan lebih terkesan dengan isu kos sara hidup dan harga barang yang tidak terkawal. Ini lebih dekat dengan pengundi.. berbanding isu Bugis atau siapa bakal PM yang tak ada penghujungnya.
Memang pengundi terkesan dengan kos sara hidup tapi mereka tidak akan memilih PH, pilihan mereka hanyalah BN atau pun PAS
PadamSya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah.. jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...
BalasPadam